Utama Blog Halaman 171

KAO Malaysia’s GUARD OUR FUTURE Project Declares War on Dengue with Community Clean-Up at Selangor Dengue Hotspot

KAO Malaysia recently joined hands with the residents of Flat PKNS Taman Dato Harun, one of Selangor’s 75 dengue hotspots, in on-going efforts to tackle the dengue scourge at its source.

Organised in collaboration with Petaling Jaya City Council (MBPJ), Takeda Malaysia and Impactlution, the community-wide effort follows Kao Malaysia’s launch of its GUARD OUR FUTURE project in June, concurrent with the availability of its new Bioré GUARD Mos Block Serum in Malaysia.

“Dengue fever remains a persistent public health issue in Malaysia. With the rise in cases in the state of Selangor, we must work with the local community to address this serious issue together.

“This cleanup was part of a series of planned activities under our GUARD OUR FUTURE project, and we hope that this will mark the next significant step toward our goal of protecting the lives of Malaysians against mosquito-borne diseases,” said Nishimaki Akira, President of KAO Malaysia.

KAO Doubles Down on Its Commitment to Solving Social Issues

Back in June, KAO Malaysia announced the expansion of its GUARD OUR FUTURE project to
protect future lives from mosquitoes. GUARD OUR FUTURE is centered on innovative product technology and formulation that provides a cover protection shield, keeping mosquitoes away from people’s skin and thus preventing mosquito bites.

Bioré GUARD Mos Block Serum, was first introduced in Thailand two years ago and launched in Singapore, Taiwan and Hong Kong this year. The new Bioré GUARD Mos Block Serum is a mosquito repellent based on a repellent technology that makes the skin surface repulsive to mosquitoes causing them to fly away before biting it – the goal is not to kill mosquitoes, but to reduce the infection caused by mosquitoes by protecting the skin.

Sesi Pertemuan #UlikeBeautyTech Singkap Teknologi Kecantikan Alaf Baharu Secara Eksklusif

Tidak lama selepas kejayaan pelancaran outlet eksperiensial Ulike yang kedua di Johor Bahru, Ulike telah mempamerkan kemajuan terkini dalam teknologi kecantikan serta menganjurkan bengkel yang informatif di Sesi Pertemuan #UlikeBeautyTech, yang telah mengambil tempat di Luuma Dining & Bar, Kuala Lumpur.

Menghimpunkan para peminat kecantikan, pakar perubatan berperakuan, serta personaliti industri, Sesi Pertemuan #UlikeBeautyTech dengan rasminya telah melancarkan Ulike Air 10 Pro berwarna merah jambu, meluaskan lagi pilihan warna yang disediakan buat mereka yang menginginkan sentuhan elegan dan gaya dalam rutin kecantikan mereka.

Susulan pengumuman yang mengujakan ini, Dr. Aen, juga dikenali sebagai Dr. Nurul A’in
Sa’ari, telah mengadakan seminar Ulike Air 10 Pro yang informatif, mengupas bagaimana produk inovatif ini mencetus trend baharu dalam industri kecantikan.

Dr. Aen berkongsi, “Ulike Air10 Pro memastikan kulit lembut yang berpanjangan, perlindungan kulit yang tiada bandingannya, saringan UV untuk melindungi kulit, serta
pengalaman mengurangkan bulu badan yang paling menyelesakan lagi selamat, turut hadir dengan kemudahan tetapan kesesuaian kulit.

Menggandingkan ciri kejituan dan keselamatan setaraf solusi profesional dalam bentuk yang kompak dan ringan, Ulike Air10 Pro menawarkan pengalaman yang hampir setanding dengan perkhidmatan yang disediakan di salon.”

Ulike Air10 Pro, penyingkir bulu badan terkemuka dunia dengan ciri Dwicahaya, merupakan peranti Cahaya Denyut Intensif (IPL) pertama yang mengubah landskap industri penyingkiran bulu badan.

Dengan dua sumber cahaya, kawasan rawatan menjadi lebih luas serta output tenaga juga meningkat, lantas bulu badan dapat dibuang dengan lebih cepat lagi berkesan.

Di samping itu, jenama ini turut membolehkan orang ramai menyingkap secara eksklusif
produk serba ringan Ulike yang terkini, Ulike Clear Pro DPL NIR Beauty Device, justeru
membentuk standard baharu dalam teknologi kecantikan.

Bakal dilancarkan pada penghujung suku ketiga tahun ini, Ulike Clear Pro membawakan dua teknologi rintis: “Black Gold DPL Super Photon Lightening” dan “NIR Platinum Milk Light Whitening”. Black Gold DPL Super Photo Lightening berfungsi untuk menghilangkan
kecelaan dan kesan jerawat dengan terus menyasarkan tompok-tompok melanin dan
pigmentasi.

Sementara itu, NIR Platinum Milk Light Whitening, teknologi kecantikan kulit cahaya inframerah dekat yang canggih menggunakan gelombang cahaya 900nm-1800nm tanpa cahaya berwarna. Ia memberikan tahap penembusan yang lebih kuat, terus mengenai
dermis untuk membuat kulit tampak lebih lembut dan segar, selain mengaktifkan kolagen dan juga elastin.

K. M. Leong, Pengurus Besar Asia Tenggara bagi Ulike Group menyatakan, “Sesi
Pertemuan #UlikeBeautyTech menjadi satu detik yang bermakna bagi kami, merungkaikan Ulike Clear Pro kepada dunia.

Inovasi ini mencerminkan komitmen kami untuk memajukan teknologi kecantikan, membolehkan hasil setaraf profesional dapat dinikmati oleh semua. Kami berasa teruja untuk mengorak haluan dalam menyulam teknologi canggih dengan rutin kecantikan harian, dan kami teruja untuk terus melangkah ke hadapan.”

Para hadirin juga telah berpeluang untuk berinteraksi dengan produk-produk inovatif Ulike, melihat sendiri bagaimana teknologi sedang mengubah dunia kecantikan.

Acara ini telah menampilkan segmen temu bual yang eksklusif bersama personaliti-personaliti daripada industri perubatan dan kecantikan, termasuk Miaazahar (Syaza Amira Azahar), Dr. Say (Shazril Shaharuddin), Sally Whoo (Nur Salihah Aimuni), Saby Rose, Dr. Mya Kamaruzaman, Jane Chuck, Nurulain Edruce, dan ramai lagi.

In Saff Travel & Tour Tawar Hadiah Kereta Untuk Cabutan Bertuah

Dalam suasana penuh meriah di Saudi Travel Fest yang berlangsung di IOI Mall Putrajaya, In Saff Travel & Tour Sdn Bhd, sebuah agensi pelancongan umrah yang semakin dikenali ramai, tampil mencuri tumpuan dengan pelancaran cabutan bertuah istimewa sempena ulang tahun ke-10 penubuhan syarikat tersebut.

Acara ini, yang dianjurkan oleh pihak Saudi, bertujuan untuk mempromosikan destinasi pelancongan dan umrah ke Arab Saudi, namun kehadiran In Saff Travel dengan tawaran eksklusif mereka telah menambah lagi keterujaan para pengunjung.

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan pelanggan sepanjang dekad pertama operasi mereka, In Saff Travel melancarkan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan.

Cabutan bertuah ini terbuka kepada semua pelanggan yang mendaftar dan menunaikan ibadah umrah bersama In Saff Travel dari Julai 2024 hingga Disember 2025.

Pelancaran cabutan bertuah ini bukan sahaja menjadi kemuncak kepada Saudi Travel Fest, tetapi juga sebagai simbol kejayaan dan komitmen In Saff Travel dalam industri pelancongan umrah.

Dalam tempoh 10 tahun sejak penubuhannya, In Saff Travel telah berjaya membina reputasi yang kukuh sebagai penyedia perkhidmatan umrah yang dipercayai.

Agensi ini dikenali dengan perkhidmatan cemerlang yang memastikan perjalanan umrah berjalan lancar tanpa sebarang masalah, termasuk dalam aspek penerbangan, penginapan, dan keseluruhan pengurusan di Arab Saudi.

Rekod perkhidmatan yang konsisten ini menjadi faktor utama mengapa ramai jemaah umrah di Malaysia memilih untuk menggunakan khidmat In Saff Travel.

Untuk cabutan bertuah sempena ulang tahun ke-10 ini, In Saff Travel memperuntukkan hadiah bernilai RM300,000, yang akan diagihkan dalam tiga sesi berasingan. Sesi pertama dijadualkan pada Januari 2025, diikuti dengan sesi kedua pada Julai 2025, dan sesi akhir pada Januari 2026.

Hadiah utama yang ditawarkan adalah sebuah kereta Proton Saga, disamping motosikal, gajet elektronik seperti tablet ipad, waffer emas serta pakej umrah dan pelancongan percuma.

Salah seorang Lembaga pengarah In Saff, Mohd Fahmi Mohd Nawi berkata, cabutan bertuah bernilai RM100,000 ini akan dijalankan menerusi tiga sesi berbeza.

“Antara hadiah yang ditawarkan ialah tiga buah kereta Proton Saga, Motosikal, jongkong emas dan pakej menunaikan umrah. Cabutan pertama akan dilakukan pada Januari 2025 nanti,” katanya ketika ditemui di IOI Mall Putrajaya, semalam.

Dalam pada itu, jelas Mohd Fahmi, promosi Istimewa pakej pelancongan dan umrah turut ditawarkan pada harga ‘super jimat’.

“Kami menyediakan pelbagai pakej yang disesuaikan untuk semua genap lapisan masyarakat yang berbeza status ekonomi. Jadi tiada lagi alasan untuk tak tunaikan umrah kerana kami sediakan semua jenis pakej. Pakej paling murah dan laris ketika ini ialah pakej umrah bernilai RM4,970 untuk sembilan hari dan tujuh malam.

Dari kanan ke kiri Mohd Aswadi Ali; Mohd Fahmi Mohd Nawi; Ahmad Falaahuddin Jasni dan Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed

In Saff Travel juga terus menarik minat ramai dengan pelbagai pakej umrah yang kompetitif, bermula dari RM4,970 hingga RM7,970 untuk 32 hari dan 30 malam. Bagi mereka yang inginkan pengalaman umrah yang lebih mewah, agensi ini turut menyediakan pakej eksekutif yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit, menawarkan perkhidmatan premium yang memenuhi keperluan pelanggan yang lebih eksklusif.

Dengan penglibatan aktif dalam Saudi Travel Fest ini, In Saff Travel tidak hanya meraikan ulang tahun ke-10 mereka dengan penuh gaya, tetapi juga memperkukuhkan lagi kehadiran mereka dalam industri pelancongan umrah.

Pelancaran cabutan bertuah ini dijangka menarik lebih ramai pelanggan baru, sekaligus memperluas capaian In Saff Travel dalam pasaran. Acara ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej-pakej yang ditawarkan, serta merancang perjalanan umrah mereka dengan lebih baik.

Dengan rekod perkhidmatan yang cemerlang dan sambutan ulang tahun ke-10 yang diraikan dengan penuh gemilang, In Saff Travel dijangka akan terus menjadi peneraju dalam industri pelancongan umrah di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej umrah yang ditawarian oleh In Saff Travel & Tours Sdn Bhd, boleh layarai laman web mereka https://www.insafftravel.com.my atau hubungi hotline 011-3127 4002.

HONOR Magic V3, Peranti Makin Ringan dan Super Tahan Lasak – Pandang Pertama

HONOR Malaysia tidak menunggu lama sehingga tahun depan untuk memperkenalkan peranti boleh lipat terbaharunya walaupun peranti terdahulu HONOR Magic V2 seakan terasa baru dilancarkan pada awal tahun ini.

Pertaruhan berani ini tentu sekali memberi cabaran dan mengubah lanskap pasaran telefon pintar di Malaysia yang kebanyakannya menunggu selepas genap setahun ini untuk memperkenalkan peranti baharu.

Pelik tapi benar dan ini yang berlaku apabila HONOR Malaysia bakal menjadi antara negara pertama yang akan melancarkan HONOR Magic V3, telefon boleh lipat AI paling nipis dan ringan serentak dengan pelancaran global di IFA 2024, Berlin Jerman pada 5 September ini.

Masih kekal dengan struktur rekaan ultra-nipis, HONOR Magic V3 membawakan telefon boleh lipat dengan rekaan paling nipis dalam industri dengan ketebalan hanya 9.2mm manakala apabila dibuka senipis 4.35mm.

Jika dibandingkan dengan HONOR Magic V2, peranti terdahulu memiliki ketebalan 9.9mm ketika dilipat manakala apabila dibuka pula senipis 4.7mm.

Rekabentuk Yang Tahan Lasak 

Ketika menghadiri sesi previu awal peranti terbaharu ini, HONOR turut mengadakan demontrasi ‘membasuh’ peranti ini dalam mesin basuh selama 15 minit dengan menyaksikan peranti ini berpusing-pusing dan direndam dalam air.

Bagaimanapun, selepas tempoh ujian berlalu, peranti ini masih boleh dihidupkan dan digunakan seperti biasa sekali gus membuktikan peranti ini benar-benar tahan lasak.

Selain dimasukkan dalam mesin basuh, peranti ini juga melalui proses ujian ketahanan apabila direndam dalam air sedalam 2.5 meter dan ini amat sesuai dalam keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembap khususnya secara tidak sengaja terdedah kepada hujan.

Hasil daripada ujian ini mendapati HONOR Magic V3 bukan sekadar tahan calar bahkan menunjukkan keupayaan kalis air yang menakjubkan, sekali gus mengesahkan kualiti binaannya cukup tahan lasak.

Lebih Kukuh Berbanding Kevlar  

HONOR Magic V3, juga adalah jenama telefon pintar pertama yang menggunakan bahan Super Fiber pada panel belakang peranti ini diperbuat daripada fiber unik yang mana bahan-bahannya bercirikan aeroangkasa dengan ketahanan 5800MPa yang tiada tandingan.

Bahan ini lebih kukuh berbanding Kevlar dan fiber karbon agar peranti ini kekal ringan serta tahan lasak dalam masa yang sama. Sebagai jenama telefon pintar pertama yang menggunakan fiber termaju ini, HONOR telah mereka bentuk telefon yang boleh menahan impak sebanyak 40 kali berbanding Samsung S24 Ultra, selain 40 peratus lebih nipis, membolehkan HONOR Magic V3 mampu bertahan walaupun dalam keadaan mencabarkan.

HONOR Super Steel Hinge, bahan engsel paling kukuh dan ternipis

Teras kepada ketahanan HONOR Magic V3 ini ialah HONOR Super Steel Hinge yang menerajui industri dan diperbuat daripada generasi kedua keluli super HONOR Super
Steel.

Bahan ini memiliki ketegangan sekuat 2100MPa, mengatasi engsel keluli Samsung Z Fold6 yang sekuat 1600MPa. Dengan mengurangkan ketebalan badan engsel kepada saiz terbaik industri pada 2.84mm, HONOR telah mengoptimumkan ruang dalaman untuk memperkukuhkan struktur bagi menambah baik ketahanan keseluruhan peranti ini.

Engsel peranti ini pula berupaya menahan sehingga 500,000 lipatan dan juga telah menerima pensijilan SGS Durability Certification yang mengukuhkan lagi kelasakan dan ketahanan peranti ini.

HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield, 10 kali ganda anti-jatuh dan anti-calar

Paparan luaran 6.43 inci HONOR Magic V3 diperkuatkan dengan perlindungan HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield, menawarkan 10 kali ketahanan jatuhan dan calar berbanding kaca biasa.

Dengan kepadatan kristal 50 peratus lebih tinggi berbanding bahan biasa, paparan ini direka agar dapat bertahan daripada jatuhan tidak sengaja dan kegunaan harian. Telefon boleh lipat ini kekal tanpa cela walaupun dalam keadaan yang paling getir.

IPX8 Kalis Air, tertinggi untuk telefon boleh lipat

HONOR Magic V3 juga menetapkan penanda aras baru untuk kalis air pada telefon boleh lipat, dengan penarafan IPX8 yang tertinggi bagi peranti boleh lipat.

Telefon ini masih berfungsi walaupun berada di kedalaman 2.5 meter air, menjadikannya selamat untuk digunakan semasa hujan, terkena tumpahan air atau terjatuh ke dalam air seperti yang dibuktikan dalam cabaran mesin basuh.

Tahap kalis air ini memastikan agar HONOR Magic V3 boleh berfungsi sepenuhnya dan dilindungi. Jangka hayat peranti ini menjadi lebih panjang dan memberi pengalaman pengguna yang lebih memuaskan.

Keupayaan Fotografi Potret Bertaraf Studio

Peranti ini buat julung kalinya turut dipadankan dengan fungsi pintar Kecerdasan Buatan (AI) terbina bagi fungsi kamera AI Matrix yang boleh menghasilkan gambar potret dengan kualiti dan penghasilan sama bagaikan di studio sebagaimana ciri pada Siri Honor 200 dan 200 Pro yang diperkenalkan baru-baru ini.

Tentu sekali gambar yang terhasil dengan ciri studio menjadi idaman mana-mana pengemar fotografi yang tidak mampu memiliki kamera jenis DSLR dan bergantung sepenuhnya kepada peranti seperti telefon pintar.

Ini kerana keupayaan telefon pintar keluaran China ini sudah cukup hebat untuk menterjemahkan keupayaan sebenarnya kerana menerusi kamera utama 50MP, ia dilengkapi dengan fungsi Professional Harcourt Portrait Mode.

Dengan fungsi ini, gambar yang dirakam akan dioptimasi dengan memberikan perincian yang lebih di bahagian muka, dan turut memberikan bokeh yang bersesuaian dengan pencahayaan serta tona warna wajah yang tepat.

Spesifikasi Kamera

HONOR Magic V2 dilengkapi dengan tri-kamera di belakang yang menggabungkan sensor 50MP lebar (f/1.6), 40MP lensa ultra-lebar (f/2.2) dan 50MP lensa telefoto (f/3.0) dengan sokongan OIS terbina.

Sementara itu diikuti pula dengan kamera swafoto sebesar 20MP (lebar) dengan bukaan apertur f/2.2) juga digunakan pada kedua-dua belah skrin luar dan dalam. Peranti juga membenarkan rakaman video maksimum 4K (3840×2160 pixels) dibuat pada kedua-dua belah kamera. Kebolehan zum pula boleh meningkat kepada 100X zum digital.

AI Defocus Technology – Keprihatinan HONOR Terhadap Kesihatan Mata

Selain menjadi telefon boleh lipat yang paling nipis, paling ringan dan amat tahan lasak, HONOR Magic V3 juga menetapkan standard baharu dalam perlindungan mata dengan teknologi AI Defocus Technology yang inovatif.

Ciri ini menunjukkan komitmen HONOR terhadap kesihatan mata pengguna dengan mengurangkan ketegangan mata dan masalah rabun sementara yang disebabkan oleh menonton skrin.

AI Defocus Technology memanfaatkan algoritma AI termaju untuk menyerupai kaedah optik tradisional dengan menyelaras kemasukan cahaya ke dalam mata dan mengurangkan ketegangan mata secara mendadak.

Hasil ujian HONOR menunjukkan bahawa AI Defocus Technology boleh mengurangkan rabun sementara secara efektif ke purata 13 darjah dalam tempoh masa 25 minit semasa menggunakan peranti tersebut.

Buat masa sekarang, ciri revolusioner ini menyokong aplikasi seperti YouTube dan Amazon Kindle. HONOR juga merancang untuk meluaskan sokongan kepada beberapa aplikasi lain di masa hadapan.

Kesimpulan 

Sebagai telefon boleh lipat terkini HONOR yang paling nipis, ringan dan tahan lasak dengan hanya seberat 226g, kemasan pada peranti yang berukuran 156.6 x 145.3 x 4.4mm ini cukup menarik bersama satu tona warna penuh secara menyeluruh setaraf ciri peranti paling premium untuk golongan yang eksklusif.

Peranti dengan skrin 6.43 inci OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan memori sehingga 12GB RAM + 12GB (HONOR RAM Turbo), storan sehingga 512GB dan bateri karbon-silikon generasi ketiga berkuasa 5150 mAh serta pengecasan pantas 66W.

Walaupun kelihatan ringkas, peranti ini mempunyai kemasan dua tona iaitu licin pada bahagian berhampiran bingkai kamera manakala selebihnya permukaan yang kusam seakan saduran kulit sekali gus tidak mudah meninggalkan kesan cap jari atau mudah kotor.

Susun atur butangnya adalah standard dimana, butang kuasa dan laras suara hanya diletakkan pada bahagian sisi kanan manakala terdapat satu lubang mikrofon dan slot untuk SIM pada bahagian bawah.

Peranti ini disambungkan dengan port USB-C pada bahagian bawah dengan lubang mikrofon dan juga pembesar suara. Lebih menariknya di sini, pembesar suaranya adalah stereo berkembar.

Peranti terbaharu ini juga boleh disambungkan dengan pen pintar stylus sekali gus menjadikannya cukup praktikal kepada mereka yang sentiasa bergerak untuk kerja seharian.

Sebanyak tiga warna menarik ditawarkan untuk Honor Magic V3 iaitu Mossy Green, Silk Brown dan Classic Black. Harga runcit bagi peranti ini masih belum diumumkan dan penulis menjangkakan ia ditawarkan pada harga sekitar lebih RM7,000.

* Nantikan ulasan lebih mendalam HONOR Magic V3 

Even on Hot Summer Nights, Samsung’s WindFree™ Technology Ensures Restful Sleep

Samsung air conditioners equipped with innovative WindFree™ technology have received
widespread recognition across markets around the world. Since launching globally in
2017, sales outside Korea have continued to grow with the average annual growth rate
reaching 30.7% 1  over the past three years (as of the end of the first half of 2024).

Samsung Newsroom explored why this advanced air conditioning technology has been so well-received by global consumers.

A recent Samsung survey 2 of 1,840 respondents from Brazil, India, Italy, Korea, Thailand and the United States revealed that 44.6% (820) favor WindFree™ air conditioning.

More than half of these users (58%) selected “comfortable sleep” as their primary reason for choosing WindFree™ air conditioning. The results indicate that a growing number of consumers expect air conditioners to go beyond traditional cooling functions to offer options fit for any situation.

In addition, the survey showed that air conditioners are most used before and after
bedtime. Nearly half (48%) of respondents use their air conditioners from 9 p.m. to
bedtime, followed by 42% during sleep.

The advanced structure of air conditioners with WindFree™ technology allows airflow to
be evenly distributed through 270,000 micro air holes 3 . Once the room reaches a set
temperature, the unit automatically switches to WindFree™ mode — gently cooling the
space without the unpleasant sensation of cold air on skin — and creates optimal
conditions for deep sleep.

“Energy savings compared to normal mode” was the second reason users preferred
WindFree™ air conditioning. As energy savings gain interest in the face of climate change, the survey results indicate that WindFree™ technology addresses consumer
demands for reduced electricity consumption.

In WindFree™ mode, electricity use is reduced by up to 77% 4  compared to maximum
cooling environments, offering substantial savings on electricity bills during peak summer months.

Additionally, respondents chose WindFree™ air conditioning to ensure “even cooling” (50%), “minimizing physical irritation” (48%) and utilize “AI automatic cooling” (44%).

WindFree™ air conditioner has received numerous international awards including top
honors for the third consecutive year at the 2024 Korean Innovation Frontier Awards; the MCE Excellence Award at the 2024 Mostra Convegno Expocomfort (MCE), a leading
global HVAC and refrigeration exhibition; and the Top Quality/Price award for the air
conditioner category in 2022 from the German Institute for Quality and Finance (ITQF),
one of Europe’s leading certification bodies.

“Since its debut in 2016, WindFree™ air conditioning has garnered significant
appreciation from consumers around the world,” said Byoungha Song, Head of Air
Solution Product Planning Group, DA Business at Samsung Electronics. “We will continue
to provide innovative products that deliver personalized care to all of our users.”

Celebrate Merdeka with vivo and Enjoy Epic Deals Starting from Only RM499

In celebration of Malaysia’s independence, vivo Malaysia is bringing joy to the nation with its exciting Merdeka So Pro campaign! Running from 24 August to 6 September 2024, Merdeka So Pro is a testament to vivo’s commitment to providing Malaysians with
cutting-edge technology and an exceptional user experience.

From 31 August 2024, consumers can enjoy exclusive offers on the latest vivo V40 Series, as well as attractive discounts on the V30 Series, Y Series smartphones.

vivo V40 Series: Elevate Your Merdeka Celebration

The highly anticipated vivo V40 Series will be available starting from 31 August 2024, offering Malaysians an unparalleled smartphone experience. As a special Merdeka treat, vivo is providing exclusive freebies with every purchase of the V40 Series:
● vivo V40: Enjoy a complimentary vivo Smart Watch.
● vivo V40 Pro: Indulge in a complimentary vivo Smart Watch and TWS 3e.

To further enhance the ownership experience, both V40 and V40 Pro models come with an extended 180-day warranty and 180-day screen protection warranty.

vivo V30 Series: Unmissable Deals

vivo is offering incredible discounts on the V30 Series to make this Merdeka truly unforgettable:
● V30 256GB: Enjoy a RM200 discount, priced at RM1799 (RRP RM1999)
● V30 512GB: Enjoy a RM200 discount, priced at RM1999 (RRP RM2199)
● V30 Pro: Enjoy a RM200 discount, priced at RM2399 (RRP RM2599)

vivo Y Series: Accessible Technology for All

vivo’s Y Series continues to offer exceptional value and performance. Enjoy the following prices during the Merdeka So Pro campaign:
● Y28s: RM999 (RRP RM1099)
● Y18 6GB+128GB: RM499 (RRP RM529)

Don’t miss out! This is your chance to upgrade your smartphone or get the perfect gift for a loved one at amazing prices. Additionally, vivo Malaysia is collaborating with the Yes 5G campaign for a chance to win a FREE vivo V40 5G!

The giveaway runs from 23 August to 6 September. Winners will be announced on 11 September 2024. Head over here for more information and how to win! For complete details on the Merdeka So Pro campaign and vivo’s latest offerings, visit the vivo Malaysia website or social media pages.

Kucingko Rekod RM15.57 juta Bagi Enam Bulan Pertama

Kucingko Berhad (Kucingko) syarikat penerbitan animasi 2D tersenarai awam pertama di Malaysia, mengumumkan pendapatan RM15.57 bagi enam bulan pertama tahun kewangan 2024 dengan RM8.51 juta telah disumbangkan oleh pendapatan suku kedua.

Pertumbuhan hasil Kumpulan pada S2 TK2024 sebahagian besarnya didorong oleh perniagaan terasnya dalam pengeluaran animasi 2D, yang menyumbang kira-kira 99.8 peratus daripada jumlah hasil bagi suku tersebut.

Pasaran Amerika Utara kekal sebagai penyumbang terbesar, menjana RM7.47 juta atau 87.73 peratus daripada pendapatan suku tahunan Kumpulan.

Keuntungan Sebelum Cukai (“PBT”) sebanyak RM3.09 juta pada S2 TK2024, mencerminkan peningkatan sebanyak 55.43 peratus berbanding RM1.99 juta yang dicatatkan pada suku sebelumnya (“S1 TK2024”).

See Chin Joo

Keuntungan Selepas Cukai (“PAT”) Kumpulan bagi suku tersebut ialah RM2.48 juta, menandakan peningkatan 40.74 peratus berbanding RM1.76 juta yang dicapai pada suku sebelumnya.

Pengarah Eksekutif Kucingko See Chin Joo berkata, pihaknya gembira dengan prestasi kewangan pada suku kedua 2024, baik daripada segi hasil dan keuntungan.

“Pasaran antarabangsa utama kami, terutamanya Amerika Utara, telah menunjukkan kekuatan yang berterusan.

“Memandang ke hadapan, kami merancang untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran kami di Selangor, Sabah dan Sarawak, di samping penubuhan pejabat jualan di Amerika Utara. Inisiatif ini bertujuan untuk meletakkan Kucingko untuk mencari lebih banyak peluang perniagaan di wilayah ini,” katanya.

Ooi Kok Hong

Manakala Pengarah Eksekutif Kucingko Ooi Kok Hong menambah, strategi syarikat tertumpu pada memanfaatkan kecekapan teras dalam pengeluaran animasi 2D untuk memacu pertumbuhan masa hadapan.

“Dengan mengembangkan sumber teknikal kami dan meningkatkan infrastruktur operasi kami, kami berhasrat untuk mengukuhkan lagi kehadiran kami di Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya.

Cradle, Invest India Bentuk Kolaborasi Strategik, Perkukuhkan Ekosistem Startup Antara Dua Negara

The exchange ceremony was represented by Norman Matthieu Vanhaecke, Group Chief Executive Officer of Cradle, and Shri Sanjiv, Joint Secretary, Department for Promotion of Industry and Internal Trade, Ministry of Commerce and Industry, Government of India, witnessed by Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Malaysia’s Minister of Investment, Trade and Industry (MITI).

Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle), iaitu agensi fokal bagi ekosistem startup Malaysia, dan Invest India, agensi promosi dan pemudah cara pelaburan di bawah Kerajaan India, telah menandatangani dan bertukar Surat Kerjasama (LOC) untuk menubuhkan India-Malaysia Startup Alliance (IMSA) melalui Startup India.

Kolaborasi strategik ini bertujuan untuk memperkukuhkan penglibatan dan kerjasama antara startup berasaskan teknologi di kedua-dua negara.

Startup India, iaitu sebuah inisiatif utama oleh Invest India, bertujuan untuk memperkasakan budaya startup dan membina ekosistem yang lebih kukuh, inklusif dan berinovasi untuk keusahawanan di India.

Inisiatif di bawah Jabatan Promosi Industri dan Perdagangan Domestik, Kementerian Perdagangan dan Industri India, ini memainkan peranan penting dalam memudahkan aliran masuk pelaburan asing ke India serta mempromosikan pertumbuhan ekonomi negara itu.

Mengulas mengenai LOC antara kedua-dua agensi ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata, India dan Malaysia telah mendapat manfaat daripada hubungan dua hala yang dibina berasaskan dasar diplomasi yang menjurus kepada kemakmuran bersama.

“Perjanjian antara Cradle dan Invest India ini adalah lanjutan daripada hubungan ekonomi dan komersial yang kukuh antara dua negara ini.

“Selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai salah satu negara dagangan utama India, kerjasama ini akan menggalakkan startup tempatan untuk meneroka pasaran India yang mempunyai 1.4 bilion penduduk dan juga menyediakan laluan untuk startup berkualiti dari India untuk menembusi pasaran ASEAN melalui Malaysia.

The LOC exchange ceremony was held in New Delhi on 21 August 2024, in conjunction with Malaysia’s official visit to India.

“Ini juga selaras dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030 untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan 20 ekosistem startup terbaik global menjelang 2030,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke berkata, perjanjian antara Cradle dan Invest India yang juga dimeterai julung kali ini bukan sahaja dapat mengukuhkan komitmen kedua-dua buah negara ini, tetapi juga dapat memupuk kerjasama keusahawanan teknologi merentas sempadan serta mendorong pertumbuhan transformatif dalam ekosistem startup di India dan Malaysia.

Majlis pertukaran LOC ini telah diadakan di New Delhi pada 21 Ogos 2024, bersempena dengan lawatan rasmi Malaysia ke India yang diketuai oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Perjanjian ini dibentuk untuk menjadi rangka kerja dua hala utama dalam penglibatan inovasi startup antara kedua-dua negara.

Majlis pertukaran ini diwakili oleh Norman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle dan Shri Sanjiv, Setiausaha Bersama, Jabatan Promosi Industri dan Perdagangan Domestik, Kementerian Perdagangan dan Industri India, disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sepanjang tahun 2024, IMSA akan memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran mengenai pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan India dengan penekanan kepada usaha campur tangan Kerajaan, kerjasama industri, dan penglibatan universiti.

Inisiatif utama di bawah IMSA akan merangkumi sesi pembangunan kapasiti secara maya, acara perkongsian pengetahuan, dan program padanan startup. Usaha ini juga akan menyaksikan penyertaan delegasi Malaysia dan India serta pemain ekosistem startup di acara utama seperti Startup Mahakumbh 2025 dan ASEAN-India Startup Festival 2025 yang akan diadakan di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.

Program padanan ini juga dilaksanakan untuk memacu nilai pelaburan dan kontrak komersial berjumlah hampir RM100 juta daripada pelabur modal teroka dan korporat yang berpotensi di ASEAN dan India.

Selain itu, program-program ini akan menghubungkan startup dengan pihak berkepentingan yang relevan untuk meneroka peluang pembangunan pasaran dan penyelidikan, serta kerjasama industri yang lebih mendalam.

UEM Edgenta Delivers Resilient Performance in 1H 2024, Achieves Strategic Milestones

UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta), a leading Asset Management and  Infrastructure Solutions company in the region, today announced its unaudited financial results for the first  half of 2024, ending 30 June 2024 (1H FY2024).

UEM Edgenta reported a revenue of RM1.44 billion for 1H FY2024, marking a 6.4% increase compared  to the RM1.35 billion recorded in the same period last year. The net profit for the second quarter of 2024  (Q2 FY2024) also saw an uptick, rising by 2.1% to RM12.8 million from RM12.5 million in Q2 FY2023.

These results underscore UEM Edgenta’s commitment to delivering consistent financial performance  amidst a dynamic global economic landscape.

A total of RM2.0 billion in new contracts were secured in 1H FY2024, matching the total new wins in  FY2023. More than 90% of these wins came from its international business in Singapore, Taiwan, and the  Middle East.

In Singapore, continued execution excellence has driven strong and healthy order book  replenishment of RM1.2 billion in healthcare support services and integrated facility management contracts  with clients beyond the healthcare sector.

The operations in the Kingdom of Saudi Arabia successfully  secured their first hospital contract, further expanding their footprint in the region. Domestically, the Asset  Consultancy division is making significant strides with more than RM67.7 million in new wins, the majority  of which are Energy Efficiency (EE) projects, reaffirming its RM200 million zero-capex commitment made  in September 2023.

UEM Edgenta is bolstered by a solid order book of approximately RM10 billion as of  30 June 2024, providing long-term earnings visibility and positioning the company to navigate potential  challenges while maintaining financial stability.

UEM Edgenta’s optimism is strengthened by the significant progress made in realising our targeted cost  savings, initially set at RM100 million over five years under EoTF2025, which we are on track to achieve  by the end of 2024—a year ahead of schedule.

These savings have been driven by operational excellence,  optimized procurement, and a leaner business structure. Building on this momentum, the Company is  targeting an additional RM150 million in savings over the next five years, focusing on key cost optimisation  areas, including spend prioritisation, simplifying the organisation and corporate structure, supply chain  management, contract renegotiation, and streamlining operations through automation and technology.

The  Company is on track to achieve its Phase 1 target of a 10% improvement in addressable costs by the end  of the 2024 financial year.

In Asset Management Services, the company is focused on maintaining its market leadership by advancing  Smart and Green Facilities Management, emphasizing cutting-edge technology for efficient and  sustainable asset management.

Additionally, our strategic acquisition of the Kaizen Group in the UAE,  completed in 1H FY2024, further strengthens our market position and drives financial growth through a  cohesive integration with our existing operations in the Middle East, which is certain to unlock new business  opportunities in the region.

With a robust order book extending beyond 2030, the Infrastructure Services Division enjoys strong  earnings visibility. Concurrently, it is broadening its capabilities beyond road maintenance to include areas  such as solar photovoltaic system maintenance and expanding its presence in Indonesia’s infrastructure  services market.

Additionally, the Recycled Asphalt Pavement (RAP) premix plant in Perak is now fully  completed and operational, positioning the business within the pavement products value chain.

Syahrunizam Samsudin, Managing Director/Chief Executive Officer of UEM Edgenta, said, “We are  committed to optimizing our resources and refining our operational model to enhance efficiency across all  levels. Our strong and steadily replenishing order book not only provides clear visibility into long-term  earnings and financial stability but also underscores our resilience in navigating market fluctuations.”

“As we advance with our Edgenta of The Future 2025 (EoTF2025) strategies, we are confident that our  resilience and focus on both business preservation and growth will empower us to overcome challenges  and deliver outstanding performance throughout the year. Our ability to adapt and persevere positions us  strongly to meet future demands and achieve sustained success,” he added.

Looking ahead, UEM Edgenta remains committed to exploring new possibilities and advancing industry  standards. By steadily integrating innovation and prioritizing sustainable growth, the company continues  to create value for its stakeholders while striving to deliver practical and forward-thinking solutions.

Perbankan Islam Maybank Lebar Operasi Ke Zamboanga, Filipina

Kumpulan Perbankan Islam Maybank mencatat satu lagi pencapaian dengan melancarkan operasi perbankan Islam (Islamic Banking Window) pertama menerusi Maybank Filipina (MPI) di cawangan Zamboanga baru-baru ini bagi memenuhi
permintaan masyarakat Islam di sana terhadap produk dan perkhidmatan patuh Syariah.

Cawangan ini pada awalnya akan menawarkan deposit dan akaun semasa patuh Syariah
dalam fasa percubaan dan akan diperluas kepada pelbagai solusi yang lain di masa akan
datang.

Zamboanga terletak di Pulau Mindanao, Filipina – kawasan majoriti Muslim Filipina. Menurut data Banci 2020, Bandar Zamboanga adalah kawasan jumlah penduduk Muslim tertinggi di antara bandar – bandar di Mindanao iaitu 37.6% daripada jumlah penduduk, dengan jumlah penduduk dijangka mencapai 1 juta antara tahun 2020 dan 2025.

Pelancaran operasi perbankan Islam ini diadakan pada 14 Ogos 2024 dan dihadiri oleh duta Malaysia ke Filipina, Dato’ Abdul Malik Melvin Castelino, Kumpulan Penyeliaan Perbankan Islam dan Timbalan Pengarah Bangko Sentral ng Pilipinas, Atty. Noel P. Tianela, Timbalan CEO Maybank Islamic Berhad, Nor Shahrizan Sulaiman, dan Pengarah Negara, Presiden dan CEO MPI, Abigail Tina M. Del Rosario.

Nor Shahrizan berkata, “Kumpulan Maybank telah menetapkan matlamat untuk operasi perbankan Islamnya – untuk menjadi Pemimpin Kewangan Islam Global. Oleh itu, dengan perkembangan penawaran produk perbankan Islam di sini iaitu di negara yang
bukan didominasi oleh masyarakat Muslim, kehadiran kami ini menandakan satu lagi
pencapaian kami di peringkat serantau.

“Kami komited dalam strategi dalaman kami bagi merealisasikan agenda perbankan Islam dengan memenuhi keperluan pelanggan serta mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju kewangan Islam dengan menumpukan kepada penyelesaian kewangan berasaskan Syariah di pasaran utama yang memberi nilai positif dalam komuniti dimana kami beroperasi.”

Beliau menambah, perbankan Islam lebih daripada sekadar sistem kewangan alternatif,
serta ia juga mencerminkan prinsip keadilan, ketelusan dan pelaburan beretika.

“Dengan menerapkan prinsip-prinsip ini, kami bukan sahaja memenuhi keperluan populasi yang pelbagai tetapi juga menetapkan duluan untuk ekosistem kewangan yang lebih adil.

“Kami percaya bahawa sektor perbankan perlu mewujudkan rasa tujuan yang jelas untuk memenuhi keperluan dan kebimbangan masyarakat – seperti mempromosikan kewangan yang mampan dan memastikan akses inklusif kepada perkhidmatan kewangan.

“Dengan itu, kita dapat merealisasikan potensi penuh kewangan positif bagi memajukan pembangunan sosial dan ekonomi.”

Abigail Tina M. Del Rosario berkata, “Ini adalah pencapaian penting untuk Maybank di
Filipina. Pengenalan Perbankan Islam di negara ini bukan sekadar memperluas perkhidmatan kami; ini juga menunjukkan komitmen kami terhadap keadilan, ketelusan dan kesejahteraan komuniti.

Kewangan Islam dibina atas asas keadilan, ekuiti dan kemakmuran bersama prinsip-prinsip yang sangat selaras dengan organisasi kami.”

Maybank Filipina mempunyai rangkaian 60 Cawangan, 15 Pusat Pinjaman, 9 Pusat Premier Wealth, 8 Cawangan Lite dan hampir 80 ATM di seluruh negara.

Post Menarik