Navigating today’s scattered health data and a healthcare system geared towards treating illness, not preventing it, hinders our ability to build healthy habits and prioritize long-term wellbeing.
So how do we take back control?
Powered by Samsung’s cutting-edge sensor technology that provides a holistic, real-time overview of our health, the new Galaxy Watch8 series shifts the focus to preventative care.
It provides clear, actionable insights based on your lifestyle patterns to help you understand your body and mind more deeply, build healthy habits and help identify silent threats such as ectopic beats early on.
Preventative Care Through Early Detection
With new heart metrics, Galaxy Watch8 series spots the potential for health issues sooner, so you can prevent them before they start:
Ectopic Beat Detection: Galaxy Watch8’s enhanced Electrocardiogram (ECG) can better capture ectopic beats – premature heartbeats that often go undetected in routine checkups as they frequently occur without noticeable symptoms.
It is well known that frequent ectopic beats can be considered clinically significant and may lead to arrhythmias that drive up stroke and heart-failure risk. Galaxy Watch8 series provides enhanced ECG measurement with the ability to differentiate instances of frequent ectopic beats providing earlier insights to support preventive care.
Vascular Load: While you sleep, Galaxy Watch8 reads Photoplethysmogram (PPG) waveforms – optical signals associated with blood flow during sleep. It measures blood volume and vascular stiffness and precisely analyzes changes in stress on blood vessels.
Because diet, stress, and rest all affect this metric, regular monitoring shows which habits to fine-tune and helps you cut cardiovascular risk before it takes hold.
Dua peranti yang amat dinanti-nantikan iaitu HONOR MagicPad 3 dan MagicBook Art 14 2025 boleh dibeli kedai HONOR Experience Store, pengedar sah serta platform dalam talian di seluruh negara mulai hari ini. Sebagai antara siri tablet HONOR popular, MagicPad 3 menawarkan pengalaman bertaraf PC mudah alih, melangkaui tugasan asas komputer.
Manakala HONOR MagicBook Art 14 2025, merupakan komputer riba flagship yang bergaya dan ultra-ringan. Ia menggabungkan prestasi hebat dengan rekaan inovatif serta ciri privasi unik melalui kamera magnetik boleh tanggal.
Kedua-dua peranti ini mencerminkan komitmen HONOR terhadap inovasi berteraskan insan, memperkasa pengguna untuk bekerja dengan lebih pintar, berkarya tanpa batas, dan kekal selamat dengan penuh gaya.
HONOR MagicPad 3, Prestasi Setanding Komputer Riba
HONOR MagicPad 3 bukan sekadar tablet untuk menonton drama kegemaran, tetapi sebuah alat produktiviti serba guna yang mampu menggantikan komputer riba yang biasa.
Dengan paparan bersaiz 13.3 inci dalam badan ultra-nipis, ia menggabungkan kemudahan mobiliti dengan keupayaan ruang kerja yang sebenar. Didatangi dengan Smart Touchpad Keyboard dan menyokong tetikus Bluetooth, ia memberikan pengalaman menaip dan navigasi seperti komputer peribadi, membolehkan pengguna bekerja dengan lancar di mana-mana sahaja.
Dengan persediaan ini, golongan profesional boleh menaip emel, mendraf dokumen, dan menyemak laporan panjang dengan mudah. Pensil pintar HONOR Magic Pencil 3 pula memberikan fleksibiliti tambahan, membolehkan seorang eksekutif pemasaran melakar idea kempen semasa bermesyuarat bersama pelanggan atau membuat catatan pada slaid di mana sahaja tanpa perlu menghidupkan komputer riba.
Sementara itu, para pelajar pula boleh mencatat nota kuliah yang ditulis, atau menulis pada buku teks digital dengan ketepatan pena sebenar.
Selain itu, HONOR MagicPad 3 juga boleh disambungkan ke projektor dan slaid projek dengan segera untuk paparan lebih besar seperti TV atau desktop melalui sokongan HDMI.
Lebih menarik, MagicPad 3 hadir dengan HONOR Docs yang bersepadu, suite pejabat percuma sedia terpasang yang menyokong format Microsoft Office dan suntingan PDF. Tidak seperti komputer riba lain yang memerlukan langganan berbayar, HONOR Docs membolehkan produktiviti terus dimulakan.
Pelajar boleh memuat turun nota dalam format Word, atau seorang pengurus menyemak kontrak PDF, atau seorang pereka berkongsi pembentangan PowerPoint. Semuanya dikendalikan dengan mudah tanpa memakan kos tambahan perisian.
Namun, pembaharuan sebenar terletak pada barisan perisiannya yang dikuasakan oleh AI. Dengan AI Notes, pengguna boleh menggunakan AI Summary untuk mengenal pasti isi-isi penting daripada mesyuarat yang panjang, merekodkannya melalui Minutes, menukarkannya melalui AI Format, malah menyemak semula dengan Proofread sebelum dibentangkan kepada kumpulan.
Lebih menarik lagi, fungsi AI Speech-to-Text menukar perbualan kepada transkrip yang tepat dalam masa sebenar, menjadikannya sesuai untuk wartawan yang sedang menemu bual, atau pelajar yang merakam kuliah.
Sementara itu, AI Writing Tools membantu memperkemas laporan, cadangan, atau karangan, membantu pengguna memperbaiki hasil kerja agar lancar dan profesional. Secara keseluruhan, ciri-ciri ini menjadikan HONOR MagicPad 3 sebagai teman produktiviti pintar yang amat diperlukan, yang mengurangkan beban kerja dan tidak memerlukan pengguna menulis secara manual, dengan secara proaktif.
Melalui ekosistem HONOR Connect juga, perkongsian fail menjadi lebih lancar. Seorang pereka boleh melakar idea pada HONOR MagicPad 3 dan menghantar fail kepada telefon pintar HONOR mereka, manakala pengguna iPhone boleh menghantar gambar ke tablet ini dengan lebih mudah. Padanan silang platform ini memastikan kelancaran kolaborasi sama ada Android, HONOR, mahupun iOS.
Bateri berkapasiti terbesar dalam industri iaitu 12,450mAh, memberikan kuasa kepada peranti ini. Ia mengatasi kebanyakan komputer riba, memberikan ketahanan sepanjang hari untuk belajar, bekerja, atau berkarya semasa bergerak.
Dengan gabungan prestasi setanding komputer riba, peranti mudah alih yang ultra-nipis, dan produktiviti dipacu oleh AI, HONOR MagicPad 3 menetapkan penanda aras baharu untuk tablet. Ia membuktikan bahawa masa depan kerja dan kreativiti boleh dimuatkan ke dalam peranti yang ringan namun berkuasa seperti ini.
HONOR MagicBook Art 14 – Kuasa Bergaya dengan Jaminan Privasi
HONOR MagicBook Art 14 2025 mendefinisikan semula gabungan prestasi, gaya dan privasi. Direka khas untuk generasi profesional serta pencipta, ia menggabungkan inovasi yang pertama dalam industri dari segi teknologi paparan dan perlindungan privasi digital, menetapkan aras baharu untuk komputer riba premium.
Teras rekaannya terletak pada kamera magnetik boleh tanggal, ciri pertama seumpamanya dalam industri yang memberikan ketenangan fikiran sepenuhnya kepada pengguna.
Komputer riba konvensional biasanya membiarkan kamera web terdedah secara kekal, menjadikan ia berisiko kepada penggodaman atau pengaktifan yang tidak sengaja. Malah, terdapat kes-kes berprofil tinggi di luar negara di mana kamera web mereka digodam untuk mengintip pengguna tanpa disedari.
Malah pemimpin teknologi seperti Mark Zuckerberg sendiri terpaksa menutup kamera komputer ribanya dengan pita pelekat sebagai langkah keselamatan. Oleh yang demikian, HONOR MagicBook Art 14 memperkenalkan kamera boleh ditanggalkan dan disimpan dengan selamat apabila tidak digunakan, memberikan pengguna kawalan penuh terhadap privasi digital.
Walaupun hanya senipis 1cm dan seberat 1kg, HONOR MagicBook Art 14 memiliki kuasa penuh, lengkap dengan integrasi port tanpa keperluan dok tambahan, memastikan kesambungan yang lancar semasa bergerak.
Komputer riba ini juga memperkenalkan paparan sentuh OLED 3.1K 14.6 inci yang pertama dalam industri, menampilkan bingkai ultra-nipis. Ia mencapai nisbah skrin-ke-badan 97% yang mengagumkan untuk pengalaman tontonan penuh yang benar-benar mengasyikkan.
Skrin ini dilengkapi dengan Salutan Nano Anti-Pantulan 8 Lapisan HONOR, satu lagi ciri pertama dalam industri, yang mengurangkan gangguan cahaya persekitaran sebanyak 99%. Sama ada bekerja di luar bangunan atau di dalam studio yang terang, visual kekal tajam dan jelas.
Untuk pencipta kandungan dan golongan profesional, paparan ini direka untuk kesempurnaan warna dengan Delta E <0.5, memastikan ketepatan warna ultra-jitu untuk tugasan reka bentuk, fotografi, dan penyuntingan video.
HONOR MagicBook Art 14 2025 dikuasakan oleh prosesor Intel® Core™ Ultra 7 terkini, dipadankan dengan RAM 32GB dan storan 1TB untuk membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugasan dengan pantas.
Disokong oleh pengoptimuman HONOR Turbo X, ia menawarkan jangka hayat bateri 29% lebih panjang berbanding model sebelumnya, mampu bertahan sehingga 13.2 jam untuk ulang semula video dalaman, dan 10 jam untuk prestasi pejabat moden PCMark 10.
Bateri 60Wh ini juga menyokong pengecasan pantas HONOR FastCharging 65W, memastikan pengecasan semula yang pantas untuk seiring dengan gaya hidup moden yang serba pantas.
Gabungan keanggunan yang nipis, prestasi tanpa kompromi, dan ciri privasi yang inovatif menjadikan HONOR MagicBook Art 14 2025 lebih daripada sekadar komputer riba. Ia adalah sebuah peranti berkuasa yang bergaya, dibina untuk masa depan kerja dan kreativiti.
Harga dan Ketersediaan
Tersedia dalam warna White dan Grey, HONOR MagicPad 3 berharga RM2,999 dilengkapi dengan RAM 32GB (HONOR RAM Turbo 16GB) dan storan 512GB, dipakejkan dengan hadiah percuma bernilai RM998 termasuk HONOR Magic Pencil 3 dan HONOR Keyboard.
HONOR MagicBook Art 14 2025 akan dijual dalam warna Mocha Brown dan Emerald Green mulai 22 Ogos 2025 pada harga RM5,999 bagi konfigurasi RAM 32GB dan ROM 1TB. Pembelian peranti ini juga termasuk pakej hadiah eksklusif bernilai RM508, termasuk langganan setahun 365 Personal Microsoft dan HONOR Backpack, sehingga kehabisan stok.
CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”), in partnership with Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (“Huawei Malaysia”), today launched its Fibre-to-the-Room Business (FTTR-B) solution to enhance connectivity for businesses in Malaysia.
Powered by Huawei’s advanced technology and high-performance equipment, this first-in-the-market solution in Malaysia and Southeast Asia delivers stable and consistent network, stronger signal strength, and seamless indoor roaming – ensuring businesses enjoy reliable, high-speed connectivity in every corner of their premises.
This launch builds on the company’s successful introduction of the consumer FFTR solution for Malaysian households in October last year. With business operations ranging from payments and tax submissions to invoicing and customer service increasingly conducted online, businesses need robust and reliable connectivity to stay agile, competitive, and future-ready.
CelcomDigi’s FTTR-B solution addresses this growing need for always-on connectivity, enabling Malaysian businesses to fully adopt digitalisation and operate more efficiently in today’s connected economy.
High Speed in Every Office Room
CelcomDigi Business Fibre now has a range of fibre plans to suit every type and size of businesses. As part of a special promotion, the FTTR-B 1Gbps bundle is now available at RM299/month with a one-time fee of RM180—worth RM2,900 with free installation—bringing maximum speeds to every corner of the workplace.
Filem bertemakan bencana Legasi-Bomba The Movie, hasil kerjasama antara Multimedia, GSC, Astro dan Sixfun, kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh malaysia.
Yang menariknya, Legasi-Bomba The Movie merupakan projek filem yang dicetuskan sendiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdullah, Sultan Pahang, selepas baginda menonton filem Air Force – The Movie pada tahun 2022 yang turut diterbitkan oleh Multimedia. Baginda kemudian telah mencadangkan idea tersebut kepada Pengarah Urusan Multimedia, Datuk Steven Lim.
Selepas tiga tahun, pada 21 Ogos (Khamis), baginda berkenan hadir sekali lagi ke pawagam yang sama untuk menyaksikan Legasi-Bomba The Movie, sebuah karya yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Baginda menzahirkan rasa amat berpuas hati terhadap hasil akhir filem tersebut.
Seusai menonton, KDYMM Sultan Abdullah menekankan bahawa filem ini berjaya menggambarkan realiti tugas anggota bomba yang sentiasa berada di barisan hadapan – sama ada ketika kebakaran, bencana alam, kemalangan jalan raya, malah juga dalam operasi menangkap ular dan menyelamatkan haiwan.
Sebelum berangkat, KDYMM Seri Paduka Baginda Sultan Abdullah telah menyampaikan pengiktirafan dan pujian kepada Datuk Steven Lim , para pelakon serta keseluruhan mutu persembahan filem tersebut, dan turut menitipkan doa serta restu Baginda kepada filem ini.
Selain itu, Datuk Setven Lim juga memaklumkan kepada Baginda Sultan bahawa filem ini mengambil masa lebih daripada dua tahun untuk disiapkan. Sepanjang proses penggambaran, bahagian yang paling memakan masa adalah pasca produksi dan kesan khas kerana pasukan produksi ingin memastikan kualiti filem serta hasil persembahannya yang terbaik kepada para penonton.
“Bagi menjayakan penggambaran ini, produksi telah menjalani rakaman di Sabah, Lembah Klang, Pulau Pinang dan Terengganu sejak tahun 2023. Para pelakon turut dihantar ke Terengganu untuk mengikuti latihan bersama anggota bomba sebenar, bagi memastikan lakonan mereka lebih realistik. Dari set, aksi hinggalah kepada kesan khas, segalanya diteliti bagi menonjolkan semangat keberanian dan pengorbanan anggota bomba Malaysia.”
Proses pembikinan turut menerima sokongan penuh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta tajaan daripada HONOR, Cuckoo dan Kinohimitsu.
Filem ini menggabungkan kesan khas kebakaran yang mendebarkan, adegan penyelamatan yang dramatik serta emosi kemanusiaan yang menyentuh hati, sekali gus menjanjikan pengalaman sinematik luar biasa kepada penonton.
Dengan itu, kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke pawagam, merasai sendiri kehebatan filem ini, serta memberikan sokongan padu terhadap karya tempatan.
HONOR Malaysia melancarkan HONOR MagicPad 3, pengganti komputer riba yang menggabungkan paparan sinematik Paparan Keselesaan Mata HONOR 3.2K 13.3 inci, alat produktiviti berkuasakan AI, serta bateri ultra besar 12,450mAh dalam rekaan nipis dan mudah alih.
Direka untuk kerja, kreativiti, permainan dan hiburan, HONOR MagicPad 3 menawarkan kuasa setaraf PC tanpa bebanan komputer riba tradisional. Ditawarkan pada harga RM2,999 ia mula dijual di kedai seluruh negara pada 22 Ogos 2025.
Pengalaman Sinematik dengan Paparan Terkemuka Industri
Alami visual luar biasa melalui paparan Paparan Keselesaan Mata HONOR 3.2K 13.3 inci dengan kadar segar semula 165Hz, tertinggi dalam industri, seterusnya mengatasi kebanyakan peranti yang hanya menawarkan sehingga 144Hz.
Sama ada anda bermain permainan, menonton filem atau sekadar melayar, setiap gerakan dipaparkan dengan ketepatan ultra-lancar. Diperkasakan dengan tujuh Teknologi Keselesaan Mata Termaju, HONOR MagicPad 3 bukan sahaja menghadirkan pengalaman skrin besar yang mengasyikkan, malah memastikan keselesaan mata walaupun bekerja pada jangka masa panjang, menonton drama tanpa henti, atau bermain permainan hingga ke lewat malam.
Produktiviti Lancar dengan Perkakas AI, Papan Kekunci Pintar dan Keserasian iOS
HONOR MagicPad 3 bukan sekadar tablet, tetapi sebuah pusat produktiviti lengkap yang setanding laptop. Dengan HONOR Docs dan AI Notes, pengguna boleh menikmati transkripsi suara-ke-teks, terjemahan segera, serta perluasan teks pintar untuk multitugas yang lebih pantas dan cekap.
Dipadankan bersama HONOR Smart Touchpad Keyboard (dilengkapi pad sesentuh) dan sokongan pensil Bluetooth, ia menawarkan pengalaman seakan PC untuk menyunting dokumen, membuat pembentangan, serta tugasan kerja lanjutan.
Sokongan HDMI pula menjadikannya sebagai alat pembentangan yang berkuasa, manakala keserasian iOS pula memastikan perkongsian fail dengan peranti Apple berlangsung tanpa halangan. Semua ciri ini digabungkan bagi memberikan kepelbagaian dan prestasi setaraf komputer riba, dalam bentuk lebih ringan serta mudah alih.
Kuasa Sepanjang Hari untuk Kerja dan Hiburan
Dilengkapi kapasiti bateri 12,450mAh yang terbesar dalam industri, HONOR MagicPad 3 mampu bertahan lebih lama berbanding kebanyakan komputer riba. Ia berupaya menemani pengguna sepanjang hari untuk bekerja, projek kreatif, bermain permainan sepanjang hari mahupun sesi penstriman tanpa perlu sentiasa mengecas.
Apabila tiba masa untuk mengecas, pengecas HONOR SuperCharge 66W mengembalikan kuasa dalam masa jauh lebih singkat berbanding kebanyakan komputer riba, memastikan momentum anda sentiasa konsisten.
Mencatat Nota dan Melakar Hasil Seni dengan Magic Pencil 3
Pensel pintar HONOR Magic Pencil 3 yang disertakan menjadikan HONOR MagicPad 3 jauh lebih daripada sekadar tablet. Ia berfungsi sebagai buku nota, buku lakaran, dan studio kreatif serba lengkap dalam satu peranti.
Sama ada untuk menulis nota mesyuarat, membuat catatan bahan pembelajaran, melakar ilustrasi ataupun menghasilkan konsep kreatif, input yang tepat dengan kadar latensi rendah memastikan setiap pergerakan seakan semula jadi. Dipadankan dengan paparan luas 13.3 inci, HONOR MagicPad 3 boleh disesuaikan dengan mudah untuk bekerja, belajar atau mengekspresi seni, menjadikannya teman serba guna terbaik dalam apa jua situasi.
Prestasi Luar Biasa Flagship dengan Set Cip Flagship
Semua ciri ini adalah dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform, menawarkan kelajuan dan maklum balas bertaraf flagship untuk apa jua tugasan. Sistem penyejukan 12 lapisnya memastikan prestasi kekal stabil walaupun di bawah penggunaan intensif, sama ada untuk bekerja mahupun bermain permainan yang lama.
“Dengan pensijilan IMAX Enhanced, setiap filem, siri dan permainan tampil dengan kejelasan mengagumkan serta warna yang hidup, menjadikan HONOR MagicPad 3 sebuah panggung wayang mudah alih sebenar.
Untuk penggemar permainan, sokongan pengawal luaran memberikan ketepatan setaraf konsol bergerak. Dengan kombinasi paparan, prestasi dan mudah alih, HONOR MagicPad 3 mendefinisikan semula kemampuan tablet moden, iaitu memiliki kuasa komputer riba yang digabungkan dengan hiburan seperti teater rumah, semuanya dalam satu peranti yang bergaya.
Harga dan Ketersediaan
HONOR MagicPad 3 tersedia dalam warna White dan Grey. Tablet ini berharga RM2,999, dilengkapi dengan RAM 32GB (HONOR RAM Turbo 16GB) dan storan 512GB, dipakejkan dengan hadiah percuma bernilai RM998 termasuk HONOR Magic Pencil 3 dan HONOR Smart Touchpad Keyboard. Tablet ini akan tersedia di HONOR Experience Store, pengedar, saluran atas talian rasmi, dan platform e-dagang rasmi HONOR Malaysia yang sah, mulai 22 Ogos 2025.
Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) announced its Q2 FY2025 financial results, reporting a positive improvement. The Group delivered a revenue of RM441.6 million for the second quarter, while its Loss Before Tax narrowed to RM42.3 million, reflecting an improvement of 17.4 percent.
Although the Postal segment continues to be challenged by structural declines, intense competition and a challenging regulatory courier landscape, Pos Malaysia delivered solid parcel volume growth from the continued integration of mail and parcel operations.
Meanwhile, the Retail segment maintained steady year-on-year performance through operational efficiencies, digitalisation efforts, and new service offerings aligned with evolving customer behaviours.
The Aviation segment registered strong performance during the quarter, bolstered by growth in cargo handling, inflight catering, and engineering services, driven by sustained regional air traffic recovery and market-leading operations.
Performance in the Logistics segment softened, owing to dampened demand in the automotive and freight sectors coupled with extended downtime of one marine vessel, which is expected to resume service in early Q3.
Despite these headwinds, the company continues to accelerate its third-party logistics (3PL) growth strategy and build operational efficiency.
Charles Brewer, Group Chief Executive Officer of Pos Malaysia Group said, “At Pos
Malaysia, we are entering the next chapter of our transformation journey—one that is focused on long-term financial sustainability, regulatory reform, and evolving our business models to meet the needs of a rapidly changing world.
Our commitment is clear: to deliver on our purpose, our ‘amanah’, our social responsibilities and deliver lasting value for our stakeholders, all while embedding Environmental, Social, and Governance (ESG) principles across every aspect of our operations, from reducing carbon emissions to promoting responsible supply chains.”
Following its much-anticipated announcement earlier this month, HUAWEI today officially launches the HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 in Malaysia, continuing its era of productivity and entertainment in a single, sleek device.
Combining flagship display technology, PC-level WPS productivity tools, and all-day battery life, the HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 is built for students, professionals, and creators who demand more from their tablet.
Designed for the modern, on-the-go lifestyle, the HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 features a stunning 11.5-inch 2.5K HUAWEI FullView PaperMatte Display with an expansive 86% screen-to-body ratio, ultra-smooth 120 Hz refresh rate, and 600 nits peak brightness.
Paired with the lightweight HUAWEI Smart Keyboard, it delivers a true PC-level experience for typing, multitasking, and productivity on the go. Its nano-etched anti-glare surface and circularly polarised light layer cut reflections by 60% while preserving colour vibrancy and eye comfort, with certifications from both SGS and TÜV Rheinland attesting to its premium visual experience.
Measuring just 6.1mm thin and weighing only 515g, the HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 slips easily into any bag while retaining a robust all-metal unibody. Available in Violet and Space Gray, the minimalist design is elevated with a Star Ring camera housing that integrates a dual antenna system for up to 30% better signal reception, perfect for staying connected wherever life takes you.
Powered by HarmonyOS 4.3, the HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 transforms into a productivity powerhouse. PC-level WPS Office and floating Multi-Window enable effortless multitasking, while the latest HUAWEI M-Pencil 3rd Gen, featuring ultra-low latency, a 240 Hz sampling rate, and wireless charging, provides precision and fluidity for both work and creative expression.
Quad-speaker audio with Histen 9.0 delivers immersive sound, complemented by a 13 MP rear and 8 MP front camera setup for crisp video calls and content capture. A robust 10,100 mAh battery powers over 14 hours of video playback and charges rapidly with 40W HUAWEI SuperCharge, also supporting PD 3.1 and wireless charging for accessories.
With access to over one million secure apps via AppGallery, the HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 offers a seamless ecosystem experience.
Starting now, until 26 August, all Malaysians can pre-order the HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 priced at RM1,599, at any HUAWEI Experience Stores, the HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada, and the HUAWEI Official TikTok Shop.
This is your chance to own a tablet that redefines productivity anytime, anywhere, and receive exclusive gifts worth up to RM698, including the HUAWEI M-Pencil 3rd Gen and PC-Level WPS Office.
Visit any electronics store today, and what will greet you are usually dozens of bright, enticing TVs, each promising to deliver the best visuals for your favorite movies and shows.
What truly makes one stand apart from another? What are the most important features that prospective TV buyers in Southeast Asia and Oceania (SEAO) should be looking for?
It is easy to be stumped in today’s crowded TV market. Yet, we might find some answers
from a recent Samsung study of 2,400 TV buyers' preferences in the SEAO region. The survey notes that consumers intending to buy a new TV consistently highlight three crucial aspects: Unparalleled screen quality, deeply immersive sound, and seamless connectivity that places the TV at the heart of modern living.
This customer-centric focus is how Samsung has remained the world’s leading TV manufacturer for an unprecedented 19 consecutive years; not just by understanding these user desires, but also in delivering the innovation to match.
Screen quality: The picture matters most
Seeing is believing, and this is especially true for televisions. Among all key buying factors, a clear 59% of TV buyers in the SEAO region choose a TV’s picture quality and display technology as the most important consideration when purchasing a TV.
A timeline of Samsung’s Quantum Dot technology.
For those seeking the pinnacle of visual experiences in the living room, Samsung’s top-end Neo QLED 8K and Neo QLED TVs provide class-leading picture quality, driven by flagship Quantum Dot innovation, thus delivering among the highest levels of color accuracy and brightness available.
Castrol Malaysia has successfully completed the latest phase of its nationwide initiative to raise awareness and empower emerging drivers and riders on the importance of engine oil in vehicle performance and longevity.
The Unleashed Youth Simracing Championship, sponsored by Castrol and organised by Cove Circuit, concluded its final event at Sunway Pyramid on 17 August. Over 400 participants from all over Malaysia competed for the top spot, as the country’s best emerging sim racers delivered thrilling, edge-of-your-seat action.
The Male Division Champion claimed the RM6,000 grand prize, while the Female Division Champion took home RM3,000, both displaying exceptional skill, focus, and determination. In total, a RM30,000 prize pool was awarded, with the remaining rewards shared among the top 9 finishers in both divisions.
The 2025 edition marked a milestone by introducing an all-female category for the first time, underscoring the brands’ shared commitment to inclusivity in motorsports. Over 349 participants competed in the male category, while the female category drew a strong showing of 93 racers, demonstrating a growing interest in simracing among women.
Fans were also treated to a celebrity race featuring Malaysian motorsports icon Leona Chin, singer Ismail Izzani, content creator Taufiq Hannafi, and other local personalities.
HONOR Malaysia memperkenalkan HONOR MagicBook Art 14 2025, komputer riba baharu yang mentakrif semula gaya, prestasi dan mudah alih. Mengetengahkan rekaan anggun dan moden, ia bukan sekadar peranti berkuasa tetapi juga simbol fesyen yang memberi penekanan khusus terhadap privasi pengguna.
HONOR MagicBook Art 14 2025 dijual pada harga RM5,999 dan boleh dibeli di HONOR Experience Store, pengedar sah serta platform atas talian mulai 22 Ogos 2025.
Kuasa Dengan Gaya dan Rekaan Ringkas
HONOR MagicBook Art 14 2025 direka untuk golongan profesional moden yang mengutamakan gabungan estetika dan keupayaan tanpa perlu berkompromi. Komputer riba ini hadir dalam warna Mocha Brown inspirasi daripada Warna Tahun 2025 iaitu Mocha Mouse yang melambangkan gaya dan produktiviti.
Rekaan casis yang dibentuk dengan ketelitian setara pembuatan jam tangan mewah serta ketepatan teknologi CNC, menampilkan lengkungan elegan dan paparan dengan empat bucu bulat yang pertama dalam industri. Bezel ultra-nipisnya pula menjadikan pengalaman tontonan lebih imersif.
Mempunyai ketebalan hanya 1cm dan seberat 1kg, komputer riba ini lebih ringan dan teguh berbanding kebanyakan komputer riba flagship lain.
Ini kerana badannya dibina daripada aloi magnesium gred aeroangkasa manakala papan kekunci titanium untuk ketahanan serta rasa ringan yang premium. Bukan sahaja ringan, HONOR MagicBook Art 14 2025 mudah dimasukkan ke dalam beg kecil untuk dibawa ke mana-mana.
Paparan Jelas Sepanjang Hari
Paparan Sentuh OLED Anti-Pantulan 14.6 inci yang baharu menandakan peningkatan yang ketara berbanding generasi sebelumnya, dengan pengurangan silau dan visual yang kekal jelas dalam apa jua keadaan pencahayaan.
HONOR MagicBook Art 14 2025 mempunyai nisbah skrin-ke-badan 97% serta resolusi 3120 x 2080 untuk menghasilkan paparan jelas, hidup dan realistik.
Selain itu, peranti ini mempunyai paparan kecerahan puncak 1600 nits agar skrin jelas di bawah cahaya matahari terik. Teknologi Keselesaan Mata HONOR yang mendapat pensijilan Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerlipan TÜV Rheinland serta pemalapan dinamik adaptif membantu mengurangkan keletihan mata pengguna sepanjang penggunaan.
Sokongan sentuhan 10-poin memberikan interaksi lancar dan responsif sama ada untuk melakar idea kreatif atau membuat kerja dalam dokumen.
HONOR MagicBook Art 14 2025 dikuasakan oleh bateri 60Wh membolehkan penggunaan sehingga 10 jam tanpa henti, mulai daripada menghantar emel di awal pagi sehingga ke sesi kreatif pada larut malam. Sungguhpun begitu, pengecasan pantas 65W memberikan lebih masa untuk produktiviti, sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak.
Prestasi Optimum untuk Tugasan Pelbagai
Dari segi spesifikasi, HONOR MagicBook Art 14 2025 kini tampil dengan peningkatan prestasi yang signifikan. Ia dipertingkatkan daripada prosesor Intel® Core™ Ultra 5 kepada Intel® Core™ Ultra 7 255H yang terkini.
Dengan RAM yang kini digandakan kepada 32GB dan storan SSD 1TB yang luas, ia menjanjikan kelajuan dan kecekapan luar biasa untuk sebarang tugasan.
Konfigurasi ini memastikan kelancaran multitugas, membolehkan suntingan video 4K tanpa gangguan dan penstriman yang tiada halangan. Walaupun prestasi, memori dan storan telah dipertingkatkan dengan ketara, harga HONOR MagicBook Art 14 2025 kekal berpatutan, menjadikannya pilihan berbaloi. Sementara itu, teknologi HONOR Turbo X pula menyesuaikan kuasa secara pintar untuk tugasan berat, sekali gus memastikan sistem sentiasa sejuk dan cekap.
Privasi Pengguna Terjamin dengan Kamera Magnetik Ikonik Boleh Tanggal
HONOR MagicBook Art 14 2025 mengekalkan ciri ikoniknya iaitu kamera magnetik boleh tanggal dengan sambungan magnetik dua hala. Kamera magnetik ini adalah yang pertama dalam industri dan mula diperkenalkan dalam generasi terdahulu. Apabila tidak digunakan, kamera ini boleh ditanggalkan dan disimpan dalam ruang khas di sisi komputer riba.
Rekaan ini memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin daripada akses yang tidak dikenali. Dengan mengekalkan inovasi ini, HONOR MagicBook Art 14 2025 mengutamakan privasi penggunaan secara berterusan, selain mengukuhkan lagi reputasinya dalam rekaan yang pintar dan mementingkan pengguna.
Bunyi Imersif dan Tugasan Berkuasakan AI
Sistem bunyi HONOR MagicBook Art 14 diperkasakan oleh HONOR Spatial Audio dengan enam pembesar suara premium dan tiga mikrofon digital untuk memberikan pengalaman audio yang lebih mantap serta kualiti panggilan jelas.
Di samping itu, ciri AI Cross-OS WorkStation membolehkan pemindahan fail dan perkongsian skrin merentas peranti dengan lancar, manakala penambahbaikan AI yang lain menggabungkan aliran kerja agar menjadi lebih ringkas dan produktif, membolehkan pengguna fokus kepada penciptaan, bukan sekadar pengurusan tugasan.
Harga dan Ketersediaan
HONOR MagicBook Art 14 2025 hadir dalam dua warna premium iaitu Mocha Brown dan Emerald Green. Peranti ini boleh dibeli mulai 22 Ogos 2025. Komputer riba tersebut dijual pada harga RM5,999 dengan konfigurasi RAM 32GB dan SSD 1TB. Setiap pembelian disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM508 terdiri daripada langganan Microsoft 365 Personal selama setahun dan beg galas HONOR Backpack.