Persatuan Veteran ATM Wilayah Persekutuan yang diketuai Yang Dipertuanya Brig Jen (B) Dato Pahlawan Shamsuddin Abass dengan enam Ahli jawatankuasa bersama Datuk Hashim Ibrahim Ketua Cawangan Lembah Pantai dan Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican Ketua NGO Antarabangsa.

KUNJUNGAN mesra Ahli Persatuan Veteran Wilayah Persekutuan kepada Menteri Wilayah Persekutuan menjadi amalan biasa bagi persatuan Veteran ATM yang bernaung di Wilayah Persekutuan.

Brig Jen (B) Dato Pahlawan Samsuddin Abass berakta, pesara tentera di Wilayah Persekutuan ada yang berpencen dan ada yang tidak berpencen.

Beliau berkata, setakat ini ada 6,288 pesara di seluruh wilayah dari 10 cawangan persatuan veteran termasuk Cawangan Putrajaya.

“Kita menjangkakan keahlian akan bertambah kepada 8,000 ahli menjelang akhir tahun ini berdasarkan kepada jumlah mereka yang akan bersara tahun ini dan menetap di Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, ada dikalangan mereka masih muda apabila bersara dengan anak-anak yang masih kecil dan mereka memerlukan pekerjaan atau modal untuk memulakan perniagaan.

YB Khalid Samad Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Dipertua Persatuan Veteran ATM Wilayah Brig Jen Dato Pahlawan Dato Samsuddin Abass (kiri sekali), Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha dan Dato Hashim Ibrahim KC lembah Pantai sebagai penyelaras Program

Katanya, ada juga antara mereka tidak memiliki rumah dan ini semua memerlukan perhatian serta sokongan kerajaan.

Samsuddin berkata, ada juga ahli veteran yang berjaya dalam pelbagai bidang tetapi jumlahnya amat sedikit namun ada juga ahli yang berjaya mencipta nama di pentas antarabangsa dengan Badan Bukan Kerajaan NGO Antarabangsa seperti Komander (B) Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican.

“Oleh sebab itu, saya selaku Yang Dipertua Veteran ATM Wilayah perlu turun padang melihat kebajikan ahli-ahli dengan cara mengadakan hubungan baik dengan semua pihak khususnya Kementerian Wilayah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan agensi lain yang berkaitan,” katanya dalam kunjungan Persatuan Veteran ATM ke atas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad di Putrajaya, baru-baru ini.

Sementara itu, Khalid berkata, pihaknya akan memberi perhatian dan akan membantu meringankan beban bekas ahli Veteran ATM Wilayah mana yang termampu.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini