vivo Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran vivo V70. Dilengkapi dengan Kamera Telefoto Super ZEISS 50 MP yang berkuasa, Mod Pentas AI, rakaman video 4K 60 fps dan alat penyuntingan AI, vivo V70 merupakan teman yang ideal untuk persembahan pentas dan pelancongan.
Menampilkan rekaan baru yang bergaya, ia turut dilengkapi rangka Aloi Aluminium Gred Aeroangkasa yang kemas, paparan OLED Ultra Jelas 1.5K dengan Pengimbasan Cap Jari Ultrasonik 3D 2.0, ketahanan yang tinggi serta bateri BlueVolt 6500 mAh yang tahan lama dengan pengecasan pantas 90W FlashCharge.
Dikuasakan oleh OriginOS 6 yang serba baru, menawarkan prestasi yang lebih baik dan kawalan privasi yang dipertingkatkan.
“vivo V70 menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik dengan reka bentuk yang lebih menarik, fotografi yang lebih berkualiti dan prestasi keseluruhan yang lebih hebat. Dengan rekaan yang lebih kemas dan tahan lasak, sistem OriginOS yang lebih lancar dan pintar, serta peningkatan kamera tahap profesional, vivo V70 merupakan peranti bergaya yang boleh dipercayai dalam apa jenis situasi,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.
Mendekatkan Setiap Detik Pementasan dengan Kamera Telefoto Gred Profesional, Hasil Kolaborasi Bersama ZEISS
Dilengkapi sistem pengimejan yang lebih berkuasa hasil kerjasama dengan ZEISS, vivo V70 bersedia merakam setiap detik dengan kualiti yang menakjubkan.
Kamera Telefoto Super ZEISS 50 MP menampilkan sensor ultra-pengesan 1/1.95” gred profesional bersama OIS untuk tangkapan cahaya malap yang lebih jelas, manakala reka bentuk periskop termaju membolehkan tahap zum yang lebih tinggi tanpa menambah ketebalan peranti.
Persediaan kamera belakang turut dilengkapi Kamera Utama ZEISS OIS 50 MP dengan sensor flagship 1/1.56” dan Kamera Ultra Lebar ZEISS 8 MP bagi memberikan kepelbagaian rakaman. Kamera hadapan pula merupakan Kamera Selfie Kumpulan ZEISS 50 MP dengan autofokus, memastikan hasil yang tajam sama ada untuk selfie individu mahupun gambar berkumpulan
Di bahagian hadapan, Bezel Ultra Nipis hanya 1.25 mm membingkai Paparan OLED Ultra Jelas 1.5K 6.59 inci yang berjalan pada kadar segar semula 120 Hz dengan 459 PPI untuk visual yang lebih jelas, realistik dan lancar.
Digabungkan dengan OriginOS Flip Cards baru yang menggunakan giroskop untuk menukar kertas dinding skrin kunci apabila peranti dicondongkan, paparan ini memberi cara baru untuk pengguna menonjolkan identiti mereka.
Selain itu, Pengimbas Cap Jari Ultrasonik 3D 2.0 turut disertakan untuk pembukaan kunci yang lebih pantas dan selamat, walaupun dengan tangan yang basah.
Panel belakang vivo V70 direka dengan kaca AG berukir etching yang tahan terhadap cap jari dan calar.
Peranti ini memperkenalkan warna baru yang menawan, Golden Hour dengan Sunset Glow Design, dihasilkan melalui proses ukiran kimia khas untuk mencipta tekstur berskala mikron pada kaca, menghasilkan pantulan cahaya yang mengalir dan berkilauan secara lembut di permukaan untuk penampilan yang unik dan elegan. vivo V70 turut ditawarkan dalam pilihan warna Alpine Gray dan Authentic Black yang klasik dan sofistikated.
Bermula hari ini, vivo V70 tersedia pada harga dari RM1,999 untuk 8GB + 256GB, RM2,199 untuk 12GB + 256GB dan RM2,599 untuk 12GB + 512GB. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.vivo.com/my





































