Utama Blog Halaman 948

Proton Memasuki Pasaran China Menerusi Kerjasama Dengan Geely

From left: Standing: Li Shufu, Chairman of Geely, Tun Dr Mahathir Mohamad, Prime Minister of Malaysia, HE Bai Tien, Ambassador China to Malaysia

PROTON, Geely menandatangani penjanjian kerjasama bagi membuka fasiliti di China

PROTON Holdings Berhad (PROTON) dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) telah menandatangani persetujuan bagi memulakan kerjasama yang membolehkan PROTON membuat dan memasarkan kereta-keretanya di China.

Kedua-dua syarikat memegang ekuiti sama melalui sebuah syarikat kerjasama yang belum diberi nama (JVC).

Dalam satu pengumumannya, DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) berkata usaha sama ini
termasuklah pembukaan fasiliti pengeluaran di China yang akan menghasilkan kereta-kereta serta perkembangan rangkaian pengedar untuk memasarkan kereta Proton di China.

Portfolio kereta-kereta untuk pasaran China adalah berdasarkan platform sedia ada Geely, walaupun rekaan luaran kenderaan itu akan diusahakan oleh PROTON sendiri.

Akan tetapi, penjanjian yang dimeterai turut melibatkan platform sedia ada PROTON sekiranya bersesuaian untuk dibangunkan menjadi model-model bagi pasaran China.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Dato’ Sri Syed Faisal Albar berkata, penglibatan Geely sebagai rakan strategik PROTON telah membuka jalan yang mudah bagi Syarikat itu untuk memasuki pasaran China yang akan mendatangkan keuntungan.

“Secara jelasnya dengan kedatangan Geely, peluang PROTON untuk ke China kini lebih terbuka. Antara peranan Geely adalah untuk memastikan jaminan lesen-lesen perkilangan dan kelulusan kawal selia yang diperlukan bagi usaha sama tersebut berada di bawah peraturan yang ditetapkan oleh China.

Geely juga akan mengenalpasti lokasi yang bersesuaian untuk membina kemudahan perkilangan tersebut,” ujar Syed Faisal.

Beliau turut menambah bahawa pembekal-pembekal komponen PROTON yang mempunyai kualiti dan berdaya saing juga akan dipertimbangkan untuk menjadi pembekal syarikat usaha sama tersebut.

Ini seharusnya seiring dengan saranan kerajaan Malaysia yang mahukan pembuat komponen untuk masuk ke pasaran China.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan sebelum ini kekurangan kereta keluaran Malaysia dieksport ke pasaran-pasaran serantau, tidak seperti jenama-jenama seperti Jepun, Korea dan China yang memasuki pasaran Malaysia.

Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamed

Jualan kenderaan penumpang China telah meningkat secara mendadak sejak 10 tahun yang lalu. Pada 2008, sebanyak 6.78 juta kereta penumpang telah terjual di China, tetapi, jualan telah meningkat sehingga 24 juta pada 2017.

Geely merupakan penyumbang utama, yang turut menjadi syarikat pengeluaran kereta sendirian pertama yang menjual lebih 1 juta unit kereta secara domestik dalam tempoh setahun.

Pada 2017, Geely menjual lebih daripada 1.24 juta kereta, memperoleh pegangan
pasaran 5.06%. Pada separuh tahun pertama 2018, Geely menjual anggaran lebih 125,000 unit keretanya sebulan, dengan jualan model SUV Boyue melebihi 20,000 unit setiap bulan kecuali pada Januari di mana sebanyak 30,000 unit terjual.

Model SUV yang telah ditambahbaik dijangka dilancarkan di Malaysia pada akhir 2018 dikenali sebagai SUV pertama PROTON.

Kedua-dua syarikat menjangkakan untuk memulakan usaha sama ini pada tahun pertama 2019, sekiranya berjaya memperoleh kelulusan kawal selia.

Menu Baharu KFC ‘Dunk & Dip’, Nikmati Dengan Cara Berbeza

KFC Malaysia menghidangkan pembaharuan ke meja makan menerusi suntikan keseronokan di dalam ciptaan menu terbaharunya – KFC ‘Dunk & Dip’.

LUPAKAN rutin yang membosankan, ciptaan terbaharu oleh KFC ini mengajak para penggemarnya untuk lari daripada kebiasaan dan rasai keseronokan sambil menikmati KFC Crispy Tenders menerusi langkah istimewa celup dan cicah.

Keseronokan di dalam hidangan ini dicetuskan oleh gabungan perisa dan tekstur yang menarik di antara dua ‘dipping’ istimewa. Kelazatan Sos Masam BBQ ditambah dengan kerangupan hangat Bertih Krup-Krup bakal menjanjikan sensasi yang penuh menyelerakan apabila dinikmati bersama KFC Hot & Spicy Crispy Tenders kegemaran ramai.

“Kami mahu memastikan para pelanggan kami merasai pengalaman istimewa setiap kali mereka menikmati hidangan KFC. Crispy Tenders Dunk & Dip terbaharu ini dicipta bagi menghasilkan pengalaman unik dan menyeronokkan kepada para pelanggan menerusi bentuk hidangan yang lain daripada yang lain.

Sos Masam BBQ dan Bertih Krup-Krup rangup pasti membuatkan anda sukar untuk berhenti menikmatinya. Jadi, hanya celup, cicah, dan teruskan krup-krup!” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

KFC Dunk & Dip boleh didapati buat masa terhad secara à la carte serta hidangan kombo. Bermula daripada RM6.90, hidangan à la carte didatangkan dengan 3 ketul Crispy Tenders, Sos Masam BBQ dan Bertih Krup-Krup.

Hidangan kombo pula boleh didapati bermula daripada RM13.90 bersama pilihan 1 atau 2 ketul ayam KFC, hidangan sampingan KFC serta secawan iced lemon tea, menjadikan ianya sebuah hidangan lengkap.

Boleh didapati di setiap restoran KFC di seluruh Malaysia bermula 16 Ogos 2018, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

Amazing Car Deals This Month with KIA Mega Merdeka

Naza Kia Malaysia, the official distributor of KIA vehicles in Malaysia, proudly introduces the KIA Mega Merdeka campaign with exclusive deals and value-added privileges for the Kia Cerato 1.6 SX and the Kia Picanto EX, as a tribute to the 61st Merdeka nationwide celebrations for all Malaysians to enjoy before the SST kicks in come September.

TAKE this golden opportunity to purchase any of the two models where throughout the campaign, the Kia Cerato 1.6 SX is offered at an exclusive price starting from RM83,032.45 (on-the-road without insurance) while the Kia Picanto EX is available starting from RM47,079.43 (on-the-road without insurance). Both come with Kia’s standard 5-year warranty with unlimited mileage for that added boost.

Apart from the limited-time prices for the KIA Mega Merdeka, customers will also receive a free Red One SIM card for every purchase of the Kia Cerato 1.6 SX or Picanto EX in the month of August, and a special privilege available for Cerato 1.6 SX models only – free maintenance service for first three years including parts and labour fees for a hassle-free car maintenance experience.

The KIA Cerato 1.6 SX gives off a sophisticated vibe with its attractive styling, fluid appearance and advanced convenience.

On the road, the KIA Cerato’s aggressive exterior matches its prowess underneath the hood and also comes with a motor-driven power steering (MDPS), Bluetooth connectivity, push-start ignition, an 8” touchscreen display with rear view camera and enhanced safety features, among others.

On the other hand, the Picanto EX variant is uniquely modern, designed with safety and power in mind, with futuristic details and dynamic design for a more fun urban drive look.

Inspired by iconic designs, the EX variant takes Kia’s A-segment car up a notch with its stronger build with subtle edginess and a rich body volume to fulfil customer’s demands. Furthermore, its open-link style radiator grille visually enhances the Picanto’s wide proportions to achieve that modern sleek look.

The KIA Mega Merdeka campaign is available for a limited time only and valid at all Naza Kia showrooms nationwide from now until 31st August 2018, while stocks last.

SSM Tawar Insentif Pengurangan Kompaun Sehingga 80 Peratus

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan insentif pengurangan kompaun sehingga 80% sempena kempen Patuh Akta Syarikat 2016, Ambil Berat, Sayangi Syarikat yang bertujuan untuk memberi pemahaman, kesedaran dan peringatan kepada orang awam tentang keperluan dan peruntukan asas yang perlu dipatuhi secara berkala di bawah Akta Syarikat 2016.

INSENTIF pengurangan kompaun yang bertemakan ‘Mulakan Pematuhan Akta Baru dengan Sifar Kompaun’ akan berkuatkuasa pada 1 September 2018 sehingga 30 Disember 2018. Insentif ini akan menjadi pemudah cara bagi orang awam untuk menyelesaikan kompaun yang masih belum dijelaskan.

Kadar peratusan pengurangan yang diberi adalah seperti jadual berikut:

Tempoh Bayaran Kadar Pengurangan*
1 September 2018 –30 September 2018

RM80% dari nilai asal atau minima
RM200 (mana-mana yang lebih tinggi)

1 Oktober 2018 –31 Oktober 2018

RM70% dari nilai asal atau minima
RM300 (mana-mana yang lebih tinggi)

1 November 2018 – 30 November 2018

RM60% dari nilai asal atau minima
RM400 (mana-mana yang lebih tinggi)

1 Disember 2018 – 31 Disember 2018

RM50% dari nilai asal atau minima
RM500 (mana-mana yang lebih tinggi)

Bagi menikmati insentif pengurangan kompaun ini, pihak syarikat, pengarah-pengarah atau pemilik syarikatyang berkaitan boleh hadir ke Tingkat 26, Bahagian Pematuhan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Menara SSM@Sentral, Kuala Lumpur atau mana-mana kaunter Pejabat Negeri Suruhanjaya Syarikat Malaysia di seluruh Negara.

Pelancaran kempen dan insentif pengurangan kompaun tersebut telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail semasa merasmikan Persidangan Kebangsaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2018 (SSMNC2018) yang dianjurkan di Sunway Pyramid Convention Centre.

Persidangan bertemakan ‘Doing Business In The Age Of Disruption’ yang dianjurkan selama 2 hari ini dihadiri lebih 1000 peserta yang terdiri daripada setiausaha syarikat, sektor korporat, pengamal undang-undang, golongan usahawan dan pihak-pihak berkepentingan terhadap sektor korporat di Malaysia.

Persidangan ini memberikan fokus perbincangan terhadap perubahan landskap perniagaan serta cabaran terhadap perubahan digital pada masa kini di mana teknologi memainkan peranan yang amat besar dalam arus informasi, proses globalisasi serta ekonomi.

Objektif penganjuran kali ini juga lebih bersifat holistik dan menyentuh impak perubahan semasa beserta persediaan menghadapi sebarang kemungkinan hasil dari kepesatan teknologi dan multimedia.

Dalam ucapan perasmian oleh Dato’ Saifuddin Nasution, beliau turut mengumumkan dua pendekatan baru yang diambil bagi memastikan peranan SSM sebagai pengawalselia sektor korporat di negara ini terus diperkukuh di negara ini.

Pendekatan pertama adalah langkah SSM memperkenalkan Corporate Rescue Mechanism (CRM). CRM ini merupakan kerangka undang-undang baharu di Malaysia, CRM diperkenalkan untuk membantu memulihkan kedudukan syarikat yang menghadapi kekangan kewangan agar kembali beroperasi seperti sedia kala melalui proses pengstrukturan syarikat.

Inisiatif kedua pula, SSM memperkenalkan “Extensible Business Reporting Language” (XBRL) atau lebih dikenali sebagai “Malaysian Business Reporting System” (MBRS). MBRS ini merupakan satu platform serah simpan yang membolehkan syarikat menyerah simpan pelaporan tahunan kepada SSM secara atas talian.

Sistem ini dijangka akan dilancarkan sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2018 untuk semua syarikat tempatan dan syarikat asing.

Kedua-dua inisiatif ini merupakan faktor utama yang menggalakkan penyertaan yang amat memberangsangkan pada persidangan yang dianjurkan pada kali ini.

Turut hadir bersama-sama memeriahkan Majlis Pelancaran Persidangan Kebangsaan SSM kali ini ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,  Dato Sri Jamil Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato Zahrah Abd Wahab Fenner.

iCar Asia Launches Car Auction Business – CarlistBid.my

CarlistBid.my is a car bidding platform for car dealers to buy used cars, utilising iCar Asia’s existing database of sellers and buyers, the largest network in Malaysia and the ASEAN Region

iCar Asia, owner of ASEAN’s number one network of automotive portals in Malaysia, Thailand and Indonesia, today announced the launch of CarlistBid.my, a new platform connecting car sellers to dealers in a safe and trusted environment.

Taglined Malaysia’s Most Trusted Car Bidding Platform, CarlistBid.my utilises iCar Asia’s existing database of sellers and buyers, the largest network in the country, with over three million ready sellers and more than three thousand dealers.

Following the launch in Malaysia, the platform will be rolled out to iCar Asia’s operations in Thailand and Indonesia.

Along with the launch of the platform, iCar Asia also launched the flagship inspection hub next to Regal Valet Auto Detailing Outlet in Kampung Sungai Penchala.

Hamish Stone, Chief Executive Officer of iCar Asia, said “The auction business adds a compelling fast and convenient option for private car sellers and fleet owners to sell their cars to an existing base of car dealers.”

“Over a four-month testing period, CarlistBid.my has closed over RM2.1 million in sales within an average of five days per sale completion. We achieved this with a test group of just 100 out of the over 3,000 dealers that already work with Carlist.my, highlighting our ability to scale up this service in the coming months.

With a network of approximately 12 million monthly visitors per month that are potential car sellers – plus over 10,000 existing seller accounts and potential auction bidders across the region – iCar Asia is well placed to scale this business up over the coming months,” he added.

CarlistBid.my works in four simple steps; Request, Inspect, Bid, Sold. Sellers need only to submit a request online, anytime and schedule a complimentary car inspection and car valuation service. Once the bidding terms are agreed, the auction will be opened to bidding among certified Carlist.my Trusted Dealers nationwide.

Upon acceptance of the best offer, CarlistBid.my staff will assist with the ownership transfer procedures as well as final payment.

“In order to increase efficiency, we have opened our flagship inspection hub here, in Kampung Sungai Penchala, so that sellers can directly bring in their car for inspection. We will be looking to open more inspections hubs around Malaysia in the near future.

We strive to provide the most convenient, flexible and above all safest service to our customers. Which is why all our dealers go through a stringent process of verification to ensure that these are serious, reputable dealers. In cases of dispute, we will also step in to mediate the situation to ensure that both our buyers and sellers come out with a mutually beneficial deal. ” said Stone.

Stone concluded: “We expect to follow the launch of this service in Malaysia with launches in Thailand and Indonesia in the coming months. This is another step for iCar Asia in building out its core proposition to consumers and dealers and extending our market leading position as the largest and most trusted automotive portal network in the ASEAN Region.”

For more information on CarlistBid.my, please visit www.carlistbid.my

Kia Motors Showcases Next-Generation Separated Sound Zone Technology

Kia Motors Corporation revealed for the first time, its next-generation Separated Sound Zone (SSZ) technology that allows each passenger of a vehicle to experience an audio stream tailored to their individual needs, including music, hands-free phone calls, and vehicle alerts, whilst maintaining a headphone-free social space where passengers can converse freely.

SSZ technology creates and controls the acoustic fields of the car, allowing the driver and each passenger to hear isolated sounds.

The many speakers installed in the vehicle feature technology that uses scientific principles to reduce or increase audio levels of sound waves. This negates the overlap of sounds being heard in each seat, creating the same effect as current noise cancellation systems, but without the need for headphones.

“Customers in the autonomous navigation era will demand increasingly customizable entertainment options within their vehicles, which includes technological innovations such as the Separated Sound System,” says Kang-duck Ih, Research Fellow at Kia’s NVH Research Lab.

“I hope by providing drivers and passengers with tailored, independent audio spaces, they will experience a more comfortable and entertaining transportation environment.”

People’s musical tastes vary, so some passengers choose to use headphones during a journey to isolate their audio stream, but this also creates an unnecessary social barrier when interacting with other passengers.

When travelling in a vehicle equipped with next-generation SSZ technology, each passenger can connect their smartphone via Bluetooth and listen to their own music without interference from, or interfering with other passenger’s audio streams.

When the SSZ is utilized, hands-free phone calls can also be isolated to individual passengers, ensuring privacy when having important phone conversations on the move.

Furthermore, this ground-breaking technology can eliminate unnecessary sounds for the passenger, but provide them for the driver. Navigation sounds, or various alerts allow the driver to focus on controlling the vehicle, while the SSZ system isolates these sounds, maintaining a quiet area for the other passengers.

This has a particularly strong application for drivers with a sleeping child in the vehicle.

SSZ technology has been in development since 2014, and the completed mass production system is expected to be ready for installation in vehicles within one to two years.

Sekolah KAFA Integrasi Al-Mu’Min Terima Bantuan RM35,000

Keperluan untuk menaik taraf Sekolah KAFA Integrasi Al-Mu’Min dilihat sesuatu yang tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakat kerana peluang untuk pelajar menimba ilmu adalah penting dan lebih mudah didapati di sekolah dengan adanya guru yang terlatih dan berpengalaman.

SEHUBUNGAN itu, PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) dan anak syarikatnya Park Here Sdn Bhd (PHSB) telah melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dengan menyalurkan sumbangan berjumlah RM35,000 bagi kerja-kerja menaik taraf sekolah tersebut.

“Bebanding dengan sekolah-sekolah agama di tempat lain, sekolah ini jauh ketinggalan dari segi kemudahan murid. Suasana pembelajaran terbuka tanpa ada pembahagian kelas dan juga keadaan yang tidak selesa serta panas sangat menguji kesabaran murid-murid dan guru-guru.

Pihak sekolah menerima panfdaftaran masuk seramai 443 orang pada tahun ini dan pihak sekolah terpaksa menambah lagi bilangan kelas dengan terpaksa menggunakan sepenuhnya ruang solat sebelah muslimat untuk dijadikan kelas,” kata Pengerusi Sekolah KAFA Intgrasi Al-Mu’min, Ustaz Ismael Hamat.

Dari kiri Pengurus Kanan Operasi Park Here Sdn Bhd, Mohd Ardisham Mohamad Shahir, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Fakru Radzi Ab Ghani, Orang Besar Daerah Kuala Langat, YDM Tengku Dato Mohamed Al Haj Tengku Harun, Pengerusi Sekolah KAFA Integrasi Al-Mu’min, Ismael Hamat

Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Sr Fakru Radzi Ab Ghani berkata, PREC amat menitikberatkan hal-hal berkaitan kebajikan seperti ini agar dapat membantu meringankan kos menaik taraf sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih kondusif serta memberi keselesaan kepada para pelajar dan guru-guru di masa akan datang selaras dengan seruan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Pemantauan awal telah dilakukan dan kami mendapati proses P&P yang dijalankan di sekolah kelihatan daif dan perlu dibaik pulih. Pendidikan merupakan salah satu bidang yang dilihat penting dan juga keutamaan kami dalam menjalankan aktiviti CSR serta tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan yang lestari merupakan kunci kepada kesejahteraan negara, kata Radzi semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Menaik Taraf Sekolah Kafa Integrasi Al-Mu’Min di Dewan Pangsapuri Seri Saujana, Bandar Saujana Putra, Jenjarom Kuala Langat.

“Pelbagai inisiatif CSR yang telah dilaksanakan oleh PREC untuk dinikmati oleh masyarakat di luar sana seperti baru-baru ini PREC mengadakan program Kembara Ramadan dengan melawat rumah-rumah anak yatim, warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak austisme untuk memberikan sumbangan dan berkongsi kasih sayang kepada mereka.

PREC juga merancang untuk memberikan penajaan secara subsidi bagi bil utiliti rumah-rumah kebajikan yang terpilih serta Pusat Tuisyen Sayang yang memberikan khidmat tuisyen secara percuma kepada pelajar-pelajar miskin kota”, tambah Radzi.

Turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan ialah Orang Besar Daerah Kuala Langat, Yang Berhormat Tengku Dato Mohamed Al Haj Tengku Harun, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS, Anas Ayob, Pengurus Besar Pembangunan Strategik PKNS merangkap ahli EXCO PREC, Mohd Adzha Jumali, barisan perngurusan PREC, PHSB, guru-guru dan pelajar sekolah tersebut.

PKNS Real Estate Sdn Bhd atau lebih mesra dikenali sebagai PREC, merupakan sebuah syarikat pelaburan hartanah dan anak syarikat negeri Selangor yang telah ditubuhkan sejak 2012. PREC kini memiliki 6 bangunan di Kawasan Lembah Klang termasuk SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi.

Dalam masa 6 tahun, PREC juga telah berkembang pesat dan mencapai pelbagai kejayaan, dan salah satunya ialah mewujudkan anak syarikat, Park Here Sdn Bhd, sebuah syarikat pengurusan tempat letak kereta.

Maklumat lanjut berkenaan PREC, sila layari laman sesawang kami www.prec.my.  “Like” laman sosial Facebook (PKNS Real Estate Sdn Bhd-PREC) dan “Follow” Instagram (@pknsrealestateofficial).

AirAsia Kini Terbang Dari Kota Kinabalu Ke Macao, China

AirAsia terus memperkukuhkan hab Kota Kinabalu dengan pelancaran laluan baharu terus ke Macao, China. Penerbangan empat kali seminggu itu akan bermula pada 2 November 2018.

MACAO yang dikenali sebagai ‘The Vegas of Asia’ di seluruh dunia, adalah sebuah bandar pesat dengan 25 tarikan warisan sejarah dunia. Bandar ini menggabungkan budaya Portugis dengan ciri-ciri tradisional Cina, menjadikannya sebuah destinasi unik untuk dikunjungi.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee berkata, “Kota Kinabalu adalah salah satu hab terbesar kami selepas Kuala Lumpur dan kami komited untuk terus mengukuhkannya dengan mengembangkan rangkaian kami ke laluan domestik dan antarabangsa.

Baru-baru ini kami telah melancarkan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Bangkok, dan hari ini kami berbesar hati kerana dapat menghubungkan warga Sabah ke Macao dan Pearl River Delta.

Sabah terletak di lokasi strategik di bahagian utara pulau Borneo dan kami berharap dapat membawa dunia ke Sabah dengan menghubungkannya dengan Asean, Asia Utara, Australia dan lain-lain.

“Tahun ini, kami telah menerbangkan lebih daripada 6.7 juta tetamu ke dan dari Sabah dengan 281 penerbangan mingguan. Dengan peningkatan penerbangan, kami berhasrat untuk menarik lebih ramai pelancong dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

Kami juga sedang meneroka peluang untuk mempromosikan jenama dan produk tempatan melalui platform dalam talian, OURSHOP.”

AirAsia kini menawarkan tambang pengenalan termasuk semua dari Kota Kinabalu ke Macao daripada RM129*.

Tambang ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini hingga 19 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan dari 2 November 2018 hingga 29 Mac 2019.

Log masuk sebagai Ahli BIG untuk menikmati diskaun segera untuk ahli. Ahli BigPay pula boleh menikmati penjimatan sehingga RM32* apabila mereka membuat pembayaran menggunakan kad BigPay.

Selain Macao, AirAsia juga terbang ke 9 laluan antarabangsa terus dari Kota Kinabalu ke Bangkok, Singapura, Manila, Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen, Hangzhou, Wuhan dan Taipei; serta 8 laluan domestik ke Kuala Lumpur, Tawau, Sandakan, Miri, Kuching, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Johor Bahru.

Pusat Bersejarah Macao menawarkan pelbagai tarikan bangunan bersejarah, bangunan keagamaan serta bangunan bercirikan Portugis dan Cina yang tersenarai sebagai Warisan Dunia UNESCO.

Nikmatilah keindahan bangunan neoklasik Eropah dan butik-butik terkenal di sepanjang Dataran Senado. Kemudian lawatilah Runtuhan St. Paul, mercu tanda Macao paling terkenal yang dibina pada abad ke-16 sebagai kolej dan katedral.

Untuk melihat panorama menakjubkan bandar tersebut, lawatilah Menara Macao, sebuah monumen kebangsaan berketinggian 338m yang turut menawarkan aktiviti lasak seperti Tower Climb, Bungee Jump, Sky Jump atau Skywalk.

Macao juga padat dengan pusat-pusat hiburan seperti Venetian Macao yang serba mewah dan Macao Fisherman’s Wharf, sebuah kompleks taman tema yang ideal untuk seisi keluarga.

Selain itu, lawatan ke Macao tidak lengkap tanpa menikmati tart telur yang terkenal; Minchi – juadah kebangsaan Macao yang terdiri daripada daging cincang, kentang, bawang, kicap, cendawan hitam dan telur goreng yang dihidang bersama nasi; snek ikan masin; udang goreng ala Macao dan banyak lagi.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Hanya untuk satu (1) penerbangan pergi-balik untuk seorang tetamu.

bki-mfm BM.png

Go Auto Dan Sirim Jalin Kerjasama Strategik

From left : Ir. Dr. Mohamad Jamil Sulaiman, Vice President of SIRIM Industrial Research from SIRIM Berhad, Prof Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani, President and Group Chief Executive of SIRIM Berhad, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Executive Director of Go Auto Group and Wan Ahmad Wan Omar, Executive Director of Go Auto Group

Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GAM), satu cabang pembuatan Go Auto Group of Companies dan SIRIM Berhad, agensi penyelidikan dan teknologi utama negara di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membentuk kerjasama strategik jangka panjang antara kedua-dua pihak.

MoU ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani.

Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Executive Director of Go Auto Group answering questions during the Press Conference session

Majlis menandatangani turut disaksikan oleh Wan Ahmad Wan Omar, Pengarah Eksekutif Go Auto Group dan Ir. Dr. Mohamad Jamil Sulaiman, Naib Presiden Penyelidikan Perindustrian SIRIM dari SIRIM Berhad.

Kerjasama strategik ini merangkumi empat bidang utama iaitu pembangunan dan peningkatan produk, teknologi, tenaga manusia dan pasaran atau industri. Melalui usahasama ini, ia membolehkan GAM memperoleh akses kepada kemudahan penyelidikan SIRIM.

Manakala kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam kepakaran teknikal, pemindahan teknologi dan latihan teknikal bagi melaksanakan projek atau produk di bawah perkongsian ini.

“Go Auto amat teruja dengan kerjasama bersama SIRIM ini, suatu badan yang berpengalaman dan berkepakaran lebih 40 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi negara.

Kelebihan mereka dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, selain memastikan standard dan kualiti industri menjadikan mereka rakan kongsi yang baik untuk syarikat kami. Kami mengalu-alukan kerjasama ini kerana ia dapat memberi kita peluang menggunakan kepakaran masing-masing yang mampu memberikan impak maksimum kepada kedua belah pihak,” kata Dato’ Azli.

The EV bus tour and technical briefing from Go Auto to SIRIM Berhad and members of the media

“Pengilangan kami dapat memenuhi keperluan pengawalseliaan dan pasaran dan secara tidak langsung membolehkan kami mengurangkan pengeluaran dan kos R&D.

Kerjasama ini juga sejajar dengan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) iaitu untuk menghasilkan produk yang memenuhi piawaian dan keperluan antarabangsa. SIRIM mempunyai rekod prestasi yang membolehkan produk dan perkhidmatan Malaysia mencapai pengiktirafan di seluruh dunia dari segi kualiti dan inovasi,” kata Dato Azli lagi.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil berkata, SIRIM berada pada kedudukan yang baik untuk menerajui industri Malaysia ke Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

“SIRIM menyambut baik perkongsian bersama Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd untuk terus membantu menghubungkan teknologi kenderaan dan mengubah pengalaman pemanduan di Malaysia,” katanya.

The EV bus tour and technical briefing from Go Auto to SIRIM Berhad and members of the media

Antara bidang kerjasama termasuk pembangunan dan penambahbaikan keupayaan dan kapasiti bateri cas semula berasaskan lithium ion untuk menggantikan bateri asid plumbum di pasaran automotif; pembangunan teknologi kenderaan hijau termasuk bateri untuk basikal dan motosikal serta pembangunan bateri sodium ion sebagai alternatif kepada bateri lithium ion.

Bidang usahasama lain termasuk Prototaip Pantas (Rapid Prototyping) dan percetakan 3D untuk pelajar TVET MARA, dan kemudahan Pengesahan Kelulusan Jenis Kenderaan (Vehicle Type Approval Testing) untuk e-mobiliti seperti yang dimandatkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya.

“Kerjasama ini tepat pada masanya sebagai inisiatif menyokong aspirasi dan usaha kerajaan dalam mengubah perniagaan Malaysia untuk menghadapi cabaran Industri 4.0.

“Kami berazam untuk memanfaatkan Porgram Pembangunan PKS SIRIM dan Industri 4.0 dalam bidang Additive Manufacturing, Artificial Intelligence, Smart Manufacturing dan peranti Internet of Things (IOT),” kata Prof Ir Dr Ahmad Fadzil.

Rasionalisasi kolaborasi ini dijangka selesai dalam tempoh dua tahun selepas pemeteraian MoU.

LBS Rangkul Anugerah Kecemerlangan Media Sosial 2018

Malaysia mempunyai jumlah penduduk seramai kira-kira 32 juta orang. Menurut statistik, hampir 75% daripada jumlah ini ialah pengguna aktif media sosial.

LBS Bina Group Berhad (LBS) yakin dengan pengaruh penggunaan kreatif media sosial dalam menggalakkan perhubungan, baru-baru ini telah dianugerah dengan Anugerah Kecemerlangan Media Sosial – Sektor Hartanah Terbaik di Anugerah Media Sosial Malaysia 2018.

“Sesebuah perniagaan perlu menjadi relevan dan terkini supaya dapat bertahan lama. Ini bermakna mengikuti trend terkini dan meneroka cara-cara baharu untuk memajukan perniagaan.

(Tiga dari kiri) Pengurus Kanan Perhubungan Awam, Desmond Lim menerima Anugerah Kecemerlangan Media Sosial – Sektor Hartanah Terbaik bagi pihak LBS daripada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Muhammad Bakhtiar Wan Chik semasa Anugerah Media Sosial 2018.

Berada dalam sektor pembangunan hartanah selama 25 tahun, LBS telah berjaya mengharungi ujian masa dengan mengguna pakai strategi yang berani dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Sepanjang beberapa tahun yang lalu, media sosial telah memberikan kami peluang untuk mempelbagaikan cara kami berkomunikasi dan berhubung dengan para pelanggan dan pengikut kami.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Dewan Media Sosial Malaysia dan Anugerah Media Sosial Malaysia di atas pengiktirafan kepada usaha-usaha kami kerana ia menunjukkan bahawa kami sedang menuju ke arah yang betul.

Kami berharap untuk terus mengukuhkan kehadiran kami melalui media sosial dan berhubung dengan para pelanggan dan pengikut kami dengan cara yang dapat memberi inspirasi kepada yang lain dalam industri ini,” ujar Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San.

Percaya dengan penggunaan isi kandungan yang boleh dihubungkaitkan di media sosial, LBS sentiasa memberi penekanan kepada mesej-mesej yang konsisten dan jelas untuk para pengikutnya.

Pemaju perbandaran ini berinteraksi dengan audiensnya yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat melalui kiriman-kiriman yang sihat dan menyentuh hati, menggalakkan perubahan dan kemajuan diri dan yang berinformatif serta menarik. Ini termasuk maklumat produk hartanah baharu, petua-petua gaya hidup, peraduan, ucapan perayaan dan aktivti terkini.

Dianjurkan oleh Dewan Media Sosial (SMC), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang khusus untuk memajukan bidang media sosial yang boleh dipercayai, Anugerah MSMW ialah sebuah platform yang menghargai amalan-amalan dan para pengamal blog dan media sosial terbaik negara.

Pertubuhan dan pengamal yang disenarai pendek telah dinilai ke atas penggunaan jenama, pertumbuhan media sosial dan keberkesanannya melalui media sosial.

Syarikat-syarikat dan individu-individu yang disenarai pendek telah dinilai oleh pakar-pakar dalam dunia media sosial iaitu Pengasas Travel Camel.com, Shane Dallas; Pengarah Sosial Social Grooves, Christopher Tock; Pengasas IdeaMart, Andrew Chow; Naib Presiden Dewan Media Sosial Malaysia Ned Mohd; dan Ketua Pegawai Eksekutif Business Blogging, Kiruba Shankar.

Majlis anugerah pada tahun ini telah diadakan di Zebra Square KL dan telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Meliputi sebanyak 24 kategori, Anugerah Media Sosial Malaysia mengiktiraf amalan-amalan terbaik dalam menggunakan media sosial dalam sektor-sektor utama termasuklah, hartanah, penerbangan, automotif, perbankan dan kewangan, pendidikan, gaya hidup, penjagaan kesihatan, makanan dan minuman serta logistik dan pengangkutan.

Post Menarik