Kumpulan Maybank hari ini melancarkan Maybank Global Access, satu penyelesaian inovatif yang mengintegrasikan akaun pelbagai mata wang patuh Syariah, Maybank Global Access Account-i dengan kad debit Mastercard World pertama seumpamanya di Malaysia, Kad Debit Mastercard World Maybank Global Access.
Maybank Global Access merupakan pilihan mudah untuk pengembara global. Pelanggan sedia ada Maybank boleh memohon akaun ini dalam hanya beberapa minit menerusi aplikasi MAE, tanpa dokumentasi atau lawatan ke cawangan diperlukan, dan hanya
dengan deposit minimum RM50.
Satu akaun ini menyokong 18 mata wang dan menawarkan kadar keuntungan bonus yang
menarik bagi mata wang terpilih, termasuk Ringgit Malaysia, menjadikannya yang
pertama dalam kalangan akaun pelbagai mata wang di negara ini yang menyediakan ciri
unik ini.
Proses permohonan yang cepat dan mudah juga memberikan kemudahan maksima kepada pelanggan untuk mengurus kewangan mereka, menukar mata wang pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui aplikasi MAE dan juga membuat transaksi di seluruh dunia dari mana-mana sahaja .
Pelancaran kad ini juga tepat pada waktunya, terutamanya dengan cuti Easter yang akan
datang untuk ibu bapa Malaysia yang mempunyai anak-anak yang belajar di luar negara
serta musim Haji yang bakal tiba.
Penukaran Tukaran Mata Wang Maybank Global Access juga dilengkapi dengan Senarai
Perhatian yang boleh disesuaikan, serta dilengkapi dengan maklumat terkini dan carta trend pasaran untuk memantau pergerakan mata wang. Kad debit ini juga boleh ditambah
ke dalam Apple Pay untuk pengalaman digital yang lebih lancer dan menyeluruh.