Utama Blog Halaman 981

Model Terbaru BMW X2 Untuk Gaya Urban

BMW Group Malaysia memperkenalkan Kenderaan BMW X2 yang pertama. Keluaran terbaru daripada rangkaian BMW X ialah Cool Rebel X, dicipta untuk individu yang Lantang dan Berani.

BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW X2 yang merupakan jentera terbaru dalam portfolio pengeluar kenderaan premium ini bagi segmen Sports Activity Coupes. BMW X2 dicipta khas untuk mentransformasikan segmen kenderaan Kompak Premium dengan kesemua model terbaru BMW yang sporty, dinamik dan mempunyai reka bentuk urban.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, model BMW X telah lama bertapak di Malaysia dan pada tahun lepas sahaja, kita telah menjual lebih 4,200 siri kenderaan BMW X yang bersamaan dengan 39.6% jualan BMW daripada jumlah keseluruhan iaitu 10,618 kenderaan.

Hari ini, kami berbesar hati untuk memperkembangkan portfolio BMW X di Malaysia dengan jentera BMW X2 yang pertama.”

Beliau berkata, jentera premium kompak sports activity coupe menjanjikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan melalui keseimbangan pemanduan dinamik yang berciri sport. Di samping itu, penambahan ruang kabin pada kenderaan ini juga meningkatkan efisiensi serta melonjakkan nama jentera ini di dalam kelas kenderaan seumpamanya.

BMW X2 diperkenalkan melalui variasi BMW X2 sDrive20i M Sport. Reka bentuknya yang garang akan kelihatan jelas terserlah dalam apa jua keadaan. Kenderaan premium sports activity coupe yang terbaru ini mewujudkan impresi tersendiri berikutan reka bentuk dalamannya serta lenggok badan kenderaan tersebut ketika ia memecut, di samping ketinggian coupe ini yang renek dan keteguhan yang dimiliki oleh model BMW X.

Di atas jalan raya, keadaan jentera ini adalah umpama atlet yang berada pada tahap kemuncaknya.

Secara keseluruhan, reka bentuk BMW X2 memberikannya ekspresi yang dinamik. Kesingkatan badan kenderaan ini juga diunjurkan oleh bumbung coupe serta grafik tingkap yang langsing. Kebanyakan reka bentuk jentera ini memberi penekanan terhadap kemandirian BMW X2 sambil mengekalkan keanggotaannya dalam famili BMW X. Disertakan dengan gril kidney BMW yang ikonik, reka bentuk trapezoid yang terdapat pada bahagian kepala jentera tersebut juga dirubah untuk menonjolkan aspek kemodenan BMW.

Jentera Sports Activity Coupe ini mempunyai prestasi yang cukup memberangsangkan hasil daripada enjin TwinPower Turbo, teknologi powertrain yang canggih. Disertakan dengan inovasi casis untuk meningkatkan kualiti pengendalian, ketangkasan serta tindak balas jentera ini memastikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingannya dalam segmen kenderaan ini.

Ciri istimewa yang kini berbeza

Gril kidney merupakan komponen yang paling sinonim dengan BMW. Pada BMW X2, reka bentuk luaran gril tersebut dijadikan lebih lebar pada bahagian bawah berbanding bahagian atas. BMW X2 merupakan variasi BMW moden yang pertama untuk menampikan reka bentuk tersebut, lantas memberikannya penampilan yang lebih berbeza dan sporty.

Di bawah gril tersebut, permukaan heksagon yang terletak pada bahagian bampar menonjolkan lagi penampilan jentera ini. Gril kidney tersebut mewujudkan ekspresi visual BMW X2 yang berkelas tinggi. Jeriji gril ini pula disalut dengan glos hitam yang dikontraskan dengan warna krom di seklilingnya.

Reka bentuk lampu hadapan BMW X2 juga memperkukuhkan keterampilannya yang sporty. Suluhan lampu yang terdapat di bahagian dalam adalah lebih tajam berbanding lampu yang dipasang di bahagian luar, mewujudkan pemfokusan dan kelebihan dinamik.

Selain lampu kabus LED, BMW X2 juga turut disertakan dengan lampu hadapan LED yang menawarkan fungsi pencahayaan untuk pemanduan pada waktu siang. BMW X2 ini juga mempunyai corengan glos pada permukaannya dan emblem BMW yang terletak pada C-Pillars memberi penghormatan kepada tradisi penciptaan premium sports coupe oleh BMW.

Pakej BMW M Aerodynamics juga disertakan dalam Sports Activity Coupe ini dengan trim tayar dan salutan pewarna pelindung pada permukaan kesemua pintu kereta tersebut. Selain daripada spoiler belakang, BMW X2 juga dibina menggunakan BMW M Sport Suspension yang direndahkan sebanyak -10mm untuk memastikan pemanduan yang menyelesakan.

Antara daya BMW X2 ini menunjukkan kuasa enjinnya, BMW TwinPower Turbo adalah melalui ekzos. Pada diameter 90mm, BMW X2 disertakan dengan ekzos dalam warna krom glos pada kedua-dua sisi kenderaan tersebut.

Bumbung kenderaan ini pula mempunyai corengan yang unik lantas memberikan impresi pemecutan. Rupa sporty kenderaan tersebut juga dimangkinkan dengan rel bumbung yang diwarnai Aluminum Satin.

Di atas jalan raya, BMW X2 memiliki keteguhannya dengan tayar 19” M yang beraloi ringan, reka bentuk double-spoke 715M dengan ciri run-flat. Skirt sisi jentera ini juga merupakan antara komponen utama dan menyumbang kepada penampilannya yang lasak dan teguh.

Corengan garisan mendatar pada bahagian belakang kenderaan ini merapatkan jarak visual antara kereta ini dengan permukaan jalan raya, penekanan diberikan terhadap kelebaran kereta tersebut yang menonjolkan cirinya yang sporty. Corengan ini berlanjutan sehingga lampu belakang kereta tersebut.

Pencahayaan Dalaman yang Lebih Gah.

Ruangan dalaman kenderaan BMW X2 pula dilengkapi dengan pencahayaan LED ambien dalam variasi pilihan warna seperti Orange, Lilac, Mint, Bronze, Blue dan White untuk dipadankan dengan ekspresi luaran kenderaan tersebut.

Dinamik Pemanduan.

Pemandu BMW X2 berfikir dengan cara yang berbeza. Mereka akan memecahkan kelaziman dan bertindak sebagai pemimpin. Jentera Sports Activity Coupe ini dikuasakan oleh enjin petrol dua liter, BMW TwinPower Turbo 4-silinder (teknologi ini telah mengarap pelbagai anugerah) yang menggabungkan twin-scroll turbocaj dengan Valvetronic, dua VANOS dan High Precision Injection; kenderaan ini dapat mencapai kelajuan maksima setinggi 227km/j.

Secara keseluruhan, sistem ini menjana 192hp dan tork sebanyak 280Nm, BMW X2 yang pertama ini memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.7 saat. Jentera Sports Activity Coupe ini juga turut disertakan dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac Steptronic Sport.

Respon pemanduan kereta ini juga boleh disesuaikan dengan hanya menekan butang suis yang terletak di Driving Experience Control yang akan membolehkan pemandu memilih mod seperti COMFORT, peningkatan-kecekapan ECO PRO, dan SPORT. Ia juga dilengkapi dengan Performance Control yang membolehkan pengawalan enjin dan intervensi brek ketika membelok.

Rasai Ambien Kontemporari dengan Sentuhan Premium.

Ruangan dalaman BMW X2 menggabungkan elemen utama BMW seperti penumpuan pemanduan, garisan dinamik dan kelasakan yang merupakan identiti model BMW X. Bermula dari stereng yang dilengkapi dengan butang pelbagai fungsi sehinggalah ke cermin antisilau dengan fungsi lipatan otomatik yang terletak di dalam dan luar kenderaan tersebut membuktikan kualiti dan variasi perlengkapan yang ditawarkan oleh BMW X.

Pertama kali dilancarkan, BMW X2 menawarkan ciri praktikal untuk kegunaan seharian. Selain daripada Comfort Access System (Sistem Akses Keselesaan) yang membolehkan pintu but dibuka secara otomatik, ruang but kenderaan ini juga luas dan berkapasiti 470 liter. Ruang but tersebut mampu menampung kapasiti yang berkeluasan sehingga 1,355 liter dengan pembahagian lipatan 40/20/40 di tempat duduk belakang.

Penumpang merupakan keutamaan BMW X2; pendingin hawa automatik yang dilengkapi dalam kedua-dua zon kenderaan ini akan membolehkan penumpang di tempat duduk belakang menikmati udara dingin dengan lebih selesa. Pemandu dan penumpang di tempat duduk hadapan juga dapat merasai kelebihan tempat duduk boleh laras yang dikuasakan elektrik, dengan tambahan “fungsi ingatan” yang disertakan di tempat duduk pemandu.

Apabila ia melibatkan kenderaan dengan teknologi perhubungan, fokus utama BMW adalah terhadap tugas pemanduan. Oleh sebab itu, semua elemen BMW Connected pada BMW X2 sekali lagi direka untuk membantu, memaklumkan, dan menghiburkan pemandu pada waktu yang sesuai dengan menggunakan perkhidmatan seperti Intelligent Emergency Call (Panggilan Kecemasan Pintar), Teleservices (Tele-Khidmat), Concierge Services (Khidmat Pembantu), BMW Online dan BMW Remote Services (Khidmat Kawalan Jauh BMW).

Sebagai satu-satunya pembuat kereta premium yang menawarkan integrasi seperti ini, gabungan perkhidmatan BMW Connected dan fungsi penambahbaikan keselesaan membolehkan pemandu BMW X2 mengatur rutin harian mereka dengan lebih efisien.

Pemandu juga dapat menikmati pengalaman kelas pertama dalam segmen kenderaan ini dengan BMW Head-Up Display (berwarna) yang boleh menyiarkan maklumat berkait pemandu. Selain sambungan peranti USB, BMW X2 juga tersedia dengan kit hands-free dan Extended Smartphone Connectivity (Sambungan Telefon Pintar Lanjutan) yang membolehkan sambungan Bluetooth kepada jentera tersebut.

Sports Activity Coupe ini menawarkan Navigation Plus dengan paparan sentuh 8.8” yang juga mempunyai fungsi split-view. Radio Media didatangkan dengan 4 pembesar suara dan 2 wufer asas.

BMW X2 juga menawarkan pelbagai seleksi sistem Driver Assistance kepada pemandu. Selain kawalan jelajah dengan fungsi brek, terdapat fungsi Park Assistant yang dapat membantu pemandu untuk memarkir secara selari. Park Distance Control dan kamera pandang belakang juga memudahkan pengendalian yang lebih tepat dan selesa.

BMW X2 didatangkan dengan warna-warna yang baru dan gah seperti Galvanic Gold Metallic, Misano Blue Metallic dan Sunset Orange Metallic, manakala ruangan dalaman jentera ini yang serba hitam dipadankan dengan sulaman kelabu. Sports Activity Coupe ini juga boleh didapati dalam warna Black Sapphire Metallic dengan ruangan dalaman berwarna Magma Red yang dikontraskan dengan sulaman berwarna kelabu. BMW X2 ini boleh didapati di semua pengedar sah BMW seluruh negara mulai Rabu, 21 Mac 2018.

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun oleh BMW Group Malaysia, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar BMW) BMW X2 sDrive 20i M Sport yang Pertama ialah RM320, 800.00

Program Pembiayaan Dinamik.

BMW X2 boleh dimiliki melalui program pembiayaan dinamik yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia. Antara tawaran yang dimaksudkan ialah BMW Full Circle Programme dengan ansuran bulanan yang bermula dari RM4,498 serta bayaran muka sebanyak 20% untuk tempoh pembiayaan yang berdurasi 4 tahun dengan had perbatuan sebanyak 20,000 KM setiap tahun.

Maserati Ghibli Dan Ghibli S 2018 Kini Tiba Di Malaysia

Naza Italia kini secara rasminya memperkenalkan Maserati Ghibli dan Ghibli S 2018 untuk pasaran Malaysia. Model M157 ‘facelift’ itu, yang diperkenalkan pertama kali tahun lalu, di jual untuk pasaran tempatan dalam beberapa varian – standard, GranSport dan GranLusso.

BERBANDING model terdahulu, versi 2018 memberikan penampilan baru dengan gril yang lebih besar dan profile “sharknose” yang diwarisi dari konsep Alfieri. Varian paling asas Ghibli serta Ghibli GranLusso berkongsi penampilan muka depan yang sama, sementara varian GranSport menampilkan rekaan bampar yang berbeza.

Rekaan lampu utama walaupun nampak sama, ia sebenarnya menggunakan lampu LED adaptif baru yang melengkapi varian GranLusso dan GranSport (model standard menggunakan unit bi-xenon).

Kit badan sisinya kini menerima warna yang sama dengan badan, dan lencana baru pada fender hadapan membezakan varian masing-masing. Di belakang, diffuser dengan rekaan lebih menonjol dalam warna badan turut disertakan.

Elemen penggayaan luaran GranLusso termasik kemasan krom yang digunakan pada bampar depan, lencana khas pada bahagian sayap depan, kit sisi dalam warna badan, brek kaliper warna perak dan rim aloi 20-inci Urano Diamond.

Menjengah ruang dalaman menyaksikan sentuhan mewah menggunakan kekemasan Ermenegildo Zegna Silk yang digabung dengan kemasan kayu Ebano menghiasi bahagian tempat duduk, panel pintu, garis bumbung dan siling. Ciri lain termasuk stereng dari kayu eboni balutan kulit, kerusi dengan larasan 12-cara dan lain-lain.

Bagi varian GranSport, perincian luaran terdiri daripada kemasan hitam berkilat pada bampar depan, lencana khas pada sayap depan, kaliper brek warna merah dan rim aloi 21-inci Titano Anthracite. Ia turut dilengkapi dengan tempat duduk larasan 12-cara dan balutan kulit sepenuhnya, stereng sport dengan paddle shift dan pedal Inox sebagai standard.

Ghibli standard pula masih gunakan enjin yang sama; 3.0 liter twin-turbo V6 yang digandingkan dengan transmisi ZF HP70 lapan-kelajuan automatik. Ia menjana 350 PS pada 5,500 rpm dan 500 Nm pada 4,500 rpm. Bacaan 0-100 km/j dalam masa 5.5 saat dan laju maksimum ialah 267 km/j.

Bagaimanapun, varian Ghibli S menerima prestasi enjin yang dipertingkat. Outputnya kini ialah 430 PS pada 5,750 rpm dan 580 Nm tork pada 2,250 hingga 4,000 rpm – 20 hp dan 30 Nm lebih kuasa berbanding versi 2017. 0-100 km/j dalam masa 4.9 saat (berbanidng 5 saat sebelumnya) dan laju maksimum ialah 286 km/j (sebelum ini 285 km/j).

Bagi harga pula, model Ghibli bermula dari RM618,000 (termasuk cukai dan duti) bagi model standardnya. Sementara bagi Ghibli GranLusso dan GranSport pada harga RM668,800. Bagi Ghibli S pula, harganya bermula dari RM718,800 untuk yang paling asas, sementara varian GranSport dan GranLusso-nya dijual pada harga RM768,800.

Model ini datang dengan jaminan lima-tahun, tanpa had perbatuan serta program servis percuma lima-tahun/100,000 km/j (termasuk pakej Maserati Premium Service Plus tiga-tahun/60,000km/j).

TP-Link Launches The Neffos N1, Smartphone With Dual 12-Megapixel Cameras

TP-Link, a leading provider of networking solutions and smart home technology for seven consecutive years, has unveiled its latest smartphone, the Neffos N1.

NEFFOS is the mobile phone brand of TP-Link, which was established to provide consumers around the world with high-quality yet affordable devices.

The Neffos brand has been built by maintaining and nurturing a vision of reliability, affordability and continuous innovation, the same principles upheld by TP-Link throughout its rich 22-year history.

The Neffos N1 reflects this vision perfectly, sporting a striking and carefully crafted metal design, and combining imaging excellence with strong all-around performance — all while maintaining a price point that is competitive and attractive to the public.

The highlight can be found around the back, where the sleek metal chassis holds a 12-megapixel dual-camera setup — the first ever for a Neffos device.

An advanced RGB Sony IMX386 sensor captures a broad spectrum of colors, while the other — a monochrome Sony IMX386 sensor — takes care of the details, even the littlest ones.

The two 12-megapixel rear cameras work harmoniously to shoot beautiful portraits with a shallow depth of field. The bokeh-effect feature makes it possible for subjects to stand out from the background, similar to how an expensive DSLR camera with a wide-aperture lens would take pictures.

Jason Xu, Chief Executive Officer, Neffos said, “Our customers were asking for a dual-camera smartphone that doesn’t compromise on affordability and other important features, and that’s what we’ve delivered with the Neffos N1.”

Combine that multi-frame noise-reduction algorithms and the ability to capture more light, and you get incredibly sharp, vivid photos, even at night. This makes the smartphone the kind of product that mobile photographers have been waiting for.

Snapping beautiful selfies is quick and easy as well, thanks to the sharp, 8-megapixel camera on the front.

“More than anything else, this device meets the needs and lifestyle of users who want a superior camera experience that doesn’t break their budget,” Xu added.

Providing some serious firepower to the N1 is a fast yet efficient MediaTek Helio P25 chipset with eight CPU cores, running up to 2.6GHz and 4GB of RAM. That said, the phone should have zero problems firing up intensive apps and games and cycling through them.

Meanwhile, the 64GB of baseline storage is plenty for your needs, with room for more — up to an additional 128GB — via a microSD card.

All the components are tucked away into a sleek metal housing with smooth, rounded edges that make the Neffos N1 a wonderfully elegant piece of hardware to carry around. It’s impressively thin, too, boasting a thickness of 7.5mm.

But the N1 isn’t just built for taking fantastic photos and powering through tasks without stalling. Another major selling point is the 5.5-inch display that has a full-HD resolution, which works out to a crisp 403 pixels per inch. The size and sharpness of the panel ensure comfortable experiences when browsing the web, watching videos, playing games, and typing on the device.

Battery life is also impressive with the 3,260mAh battery inside the N1, lasting an entire work day without needing a refill. When things do run low, charging is performed over a USB Type-C port you’ll find at the bottom.

Fast charging is supported, so just several minutes hooked up to a power outlet will provide hours of use, which should be enough to get you out of a bind until the next charging period.

Available in Space Black, the Neffos N1 will make its first market debut worldwide beginning with Malaysia, retailing at RM1,099. It will be available in all select retail outlets and distributors nationwide, beginning 16 March 2018. To top it off, the N1 will also be available for purchase at Lazada.my, with the first 30 customers receiving an exclusive premium worth up to RM299. Follow the link https://goo.gl/3NCKrk to purchase or log on to the Neffos website https://www.neffos.my/ for more details.

Bank Islam Bantu Bina Rumah Baru Menerusi AMAL

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyalurkan zakat perniagaannya melalui Projek Bantuan Rumah Bank Islam, salah satu program utamanya di bawah AMAL, inisiatif tanggungjawab korporat Bank Islam.

SEBANYAK empat buah rumah baharu dibina untuk menempatkan keluarga yang layak di
Yan, Kedah.

Penyerahan bantuan rumah ini dilakukan semasa Majlis Pengumuman Pembukaan Pusat
Perkhidmatan Bank Islam Cawangan Sungai Limau, Yan, Kedah yang disempurnakan
oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin.

Cawangan Sungai Limau ini akan menjadi cawangan Bank Islam yang ke-149
di seluruh negara dan ke-14 di Kedah.

Ia dijangka beroperasi pada Jun 2018 selepas pembukaan cawangan Sik pada bulan Mei 2018. Dengan pembukaan cawangan ini kelak, Bank Islam akan meluaskan perkhidmatan perbankan Islamnya kepada lebih 70,000 penduduk di sekitar Yan, Kedah.

Projek Bantuan Rumah Bank Islam dimulakan sejak tahun 2008. Ia bermatlamat untuk
meningkatkan kualiti dan taraf hidup golongan yang kurang bernasib baik serta
merealisasikan impian mereka untuk tinggal di rumah yang selesa.

Projek ini dilaksanakan melalui penyaluran sumbangan zakat untuk membina dan membaik pulih rumah keluarga terpilih yang kurang bernasib baik.

Sejak 2008, lebih daripada RM7.34 juta telah disalurkan melalui program ini dan seramai 269 keluarga seluruh negara telah menerima manfaat ini.

Khairul Kamarudin berkata, “Berikutan peningkatan harga rumah di pasaran dewasa ini, ia telah menyukarkan lagi rakyat yang berada di bawah garis kemiskinan untuk memiliki rumah.

Bank Islam peka dan prihatin terhadap situasi ini dan berusaha untuk membantu golongan ini memiliki tempat yang selamat untuk berlindung.” Sebagai sebuah institusi kewangan Islam, Bank Islam tidak pernah gagal untuk menyempurnakan tanggungjawabnya membayar zakat perniagaan.

Pada akhir tahun 2017, Bank mencatat peningkatan pembayaran zakat perniagaan sebanyak 3.72% kepada RM13.3 juta berbanding RM12.8 juta pada tahun 2016 dan zakat ini dibayar
kepada setiap Majlis Agama Islam dan Lembaga Zakat Negeri-negeri.

Melalui dana zakat yang dikembalikan oleh Majlis Agama Islam dan Lembaga Zakat negeri (wakalah), Bank Islam bertindak sebagai wakil penyalur kepada pelajar golongan asnaf fakir dan miskin, aktiviti-aktiviti dakwah melalui institusi dakwah, NGO, program-program kebajikan, pendidikan, pembinaan dan pengimarahan surau, masjid dan sekolah.

Selain daripada Projek Bantuan Rumah Bank Islam, Bank juga menumpukan kepada program-program pendidikan. Modal insan merupakan aset penting negara dan dengan memperkasakan pendidikan, ia dapat melahirkan masyarakat yang berdaya maju.

Baru-baru ini, Bank Islam bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menganjurkan Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah (ASISS) di mana sebanyak 56 surau dan musolla sekolah menengah dan rendah mengambil bahagian untuk bersama-sama meningkatkan lagi aktiviti pengimarahan masjid dan surau sebagai pusat dakwah komuniti.

Sebagai penaja utama program ini, Bank Islam secara keseluruhan telah memperuntukkan sejumlah dana zakat lebih RM360,000 sejak program tersebut diperkenalkan pada tahun 2013.

Untuk maklumat lanjut, layari www.bankislam.com.my dan amal.bankislam.com.my

LBS Rai Pelbagai Anugerah Di StarProperty.my

Tahun ini, LBS Bina Group Berhad (LBS Bina) dengan pelbagai portfolio pembangunan telah mendapat pengiktirafan dengan merangkul beberapa anugerah.

SYARIKAT pemaju itu menerima anugerah Kecemerlangan dalam kategori Best Touch and Feel untuk pembangunan Simfoni Perdana, anugerah Kepujian dalam kategori Neighbourhood untuk pembangunan perbandarannya, LBS Alam Perdana, anugerah Merit dalam kategori Long Life untuk pembangunan BSP21 dan “Anugerah All-Star – Top Ranked Developers of the Year”.

“Kami berasa amat berbesar hati untuk tergolong dalam kelompok pemaju terbaik negara. Sejak dari mula lagi, LBS Bina telah memberi penekanan kepada reka bentuk berkualiti dan nilai untuk para pembeli kediaman kami.

Kami menganggap kejayaan kami adalah kerana kami memahami keperluan para pembeli kediaman kami yang sentiasa berubah dan kami memenuhi keperluan-keperluan tersebut dengan mencipta dan mereka ruang kehidupan yang mempunyai nilai tambah.

Pengiktirafan ini memberi motivasi kepada kami semua di LBS untuk terus membina lebih banyak pembangunan pemenang anugerah yang menarik pada masa hadapan,” kata Pengarah Urusan LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San.

Konsep klasik moden LBS yang diilhamkan untuk Simfoni Perdana berjaya menawan hati para hakim dengan kualiti dan kemasan perinciannya yang halus seterusnya menerima Anugerah Best Touch and Feel Award (Excellence).

Terletak di perbandaran LBS Alam Perdana, 980 buah rumah-rumah bandar Simfoni Perdana direka bentuk dengan kombinasi minimalis moden dengan sentuhan ciri-ciri klasik purba. LBS memanfaatkan ciri keluasan dan tona neutral, dipadankan dengan hibrid bahan-bahan moden dan ukiran-ukiran kolonial dalam usaha untuk menarik generasi hari ini yang arif menilai.

LBS ternyata menjadi petanding terhebat pada malam tersebut kerana pemaju ini juga turut merangkul anugerah kedua, Anugerah Neighbourhood (Honours) untuk perbandaran LBS Alam Perdana. Satu bukti kepada kekuatannya sebagai sebuah pemaju perbandaran, anugerah tersebut ialah penghargaan untuk LBS Alam Perdana, sebuah perbandaran butik seluas 470 ekar yang terletak di Puncak Alam, Selangor.

Strategi menang LBS untuk mereka bentuk sebuah perbandaran berpusatkan komuniti yang disokong oleh tiga tunggak utuh dan bermatlamat untuk mengeratkan perhubungan terbukti terserlah di mata para hakim StarProperty.my.

Tiga tunggak tersebut ialah kebolehmampuan (pembangunan berharga dari RM340,000 dan program rumah mampu milik Rumah SelangorKu dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia [PPA1M]), kesalinghubungan (lebuhraya) dan komuniti (ruang dan kemudahan untuk masyarakat).

Anugerah Long Life ialah satu lagi kategori yang diketengahkan pada acara tahun ini yang menunjukkan trend semakin ramai pembeli kediaman mengambil kira komponen kesihatan dan kesejahteraan apabila membeli kediaman.

Tambahan kepada senarai anugerahnya yang mengagumkan, LBS telah menerima Anugerah Long Life (Merit) untuk pembangunan BSP21. Terletak di perbandaran Bandar Saujana Putra (BSP), BSP21 ialah sebuah pembangunan 10 blok yang direka untuk keluarga bandar dengan gaya hidup yang mencabar. Ia menonjol kerana ia menyediakan lebih 70 fasiliti dan kemudahan di bawah satu bumbung.

“Mampu dimiliki, kesalinghubungan dan komuniti ialah tiga tunggak penting yang kami percaya menentukan kejayaan pembangunan kami. Kami telah membina ruang kehidupan dalam julat pertengahan dan mampu milik selama bertahun-tahun.

Inilah sebabnya kenapa LBS mempunyai kehadiran yang kukuh dan dapat terus berkembang dalam segmen ini. Anugerah-anugerah yang kami terima adalah pengiktirafan ke atas kerja keras pasukan LBS dan bukti bahawa pencari rumah kediaman menghargai pembangunan dan ciri-ciri berpusatkan komuniti kami,” jelas Tan Sri Lim.

Kemuncak kepada kejayaan ini, LBS Bina Group Berhad turut terpilih sebagai antara 15 pemaju tempatan yang menerima “Anugerah All-Star – Top Ranked Developers of the Year”, sebagai menghargai usaha konsisten menggabungkan tawaran-tawaran nilai tambah ke dalam projek-projek hartanahnya.

Datuk Wira Joey Lim, Pengarah Eksekutif LBS Bina Group Berhad, menerima anugerah Kecemerlangan dalam kategori Best Touch and Feel untuk pembangunan Simfoni Perdana, anugerah Kepujian dalam kategori Neighbourhood untuk pembangunan perbandarannya, LBS Alam Perdana, anugerah Merit dalam kategori Long Life untuk pembangunan BSP21, manakala Dato Cynthia Lim menerima “Anugerah All-Star – Top Ranked Developers of the Year bagi pihak LBS Bina Group Berhad pada makan malam gala Anugerah StarProperty.my 2018 yang telah diadakan di JW Marriot, Kuala Lumpur.

18 kategori lain pada Anugerah StarProperty.my 2018 termasuklah Anugerah WOW, Anugerah Skyline, Anugerah FamilyFriendly, Anugerah Five Elements, Anugerah Poseidon, Anugerah Earth Conscious, Anugerah Niche & Unique, Anugerah Just-Walk, Anugerah Starter Home, Anugerah Cornerstone, Anugerah Small is Big, Anugerah Safe and Sound, Anugerah Business Estate, Anugerah Northern Star, Anugerah Eastern Star, Anugerah Borneo Star, Anugerah All-Star dan Anugerah Happy Buyer.

Lamborghini Urus Debuts In Malaysia, Prices More Than RM1 Million

The Lamborghini Urus embarks on its preview in Malaysia, a key market for Lamborghini globally.

URUS is set to be a game-changer for the luxury segment with unparalleled performance, design, driving dynamics and daily usability

Automobili Lamborghini will hold the APAC premiere of its Lamborghini Urus in Malaysia at the Alya Sime Darby showroom. The event will mark the Urus’ first appearance in Malaysia.

Its global premiere was at Lamborghini’s headquarters in Sant’Agata Bolognese in December. Touted as the world’s first Super Sport Utility Vehicle (SUV), the Urus carves a new niche for the brand in the luxury segment, setting new benchmarks across performance, driving dynamics and design.

The Urus was built upon a visionary approach that combines the Lamborghini DNA with the most versatile vehicle, the SUV.  It also elevates the SUV to an unprecedented level – to be a Super SUV – with its power, performance, design, driving dynamics as well as daily usability in a range of environments.

“The Urus is expected to drive significant sales volume in 2018. Feedback from our customers has been very positive and some have already placed orders for the first allocation of units in 2018,” said Mr. Andrea Baldi, General Manager of Lamborghini Asia Pacific.

Marcus Chye, Chief Operating Officer of Lamborghini Kuala Lumpur added, “Malaysian buyers are some of the most discerning in the world. We are confident that they will appreciate the Urus as a true Lamborghini in design, dynamics and emotional excitement. All this while offering a new dimension in everyday ease of use and comfortable luxury”.

For more information on Automobili Lamborghini, please visit the website at:www.lamborghini.com

Comelnya Anak Siti Nurhaliza

PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa teruja apabila puteri sulung mereka dapat menyusu badan dengan mudah.

“Alhamdulillah, keadaan Siti dan anak stabil. Kami bersyukur bayi lahir dalam keadaan sihat.

“Siti sudah mula menyusukan bayi dan semuanya berjalan lancar. Bayi pun tak banyak ragam dan berada di sisi ibunya,” katanya.

Penyanyi berusia 39 tahun itu selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur , pada jam 8.17 pagi, semalam.

Bayi seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan.
Pasangan itu memilih Fatimah Az-Zahra sebagai nama sementara bersempena nama anakanda Nabi Muhammad.

Sementara itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mengesahkan wajah bayi yang tular di media sosial adalah anak mereka namun terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar terbabit.

Gambar yang memaparkan bayi itu berada di riba seorang wanita mulai dikongsi pengguna laman sosial sejak petang, semalam.

“Ya itu gambar anak kami,” katanya ringkas. Terdahulu, gambar dan video bayi itu dimuat naik di laman Facebook namun tindakan pemilik akaun itu mendapat kecaman netizen yang beranggapan wanita itu tidak menghormati privasi pasangan terbabit.

Terdahulu, Khalid, 59, memaklumkan bakal berkongsi wajah dan nama sebenar anak mereka apabila tiba waktu sesuai

Wings Air Now Expand Their Flights To Miri, Malaysia

Pontianak – To continue sharping the connectivity also providing air transportation facilities to their loyal customers, one of the airlines under Lion Air Group’s, Wings Air expands their business by opening new international routes.

AFTER successfully flown their fleet from Pontianak to Kuching, Sarawak, Malaysia in January 2018, now the airline that provides flights with low fares is again expanded their wings to one of the cities in Sarawak, Malaysia that is Miri.

Wings air start operating the route on March 15th, 2018 with a regular schedule, one flight per day which will depart from Supadio Airport, Pontianak at 15.30 and arrive at Miri at 18:20 local time. While the reverse flight will be scheduled to depart from Miri Airport at 18:50 and arrive in Pontianak at 19:40 local time.

“With the access from Pontianak to Miri also the reverse route, now the customers can feel the journey with a more efficient time, because the duration of the distance is only about 2 hours when compared with land routes that take about 16 hours. Not only that, the price offered is also quite affordable which for one trip only at the price of about 700 thousand Rupiah,” said Captain Daniel Putut, Managing Directior of Lion Air Group.

Capt Daniel added, The availability Wings Air access from or to the capital of West Kalimantan, Pontianak, will certainly be a convenience for the customers, and certainly contribute more to the growth and economic development of the region by bringing passengers from abroad through Miri, both tourists and businessmen.

Likewise for Miri and surrounding residents who will now have more options to visit Indonesia to various cities through Pontianak that could connect to Jakarta, Batam, Semarang, Surabaya, Balikpapan, Ujung Pandang, Bandung, Ketapang, Sintang, and Putus Sibau.

“Indonesia market is a very important market for Sarawak, both to Kuching and Miri as these two (2) cities can feed the market on their unique products, be it leisure tourism, medical or education purposes.

For this reason, Sarawak Tourism Board is organizing the Rainforest WorldMusic Festival and the Borneo Jazz Festival in Kuching and Miri respectively to attract more Indonesian to visit. And now, we are very fortunate to have Wings Air to provide the direct air access into both Kuching and Miri”  Mary Wan Mering, Acting CEO.

Malaysia Airports Managing Director Datuk Badlisham Ghazali said, “We are very pleased with this new route to Miri by Wings Air. We are continually engaging with various airlines in our route development efforts and the focus is not just on KLIA.

The smaller airports also play an important role acting as feeders to our international airports. This is also in support of the objectives of BIMP EAGA cooperation to increase trade, investments and among member countries. In fact, Miri Airport will also be undergoing expansion to 3 mppa capacity from the current 2 mppa. In 2017, Miri Airport handled 2.1 million passenger traffic movements.”

“We hope this route could have a good passenger number (load factor), and we believe the possibility for future flight frequency per day can be increased so that could accommodate the high interest of passengers, especially on Pontianak route to Miri.

This is also done to continue maintain bilateral relations between Indonesia and Malaysia as one of the developing countries, especially in Southeast Asia so that access can continue to grow so that it can connect well and effectively,” Captain Daniel Putut.

In operation, Wings Air will use their fleet of type ATR 72-600 which could accommodate 72 passengers. At the end of 2017 Wings Air has been certified flight safety management by an international auditor, IOSA, which makes the airline start operated in 2003 ago has been recognized the quality of safety and security of the global aviation.

Currently Wings Air has flown to more than 107 destinations both domestically and internationally with its frequency reaching 300 flights per day with a fleet power of 54 units ATR 72-500 / 600 which this year will increase about 20 fleets.

Tumpuan Proton Kepada Kualiti Dan Inisiatif Jualan

Februari 2018 merupakan bulan yang sibuk bagi PROTON kerana syarikat menumpukan pada
aktiviti untuk hasil yang lebih baik pada tahun ini.

MESKIPUN terdapat cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina, inisiatif-inisiatif bagi jualan, pemasaran dan penambahbaikan kualiti tetap dilaksanakan seperti yang dirancang di samping menjalankan ujian terhadap SUV dan model pertama yang dibangunkan bersama Geely, untuk pelancaran pada suku keempat.

Inisiatif-inisiatif ini diteruskan pada bulan Mac, dengan model-model dan tumpuan tertentu yang telah dirancang untuk penambahbaikan. Di peringkat antarabangsa, Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu, mengumumkan yang beliau telah memperoleh 9.69% pegangan dalam syarikat Jerman, Daimler, justeru menjadikannya pemegang saham tunggal terbesar bagi Mercedes-Benz dan trak Daimler.

PROTON mampu berkongsi kelebihan bersama melalui rakan niaganya, Geely yang kini memiliki 49.9% daripada jumlah saham daripada PROTON.

Apabila kerjasama bersama Geely diumumkan, PROTON telah menjalani program peningkatan kualiti bersama rakan niaganya melalui sistem penilaian yang berdasarkan kriteria pemarkahan global Volvo.

Pada Disember 2017, audit kualiti telah dilakukan oleh Geely dan ianya menunjukkan peningkatan tiga kali ganda, yang merupakan bukti keberkesanan kerjasama yang sedang berjalan di antara kedua-dua syarikat itu.

Penambahbaikan lebih lanjut secara berperingkat akan diperkenalkan dengan audit seterusnya yang dijadualkan pada bulan Mac 2018, PROTON yakin dapat mencapai peningkatan skor auditnya.

Penambahbaikan ini adalah penting sebagai persiapan yang sedang dilakukan bagi pelancaran SUV pertama PROTON, yang dijadualkan pada penghujung 2018.

Bagi Februari 2018, PROTON telah mencapai jualan yang bersamaan 9.6% daripada pegangan keseluruhan pasaran automotif Malaysia. Majoriti jualan dihasilkan melalui model Saga, Persona, Exora dan juga Iriz yang terus menarik minat pelanggan melalui reka bentuk, teknologi dan kelebihan nilainya.

Pada Mac 2018, kempen PROTON iaitu ‘My Style, My Drive’ akan bermula dan boleh didapati di cawangan jualan di seluruh negara dan untuk bulan ini, kempen ini akan menumpukan kepada Proton Iriz.

Pelanggan dijemput untuk memandu uji model kompak yang telah memenangi anugerah ini untuk merasai sendiri ciri-ciri baharu yang telah diperkenalkan dalam model yang dipertingkat pada 2017.

Pada masa yang sama, kakitangan PROTON juga akan bertemu dengan para pelanggan untuk memberi penerangan mengenai cara terbaik menggunakan pelbagai ciri pintar kereta ini. Berkunjunglah ke bilik-bilik pameran PROTON yang turut dilengkapi sudut keselamatan untuk memahami aspek-aspek keselamatan bagi model hatchback ini yang telah mendapat
penarafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP.

Bagi mereka yang mencari sebuah kereta yang memudahkan, bersaiz kompak serta mempunyai ruang dalaman yang luas untuk 5 penumpang dewasa dan bagasi, Proton Iriz adalah pilihan yang tepat. Apabila kami melancarkan model yang telah ditambahbaik ini pada 2017, ramai yang memberi komen terhadap tahap bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) yang lebih baik serta penggunaan bahan api yang lebih cekap.

Ruang dalamannya juga telah dinaiktaraf dengan bebenang merah pada stereng yang dibaluti kulit dan tempat duduk menjadikannya kelihatan lebih kemas, anggun dan bergaya.

Sejak model ini mula diperkenalkan pada September 2014, Iriz telah memenangi pelbagai anugerah seperti Kereta Kompak Hatchback Tahunan dan Anugerah Pilihan Rakyat di NST Car of the Year 2014, Reka Bentuk Perindustrian Terbaik 2015 oleh Perbadanan Harta Intelek, Kereta 5-Bintang ASEAN NCAP Paling Mampu Milik di Malaysia pada Anugerah Grand Prix
ASEAN NCAP 2016 dan Kereta Bajet Terbaik di Anugerah Tahunan Kereta ASEAN 2016.

Model yang ditambahbaik pula telah menerima anugerah Kompak Terbaik di Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2017. Kepada para pelanggan yang menempah sebuah Proton Iriz pada bulan Mac ini akan menerima rebat sehingga RM3,800.

Honor 9 Lite Breaks Record Sales On Shopee And vMall

Honor made history in Malaysia with its first honor Lite series introduced locally, the honor 9 Lite – record-breaking sales in the smartphone category on Shopee in terms of daily sales and over 2,500 units sold in just six hours through the Shocking Sale Campaign on Shopee and vMall.

THE outstanding sales performance of the honor 9 Lite also makes it honor’s best-selling online model in Malaysian history since its inception just over four years ago.

“For such a young brand in Malaysia, we are truly honoured and thankful for the tremendous support we have gotten from our fans and customers, this means a lot.

“The historic success of the honor 9 Lite proves that we are going in the right direction and
fulfilling the needs of the local audience,” said Zhao Zhiwei, Head of honor Malaysia.

Zhao continued by saying, “Our success is also based on the strategic partnerships and
collaborations we have formed with local partners of culture, technology and art and we
will continue to do so.”

The honor 9 Lite features a dual-lens 13MP+2MP camera on both the front and rear, the first four camera phone for honor which allows users to capture crystal clear and stunning images anytime, anywhere and anyway. The honor 9 Lite is powered by the Kirin 659 processor and is equipped with 3GB RAM and 32GB storage (expandable up to 256GB).

Starting March 20, honor will continue to create excitement with honor’s Fashion Festival which will take place on both vMall and Shopee when customers purchase the honor 9 Lite. The first 400 customers will receive an honor X T-shirt worth RM159, while the first 150 customers will walk away with Maybelline cosmetics set worth RM58*.

For more information on honor, please visit www.hihonor.com/my/

Post Menarik