Utama Blog Halaman 154

Chill Lah 4 Tahun Bersama vivo V40 Lite 5G dengan Ketahanan Luar Biasa

vivo Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran V40 Lite 5G yang telah lama dinantikan. Direka untuk rakyat Malaysia yang mementingkan ketahanan dan keandalan, vivo V40 Lite menepati slogannya, “Chill Lah 4 Tahun.”

Dengan bateri yang dibina untuk kekal sihat sehingga 4 tahun dan prestasi lancar yang bertahan sama lama, ia adalah teman yang sempurna untuk kehidupan seharian.

Prestasi Tahan Lama dengan Pengalaman Penggunaan Lancar Selama 4 Tahun Dibina untuk menahan kegunaan kehidupan seharian, vivo V40 Lite 5G dilengkapi dengan 80W FlashCharge untuk pengecasan pantas dan bateri 5000 mAh yang memastikan kesihatan bateri selama 4 tahun.

Sebagai pelengkap, vivo V40 Lite 5G juga direka untuk memberikan prestasi yang konsisten dan lancar sehingga 4 tahun, menjamin pengalaman pengguna yang memuaskan.

Prestasi dan Ketahanan yang Dipertingkatkan

Dengan penarafan IP64 untuk ketahanan terhadap habuk dan air, ia memastikan ketahanan yang optimum, manakala teknologi Wet-Hand Touch mengekalkan kepekaan sentuhan walaupun dalam keadaan tangan yang basah.

Selain itu, ciri Penggalak Memori vivo V40 Lite 5G mengoptimumkan penggunaan memori dengan Pelanjutan RAM, Penjimat RAM, dan Penyimpan RAM. Pelanjutan RAM menyokong sehingga 12 GB RAM maya untuk multitasking yang lancar. Penjimat RAM menjimatkan
sehingga 600 MB ruang memori, manakala Penyimpan RAM  memastikan aplikasi yang kerap digunakan tetap aktif di latar belakang.

Dengan pilihan storan yang luas dan storan yang boleh ditambah sehingga 2 TB, pengguna boleh menyimpan kandungan kegemaran mereka tanpa kebimbangan.

Memperkenalkan AI Aura Light

vivo V40 Lite 5G hadir dengan sistem pencahayaan inovatif AI Aura Light, yang membawa
penggambaran potret anda ke tahap baharu. Berbeza dengan lampu flash tradisional, AI Aura Light menghasilkan cahaya yang lebih lembut dan luas untuk menerangi subjek dengan rata, memberikan hasil yang berkualiti studio.

Cahaya lembut ini membantu menyerlahkan tekstur kulit semula jadi dan menghasilkan penampilan yang lebih berseri. Dengan AI Aura Light, anda kini boleh menangkap potret
yang menakjubkan yang kelihatan profesional dan kemas.

Rakam Detik-detik Menakjubkan

Sistem kamera vivo V40 Lite 5G didatangkan dengan Kamera Potret 32 MP, Kamera Ultra Lebar 120° 8 MP, Kamera Utama 50 MP, dan sistem AI Aura Light yang dipertingkatkan dari vivo. Kamera Ultra Lebar 120° 8 MP memudahkan tangkapan pemandangan panorama dan foto berkumpulan.

Paparan Mengasyikkan dan Prestasi Mantap

Dilengkapi dengan paparan AMOLED FHD+ 6.67-inci, vivo V40 Lite menawarkan pengalaman visual yang menakjubkan. Dikuasakan oleh platform Snapdragon 4 Gen 2, peranti ini memberikan prestasi yang lancar dan penggunaan tenaga yang cekap.

Paparan AMOLED 120 Hz, digabungkan dengan teknologi Dual Stereo Speaker dan Audio Booster, menyediakan pengalaman multimedia yang mendalam.

Gaya Reka Bentuk

vivo V40 Lite 5G menampilkan kemasan Titanium Silver yang memikat dengan Tekstur Berlian Bercahaya unik. Kamera Cushion-Cut Diamond, yang terdapat dalam semua pilihan warna Dynamic Black Dan Dreamy Violet, menambah sentuhan keanggunan.

Paparan AMOLED FHD+ 6.67-inci, Rangka Metalik Berkilat Tinggi, dan ketebalan 7.79 mm memberikan pegangan yang selesa dan bergaya.

Menyatukan Gaya dan Fungsi, Besama  ELLE Active

vivo Malaysia juga  mengumumkan kerjasama dengan ELLE Active, jenama fesyen dan gaya hidup terkemuka. Melalui kerjasama ini, vivo V40 Lite 5G melengkapkan komitmen ELLE Active terhadap ketahanan dan prestasi.

Dengan reka bentuk yang anggun dan ciri-ciri hebat, termasuk ketahanan debu dan air IP64, vivo V40 Lite 5G menawarkan pengalaman lancar selama 4 tahun dan kesihatan bateri yang kekal seperti baharu, menjadikannya pilihan sempurna untuk individu aktif yang mementingkan keandalan dan gaya.

Dengan kerjasama ini, vivo Malaysia dan ELLE Active menawarkan pelbagai hadiah menarik, seperti:
● Set Beg Sukan ELLE: Nikmati beg sukan ELLE yang bergaya dan praktikal dengan pembelian V40 Lite 5G anda.

● Baucar Tunai RM50: Dapatkan diskaun RM50 untuk pembelian dalam talian V40 Lite 5G di stor ECOM vivo.
● Baucar Tunai 20%: Nikmati diskaun 20% untuk pembelian luar talian vivo V40 Lite 5G.

Harga dan Ketersediaan

Pra-tempahan untuk vivo V40 Lite 5G akan dibuka sampai 25 Oktober 2024, dengan harga bermula dari RM1,299. Tempah sekarang dan nikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM955, termasuk 4 tahun jaminan bateri vivo Care dan 4 tahun perlindungan skrin serta penutup pelindung, tertakluk kepada terma dan syarat.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran istimewa ini! Sudah bersedia untuk “Chill Lah 4 Tahun” bersama vivo V40 Lite 5G? Pra-tempah sekarang DI SINI!

vivo V40 Lite 5G, Peranti Mampu Milik Berciri Premium – Reviu Gajet

Pada pandangan mata kasar, peranti ini seakan biasa-biasa sahaja kerana harga ditawarkan boleh dianggap mampu milik namun selepas diuji secara lebih mendalam mendapati peranti ini memiliki beberapa ciri premium.

Antara ciri paling menonjol boleh dianggap premium ialah ciri AI Erase yang boleh memilih untuk memadamkan mana-mana gambar yang anda telah rakam dengan hanya satu jari sahaja.

Kebiasaannya ciri AI Erase dipadankan dengan telefon pintar yang berharga hampir RM2,000 namun vivo bertindak berani memperkenalkan ciri pintar ini pada peranti terbaharunya.

Ciri lain ialah kalis air dan debu IP64 serta kapasiti bateri yang cukup besar 5000 mAh dengan jangka hayat baik selama 4 tahun selain kuasa mengecas pantas 80W yang mampu mencapai tahap pengecasan 45 peratus dalam tempoh 15 minit.

Rekaan

Rekabentuk peranti ini rata 163.2 x 75.9 x 7.9 mm dengan skrin Amoled bersaiz 6.67 inci dan tahap resolusi 2400 x 1080. Rekaan badan belakang pula dipadankan dengan bahan yang kesat sekali gus tidak meninggalkan kesan cap jari atau mudah kotor.

Selain rekaan luaran lebih segar dan spesifikasi lebih terkini, kemampuan kuasa bateri 5,000 mAh memberikan kelebihan kepada mereka yang sering menjadikan telefon pintar sebagai kamera peribadi atau mereka yang aktif di media sosial.

Sistem rekaan dua-kamera tanpa bonggol yang tidak terlalu besar menjadikan peranti ini kelihatan lebih kemas dengan mengetengahkan rekaan lampu Aura Light yang lebih menarik menjadikan peranti ini nampak ringkas ditambah dengan dibalut binaan kekemasan glastik dan bingkai logam pada bahagian sisi.

Ciri Kamera 

vivo V40 Lite dilengkapi ciri dua-kamera belakang gabungan kamera utama 50 megapiksel (f/1.8) – (lebar); 8MP (f/2.2) – (Ultra-Lebar) dan kamera hadapan 32MP (f/2.45).

Kamera utamanya dipadankan dengan zoom digital sehingga 10 kali ganda dan tidak kira siang atau malam, peranti ini menawarkan pakej kamera yang lebih baik sekali gus menghasilkan imej yang menakjubkan dengan kualiti yang dipertingkatkan meliputi mod malam dan ciri potret.

Menerusi sensor yang dipertingkatkan, mengambil gambar dalam suasana pencahayaan malap, mod Malam membantu merakam visual yang lebih terperinci dengan memperluaskan saiz piksel kamera.

Penulis sempat menguji peranti ini dengan merakam gambar bulan penuh menggunakan mod malam dan hasilnya menakjubkan. Lihat gambar dibawah.

Buat julung kalinya, untuk peranti vivo terbaharu ini, pengguna juga boleh menghapuskan bayang-bayang dan pantulan yang tidak diingini dalam rakaman dengan menggunakan alat penyunting imej (object Eraser) yang dipertingkatkan. Lihat gambar di atas apabila salah satu imej bot dipadamkan.

Sama ada untuk rakaman swafoto yang sempurna atau bersambung melalui panggilan video yang tersangat lancar, vivo V40 Lite menawarkan perincian visual yang menakjubkan menerusi kamera hadapan 32MP.

Spesifikasi 

Peranti seberat 188 gram ini hadir menggunakan cip pemprosesan 2.2 GHz Snapdragon 4 Generasi 2 Mobile platform Octa-core dan kadar segar semula 120 Hz.

Kapasiti storan adalah yang terbesar diberikan iaitu 256GB dan RAM 12 GB (tambahan 12GB) dengan versi Android 14.

Selain itu, peranti ini dilengkapi ciri sensor keselamatan cap jari dan pilihan pengesanan wajah atau kaedah corak lerekan.

vivo turut memberi nilai tambah pada peranti ini menerusi penarafan kalis air dan debu IP64 terbina.

Harga pasaran

vivo V40 Lite 5G yang baru diperkenalkan di pasaran negara ini ditawarkan pada harga RM1,299 dalam tiga warna menarik iaitu Titatnium Silver, Dynamic Black dan Dreamy Violet.

Kesimpulan

Apa yang menarik pada peranti ini bukan sahaja rekaan yang mudah dipegang tetapi penambahbaikan terkini dalam ciri gambar yang dihasilkan berbanding model vivo terdahulu.

Selain itu, anda boleh memadamkan mana-mana objek dalam gambar yang dirakam tanpa meninggalkan kesan sekali gus menjadikan gambar anda lebih cantik.

Peranti ini menjadi pilihan terbaik kepada anda yang amat bergantung kepada sebuah telefon bimbit yang menyimpan pelbagai data dan aplikasi untuk bekerja atau kegunaan harian seperti aplikasi pesanan makanan, tempahan kenderaan mahupun untuk urusan perbankan yang memerlukan sebuah peranti yang tahan lasak dan responsif.

Selain ciri-ciri yang sedia ada, vivo adalah peranti yang sesuai untuk golongan remaja dan dewasa kerana dilengkapi dengan kuasa AI yang banyak membantu pengguna untuk urusan harian.

10XValley Lancar Platform IPO-Ready dan Gamification Hackathon

Malaysia mencatat sejarah baharu dalam arena perniagaan dengan pelancaran Gamification Hackathon yang dianjurkan oleh 10XValley, platform IPO-Ready pertama di negara ini.

Dalam satu usaha untuk memacu inovasi dan meningkatkan daya saing perniagaan tempatan di pasaran global, acara ini memberi tumpuan kepada penerapan konsep gamifikasi dalam operasi harian perniagaan, yang dilihat sebagai langkah penting ke arah transformasi digital.

Dalam era ekonomi digital yang semakin berkembang pesat, menjadi syarikat IPO-Ready adalah penanda aras kejayaan perniagaan. 10XValley, yang diasaskan oleh Joescher Chee, bersama Steve Chow selaku Ketua Pegawai Eksekutif, hadir sebagai platform unik yang bertujuan membantu syarikat tempatan untuk mencapai status IPO dengan lebih cepat dan berkesan.

Joescher Chee, pengasas 10XValley, dan Steve Chow, Ketua Pegawai Eksekutif berkata, Gamification Hackathon bukan sekadar bengkel biasa, ia adalah satu pengalaman yang mengubah paradigma.

“Melalui satu hari penumpuan intensif, pasukan boleh menyelesaikan masalah yang berlarutan lama, mengenal pasti potensi baru, dan mencapai perkembangan yang mendadak dalam perniagaan mereka.

“Hackathon bukan sekadar proses mencari penyelesaian, tetapi ia juga adalah pengalaman inovasi yang mendalam. Melalui Hackathon ini, para peserta akan merasai kuasa penumpuan sepenuhnya, memberikan tenaga baru kepada pertumbuhan perniagaan.

“Aktiviti tumpuan selama sehari ini akan memecahkan corak pemikiran konvensional, membolehkan pasukan dengan pantas menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan sejak sekian lama, membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Namun, apa yang membezakan 10XValley daripada platform lain adalah penekanan mereka terhadap inovasi melalui gamifikasi, dengan Gamification Hackathon sebagai salah satu komponen utama. Acara ini dilihat sebagai pendorong kepada syarikat-syarikat untuk mencipta laluan baru dalam meningkatkan penglibatan pekerja, produktiviti, dan memacu pertumbuhan perniagaan.

“Kami percaya gamifikasi adalah masa depan, dan syarikat yang tidak memanfaatkan strategi ini akan ketinggalan di belakang. Apa yang kami lakukan di sini adalah menggalakkan syarikat tempatan untuk bukan sahaja bersedia menjadi IPO, tetapi juga untuk mengekalkan daya saing di peringkat global.

“Di sebalik daya tarikan platform IPO-Ready, Gamification Hackathon memfokuskan kepada satu elemen penting dalam dunia perniagaan moden: gamifikasi. Ini merupakan pendekatan strategik yang menggunakan elemen permainan dalam persekitaran perniagaan untuk meningkatkan penglibatan, motivasi, dan kreativiti pekerja,” katanya.

Gamification Hackathon menawarkan peluang kepada peserta untuk belajar bagaimana strategi gamifikasi dapat digunakan dalam organisasi mereka, melalui bengkel dan pertandingan yang direka untuk mendorong inovasi secara langsung.

Dengan ini, perniagaan dapat melihat bagaimana elemen permainan boleh diintegrasikan ke dalam model operasi mereka, mencetuskan idea-idea baru yang boleh memberi impak besar terhadap perniagaan.

Antara pengisian program ini adalah:

Asas Gamifikasi dan Pembangunan Strategi: Memahami dengan lebih mendalam bagaimana menggabungkan konsep gamifikasi dengan keperluan perniagaan sebenar untuk merangka strategi jangka panjang yang selaras dengan pertumbuhan perniagaan.

Bengkel Pelaksanaan Gamifikasi: Latihan praktikal yang membantu perniagaan melaksanakan strategi gamifikasi dengan cekap dan memaksimumkan keberkesanannya dalam operasi harian.

Pertandingan Gamifikasi: Peserta akan menggunakan alat gamifikasi dalam senario perniagaan sebenar, menemui jalan baharu untuk perkembangan perniagaan melalui persaingan yang sihat.

Melalui Hackathon ini, perniagaan bukan sahaja akan mempelajari cara meningkatkan keupayaan inovasi dalaman melalui gamifikasi, tetapi juga cara meningkatkan penglibatan dan kepuasan pekerja dengan lebih berkesan, sekaligus mengurangkan kadar keluar masuk pekerja.

Dalam dunia perniagaan yang semakin digital hari ini, pengenalan gamifikasi akan membantu perniagaan kekal mendahului dalam menghadapi perubahan teknologi.

Selain itu, acara ini turut dimeriahkan oleh kehadiran beberapa figura penting seperti Chiau Haw Choon, pengasas bersama 10XValley, dan Jeremy Ong, mentor tetap platform ini, yang kedua-duanya memainkan peranan penting dalam membawa wawasan 10XValley ke tahap yang lebih tinggi.

Dalam era perniagaan global yang semakin kompetitif, Gamification Hackathon bukan sahaja menyasarkan untuk mengubah cara syarikat beroperasi di peringkat tempatan, tetapi juga bertujuan untuk memperkasakan syarikat Malaysia di pentas antarabangsa.

Lebih daripada 200 CEO dan pengurus kanan syarikat telah disahkan akan menyertai acara ini, di mana mereka akan berkongsi strategi dan idea bagaimana gamifikasi boleh digunakan untuk mendorong inovasi serta meningkatkan daya saing perniagaan.

Menurut laporan, banyak syarikat global telah mengaplikasikan gamifikasi sebagai strategi utama mereka untuk menarik pelanggan dan meningkatkan penglibatan pekerja. 10XValley berharap acara ini dapat memacu syarikat Malaysia untuk melakukan perkara yang sama, sekaligus meletakkan negara ini sebagai pemimpin dalam inovasi perniagaan di rantau ini.

Gamification Hackathon ini bukan sekadar pertandingan perniagaan, tetapi juga satu redefinisi terhadap budaya kerja masa depan.

“Dari “Era Kelangsungan Hidup”generasi datuk nenek kita, kepada “Era Kerja Diutamakan” generasi ibu bapa kita, dan kini kepada era baharu yang mengejar keseimbangan antara kerja dan kehidupan, kita sedang menuju ke arah “Era Inovasi” yang didorong oleh gamifikasi.

“Era ini akan mengubah cara kerja tradisional, menjadikan kerja bukan lagi sekadar penyelesaian tugas, tetapi satu pengalaman yang penuh kreativiti, keseronokan, dan makna,” katanya.

Lebih daripada 200 CEO dan pasukan teras syarikat-syarikat akan berkumpul dalam acara ini untuk membincangkan bagaimana strategi gamifikasi dapat mendorong pekerja, menarik pelanggan, dan mengoptimumkan model perniagaan, bagi mengekalkan kelebihan dalam persaingan global yang semakin sengit. Melalui acara ini, syarikat-syarikat berpeluang membina budaya kerja yang lebih tangkas dan cekap.

Gaming Dominator Dari realme 13 Siri 5G – Telefon Pintar Bertaraf eSport Bermula dari RM1,199

realme, jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran realme 13 Series 5G. Dipanggil sebagai Gaming Dominator, penambahan terbaharu kepada Nombor Siri 13 itu adalah sebagai tawaran paling berkuasa dalam Industri ESports, ini dengan komitmen realme untuk menawarkan revolusi kuasa dalam pasaran telefon pintar di segmen-nya.

Mengikuti strategi produk yang diperbaharui, Nombor siri realme kini dibahagikan kepada siri Nombor Pro dan siri. Bagi Siri Pro, ianya memberi tumpuan kepada penyampaian Pengimejan Generasi Seterusnya dan Nombor siri menjanjikan Kuasa Gaming di peringkat ESports.

realme 13 Series 5G terdiri daripada dua peranti: realme 13+ 5G dan realme 13 5G. Berharga daripada RM1,399, realme 13+ 5G boleh dibeli mulai 19 Oktober manakala realme 13 5G akan dijual pada 1 November dengan harga RM1,199. Mulai 19 Oktober hingga 18 November, pembeli boleh membawa pulang versi realme 13+ 5G, 26GB+512GB dengan hanya RM1,699.

Pembeli boleh menikmati hadiah percuma yang bernilai sehingga RM799 semasa jualan pertama, yang berlangsung dari 19 Oktober hingga 18 November. Hadiah ini termasuk Techlife Wireless Earbuds, Waranti Kerosakan Skrin selama 365 hari dan Waranti 730 hari untuk perkakasan.

realme 13 Series 5G akan tersedia dalam rakan kongsi telco termasuk CelcomDigi, Maxis, U Mobile, dan rakan kongsi runcit seperti DirectD dan Urban Republic.

HONOR X9b 5G: Telefon Kelas Pertengahan No. 1 Malaysia, Generasi Baharu HONOR X9c 5G Bakal Dilancarkan 

HONOR X9b 5G dikenali dengan ketahanan yang menyeluruh dan paparan pula tahan lasak diperbuat daripada teknologi HONOR Ultra-bounce Anti-drop Technology, menjadikannya mampu menahan tembakan peluru paintball.

Ketahanan mengagumkan ini memberikan pengiktirafan kepada HONOR X9b 5G sebagai telefon pintar pertama di dunia untuk menerima pensijilan lima bintang SGS Five-Star Overall Drop Resistance Certification yang berprestij. 

Susulan pelancaran pada November tahun lalu, HONOR X9b 5G telah mencapai kejayaan memberangsangkan, seterusnya mengatasi jangkaan dengan jualan lebih 300,000 unit.

Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukan HONOR X9b 5G sebagai telefon pintar kelas pertengahan nombor satu yang terlaris berharga atas RM1,200 bagi 2024 dari segi volum jualan, sekaligus menunjukkan kehebatan peranti ini dalam persaingan di pasaran.

Walaupun banyak jenama telefon pintar dilancarkan sepanjang tahun lalu, HONOR X9b 5G terus menjadi pilihan ramai dan menjadi telefon pintar kedua paling banyak carian Google di Malaysia pada 2023.

Siri HONOR X: Warisan kebingkasan dan ketahanan

Siri HONOR X sentiasa dikaitkan dengan kebingkasan dan ketahanannya, iaitu sifat teras yang menjadi kebanggaan setiap generasi siri tersebut. Setiap generasi siri X mempersembahkan inovasi dan peningkatan yang penting, serta sentiasa memacu evolusi teknologi telefon pintar.

Dengan menumpukan kepada kekukuhan dan prestasi tahan lama, siri HONOR X bukan sahaja telah menetapkan penanda aras baharu di dalam pasaran bahkan telah meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya ciri-ciri ini dalam industri telefon pintar.

Ramai pesaing menyedari kepentingan ciri-ciri ini dan mengiktirafnya secara berperingkatkan untuk membawa mereka mengikuti langkah siri HONOR X dan memenuhi cabaran ketahanan; seterusnya menganjak segenap pasaran ke tahap yang lebih tinggi.

Apa seterusnya? HONOR X9c 5G akan datang ke Malaysia!

Pelancaran Siri HONOR X generasi baharu di China baru-baru ini telah mencetus keterujaan dalam kalangan pengguna di Malaysia yang menantikan peningkatan baharu peranti tersebut.

Hari ini, HONOR Malaysia menyemarakkan lagi keterujaan ini dengan melancarkan video acah yang menggambarkan kedatangan HONOR X9c 5G ke pasaran Malaysia.

Presto Dianugerah Kontrak Sistem CRM RM10 Juta Daripada GGAF

Gambar Hiasan

Presto Technology Sdn Bhd, (Presto) anak syarikat terkemuka PUC Berhad (PUC), dianugerahkan kontrak RM10 juta oleh Green Growth Asia Foundation (GGAF), sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang komited untuk mempromosikan amalan mampan bagi memerangi krisis iklim.

Kerjasama ini menumpukan kepada pembangunan, pengurusan dan mempromosikan sistem pengurusan perhubungan pelanggan (CRM) yang canggih untuk aktiviti derma dan pengumpulan dana GGAF, yang dihoskan pada platform khusus.

Projek mercu tanda ini dijangka menyelaraskan usaha pengumpulan dana GGAF dan membolehkan jangkauan yang lebih cekap dan berkesan kepada penderma, seterusnya menyokong misinya untuk memacu inisiatif kemampanan di rantau ini.

Langkah itu sejajar dengan komitmen berterusan PUC terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (“ESG”), mengukuhkan fokusnya pada kemampanan alam sekitar dan impak sosial melalui penyelesaian teknologi yang inovatif.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan PUC, Wayne Lim Beng Chai berkata, pihaknya sangat teruja untuk memulakan perjalanan ini dengan GGAF.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan PUC, Wayne Lim Beng Chai

“Projek ini bukan sahaja menandakan kejayaan perniagaan strategik untuk Presto tetapi juga satu langkah ke hadapan dalam dedikasi syarikat untuk menyokong kelestarian alam sekitar melalui teknologi.

“Dengan perkongsian ini, kami menyasarkan untuk memperkasakan misiGGAF untuk memerangi krisis iklim, memberikan mereka alatuntuk meningkatkan jangkauan dan penglibatan mereka dengan khalayak yang lebih luas,” katanya di sini hari ini.

Beng Chai menambah, kerjasama itu datang pada masa yang kritikal apabila pembangunan mampan menjadi tumpuan global utama.

GGAF telah berada di barisan hadapan dalam mempromosikan amalan mampan di Malaysia dan Asia Tenggara, bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk melaksanakan strategi yang menangani krisis iklim dan isu alam sekitar yang berkaitan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif GGAF, Dr. Balamurugan Ratha Krishnan, berkata kerjasama pihaknya dengan Presto menandakan satu peristiwa penting dalam usaha berterusan untuk memacu inisiatif kemampanan.

Ketua Eksekutif GGAF , Dr. Balamurugan Ratha Krishnan

“Sistem CRM yang dibangunkan oleh Presto akan membolehkan kami mengurus dan mengembangkan pangkalan penderma dengan lebih berkesan, akhirnya meningkatkan keupayaan syarikat untuk melaksanakan projek alam sekitar yang memberi impak.

“Kita teruja dengan kemungkinan perkongsian ini dan percaya iaakan memainkan peranan penting dalam mencapai matlamatkemampanan kami,” katanya.

Dengan kontrak ini, Presto terus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju dalam pembangunan penyelesaian digital yang bukan sahaja memacu kejayaan perniagaan tetapi juga menggalakkan hasil alam sekitar dan sosial yang positif.

LG Malaysia Elevates Shopping Experience With New Online Brand Store

LG Malaysia has launched its official online brand store, allowing customers to purchase LG products directly from the site, for the first time.

The platform enhances the shopping experience by offering easy access to LG’s home appliances and entertainment products available nationwide. Shoppers can explore the latest innovations and enjoy exclusive member benefits by visiting https://www.lg.com/my/promotions/.

The LG Online Brand Store is designed to make shopping more seamless, catering to both
tech enthusiasts and homeowners. Customers can enjoy a 3% membership discount 1 on all orders through the LG Online Brand Store as a LG member, while new members receive a 5% welcome coupon for their first purchase, valid for 90 days from sign-up.

This opens the door for more people to experience LG’s cutting-edge products from LG OLED TVs, LG WashTower™, LG Styler™, LG InstaView™, LG CordZero, LG ARTCOOL™ Air
Conditioner to LG PuriCare™ Air Purifiers, LG PuriCare™ Water Purifiers and more.

Finding the perfect LG solutions for any home has never been easier.

Get a variety of incredible benefits as a LG member! To make the online shopping even smoother, LG offers free delivery across Malaysia and free basic installation for selected LG
products. Customers who are upgrading their home appliances can also take advantage of
LG’s eco-friendly disposal service, ensuring responsible disposal of old products.

LG members can unlock an exclusive experience with new product trials and receive regular
updates on new launches and promotions by subscribing to LG’s newsletter.

“At LG, we are focused on delivering convenience and innovation to our customers,” said
Justin Choi, Managing Director of LG Electronics Malaysia.

“As online shopping becomes more prevalent, our new LG Online Brand Store offers a
personalised, engaging experience, allowing consumers to easily discover and purchase our
premium products from the comfort of their homes.

Life’s Good when convenience meets technology, and this platform reflects our commitment to meeting the evolving needs of today’s shoppers and customer-centric innovation.”

With its intuitive interface and personalised offers, the platform ensures a seamless and
enjoyable shopping experience for consumers across Malaysia, making it easier than ever to access LG’s latest offerings.

Upgrade Your A Series to The Galaxy S24 FE and Save Up to 65%!

Don’t miss out on these great rewards and upgrade to the Samsung Galaxy S24 FE today! Owning a Samsung phone opens you up to a world of endless rewards and great experiences!

If you enjoy Samsung’s mobile phones, remember that you won’t just be enjoying the great performance, reliability and security benefits, but you will also give yourself a chance at incredible deals and benefits that can be gained within the Galaxy Ecosystem!

Be Rewarded!

When you upgrade, through Samsung Rewards, you can get vouchers from various vendors that add up to make your day better! Imagine getting a voucher for coffee or ice cream at your favourite stores, wouldn’t that make your day more awesome?

Joining the Galaxy Ecosystem

With Smart Switch, it is easy to jump over to Samsung’s ecosystem while keeping all your data intact to start enjoying our rewards! More than interconnectedness and syncing between devices, the ecosystem delivers experiences and chances to upgrade without hassle.

Completing the transition process brings you to a seamless multi-device experience that enhances your productivity and creativity.

Catch Up with AI

AI is here, and everyone is on it. With the addition of AI in our lives, it is time to embrace Galaxy AI as your ideal productivity and creativity companion too! It’s a different world and it is time you broaden your horizons through Galaxy AI, an assistant that recommends and builds upon your ideas, and streamlines your tasks so you never miss a beat.

Why Buy The S24FE?

The S24 FE comes fully packed with impressive Galaxy AI features like Circle to Search with Google and Photo Assist. To complement these advanced features, the Samsung Exynos 2400e processor, designed to deliver uncompromised performance and gaming capabilities to boost your productivity, expand your creative horizons and entertain you tirelessly, powers the phone.

Finally, the S24 FE also comes with 7 years of security upgrades and 7 generations of OS upgrades, along with the Corning® Gorilla® Glass Victus®+ shielding the front and back, and an IP68 rating for dust and water resistance.

Trade-In to Own Your Galaxy S24 FE today!

Until 31 October 2024, trade in selected A50 and A70 series devices to get your Galaxy S24 FE from as low as RM1,129 through Samsung’s trade-in program on the Samsung Online Store and participating dealers.

But don’t worry if you’re not an A series user, because trading in other existing devices can give you a RM300 rebate when you checkout on the online store too! Maximise the value of your A series and upgrade your phone to enjoy flagship-like performance and broaden your horizons with Galaxy AI.

Don’t miss this chance to elevate your mobile experience with the Galaxy S24 FE!

HONOR Lancar Tablet Baharu HONOR Pad X8a LTE dan Edisi Kids, Harga Bermula RM699

HONOR Malaysia melancarkan dua tablet mampu milik baharu iaitu HONOR Pad X8a dan versi Edisi Kids, hari ini.

Tablet HONOR Pad X8a merupakan generasi kedua HONOR Pad X8 yang dibina dengan ciri-ciri bertaraf flagship menumpukan kepada paparan imersif berasaskan insan, prestasi perkakasan tahan lasak, sistem bunyi hebat, dan pengalaman pengguna yang lancar.

Berharga RM799, tablet ini didatangkan dengan kesambungan 4G LTE dan sarung boleh lipat percuma. Pembeli boleh menikmati rebat segera RM50 semasa membeli, sehingga kehabisan stok. Tersedia dalam warna Space Grey, HONOR X8a menampilkan RAM 8GB (termasuk 4GB HONOR RAM Turbo) dan storan 128GB.

Bagi Edisi Kids yang direka khas buat kanak-kanak, ianya tersedia dalam versi Wi-Fi pada harga RM699. Tablet ini dipakejkan bersama Sarung Pelindung Kanak-kanak dan Drawing Stick (pensel melukis).

Ianya dilengkapi dengan RAM 8GB (termasuk 4GB HONOR RAM Turbo) dan storan 64GB. Sebagai tambahan, kapasiti storan untuk kedua-dua peranti ini boleh dibesarkan sehingga ke 1TB melalui slot kad MicroSD.

HONOR Pad X8a boleh dibeli di laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Store, Shopee, Lazada, termasuk pengedar sah Harvey Norman, Senheng, dan Urban Republic. Bagi HONOR Pad X8a Edisi Kids pula, ianya boleh didapati di laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Store, Shopee, Lazada, serta pengedar sah Harvey Norman dan Senheng.

HONOR Pad X8a, peranti serba guna memudahkan pergerakan dengan rekaan canggih dan bergaya

Menyerlahkan rekaan kontemporari, HONOR Pad X8a menampilkan rekaan badan logam yang canggih dengan bahan bertaraf flagship bagi rasa yang lebih memuaskan. Hanya seberat 495g dan setebal 7.25mm yang amat nipis, peranti ini padat, bergaya dan mudah dibawa ke mana sahaja. 

Sentiasa Berhubungan 24/7 Dengan LTE

HONOR Pad X8a didatangi dengan slot kad SIM. Pengguna boleh kekal berhubung melalui Internet pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa perlu bergantung kepada Wi-Fi.

Mereka boleh membuat panggilan telefon, menghantar teks mesej, melayari laman sesawang, menghadiri mesyuarat atas talian, menonton video, dan mengemas kini akaun media sosial dengan lancar. Peranti ini merupakan satu alat yang mudah bagi pelajar dan golongan bekerjaya dalam melaksanakan tugas mereka semasa bergerak.

Paparan HONOR FullView Eye Comfort 90Hz 11 inci

HONOR Pad X8a menampilkan Paparan HONOR FullView Eye Comfort 11 inci dengan nisbah skrin ke badan 84% serta resolusi panel paparan 1920×1200, bagi memberikan pengalaman melihat lebih lebar dan luas yang imersif dengan visual yang jelas dan nyata.

Dengan nisbah segar semula setinggi 90Hz, pengguna boleh menikmati antara muka yang responsive dengan kekaburan dan sela masa yang amat sedikit. Sama ada menstrim filem aksi mendebarkan atau bermain permainan video yang hangat, pengguna boleh alami sendiri paparan visual yang amat lancar.

Bersandarkan komitmen HONOR kepada inovasi berasaskan insan, HONOR Pad X8a menampilkan inovasi perlindungan mata empat peringkat. Inovasi ini meliputi ciri-ciri Cahaya Biru Rendah, Bebas Kerlipan, mod E-ink dan Pemalapan Dinamik, menjadikannya tablet paling mesra mata pengguna dalam julat harganya.

Ciri Penjagaan Mata Cahaya Persekitaran (Pemalapan Dinamik) menampilkan simulasi dinamik pintar pencahayaan semula jadi, sekaligus mengurangkan keletihan mata dan menyelaras output cahaya mengikut masa.

Ia juga menawarkan Mod E-book, mengubah paparan kepada pembaca seakan buku bagi meningkatkan kebolehbacaan dan keselesaan pengguna walaupun dalam keadaan cahaya yang malap atau pembacaan yang lebih lanjut. Di samping itu, HONOR Pad X8a juga telah mendapat pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light (Software Solution) Certification dan TÜV Rheinland Flicker Free Certification, bagi memastikan mata pengguna terlindung walaupun semasa menggunakan peranti ini dalam jangka masa yang lama. 

Jangka Hayat Bateri 8300mAh Lebih Lama 

Dikuasakan bateri 8300mAh, HONOR Pad X8a menawarkan lanjutan masa bagi produktiviti dan hiburan. Dengan sekali pengecasan, pengguna boleh menggunakan tablet ini sehingga ke 56 hari untuk masa sedia, 57 jam memainkan muzik pada pembesar suara serta 14 jam memainkan video atas talian FHD, menjadikannya peranti ideal bagi pengguna yang mencari hiburan sepanjang hari.

Pengalaman Pengguna Lebih Pintar Dikuasakan oleh MagicOS 8.0

Dikuasakan oleh cipset Qualcomm® Snapdragon® 680 dan perisian MagicOS 8.0 terkini, HONOR X8a mempertingkatkan pengalaman pengguna dengan pakej ciri-ciri pintar. Ciri App Extender mengendalikan dua jendela pada aplikasi yang sama, membolehkan pengguna melihat halaman senarai dan perincian secara serentak.

Dengan ciri Multi-screen Collaboration, pengguna boleh mengawal telefon mereka di HONOR Pad X8a, memudahkan pemindahan fail dan juga saling berkongsi fail antara peranti.

Fungsi Dynamic Homepage pula membolehkan pemperibadian aplikasi dan pengurusan konten. Ciri Smart Split-Screen membolehkan pengguna melihat sehingga ke empat aplikasi secara serentak untuk memaksimumkan produktiviti.

Untuk memindah gambar, video atau dokumen, HONOR Connect membolehkan semua ini dipindahkan antara HONOR Pad X8a dan telefon pintar atau komputer riba HONOR. Pengguna juga boleh menjawab panggilan, membalas mesej dan berkongsi akses internet mudah alih antara peranti bagi kesambungan yang lancar.

Sistem Bunyi Yang Hebat untuk Penghayatan Lengkap

Bagi memberikan pengalaman audio yang luar biasa, HONOR Pad X8a menampilkan empat pembesar suara berkuasa untuk memberikan efek bunyi yang asli dan seimbang. Selain itu, tablet ini juga menampilkan teknologi HONOR Histen Sound Tuning sebagai melengkapi sistem audio ini, selain diiktiraf dengan pensijilan Hi-Res Audio Certification dan Hi-Res Wireless Certification, agar penghasilan bunyi yang hidup boleh dimainkan merentasi konten audio yang berlainan.

HONOR Pad X8a Edisi Kids – Serlahkan Kreativiti Anak Anda

Tablet Edisi Kids ini menampilkan paparan selesa pada penglihatan yang diiktiraf serta sarung pelindung mesra kanak-kanak. Ia juga menawarkan rangkaian widget hiburan mesra kanak-kanak seperti Doodle Mode dan Google Kids Space, bagi menggalakkan pembelajaran dan kreativiti.

Tablet ini juga didatangkan dengan Drawing Stick yang meniru pengalaman melukis dengan krayon atau pensel, agar kanak-kanak boleh menyerlahkan imaginasi mereka secara bebas dalam mana-mana aplikasi melukis serta menghidupkan idea menarik mereka dengan HONOR Notes.

Paparan Perlindungan Mata 11 inci

Dengan tujuan menjadikan masa tontonan lebih baik kepada kanak-kanak, tablet ini menampilkan Paparan Perlindungan Mata 11 inci dengan nisbah segar semula 90Hz. Peranti ini juga dilengkapi dengan Penjagaan Mata Cahaya Persekitaran (Pemalapan Dinamik) bagi mengurangkan ketegangan mata, dan mod E-book untuk pembacaan yang lebih selesa.

Paparan skrin ini juga telah mendapat pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light Certification dan TÜV Rheinland Flicker Free Certification

Sarung Pelindung Kanak-kanak

Edisi Kids didatangkan dengan sarung pelindung yang direka daripada silikon gred makanan, melindungi kanak-kanak daripada memakan partikel memudaratkan serta memastikan pengalaman pengguna yang selamat. Dengan tabiat semula jadi kanak-kanak yang suka bermain, tablet ini juga kalis hentakan dan boleh menahan jatuhan serta gegaran.

Panduan Ibu Bapa

Peranti Edisi Kids membolehkan ibu bapa memiliki kawalan penuh terhadap kandungan dan penggunaan melalui Family Link, yang membolehkan mereka menetapkan had masa tontonan, mengunci peranti, menguruskan muat turun aplikasi, dan menjejak lokasi anak mereka daripada telefon mereka. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menetapkan masa selama sejam untuk menghentikan peranti semasa makan malam bersama keluarga.

Tap, Pay, Go – Effortless Payments with Samsung Wallet on Galaxy A55 5G

“Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Seven days a week…” Every day of the week, every moment in your daily routine can be an opportunity to tap into convenience with Samsung Wallet on your Galaxy A55 5G.

No need to stress about minimum spend and even debit card users can enjoy the simplicity of contactless payments, making everyday transactions a breeze. With just a tap, you can seamlessly make payments in different sectors for 7 days — from parking lots to supermarkets and toll booths.

Each day brings new convenience. On Monday, tap for your coffee at a trendy café, while Tuesday sees you effortlessly paying at the petrol station. By midweek, you’re breezing through your grocery store checkout line with just your phone.

When Thursday rolls around, pay for parking without the need to fumble for loose change. Then, go through tolls on Friday with a simple tap, and spend your weekend treating yourself to a new outfit and a good book.

Whether you’re out running errands or indulging in some leisure, Samsung Wallet makes it fun and easy to pay with just one tap, every day. To sweeten the deal, Samsung Wallet doesn’t just save you time—it earns you rewards.

You’ll be collecting Samsung Rewards Points alongside your credit card points, giving you even more value with each tap. Plus, don’t forget about the AWE-Mazing Deals Campaign: successfully transact using payment card on Samsung Wallet or Samsung Pay application for 20 consecutive days and unlock up to RM190 total worth of vouchers.

It’s all waiting in the ‘Promotions’ tab of the Samsung Wallet app, with no minimum spend required. So, go ahead—start tapping your way to a more rewarding week!

Post Menarik