Planning a getaway or just a quick weekend trip? You can save more while exploring when you use Samsung Wallet on the Galaxy A15 5G. Besides collecting rewards points on every purchase, you can also take advantage of 1-point voucher redemptions to unlock more exciting offers.
Plus, your phone is always protected with Samsung Knox, ensuring a safe and secure experience as you save while traveling!
The Weekend Explorer’s Dream
If you love exploring new places or trying out fun activities on weekends, here’s an awesome itinerary for you! Start with a RM10 Off voucher for lunch at myBurgerLab, then head over to Farm In The City with a 40% Off voucher to interact with adorable animals.
Want to do something truly unique?
Why not take to the skies with a 10% Off voucher for the One Day Pilot experience, giving you an incredible bird’s-eye view of the world?
Relaxing Langkawi Staycation
For those who prefer a relaxing staycation, Langkawi offers an awesome retreat. Enjoy a thrilling time at Splash Out Langkawi with a Buy 1 Free 1 All Rides Ticket, then wind down with a 15% Off voucher for the AVANTE Sunset Party Cruise.
After your Langkawi adventure, head back to KL and treat yourself to a delicious meal with a RM25 Off voucher at Soi 55 Thai Kitchen. It’s an awesome combination of relaxation and savings!
No Minimum Spend, Maximum Rewards
The best part? With Samsung Wallet, there’s no minimum spend to start earning points. 6 Whether you’re buying treats at the farm, souvenirs in Langkawi, or filling up your petrol tank, every transaction helps you accumulate rewards. And with the Galaxy A15 5G, priced at just RM899, you may enjoy all.
Dewan Perniagaan Muslim Insiders (Muslim Insiders) mahu menekankan perniagaan patuh syariah kepada usahawan-usahawan di peringkat pertengahan bagi menggalakkan ekonomi Islam dengan menguasai amalan pematuhan syariah.
Presidennya, Prof (Adj) Adam Richman berkata, pemerkasaan amalan patuh syariah dalam perniagaan dilihat lebih lestari, mampan, dan membantu usahawan mencipta perniagaan yang lebih berdaya tahan, kompetitif, dan lebih kalis masa depan.
“Jadi, kita mahu memperkasakan syarikat-syarikat pertengahan ini sebelum mereka berkembang menjadi syarikat konglomerat, supaya mereka menjadi syarikat yang mengamalkan amalan operasi patuh syariah. Bukan hanya kerana tuntutan agama semata-mata.
“Ini juga terbuka kepada bukan Muslim, seperti yang kita tahu majoriti pengamal halal di negara kita adalah bukan Muslim. Jadi, kami mahu menggalakkan semua perniagaan untuk memperkasakan amlan patuh syariah dalam operasi mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di acara National CEO Symposium 2025: Where Top Industry Leaders Coverage, yang berlangsung di Avante Hotel, di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi KNKV Group, Senator Datuk Seri Dr. Hjh Zurainah Musa. Acara itu adalah sebuah simposium yang berfokus kepada sokongan kewangan, intelektual, serta kesedaran berkaitan keselamatan perniagaan dan prospek pasaran.
Simposium ini turut direka untuk memberi panduan yang lebih mantap kepada para Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam membuat keputusan yang lebih bijak dan strategik dalam menghadapi cabaran ekonomi pada tahun 2025 yang diramalkan lebih mencabar.
Acara ini juga mendapat kerjasama daripada bank-bank utama serta organisasi terkemuka seperti CTOS, Great Eastern Takaful dan OCBC Bank.
Sementara itu, pada simposium itu KNKV Group turut mengumumkan perlantikan Senator Datuk Seri Dr. Hjh Zurainah Musa sebagai Pengerusi baharu.
KNKV Group dalam kenyataan berkata, pelantikan itu dijangka memberi nilai strategik kepada KNKV Group melalui pengalaman luasnya dalam memperkukuhkan ekosistem perniagaan serta memperkasakan usahawan dan sektor korporat di Malaysia.
“Sebagai langkah pertama dalam kepimpinan baharu ini, Dewan Perniagaan Muslim Insiders dan KNKV Group dengan kerjasama bank-bank utama serta organisasi terkemuka seperti CTOS, Great Eastern Takaful, OCBC Bank telah menganjurkan National CEO Symposium 2025,” katanya.
Selayang Mall, yang dimiliki oleh AmanahRaya Real Estate Investment Trust (REIT) melancarkan Minggu Alam Sekitar Selayang Mall 2024 pertamanya sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menjuarai kelestarian alam sekitar.
Pusat beli belah yang diuruskan oleh Knight Frank Malaysia (Knight Frank), telah mengumpulkan lebih 3,000 pengunjung, termasuk keluarga, kumpulan komuniti tempatan dan peminat ekosistem, semuanya komited untuk meraikan dan mempelajari tentang pemuliharaan alam sekitar.
Acara selama seminggu itu menawarkan pameran interaktif, demonstrasi langsung dan bengkel pendidikan, menjadikannya platform utama untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam komuniti Selayang secara khasnya.
Disokong oleh Majlis Perbandaran Selayang, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), dan 99 Wonderland Park, Minggu Alam Sekitar menyaksikan penglibatan sekolah, organisasi swasta dan penyokong komuniti.
Selayang Mall menderma RM16,000 barangan keperluan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti sempena Minggu Alam Sekitar Selayang Mall.
Turut hadir memeriahkan majlis Pengarah Urusan AmanahRayq-Kenedix REIT Manager Sdn. Bhd. (AKRM) Tunku Rozita Tunku Abdul dan Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Ismail Parlan.
Pengurus Pusat Selayang Mall, Benoit Cazun berkata, Minggu Alam Sekitar Selayang Mall mewakili komitmen mereka untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif.
“Perhimpunan ini menunjukkan perkara yang mungkin apabila komuniti kita bersatu untuk tujuan yang sama. Matlamat kami bukan sahaja untuk mempromosikan perlindungan alam sekitar tetapi juga untuk meletakkan Selayang sebagai lokasi yang mesti dikunjungi dengan tarikan yang meriah,” katanya di sini, hari ini.
Beliau menambah pihaknya meluaskan inisiatif melalui sumbangan besar sebanyak RM16,000 sebagai bekalan penting kepada kanak-kanak di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang, menggariskan komitmen yang lebih luas Selayang Mall terhadap kelestarian sosial dan alam sekitar.
Kejayaan Minggu Alam Sekitar Selayang Mall menandakan satu langkah penting untuk tindakan alam sekitar yang dipacu komuniti. Penganjur berhasrat untuk terus membina momentum, mencipta legasi berkekalan yang menggalakkan hubungan yang lebih mendalam dengan alam semula jadi dan amalan mampan di seluruh Selayang.
vivo Malaysia, in collaboration with renowned Japanese restaurant Ishin, is thrilled to announce the launch of the vivo V40 Lite Foodtography Contest.
Running from 4 November to 17 November 2024, this exciting initiative invites food enthusiasts to showcase their culinary photography skills and win amazing prizes.
Capture the Culinary Magic
To participate, simply follow these easy steps:
1. Snap a Delicious Shot: Capture a mouthwatering photo of your favourite food using your
smartphone, especially the vivo V40 Lite.
2. Share Your Creation: Post your photo on your preferred social media platform and add the hashtags: #vivoV40Lite #V40LiteFoodToGraphy #V40LitexIshin.
3. Tag and Share: Tag @vivo_Malaysia and two friends to spread the word.
Dine in Luxury with Ishin
The grand prize for the vivo V40 Lite Foodtography Contest is an exclusive dining experience at Ishin, an award-winning Japanese restaurant renowned for its authentic cuisine and elegant ambiance. Indulge in a culinary journey like no other, savouring the finest flavours of Japan.
Ishin, a renowned Japanese restaurant celebrated for its authentic cuisine and elegant ambiance, offers a truly immersive dining experience. Nestled within the heart of Kuala Lumpur, its elegant interior and spacious sushi counter provide the perfect backdrop for capturing the beauty of Japanese cuisine.
Whether you’re indulging in a multi-course Kaiseki meal or savouring a plate of
fresh sushi, the opportunities for stunning food photography are endless.
Unleash Your Inner Photographer with vivo V40 Lite
Elevate your food photography game with the vivo V40 Lite 5G, a powerful smartphone designed to capture stunning culinary moments. Its advanced camera system is equipped with a 32MP Portrait Camera for stunning selfies and close-up shots, an 8MP 120° Ultra Wide-Angle Camera for capturing expansive food spreads and breathtaking landscapes, and a 50MP Main Camera for crisp, detailed images that bring your culinary creations to life.
The innovative AI Aura Light system takes portrait photography to new heights, illuminating subjects with a soft, natural light. This cutting-edge technology ensures that your food looks its best, even in low-light conditions.
With features like AI Scene Recognition, Night Mode, and professional-grade filters, the vivo V40 Lite 5G empowers you to capture stunning food photos that will impress your
followers and tantalise their taste buds.
Built to last, the vivo V40 Lite 5G offers long-lasting performance and 80W FlashCharge rapid charging. Its 5000mAh battery, designed to maintain optimal health for up to 4 years, ensures you stay connected all day long.
Additionally, the device’s robust hardware and software optimization also guarantee smooth and efficient performance for up to 4 years.
For more information on the vivo V40 Lite Foodtography Contest, please visit vivo Malaysia’s official website or social media channels. Stay tuned for updates and exciting announcements from vivo Malaysia.
Honda Malaysia today announced a proactive product update involving approximately 36,000 units of the Civic, Civic Type R, and CR-V.
This activity is to update the Electric Power Steering (EPS) gearbox. The EPS gearbox worm wheel may swell and reduce grease film thickness, causing abnormal steering noise or sticky steering. The models involved include Civic Year Model 2022-2024, Civic Type R Year Model 2023-2024, and CR-V Year Model 2024.
Honda Malaysia apologises for the inconvenience caused to affected customers and reassures that other current production and selling models are not affected in this product update.
The Company believes this proactive product update is necessary as customer safety is Honda Malaysia’s top priority.
All affected customers will be informed via notification letters, which will include details of the product update.
Honda Malaysia urges all customers involved in this update to contact any Honda authorised dealer to make an appointment upon receiving the notification, to have their vehicles inspected and/or repaired if required.
Honda Malaysia will bear the cost of inspection, repair or replacement of the affected parts in this activity. The replacement stock will be available in stages starting from December 2024.
Vehicle owners can obtain information or check their vehicle status on this product update by calling Honda Malaysia’s Toll-Free number at 1-800-88-2020 or log on to productrecall.honda.com.my or by contacting any Honda authorised dealer.
Samsung Electronics Co., Ltd. today announced the upcoming expansion of four new languages for Galaxy AI: Turkish, Dutch, Swedish and Romanian. Existing supported languages will also expand to cover additional dialects in traditional Chinese and Portuguese (Europe).
This expanded support will begin rolling out from the end of October. Galaxy AI currently supports 16 languages, and by the end of the year that number will go up to 20 with these new additions.
This update means even more users will be able to lower language barriers and step into a larger world with the power of Galaxy AI. The new languages and dialects will be available for download as language packs from the Settings app of compatible Galaxy devices.
For more information about Galaxy AI, please visit: Samsung Newsroom, Samsungmobilepress.com or Samsung.com.
Bermula dengan sering mengikuti siaran langsung TikTok, komposer Zul 2By2, penyanyi kelahiran Singapura yang mahu dikenali sebagai Asya’B memberanikan diri menghantar mesej langsung (DM) kepadanya.
Siapa sangka, bertiitk tolak dari situlah, Aisya’B atau nama penuhnya, Nurasya Abdul Rahim, 34, diberi peluang mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian di negara ini.
Malah, single perdana berjudul Sayang Padamu yang merupakan hasil ciptaan sepenuh oleh dirinya itu turut mendapat sentuhan terbitan daripada Zul dan Bajai.
“Selepas meninggalkan komen dan mesej, dia minta saya untuk ‘naik kotak’ atau berkomunikasi secara ‘live’ di media sosial terbabit.
“Satu hari tu, dia cakap dia nak nyanyi lagu Marah Bukan Sifatku daripada kumpulan New Boyz yang merupakan karya ciptaannya.
“Saya sangkakan penulis lirik lagu tersebut yang menggunakan nama Aiman itu orang lain tapi sebenarnya abang Zul lah orangnya.
“Saya pun tanya dengan dia apa prosedur untuk nak buat lagu. Pada awalnya dia tak bertanya jika saya ada lagu ciptaan sendiri,” katanya.
Menurut Aisya’B, dia sangat mengagumi Zul memandangkan semua karya ciptaan komposer tersebut merupakan lagu kegemarannya.
“Sejujurnya, saya ingat abang Zul ini hanyalah seorang penyanyi yang popular dengan lagu Kau Mawarku saja.
“Tapi bila dia sendiri mengaku yang dia juga antara pencipta lagu dan banyak hasil karyanya popular, saya memang gembira sangat-sangat!
“Selepas beberapa hari, abang Zul bertanya kepada saya kalau ada lagu ciptaan sendiri. Jadi, saya pun bagilah lagu Sayang Padamu yang saya sendiri tulis ketika berusia 16 tahun.
“Saya menyanyikan secara akustik menggunakan gitar. Alhamdulillah abang Zul sukakan lagu tersebut dan dia buatkan sebuah demo yang cukup indah untuk saya,” katanya lagi.
Mengakui cabaran dalam industri muzik ada pasang surutnya, namun Aisya’B yang merupakan seorang guru besar di sebuah tadika di Singapura, dia tetap akan meneruskan minatnya itu.
“Saya sudah bergelar seorang tenaga pendidik sejak sekitar 15 tahun lalu. Walaupun saya meminati muzik tetapi bidang pendidikan juga adalah jiwa saya.
“Dari kecil saya sudah mula tunjukkan minat dalam muzik. Di peringkat sekolah pun saya sering masuk pertandingan dan pernah menangi Gold With Honours di Singapore Youth Orchestra (SYF) pada 2005 sebagai pemain alat muzik trombone.
“Saya juga berkebolehan bermain gitar. Saya akui pasaran muzik di Singapura agak tinggi. Di Malaysia pula saya nampak peluang yang sangat luas sebab pasarannya agak besar,” katanya yang menembusi kategori Nova Media Baru di Anugerah Planet Muzik 2012.
Aisya’B juga lebih awal menyanyikan semula lagu-lagu penyanyi asal dan berkongsi di saluran Youtube sejak 2006.
Malah, dia juga percaya dengan kemajuan teknologi media sosial yang sedikit sebanyak membantu dari segi pemasaran seseorang artis.
Every phone has its value, and your current device is no exception—especially when trading it in for the latest Samsung Galaxy S24 FE! While selling your old phone elsewhere might yield less than you hoped, trading in with Samsung means trading up to something truly extraordinary.
Why should you choose the Galaxy S24 FE? This phone doesn’t just provide impressive
performance; it delivers on every level. Equipped with the powerful Exynos 2400e processor and a stunning 6.7-inch Dynamic AMOLED 2X display featuring a 120Hz refresh rate, it’s awesome for both gaming enthusiasts and creative minds alike.
What sets the Galaxy S24 FE apart is its access to Galaxy AI, transforming it into a true multitasker. As a Fan Edition smartphone with Photo Assist, it’s designed to help users optimise their photography and creativity.
With features like Live Translate and Browsing Assist, everyday tasks become a breeze.
Concerned about switching devices? Worry not! Smart Switch ensures that all your favourite photos, contacts, and settings transfer seamlessly to your new Galaxy S24 FE.
Whether you’re switching via WiFi, USB, or PC, you can rest assured that everything you need is just a tap away. And let’s not overlook Samsung Wallet! In our digital age, organising your IDs, credit cards, and passwords is essential.
Samsung Wallet consolidates everything you need onto one screen, making it easily accessible and secure, thanks to Samsung Knox’s fingerprint recognition and encryption. When it comes to transactions, Samsung Pay makes the process effortless. Just swipe your device to pay—no need to fumble for your wallet or dig through your bag.
In summary, the Galaxy S24 FE checks all the boxes: incredible value, outstanding performance, and a suite of tools designed to help you thrive in a fast-paced world. Whether you’re a gamer, a creator, or simply someone who wants a reliable phone, this may be the device for you.
So, why wait? Make the smart choice and elevate your mobile experience today with the Galaxy ecosystem! Now is the time to trade up and discover what the Galaxy S24 FE can do for you!
Get the full Galaxy AI experience for under RM2,000!
Trade in your selected A50 or A70 series devices to enjoy significant savings through Samsung’s trade-in program on the Samsung Online Store. The rebate value may vary for each model. If you trade in other existing devices, you will get a RM300 rebate upon checkout. Promotion ends on 30 November 2024.
Jenama teknologi global HONOR telah melancarkan telefon pintar HONOR X9c 5G yang dinanti-nantikan ramai pada hari ini. Peranti terbaharu Siri X ini berjaya mencuri perhatian kerana mengetengahkan Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh merangkumi Kalis Jatuhan, Kalis Air, dan Kalis Calar yang dipertingkatkan.
Beberapa penaiktarafan utama juga telah diumumkan, termasuk kapasiti bateri karbon silikon terbesar dalam industri, keupayaan Magic AI termaju, Paparan Mata Selesa flagship, dan ciri-ciri fotografi ultra-jelas dengan Penstabilan Imej Optik (OIS) dipertingkatkan.
Semua penaiktarafan ini menjadikan HONOR X9c 5G lebih canggih dan hebat berbanding model sebelumnya. Selain itu, HONOR turut memperkenalkan telefon HONOR X7c 4G di pentas pelancaran.
Pra-tempahan HONOR X9c 5G sekarang!
Diletakkan sebagai penanda aras baharu sebagai telefon pintar kelas pertengahan berkuasa dalam pasaran, HONOR X9c 5G kini tersedia untuk pra-tempahan di Malaysia sehingga 14 November 2024. Peranti ini didatangkan dalam dua konfigurasi iaitu storan 256GB pada harga RM1,499 dan storan 512GB pada harga RM1,699.
Kedua-dua konfigurasi tersebut mengandungi pakej hadiah premium bernilai RM1,486 apabila pembayaran penuh selesai dilakukan. Pakej ini termasuk:
Pelan Jaminan Tiga Tahap Yang Pertama Dalam Industri
Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, meliputi paparan dan pelindung belakang
Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari untuk masalah perkakasan
Jaminan Bateri 36 Bulan, penggantian bateri apabila kesihatan bateri jatuh ke bawah 80% dalam tempoh tiga tahun
Jam pintar HONOR Choice Haylou Watch
Rebat Segera RM99
Pra-tempahan boleh dibuat melalui HONOR Official Store, laman sesawang HONOR, Lazada, Shopee, Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.
HONOR X7c 4G Tersedia di Kedai Seluruh Negara Pada 15 November 2024
HONOR X7c 4G direka untuk pengguna peka bajet yang mencari telefon pintar dengan kefungsian moden dan prestasi boleh dipercayai. Peranti ini akan tersedia untuk pembelian mulai 15 November 2024, pada harga RM699. HONOR X7c 4G dilengkapi dengan RAM 16GB (termasuk HONOR Turbo RAM 8GB) dan storan 256GB.
HONOR X7c 4G juga didatangkan bersama hadiah percuma bernilai RM299 iaitu Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari (sah sehingga 15 Disember 2024, sehingga kehabisan stok). HONOR X9c 5G – Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh
Selaras dengan komitmen HONOR dalam merintis teknologi inovatif untuk menyelesaikan masalah pengguna, HONOR X9c 5G memperkenalkan Teknologi HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop 2.0, memberikan kelebihan kepada ciri kalis jatuhan yang hebat daripada ketinggian sehingga ke 2 meter.
Teknologi ini menampilkan peningkatan 90% dalam perlindungan bahan penyerap hentakan dan peningkatan 67% dari segi keanjalan, menawarkan perlindungan yang diperhebatkan kepada komponen kritikal seperti papan induk dan modul kamera.
Peranti ini juga dilengkapi kaca waja dua lapisan super dan perisai perlindungan bagi memberikan perlindungan menyeluruh daripada calar, di samping rekaan lengkung Bézier unik untuk melindungi sudut telefon daripada impak.
HONOR X9c 5G dibina untuk bertahan daripada segala elemen, menawarkan perlindungan 360° daripada air dan debu dengan struktur kalis air tiga lapisan dan penarafan IP65M.
Penarafan ‘M’ ini menunjukkan keupayaan unik peranti ini dalam menahan dedahan air semasa bergerak, memastikannya boleh bertahan daripada percikan air dan berfungsi dengan lancar setelah direndam sehingga 5 minit pada kedalaman 25cm.
Dengan kawalan sentuhan tangan basah, pengguna masih boleh menggunakan HONOR X9c 5G dengan lancar, walaupun tangan basah atau berminyak, menjadikannya peranti ideal ketika mengembara, tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun.
HONOR X9c 5G pula menetapkan standard baharu dalam ketahanan lasak dengan sistem pertahanan tiga lapis ultra kukuh, yang mencapai 166% peningkatan dalam keseluruhan kebolehpercayaan berbanding model sebelum ini.
Kekuatan luar biasa ini melayakkan peranti ini menerima Pensijilan Kebolehpercayaan Komprehensif Lima Bintang SGS Yang Pertama Dalam Industri, satu bukti kepada komitmen HONOR bagi kualiti dan kebingkasan
Bateri Karbon Silikon Ultra Besar 6,600mAh Dengan HONOR SuperCharge 66W
Buat pertama kali, HONOR membawakan Bateri Karbon Silikon 2.0 ke Siri X HONOR menerusi HONOR X9c 5G. Telefon pintar ini dilengkapi dengan bateri karbon silikon 6600mAh yang terbesar dalam industri dan kemajuan luar biasa ini turut melayakkan HONOR X9c 5G menerima Label Bateri Emas 2025 daripada DXOMARK, seterusnya mengukuhkan lagi peranannya sebagai peneraju dalam prestasi dengan jangka hayat bateri panjang.
Dengan sekali cas, pengguna boleh menikmati aktiviti seharian tanpa gangguan, dengan penstriman muzik selama 48.4 jam, dan 25.8 jam untuk main semula video dalam talian.
Tambahan pula, teknologi AI termaju membolehkan HONOR X9c 5G bertahan sehingga 50 minit untuk panggilan berterusan semasa tahap bateri mencapai hanya 2%, agar kesambungan yang penting dapat dijalankan.
Dengan pengecas berwayar 66W HONOR SuperCharge, peranti ini dapat mengecas dengan pantas untuk penggunaan lanjut, manakala Sistem Pengecasan Selamat AI menyediakan keselamatan dan pengurusan tenaga yang cekap agar pengguna tidak perlu risau setiap kali mereka mengecas telefon mereka.
HONOR Magic AI, Lebih Pintar dan Pengalaman Pengguna Yang Lebih Baik
Dikuasakan oleh MagicOS 8.0 terkini berasaskan Android 14, HONOR X9c 5G memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan pintar dengan rangkaian ciri yang inovatif.
Peningkatan ini termasuk Magic Portal, AI Eraser, Magic Capsule, AI Blur Private Info, dan Parallel Space. Semua ciri ini direka bagi menyelaras dan melancarkan tugasan harian, serta menambah baik kefungsian secara keseluruhan.
Magic Portal
HONOR X9c 5G memahami hasrat pengguna secara pintar, mengarahkan mereka kepada aplikasi-aplikasi sistem yang relevan. Sebagai contoh, aplikasi peta akan dibuka secara terus apabila mereka menerima mesej yang mengandungi alamat. Magic Portal menyokong banyak aplikasi, termasuk WhatsApp Messenger, Instagram, YouTube, TikTok, dan sebagainya, memastikan pelayaran antara platform lancar.
AI Eraser
Dengan AI Eraser, pengguna boleh membuang elemen yang tidak dikehendaki seperti pejalan kaki atau kenderaan daripada gambar, sama ada secara manual atau automatik, untuk gambar yang lebih bersih dan berkualiti seakan gambar profesional.
Magic Capsule
Ciri ini meningkatkan pengalaman pengguna dengan melebarkan notifikasi di bahagian atas skrin dengan satu sentuhan mudah, memberikan akses pantas ke maklumat tambahan tanpa perlu menukar aplikasi dan menyelaras interaksi bagi fungsi multitugas yang lebih lancar.
AI Blur Private Info
AI Blur Private Info membolehkan pengguna menyunting maklumat sensitif daripada gambar dengan satu klik mudah, melindungi butiran peribadi seperti nama, kata laluan, dan maklumat perhubungan daripada digambarkan.
Parallel Space
Pengguna boleh menguruskan data peribadi dan kerja secara selamat dengan mengendalikan dua aplikasi secara bebas. Ciri ini menawarkan kemudahan dua telefon dalam satu telefon, menggalakkan produktiviti dan fleksibiliti. Paparan Keselesaan Mata Flagship Untuk Penghayatan Yang Optimum
HONOR X9c 5G menampilkan Paparan Keselesaan Mata OLED 6.78 inci, yang menyokong 1.07 bilion warna dan resolusi 1.5K, memberikan warna yang lebih terang serta butiran mengagumkan bagi pengalaman tontonan lebih imersif.
Dengan kadar segar semula 120Hz, paparan ini menyerlahkan pergerakan lancar dan tindak balas dipertingkatkan bagi fungsi antara muka yang lebih licin. Tambahan pula, paparan tersebut memastikan pengalaman menonton lebih jelas dan nyata dengan kecerahan puncak HDR yang terutama dalam industri pada 4000 nits.
HONOR X9c 5G juga menjamin pengalaman menonton yang lebih selesa dengan ciri-ciri keselesaan mata seperti Pemalapan PWM Bebas Risiko 3840Hz , Paparan Malam Sirkadia dan Pemalapan Dinamik.
Peningkatan Utama HONOR X9c 5G: Audio, Kamera Lebih Hebat, dan Rekaan Premium
HONOR X9c 5G menetapkan tanda aras baharu dalam inovasi telefon pintar, memperkenalkan penaiktarafan yang signifikan melangkaui model terdahulu iaitu HONOR X9b 5G.
Salah satu ciri yang menonjol adalah sistem pembesar suara berkembar serba baharu, yang boleh menyiarkan bunyi lebih kuat sehingga 300% berbanding sebelumnya, seterusnya meningkatkan lagi kejelasan audio untuk pengalaman mendengar yang lebih imersif.
Bagi fotografi, kamera HONOR X9c 5G didatangi dengan penambahbaikan besar iaitu Kamera Pengesan Ultra 108MP berserta pengesan sebesar 1/1.67 inci untuk merakamkan butiran dan kecerahan luar biasa.
Penambahan Penstabilan Imej Optik (OIS) mengurangkan kekaburan, memastikan imej ultra jelas walaupun semasa dalam pergerakan. Ciri-ciri yang dikuasakan oleh AI seperti HONOR AI Motion Sensing dan AI Eraser memudahkan suntingan gambar secara terus pada peranti, menjadikannya lebih mudah untuk mencipta visual yang lebih mengagumkan.
Sebagai tambahan kepada keupayaan yang dikuasakan ini, HONOR X9c 5G membawakan rekaan yang canggih dan ultra nipis. Dengan seberat hanya 189g dan ketebalan pada 7.98mm, peranti ini menampilkan kemasan titanium yang digabungkan dengan binaan ringan serta keanggunan bergaya. HONOR X9c 5G tersedia dalam tiga warna menawan iaitu Titanium Purple, Jade Cyan, dan Titanium Black.
HONOR X7c 4G – Ketahanan Luar Biasa untuk Keyakinan Setiap Hari
HONOR X7c 4G dibina untuk bertahan dalam penggunaan dan cabaran harian dan dengan keupayaan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh termaju. Menampilkan ketahanan lasak 360° secara keseluruhan bagi anti-jatuhan dan kalis percikan, peranti ini dicipta untuk mengendalikan kemudaratan hidup yang tidak dijangka.
Dengan penarafan IP64, HONOR X7c 4G menawarkan perlindungan yang boleh dipercayai terhadap percikan air dan debu. Pengukuhan ini membolehkan HONOR X7c 4G berprestasi dengan amat baik dalam pelbagai persekitaran yang berbeza.
Ketahanan yang hebat ini telah membolehkan HONOR X7c 4G mendapat Pensijilan Prestasi Premium SGS untuk Rintangan Jatuhan dan Hancur . Dengan seni bina pengalas inovatif yang diusahakan bersama perlindungan skrin kaca waja, peranti ini memberikan rintangan impak yang lebih hebat agar pengguna boleh menggunakan peranti ini lebih lama dengan rasa tenang.
Bateri Ultra Besar 6,000mAh dengan Pengecasan Efisien
Untuk penggunaan lancar, HONOR X7c 4G dilengkapi dengan Bateri Super Tahan Lasak 6,000mAh yang berkuasa. Sama ada melayari media sosial, menonton filem secara berterusan, bermain permainan mudah alih, atau membuat panggilan yang lama, bateri berkapasiti besar ini memastikan pengguna kekal berhubung sepanjang hari.
Untuk saat-saat penting, Mod Penjimatan Kuasa Ultra memanfaatkan setiap unit kuasa ke sehingga 55 minit masa berbual walaupun bateri hanya berbaki 2%. Dengan teknologi HONOR SuperCharge 35W, pengguna boleh mengecas HONOR X7c 4G dengan pantas melalui pengecasan berwayar Jenis C, menjimatkan masa menunggu dan prestasi yang maksimum sepanjang hari.
Kamera Termaju untuk Fotografi Lebih Jelas dan Terperinci
HONOR X7c 4G mentakrif semula fotografi mudah alih dengan Kamera Utama 108MP yang lebih berkuasa dan zum tak hilang 3X bagi menangkap butiran terperinci dalam pelbagai situasi dengan lancar bagi memberikan imej yang lebih berkualiti.
Pengalaman Hiburan Ultra Lancar
HONOR X7c 4G menawarkan pengalaman menonton yang imersif melalui paparan 6.77 inci dan nisbah skrin ke badan sebanyak 90.76% untuk penghayatan maksimum. Paparannya pula menyokong 16.7 juta warna dan resolusi 1610 x 720 yang lebih jelas bagi visual lebih hidup.
Dengan kadar segar semula 120Hz, pengguna boleh interaksi tanpa gangguan antara aplikasi dan pelayaran yang lebih lancar. Di samping itu, HONOR juga menggabungkan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland pada HONOR X7c 4G, bagi mengurangkan kesakitan mata semasa penggunaan yang lebih lama.
Dilengkapi dengan RAM sehingga 16GB (termasuk HONOR RAM Turbo 8GB) dan storan 256GB, HONOR X7c 4G beroperasi dengan lancar walaupun dengan penggunaan lama. Storan besar ini membolehkan pengguna menyimpan sehingga lebih 60,000 gambar.
Dikuasakan oleh prosesor Qualcomm Snapdragon 685, HONOR X7c 4G menawarkan prestasi yang lebih lancar dan boleh dipercayai, menjadikannya pilihan yang bagus untuk tugasan harian.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9c 5G dan HONOR X7c 4G, sila layari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/
Dalam dunia telefon pintar, jenama HONOR semakin dikenali di kalangan pengguna Malaysia, terutamanya di kalangan mereka yang mencari peranti dengan harga berpatutan tetapi masih menawarkan prestasi yang memuaskan.
Model terbaru mereka, HONOR X9c 5G, adalah contoh terbaik bagaimana HONOR menggabungkan kualiti, reka bentuk, dan harga. Kalau korang tengah mencari telefon yang tak buat poket korang rabak tapi masih nak spesifikasi yang power, peranti ini memang patut masuk dalam senarai pertimbangan.
Reka Bentuk yang Menarik dan Slim
Dari segi rekaan, HONOR X9c memang tak mengecewakan. Telefon ini datang dengan rekaan yang sangat slim dan elegan seberat 189 gram, mudah digenggam dan ringan berdimensi 162.8mm (panjang) X 75.5mm (lebar) X 7.98 (ketebalan). Dengan paparan AMOLED melengkung 6.78 inci, skrin lengkung ini memberikan pengalaman visual yang mantap. Skrin ini mempunyai resolusi 1.5K (2700 x 1224 piksel), menjadikan visual yang dipaparkan sangat tajam dan penuh warna warni.
Kadar segar semula 120Hz juga memastikan pengalaman yang lebih lancar, terutama ketika korang scroll media sosial atau menonton video. Bezelnya yang nipis membuatkan skrin nampak lebih besar, memberikan ilusi tanpa tepi yang sangat immersive.
Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh
Dibina susulan kejayaan HONOR X9b 5G yang telah mendapat pensijilan lima bintang SGS Five-Star Overall Drop Resistance Certification yang pertama dalam industri, peranti HONOR X9c 5G meningkatkan lagi tarafnya dalam ketahanan dengan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh.
Menampilkan rekaan ultra kukuh segenap segi yang dipertingkatkan, HONOR X9c 5G boleh menahan jatuhan daripada ketinggian sehingga 2 meter, satu penambahbaikan berbanding 1.6 meter untuk model HONOR X9b 5G yang terdahulu. Ini menjadikan telefon lebih tahan lasak, sesuai bagi pengguna yang sering menjatuhkan telefon mereka secara tak sengaja.
Dengan peningkatan mengagumkan sebanyak 166% secara keseluruhan berbanding model terdahulu, HONOR X9c 5G jga telah menerima pensijilan lima bintang SGS Five-Star Comprehensive Reliability Certification yang pertama dalam industri, sekaligus menetapkan standard baharu bagi ketahanan telefon pintar.
Sebagai tambahan, HONOR X9c 5G dilengkapi dengan kaca waja dua lapisan super yang menguatkan keseluruhan peranti dari depan hingga ke belakang, termasuk kamera belakang, menawarkan perlindungan kalis calar yang lebih hebat selain rekaan lengkung bezel unit untuk melindungi sudut telefon daripada impak.
Antara peningkatan utama yang menonjol pada HONOR X9c 5G ialah struktur kalis air tiga tahap yang inovatif, memberikan perlindungan 360° daripada ancaman terdedah kepada air dan debu dengan penarafan IP65M.
Penarafan ‘M’ ini membuktikan peranti in boleh bertahan daripada percikan air dan boleh direndam sehingga 5 minit pada kedalaman 25cm.
Prestasi Mantap dengan Snapdragon 6 Gen 1
Sekarang, mari kita sembang tentang prestasi HONOR X9c. Telefon ini dilengkapi dengan cip Snapdragon 6 Gen 1, cip lapan-teras yang cekap. Mungkin bukan cip flagship, tetapi untuk kategori mid-range, ia masih mampu mengendalikan kebanyakan aplikasi dan permainan dengan baik. Dengan pilihan RAM 8GB atau 12GB, telefon ini sangat praktikal untuk apa jua keperluan.
Bagi gamer, prestasi telefon ni mencukupi untuk main game seperti PUBG Mobile, Call of Duty, dan Mobile Legends pada tetapan grafik sederhana.
Selain itu, ada juga GPU Turbo untuk meningkatkan lagi prestasi permainan tanpa menggunakan banyak kuasa bateri. Walaupun Snapdragon 6 Gen 1 bukan cip kelas atasan, ia tetap memberikan pengalaman gaming yang memuaskan untuk harganya.
Kapasiti Bateri yang Mengagumkan
Bila kita bercakap tentang bateri, HONOR X9c sekali lagi memenangi hati. Telefon ini dilengkapi dengan bateri karbon silikon 2.0 ultra besar 6600mAh yang membolehkan telefon bertahan lebih dari sehari dengan penggunaan sederhana. Korang yang jenis heavy user, yang selalu main game atau tengok video sepanjang hari, pun takkan ada masalah nak kekalkan telefon dalam keadaan on sepanjang hari.
Bukan itu sahaja, peranti ini menyokong pengecasan pantas 66W, yang membolehkan telefon dicas penuh dalam masa lebih kurang 1 jam. Ia sudah cukup baik bagi kebanyakan pengguna. Dengan ciri ini, korang boleh cas telefon dengan cepat ketika masa terhad, contohnya, semasa bersiap di pagi hari.
Peranti ini dilengkapi kapasiti bateri karbon silikon terbesar dalam industri yang dicipta untuk membolehkan penggunaan yang lebih lama kepada pengguna yang mampu bertahan sehingga tiga hari dengan penggunaan sederhana.
Dengan sekali cas, pengguna boleh menikmati aktiviti seharian tanpa gangguan dengan penstriman muzik selama 48.4 jam dan 25.8 jam untuk main semula video dalam talian.
Teknologi AI termaju membolehkan peranti ini bertahan sehingga 50 minit untuk panggilan berterusan semasa tahap bateri mencapai 2 peratus tanpa bimbang.
Kamera Dikuasakan Dengan AI
Kita tak boleh lupakan kamera. peranti ini hadir dengan sistem kamera yang hebat untuk sebuah telefon mid-range. Kamera utamanya adalah 108MP (f/1.75), memberikan gambar yang sangat tajam dan penuh dengan butiran.
Kamera Pengesan Ultra 108MP beserta pengesan sebesar 1/1.67 inci untuk merakam gambar dan kecerahan luar biasa selain dipadankan ciri Penstabilan Imej Optik. (OIS) yang mengurangkan kekaburan, memastikan imej ultra jelas walaupun semasa dalam pergerakan.
Korang yang suka ambil gambar pemandangan, makanan, potret atau swafoto pasti akan menghargai kualiti imej yang dihasilkan oleh kamera ini.
Selain kamera utama, ada juga lensa ultra-lebar 5MP yang sesuai untuk gambar kumpulan atau pemandangan luas. Kalau suka ambil gambar close-up, HONOR X9c ada kamera makro 2MP yang membolehkan korang menangkap butiran kecil dengan jelas.
Kamera selfie 16MP di hadapan pula menghasilkan gambar yang jelas dan sesuai untuk korang yang gemar update di media sosial atau buat panggilan video.
Kamera HONOR X9c 5G dikuasakan dengan AI (kecerdasan buatan) yang membawakan Kamera Ultra-sensing 108MP dengan OIS, memberikan kestabilan imej yang lebih baik berbanding sistem EIS sahaja pada HONOR X9b 5G.
Peningkatan ini memastikan gambar lebih jelas dan nyata dalam semua keadaan.
Antara Muka Pengguna yang Lancar: MagicOS 8.0
HONOR X9c menggunakan MagicOS 8.0, yang berasaskan Android 14. Ini memberi pengalaman pengguna yang lancar dan antara muka yang kemas. MagicOS 8.0 bukan sahaja mudah digunakan tetapi juga penuh dengan ciri-ciri tambahan seperti multi-window mode yang memudahkan multitasking.
Selain itu, sistem operasi ini juga dilengkapi dengan beberapa ciri keselamatan seperti pengenalan muka dan sensor cap jari yang sangat responsif, menjadikan telefon mudah dan cepat untuk dibuka kunci.
Storan yang Besar dan Boleh Dipertingkat
HONOR X9c hadir dengan storan dalaman sebesar 256GB, yang mencukupi untuk menyimpan ribuan gambar, video, aplikasi, dan fail. Sekiranya korang masih memerlukan ruang lebih, jangan risau, kerana telefon ini menyokong penambahan storan melalui microSD hingga 1TB. Jadi, tak perlu risau storan cepat penuh walaupun korang simpan banyak media besar seperti filem dan video.
Lebih Pintar dengan Ciri-ciri Magic AI
Dahulunya hanya terdapat pada peranti flagship HONOR, ciri-ciri HONOR Magic AI yang baharu juga boleh diperolehi pada HONOR X9c 5G. Perkakasan pintar ini meningkatkan lagi kefungsian dan menyampaikan pengalaman pengguna yang lebih lancar.
Antara ciri itu termasuk Magic Portal, AI Eraser, Magic Capsule dan AI Blur Private Info serta Parallel Space. Paling menarik ciri AI Eraser dimana anda boleh memadamkan mana-mana imej yang tidak diingini selepas merakam gambar.
Berbaloi atau Tidak?
Dengan harga sekitar RM1,299, HONOR X9c menawarkan pakej yang cukup lengkap untuk sebuah telefon pintar mid-range.
Ia menggabungkan reka bentuk premium, skrin AMOLED 6.78 inci yang mengagumkan, cip Snapdragon yang mencukupi untuk penggunaan harian, kamera 108MP yang berkualiti tinggi, dan bateri yang besar dengan pengecasan pantas.
Peranti ini juga dilengkapi dengan ciri ketahanan tambahan, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang mencari telefon yang mampu bertahan lama. Tiga warna menarik ditawarkan iaitu Titanium Purple, Jade Cyan dan Titanium Black.
Bagi korang yang tengah mencari telefon pintar mid-range yang seimbang antara harga dan prestasi, HONOR X9c adalah pilihan yang sangat berbaloi. Sama ada korang seorang gamer, seorang yang suka mengambil gambar, atau sekadar memerlukan telefon pintar yang tahan lasak untuk kegunaan seharian, peranti ini pasti tidak akan mengecewakan.
HONOR X9c 5G ditawarkan dalam dua varian iaitu 24GB + 256GB berharga RM1,499 manakala 24GB + 512GB pada harga RM1,699.