Utama Blog Halaman 130

HONOR Lancar AI Flagship Terbaik 2025, HONOR Magic 7 Pro dan Edisi PORSCHE DESIGN Mewah di Malaysia

Jenama teknologi global HONOR secara rasmi melancarkan AI Flagship Terbaik 2025, HONOR Magic7 Pro di Malaysia, hari ini bersama edisi mewah PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR.

HONOR Magic7 Pro mengetengahkan keupayaan AI canggih yang merevolusikan fotografi, meningkatkan kualiti paparan, dan memberikan prestasi perkakasan yang luar biasa. PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR menggabungkan teknologi berpusatkan manusia yang inovatif dengan rekaan menawan yang diinspirasikan oleh kereta sport premium.

Kedua-dua HONOR Magic7 Pro dan PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR didatangkan dengan prapemasangan aplikasi Google Gemini. Pembantu AI ini membolehkan pengguna menjana idea, mempelajari kaedah baharu, menulis emel, merancang acara dan banyak lagi.

Pada pelancaran flagship ini, HONOR juga memperkenalkan HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open. Dua peranti ini pelengkap sempurna untuk HONOR Magic7 Pro, menawarkan gaya hidup bersepadu dan sesuai untuk semua keadaan.

Prapesanan HONOR Magic7 Pro sekarang!

HONOR Magic7 Pro tersedia dalam dua konfigurasi iaitu 12GB RAM dengan storan 512GB pada harga RM4,599, dan 16GB RAM dengan storan 1TB pada RM5,199. Peranti ini didatangkan dalam tiga warna premium iaitu Lunar Shadow Grey, Breeze Blue, dan Black. Pengguna boleh membuat prapesanan bermula sekarang sehingga 3PM, 16 Januari 2025 di kedai HONOR Store di seluruh negara, kedai dalam talian HONOR Malaysia, Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan pengedar rasmi Senheng, SenQ, Urban Republic dan Harvey Norman.

Pembeli yang membuat prapesanan akan menerima hadiah percuma bernilai RM2,096 yang termasuk HONOR Watch 5, pemegang pengecas wayarles HONOR SuperCharge, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari. Rebat segera RM200 juga akan diberikan setelah pembayaran penuh dilakukan.

Sebagai tambahan, prapesanan varian 1TB HONOR Magic7 Pro juga boleh dibuat menerusi Maxis dan CelcomDigi. Dapatkan HONOR Magic7 Pro dengan CelcomDigi ONE Ultra/ Pro dari hanya RM56 sebulan menerusi Easy360! Menerusi Maxis, peranti ini boleh diprapesan pada RM125 setiap bulan dengan pelan Maxis Postpaid 109 menerusi Zerolution. Maklumat lanjut mengenai pakej pascabayar HONOR Magic7 Pro tersebut boleh kunjungi laman sesawang rasmi Maxis dan CelcomDigi.

Prapesanan PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR dan dapatkan hadiah percuma bernilai RM1,597

Dicipta untuk mengubah kehidupan harian melalui inovasi AI yang terunggul, PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR didatangkan dengan RAM 24GB dan storan 1TB pada RM6,999. Telefon pintar ini akan tersedia dalam dua warna premium menarik iaitu Provence dan Agate Grey.

Prapesanan PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR bermula sekarang hingga 23 Januari 2025 dan pembeli akan membawa pulang hadiah bernilai RM1,597 yang terdiri daripada Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari dan pemegang pengecas wayarles HONOR SuperCharge.

Menariknya, dengan tambahan RM9.90, pembeli boleh mendapatkan HONOR Watch 5 dan tawaran eksklusif ini hanya sah semasa tempoh prapesanan, selagi stok masih ada. Prapesanan PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR boleh dilakukan di kedai HONOR Store terpilih dan kedai dalam talian HONOR Malaysia.

Jualan HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open bermula 17 Januari 2025

Pengguna boleh padankan HONOR Magic7 Pro mereka dengan HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open untuk kemudahan dan hiburan sepanjang hari. Kedua-dua peranti ini akan tersedia untuk pembelian pada 17 Januari 2025 di HONOR Store, kedai dalam talian HONOR Malaysia, Lazada dan Shopee. 

Direka untuk keanggunan dan kefungsian, HONOR Watch 5 mempunyai jangka hayat bateri ultra lama sehingga 15 hari, penjejakan GPS yang tepat dan imbasan kesihatan satu klik untuk memantau kadar denyutan jantung, tahap tekanan dan tahap oksigen dalam darah. Jam pintar ini berharga RM599 dengan tali silikon dalam warna Gold dan Black. Selain itu, HONOR Watch 5 juga percuma dengan pembelian HONOR Magic7 Pro. 

HONOR Earbuds Open menembusi sempadan bahasa dengan sokongan perbualan masa sebenar melalui ciri AI Live Translation yang berupaya menterjemah sehingga 15 bahasa.

Ciri ini menyokong telefon pintar HONOR yang dioperasikan oleh MagicOS 9.0 dan akan dilanjutkan ke peranti-peranti lain pada Mac 2025. Direka daripada bahan silikon yang lembut, hipoalergen dan mesra kulit, alat pendengar ini mengutamakan keselesaan untuk semua jenis kulit. HONOR Earbuds Open tersedia dalam warna Polar Gold dan Polar Black pada RM699.

HONOR Magic7 Pro merevolusikan pengalaman fotografi dengan AI HONOR Image Engine

HONOR Magic7 Pro menyampaikan pengalaman fotografi yang luar biasa dengan Sistem Kamera AI Falcon HONOR yang termaju. Sistem ini menampilkan Kamera Utama Super Dynamic Falcon 50MP dengan sensor 1/1.3 inci terbesar dalam industri dan apertur boleh laras f/1.4 yang boleh menangkap butiran lebih halus dan kecerahan dalam apa jua keadaan cahaya.

Kamera Lebar 50MP meluaskan pandangan penglihatan untuk landskap dan gambar berkumpulan. Manakala Kamera Ultra-telefoto 200MP dengan apertur f/2.6 besar dan sensor 1/1.4 inci terbaik dalam menangkap objek jauh dan pandangan malam yang menawan, walaupun dalam keadaan cahaya yang mencabar.

AI HONOR Image Engine pada HONOR Magic7 Pro, dengan model Light and Shadow Portrait, Capture Enhancement dan Telephoto Enhancement menghasilkan pengimejan yang canggih dan pintar. Peranti ini menawarkan pelbagai ciri fotografi canggih, bermula dengan mod Harcourt Portrait untuk menghasilkan potret kreatif dengan pencahayaan yang dipertingkatkan, AI Enhanced Portrait untuk definisi ultra-tinggi dan warna yang hidup, AI Super Zoom pula membolehkan tangkapan jelas dari jarak 30x hingga 100x.

AI Motion Sensing Capture menangkap detik-detik indah dengan kejelasan yang luar biasa, manakala HD Burst Shot mampu merakam aksi berkelajuan tinggi pada 10 bingkai sesaat.

Peningkatan perkakasan flagship HONOR Magic7 Pro 

HONOR Magic7 Pro hadir dengan peningkatan perkakasan yang ketara berbanding model terdahulu. Peranti ini mengutamakan keselesaan mata dan pengalaman melihat yang lebih sihat dengan Paparan Keselesaan Mata Cahaya Semula Jadi AI HONOR. Paparan ini telah diiktiraf oleh TÜV Rheinland dengan pensijilan Paparan Penjagaan Penuh 4.0, Circular Polarization dan Bebas Kerlipan. 

Selain itu, paparan ini hadir dengan ciri-ciri seperti Circular Polarized Display yang menambah baik serapan lutein sehingga 52% dan mengurangkan keletihan mata sehingga 16%, Pemalapan PWM 4320Hz, Pemalapan Dinamik termasuk Paparan Tona Semula Jadi untuk pengalaman melihat yang selesa.

Teknologi Perkakasan Cahaya Biru Rendah juga mengurangkan cahaya biru yang memudaratkan, sementara Paparan Sirkadia Malam membantu mengawal penghasilan melatonin untuk kualiti tidur yang lebih baik. Lebih lanjut, HONOR Magic7 Pro juga dilengkapi Paparan Defocus AI yang mengurangkan ketegangan mata dan rabun dekat.

Peranti ini mempunyai bateri karbon silikon generasi ketiga HONOR berkapasiti 5850mAh yang menawarkan prestasi dipertingkatkan dan reka bentuk lebih nipis.

Ia menyokong pengecasan berwayar 100W dan wayarles 80W HONOR SuperCharge, membolehkan pengecasan penuh berwayar dalam 33 minit sahaja. Cip HONOR E2 4 dalam 1 yang bersepadu pula mengoptimumkan pengurusan kuasa, kesihatan bateri dan menyelaras arus berdasarkan persekitaran dan beban kerja.

Seterusnya, HONOR Magic7 Pro turut menawarkan pengalaman audio yang mengagumkan melalui Stereo Speaker dengan rongga bunyi ultra-besar, keruangan audio, dan algoritma bass yang dipertingkatkan. Dari segi ketahanan, paparan peranti ini dibina dengan Anti-Calar 10X dan Perisai NanoCrystal Jatuhan yang tahan lasak, serta ciri kalis debu dan air.

Dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon® 8 Elite untuk grafik setaraf komputer dan permainan yang lancar, HONOR Magic7 Pro dilengkapi dengan MagicOS 9.0 baharu yang menawarkan antara muka diperibadikan dan pintar bagi mengintegrasikan AI ke dalam tugasan harian dengan lancar. MagicOS 9.0 menyediakan ciri-ciri AI terbaharu seperti Magic Portal 2.0, AI Deepfake Detection, AI Notes, AI Summary, AI Format, AI Minutes, AI Translate, AI Cutout, dan AI Super Zoom.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR, mentakrif semula kecanggihan yang sporty dengan sistem kamera lebih berkuasa

PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR adalah hasil kerjasama terbaru antara HONOR dan Porsche Design. Telefon mewah ini hadir dengan rekaan yang diinspirasikan oleh kereta sport premium dan menggabungkan rekaan kamera bersimetri daripada siri flagship HONOR Magic dengan sentuhan estetika automotif yang elegan.

Inspirasi daripada jalur aerodinamik Taycan Turbo S jelas kelihatan pada modul kamera heksagonal ikonik yang menyerupai lampu hadapan kereta sport.

Modul ini dilindungi oleh kaca 3D yang mirip lengkungan cermin hadapan Porsche. Garis Peak Line yang jelas pada peranti ini pula menyerupai jalur hud kereta Porsche. PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR menggabungkan warisan mewah Porsche Design dengan teknologi tercanggih, direka untuk mentakrifkan semula inovasi dalam dunia telefon pintar.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR membawakan tetapan tiga kamera belakang canggih iaitu Kamera Utama Super Dynamic Falcon H9800 50MP, Kamera Telefoto Periskop 200MP dan Kamera Lebar 50MP, sesuai untuk penggemar fotografi yang mencari pengalaman pengambilan gambar setara profesional.

Dilengkapi dengan sensor 1/1.4 inci yang termaju dan apertur f/1.88 terbesar dalam industri, kamera telefoto menyaingi prestasi lensa telefoto profesional.

Sistem LiDAR Matrix Autofocus dengan 1200 Points LiDAR Matrix meningkatkan lagi ketepatan fokus, kelajuan, dan cakupan jejakan bagi memastikan tangkapan gambar objek bergerak yang lebih jelas dan nyata. Dengan penggerak fokus elektromagnetik berkembar, kuasa fokus akan meningkat secara mendadak.

Peranti flagship ini akan tersedia dalam dua warna luaran asli Porsche yang menawan – Provence yang baharu iaitu warna ungu moden yang menambahkan sentuhan flamboyan pada rekaan yang berfungsi dan bersih, serta Agate Grey yang klasik, iaitu tona warna yang sporty tetapi tetap elegan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang HONOR di https://www.honor.com/my/.

HONOR Magic7 Pro, Dilengkapi Ciri AI Deepfake Detection Technology – Reviu Gajet

Pernahkah anda menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali yang cuba memperdayakan dengan mendakwa anda membuat kesalahan dan terus meminta maklumat peribadi.

Mungkin perkara ini sering berlaku dan tidak hairan jika modus operasi scammer ini berubah dalam bentuk panggilan video dengan menyamar gambar ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang anda kenali.

Tidak mustahil perkara ini boleh berlaku dengan kecanggihan sistem teknologi yang berkembang pesat ditambah lagi ciri kecerdasan buatan (AI) yang mampu meniru apa sahaja perlakuan manusia.

Bayangkan pada satu hari anda menerima panggilan telefon daripada ibu bapa dikampung menggunakan panggilan video untuk meminta wang dan anda tanpa sebarang syak wasangka terus memindahkan wang ke akaun sedangkan wajah ibu bapa anda termasuk suara telah dimanipulasi oleh scammer tanpa disedari.

Justeru, bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku, HONOR Magic7 Pro buat pertama kali dilengkapi ciri AI Deepfake Detection Technology yang membantu mencegah penipuan dan mengesan kandungan yang di manipulasi secara digital.

Secara teorinya ia menggunakan teknologi AI untuk mengesan risiko manipulasi digital lalu memberikan pelindungan kepada pengguna daripada ancaman penipuan pemalsuan wajah yang semakin berleluasa.

Sebagai telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai teknologi pada peranti ini, HONOR Magic7 Pro mampu melindungi pengguna daripada ancaman penipuan digital.

Ketika panggilan video dilakukan, AI Deepfake Detection akan mengimbas pandangan mata, cahaya, kejelasan imej dan ulangan video bagi mengenal pasti kecacatan yang mungkin tidak kelihatan pada pandangan mata kasar. Dengan memeriksa sifat-sifat ini, AI Deepfake Detection mampu mengesan kandungan yang dimanipulasi dengan tepat bagi membezakan antara media sebenar dan pengubahsuaian penipuan.

Jika terdapat sebarang anomali dikesan dalam tempoh tiga saat, HONOR Magic7 Pro akan
mengeluarkan amaran pada skrin dengan segera, mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa kepada penipuan, sekaligus mencipta persekitaran yang lebih selamat
untuk berkomunikasi.

Ciri ini boleh digunakan dalam beberapa pilihan aplikasi yang disokong seperti WhatsApp, Facebook Messenger dan Wechat dengan rangkaian internet yang aktif.

Sebagai sistem pengoperasian AI yang diperibadikan untuk semua keadaan yang pertama dalam industri, MagicOS 9.0 memperkenalkan ciri-ciri AI baharu kepada barisan telefon flagship ini.

Dengan kemunculan pertama HONOR Magic7 Pro, telefon pintar flagship baharu yang dikuasakan AI ini menampilkan MagicOS 9.0 dan keupayaan AI yang menarik seperti Magic Avatar, AI Notes Summarization, AI Translation, dan Magic Portal 2.0 yang dipertingkatkan.

Ciri penambahbaikan hebat ini direka bagi memperkasakan pengguna bagi menjadikan setiap interaksi dengan peranti mereka menjadi lebih pintar, lebih kreatif, dan lebih menarik.

REKAAN LUARAN

Melihat keadaan rekabentuk peranti ini kelihatan lebih baik daripada model sebelumnya kerana rekaan badannya kukuh malah mudah digengam di tangan atau disimpan dalam kocek seluar.

Panel belakang peranti ini walaupun sedikit licin tetapi permukaan kusam memberikan kelebihan kepada pemakainya dan perlindungan tambahan berupa kerangka silikon lutsinar turut dibekalkan HONOR dalam kotak peranti ini secara percuma.

Peranti ini dipadankan dengan paparan bersaiz 6.8 inci dengan panel OLED digunakan beresolusi FHD+ (1280 x 2800). Kadar segar semula yang dimilikinya adalah hingga 120Hz bergantung kepada kandungan yang ingin dipaparkan. Kecerahan puncak panel ini adalah 1,600nits dan untuk kandungan HDR, ia boleh pergi sehingga 5,000nits.

Rekaan bonggol kamera yang bulat masih dikekalkan dalam kedudukan yang sama dengan model sebelum ini. Ia juga masih besar dan tebal dengan perubahan ketara pada susunan sensor kamera di dalam grid bersama flash yang dilindungi lapisan kaca sepenuhnya.

Kombinasi kamera Matrik peranti ini adalah 50MP (kamera utama), 50MP (ultra lebar), dan 200MP (telefoto) periskop yang ada tiga kali zum optikal dan 100 kali zum digital.

Bahagian depan, pengguna diberikan kamera selfie 50MP disamping sensor kedalaman 3D sensor untuk pengenalan biometrik.

Kehebatan ciri kamera pada peranti ini memang diakui hebat apatah lagi dengan tersedianya butang AI untuk menjadikan gambar yang dirakam lebih cantik, jelas dan menarik.

Lihat dibawah gambar yang dirakam menggunakan peranti ini ketika pertunjukan bunga api sempena sambutan Tahun Baharu 2025 baru-baru ini. Rakaman video dengan bunyi juga hebat ditambah dengan speaker di kedua-dua bahagian peranti ini.

Selain ciri menarik lain, HONOR Magic7 Pro juga dilengkapi dengan ciri Harcourt dimana gambar potrait yang dirakam kelihatan seakan gambar yang dihasilkan di studio, cukup cantik dengan kesan dan pencahayaan

Selain sistem kamera yang hebat, peranti ini juga dilengkapi ciri gambar potret studio Harcourt yang menjadikan hasil gambar yang dirakam seumpama dirakam di studio gambar.

Selain itu, ciri Light Painting pula memberi pilihan merakam gambar malam, bunga api, air dan bintang dengan memberikan hasil yang lebih cantik serta mengujakan.

Secara keseluruhan peranti ini nampak lebih kemas dan tegap berbanding beberapa model sedia ada. Butang kuasa dan laras audio berada di bahagian sisi kanan. Sokongan pemancar infra merah juga masih disediakan pada bahagian sisi atas bersama satu kekisi untuk pembesar suara stereo.

Bahagian sisi kiri tidak menempatkan sebarang port dan butang. Sementara itu port USB-C, kekisi pembesar suara dan talam dwi-SIM bersaiz nano turut boleh ditemui di bahagian sisi bawah peranti.

Peranti ini memiliki ketahanan kalis air IP68/69 yang mampu melindungi peranti dari kerosakan air bertekanan tinggi.

PELBAGAI CIRI AI TERSEDIA 

Selain ciri AI Deepfake Detection Technology, peranti hebat ini turut dipadankan dengan ciri AI lain iaitu AI Magic Portal 2.0 yang kini menggantikan fungsi Circle to Search dengan keupayaan Circle to Anything yang lebih serba boleh. Ia membolehkan pengguna mengakses pelbagai perkara serta merta dengan hanya membuat bulatan pada objek atau teks yang berkaitan menggunakan belakang jari telunjuk.

Ciri ini bukan sahaja boleh digunakan untuk membuat carian semata malahan berfungsi bagi tujuan lain seperti navigasi lokasi, perkongsian kandungan, penghantaran e-mel, pembelian barangan dan banyak lagi.

Sebagai tambahannya, imej dipilih turut boleh disunting dan kemudian boleh disimpan di dalam galeri secara langsung. MagicOS 9.0 juga disertakan dengan aplikasi Google Gemini untuk meningkatkan produktiviti dan kreativiti di mana pengguna boleh menulis, menganalisis serta mencipta imej melaluinya.

Terdapat juga ciri Magic Avatar yang menggunakan AI untuk mencipta avatar yang realistik dan unik berdasarkan karakter pilihan pengguna. Ia juga membenarkan pengguna memilih lebih pelbagai gaya dengan tetapan berbeza untuk rupa paras, pemakaian, ekspresi wajah dan latar belakang. Selain turut boleh digunakan sebagai gambar profil dan latar pada peranti untuk lebih menarik.

Tidak ketinggalan juga, ciri AI Notes yang kini lebih serba boleh melalui keupayaan AI Summary yang boleh meringkaskan sebarang kandungan bertulis yang panjang dengan hanya memaparkan perkara penting yang menarik dalam beberapa saat.

AI Minutes pula boleh menghasilkan nota dan transkripsi secara automatik yang diformatkan daripada audio langsung termasuk minit mesyuarat, temu bual dan lain-lain. Sebarang kandungan turut boleh disusun dengan teratur dan kemas mengikut tajuk serta subtajuk yang bersesuaian menggunakan ciri AI Format.

Dalam pada itu fungsi AI Face to Face Translation juga lebih baik melalui tambahan sehingga 13 bahasa berbeza baharu yang termasuk Bahasa Malaysia, Korea, Japan dan Kantonis (Mandarin).

Terdapat juga fungsi Interpreter seakan peranti Samsung yang membolehkan pengguna berbual tanpa halangan lalu menjadikan komunikasi lebih mudah diakses oleh individu daripada latar belakang bahasa yang berbeza secara masa nyata.

KESIMPULAN

HONOR Magic7 Pro adalah sebuah peranti yang mengalami revolusi pantas khususnya dengan perisian AI yang dipertingkatkan berbanding model terdahulu.

Keupayaan AI khususnya ciri Interpreter yang sangat berguna untuk perbualan berbeza bahasa secara masa nyata membabitkan lebih daripada 13 jenis bahasa antarabangsa sekali gus memudahkan tugasan harian pengguna masa kini.

Sistem bateri 5,850mAh membekalkan tenaga kepada semua komponen elektronik peranti ini dan untuk mengecas, ia menyokong sistem pengecasan 100W melalui port USB-C yang dimilkinya ataupun 80W secara wayarles.

Kali ini, HONOR memberi kejutan dengan menawarkan HONOR Magic7 Pro dalam dua pilihan storan besar iaitu 512GB dan 1TB untuk menyimpan pelbagai jenis fail serta aplikasi. Harga jualan rasmi bermula RM4,599 (12/512GB) dan RM5,199 (16GB/1TB).

Tiga warna menarik ditawarkan iaitu Lunar Shadow Grey, Breeze Blue dan Black.

Spesifikasi HONOR Magic7 Pro:

  • Skrin: 6.8″ LTPO OLED, Skrin Apung Kuad Lengkung, 2800 x 1280 piksel
  • Cipset: Snapdragon 8 Elite (3 nm)
  • Sistem: Magic OS 9, Android 15
  • Saiz: Tinggi 162.7 mm x 77.1 mm x 8.8 mm
  • Memori: 12 GB
  • Storan: 512GB
  • Bateri: 5850 mAh Silikon-Karbon Generasi Kedua, Pengecasan Pantas 100W
  • Berat: 223 gram
  • GPU: Adreno 830
  • Kamera belakang: 50MP Ultra Lebar Kamera (f/2.0), 50MP Utama Super Dynamic Falcon (f/1.4-f/2.0 OIS), 200MP Periskop Telefoto (f/2.6) Optikal 2.5X, Digital Zoom 100X
  • Kamera depan: 50MP Ultra Lebar 3D TOF Sensor
  • Ciri Keselamatan: Pengimbas cap jari, pengecaman muka, nombor pin
  • Kalis Air dan Habuk : IP68/IP69
  • Warna: Lunar Shadow Grey, Breeze Blue dan Black
  • Harga: RM4,599

OPPO Launches Malaysia’s First Tech Fashion Show by The Pool with The All-New Reno13 Series

OPPO Malaysia unveiled its latest lineup of AI-powered smartphones, the OPPO Reno13 Series, featuring the Reno13 Pro 5G, Reno13 5G, and Reno13 F 5G.

Packed with flagship-level AI features such as AI Livephoto, AI Editor, and underwater photography enabled by IP69-rated Water and Dust Resistance, the Reno13 Series delivers a seamless blend of powerful hardware, intuitive software, and a sleek yet durable design.

Tailored for creators, gamers, and everyday users alike, it sets a new benchmark for smartphones by offering uncompromised performance and advanced AI capabilities. As part of the launch, the OPPO Reno13 Series received recognition from the Malaysia Book of Records for organising the “Longest Tech Fashion Runway on a Pool.”

Boasting further top-of-the-line specs, the Reno13 Pro 5G includes a custom MediaTek Dimensity 8350 platform, a 1.5K 120Hz OLED display, a 5,800mAh battery with 80W SUPERVOOC™ Flash Charge, and Adaptive Frame Booster 1 technology for smooth, high frame rate gaming.

Refined Craftmanship and Durable Design

Drawing inspiration from the majestic wings of butterflies, the Reno13 Series features a bold new design representing a harmonious fusion of technology and fashion. On the Reno13 Pro 5G and Reno13 5G, a seamless One-piece Sculpted Glass back cover gives the phones an elegant, refined curvature with enhanced durability, while an Aerospace-grade Aluminum Frame provides 200% greater yield strength than a plastic frame, as well as 20% improved resistance to bending and 36% improved drop resistance.

Through these enhancements and more, both models offer an optimal balance in lightweight construction and strength. The Reno13 Pro 5G weighs 2 just 195g with a sleek
7.55mm profile, while the Reno13 5G weighs 181g with a thickness of 7.24mm for Plume White and 7.29mm for Luminous Blue, On the Reno13 Pro 5G, the expanded Infinite View Screen with Ultra-Thin Bezels provides a seamless viewing experience with visually-equal extreme narrow borders on all four sides.

Both the Reno13 Pro 5G and Reno13 5G feature a 1.5K OLED display with support for a 120Hz refresh rate and a 93.8% and 93.4% screen-to-body ratio respectively. Both displays are also certified for HDR10+, Amazon HD&HDR, and Netflix HD&HDR.

Meanwhile, the OPPO Enco Air4 wireless earbuds introduces a “Fresh Mint” color scheme that aligns its bright and vibrant audio performance, while the OPPO Pad 3 Matte Display Edition matches OPPO’s industry-leading Anti-Reflective Matte Display with its cutting-edge AI features, setting a new standard for users  that demand the best in productivity and entertainment.

The OPPO Reno13 Series will be available for purchase from 11 January onwards, from RM1,499. Pre-order yours today until 10 January to gain a RM200 instant rebate and exciting rewards worth up to RM2,266.

The Fresh Mint OPPO Enco Air4 is available at RM249, while the OPPO Pad 3 Matte Display Edition (8GB+256GB), is now available at RM1,999. From now until 28 February 2024, enjoy a complimentary OPPO Pad 3 Smart Keyboard with every purchase of the OPPO Pad 3 Matte Display Edition, while stocks last.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR Akan Dilancarkan di Malaysia

Jenama teknologi global HONOR dan jenama gaya hidup eksklusif Porsche Design mentakrif semula pengalaman telefon pintar premium dengan kolaborasi terkini PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR.

Menerusi kerjasama rentas industryi menggabungkan prestasi cemerlang dengan rekaan kemewahan abadi, menghasilkan telefon pintar edisi istimewa bagi memenuhi keperluan pengguna moden yang menilai prestasi hebat, fotografi dinamik, serta rekaan termaju yang berfungsi.

Mengetengahkan teknologi tercanggih, PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR merupakan satu anjakan besar dalam inovasi telefon pintar dengan keupayaan AI. Daripada pengimejan yang dipertingkatkan, paparan berkualiti sehingga ke interaksi dan prestasi sistem yang dioptimumkan, peranti ini menyepadukan AI dengan lancar bagi memberikan platform pintar yang diperibadikan dan adaptif, sekali gus merevolusikan pengalaman pengguna.

Mentakrif Semula Kecanggihan ‘Sporty’ dengan Rekaan Inspirasi Kereta Sport Porsche

PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR menggabungkan nilai estetika Porsche Design yang ‘sporty’ dan ikonik dengan kualiti hebat.

Peranti ini juga menampilkan modul kamera bersimetri flagship HONOR Magic sambil menyepadukan trend rekaan kereta sport terkini, meraikan unsur dinamik dan elegan yang lebih hebat.

Gandingan inovasi dan warisan ini membawakan satu tarikan unik, dengan rekaan hebat diketengahkan oleh ciri kerangka tengah yang menonjol, yang mirip kepada bentuk jalur
hud berkilat yang terdapat pada kebanyakan kereta sport Porsche.

Ciri ini memantapkan lagi tarikan visual dan ergonomik, memberikan pegangan yang lebih
selesa dan kukuh. Selain itu, telefon ini juga menampilkan model kamera heksagon yang diinspirasi daripada komponen berprestasi tinggi kereta sport tersebut dan memperlihatkan estetika aerodinamik Porsche Taycan Turbo S.

Susunan bersimetri empat unit pengimejannya terdiri daripada tiga kamera dan satu elemen grafik yang mirip lampu hadapan kereta sport, dilindungi oleh kaca 3D yang menyerupai lengkungan cermin hadapan Porsche.

Ini menghasilkan permukaan lebih halus dan mewah bagaikan kereta sport pada PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR, seterusnya memberikan pengalaman visual dan sentuhan yang lebih mantap.

Memanfaatkan Inovasi Rentas Industri untuk Fotografi Telefoto Periskop

PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR akan menampilkan kamera yang lebih dipertingkatkan, menerajui prestasi fotografi secara cemerlang dengan kamera periskop
hebat beserta motor fokus elektromagnetik berkembar untuk fokus lebih baik.

Saiz aperturnya yang menerajui industri akan menangkap lebih banyak cahaya dan butiran
dalam setiap tangkapan. Selain kamera, PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR juga membawakan perkakasan dan perisian yang dinaik taraf secara signifikan.

Dikendalikan oleh sistem pengoperasian MagicOS 9.0 yang canggih, telefon pintar ini dilengkapi dengan ciri-ciri pintar yang direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna, daripada tugasan harian telefon pintar, hiburan, komunikasi, menyunting
gambar, dan tugasan profesional.

Ikuti pelancaran PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR serta HONOR Magic7 Pro menerusi penstriman langsung di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia pada jam 2 petang, 9 Januari 2025.

Untuk maklumat lanjut mengenai PORSCHE DESIGN HONOR Magic7 RSR, sila layari laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang HONOR di https://www.honor.com/my/.

CapitaLand Sumbang Barang Keperluan Bernilai RM200,000 Bantu 2,600 Kanak-kanak, Keluarga Pendapatan Rendah di Malaysia

Sukarelawan kakitangan CapitaLand menyerahkan barang sumbangan kepada Rumah Charis di Kuala Lumpur.

CapitaLand Group, dengan sokongan daripada cabang kebajikannya, CapitaLand Hope Foundation (CHF), menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian dan keperluan pendidikan bernilai RM200,000 kepada kira-kira 2,600 penerima menerusi inisiatifnya, #GivingBersama 4.0.

Inisiatif kemasyarakatan berkenaan yang merupakan sebahagian daripada kempen global #GivingAsOne tahunan CapitaLand bermatlamat untuk memberi sokongan kepada penerima daripada rumah anak yatim, sekolah dan keluarga berpendapatan rendah di Pulau Pinang, Lembah Klang, Pahang dan Johor.

Mulai 23 Oktober sehingga 20 Disember 2024, sukarelawan terdiri daripada kakitangan CapitaLand bersama-sama menjayakan usaha yang bermakna ini dengan memberi sokongan kepada hampir 800 kanak-kanak kurang berkemampuan daripada 21 rumah amal dan lebih 1,800 penerima daripada 600 keluarga berpendapatan rendah.

Penerima ini dikenal pasti hasil kerjasama dengan Unit Mutiara Food Bank di Pulau Pinang serta pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor.

Sukarelawan kakitangan CapitaLand bersama wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan selepas mengagihkan barang sumbangan kepada penerima manfaat.

Buat kali pertama, CapitaLand memperkenalkan pengalaman bazar pusat beli-belah untuk membawa keseronokan dan kegembiraan kepada penerima. Menerusi inisiatif jelajah yang unik ini, penerima boleh memilih barangan keperluan daripada pelbagai gerai yang didirikan oleh sukarelawan kakitangan berkenaan di dewan komuniti di seluruh Malaysia.

Ketua Peruncitan, CapitaLand Investment (Malaysia), Selina Ng berkata: “Ini tahun keempat inisiatif #GivingBersama kami, dan kami berbangga untuk terus memberi sokongan kepada keluarga berpendapatan rendah yang memerlukan.

Untuk menjadikan usaha sumbangan kepada masyarakat tahun ini lebih bermakna, para sukarelawan kakitangan kami menampilkan konsep bazar pusat beli-belah di dewan komuniti yang menyediakan pengalaman yang menggembirakan dan unik kepada keluarga ini.

“Kami berbesar hati dengan sambutan positif dan amat berbangga dengan sukarelawan kami yang menyemarakkan inisiatif yang penuh makna ini menerusi dedikasi dan kreativiti mereka dalam usaha kami untuk meningkatkan kesejahteraan golongan ini. Di samping bazar, barangan keperluan turut diagihkan kepada rumah anak yatim.”

Sukarelawan kakitangan CapitaLand bersama wakil dari Unit Mutiara Food Bank Pulau Pinang selepas menyediakan gerai untuk bazar pusat beli-belah.

Gerai bazar tersebut menawarkan pelbagai pilihan barangan termasuk keperluan rumah, buah-buahan dan sayuran segar, minuman dan makanan ringan menyihatkan, alat tulis serta banyak lagi, sekali gus mencipta pengalaman membeli-belah yang menarik dan menyeronokkan buat penerima dan keluarga mereka.

Mereka juga menerima beg beli-belah dan beg bukan tenunan boleh guna semula untuk membawa pulang barangan pilihan mereka.  Tambahan pula, baucar beli-belah untuk kegunaan di pusat beli-belah CapitaLand di Malaysia turut dihadiahkan kepada mereka sebagai sokongan selepas acara berkenaan.

Bagi penerima yang memerlukan bantuan, sukarelawan kakitangan memastikan barangan yang dipilih itu dihantar ke rumah mereka. Selain daripada bazar tersebut, barangan keperluan harian dan keperluan pendidikan turut diagihkan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan daripada 21 rumah anak yatim di Lembah Klang.

“Di CapitaLand, kami komited untuk membina daya tahan dalam kalangan masyarakat di tempat kami beroperasi. Tahun ini, lebih daripada 180 sukarelawan kakitangan CapitaLand berkumpul dan menyumbang lebih daripada 1,400 jam kerja sukarelawan bagi memberi sokongan kepada golongan rentan di Malaysia.

Sejak 2011, CapitaLand, dengan sokongan CHF, sudah membantu lebih daripada 16,100 penerima dan memberi sumbangan lebih daripada RM2.6 juta di Malaysia,” tambah Selina Ng.

Diadakan secara tahunan pada bulan September dan Oktober, kempen #GivingAsOne CapitaLand menghimpunkan kakitangan, penyewa, rakan kongsi perniagaan dan pelanggan untuk meningkatkan kehidupan golongan rentan dalam kalangan masyarakat di tempat ia beroperasi. Pada 2024, lebih daripada 8,900 sukarelawan di 17 negara menyumbang lebih daripada 46,000 jam kerja sukarelawan yang memberi manfaat kepada lebih daripada 13,000 individu.

Kehadiran CapitaLand di Malaysia meliputi pelbagai kelas aset termasuk kediaman, peruncitan, penginapan, logistik dan pusat perniagaan.

Rangkaian peruncitannya terdiri daripada tujuh pusat beli-belah iaitu Melawati Mall di Taman Melawati dan enam pusat beli-belah dimiliki oleh CapitaLand Malaysia Trust – 3 Damansara di Petaling Jaya, East Coast Mall di Kuantan, Gurney Plaza di Pulau Pinang, The Mines di Seri Kembangan dan kepentingan majoriti di Queensbay Mall di Pulau Pinang dan Sungei Wang Plaza di Kuala Lumpur.  CapitaLand turut mengendalikan operasi Nusajaya Tech Park, sebuah taman perindustrian seluas 210 hektar yang terletak di  Iskandar Puteri, Johor.

Perodua Catat Sejarah Jualan Dan Pengeluaran Pada 2024

Perodua mencatat jualan sebanyak 358,102 unit kenderaan bagi tahun 2024, iaitu rekod pendaftaran tertinggi dengan peningkatan sebanyak 8.4% mengatasi pencapaian pada tahun 2023 iaitu 330,325 unit kenderaan.

Bagi aspek pengeluaran, Perodua mengeluarkan 368,100 kenderaan pada 2024, yang juga jumlah pengeluaran tertinggi sepanjang 30 tahun operasi jualannya, dengan peningkatan sebanyak 7.2 % daripada 343,400 yang dicatatkan pada 2023.

“Kami telah mengatasi kapasiti asal kami sebanyak 320,000 unit dan ia menunjukkan penyelarasan yang telah dilaksanakan secara dinamik dalam memenuhi objektif bersama. Pencapaian ini menunjukkan potensi sebenar kami dan akan menjadi penanda aras bagi industri untuk tempoh beberapa tahun akan datang,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

“Pencapaian ini juga membuktikan bahawa kualiti dan kuantiti boleh bergerak seiring jika semua pihak berkomunikasi dan berkoordinasi dengan baik. Untuk itu, kami ingin berterima kasih kepada kakitangan kami kerana telah membuktikan kita boleh melakukan lebih daripada apa yang dijangka.

“Berhubung prestasi industri, kami menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan melebihi 814,000 unit kenderaan bagi tahun 2024 dan daripada jumlah itu, 44% disumbangkan oleh Perodua. Berdasarkan peratusan itu, kami menjangka Perodua akan menjadi pemacu utama pertumbuhan tahun lalu,” katanya.

Bagi asas suku ke suku tahun, pendaftaran kenderaan Perodua adalah sebanyak 97,741 unit antara Oktober ke Disember 2024, peningkatan sebanyak 0.7% daripada 97,098 unit yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2023.

Sementara itu, bagi bulan Disember 2024, Perodua mencatat jualan sebanyak 32,202 unit iaitu peningkatan sebanyak 3.2% berbanding 31,210 unit pada Disember 2023.

Bagi aspek selepas jualan, Perodua menyaksikan peningkatan sebanyak 9.7% untuk jumlah kereta yang diselenggara kepada 3.4 juta berbanding 3.1 juta pada 2023.

“Kami percaya tahun 2025 akan memberikan peluang dan cabaran baharu buat kami, termasuklah persaingan yang semakin meningkat daripada jenama automotif baharu dalam pasaran,” kata Dato’ Sri Zainal.

Tambah beliau, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, Perodua tetap bersedia untuk meneruskan peranannya untuk menerajui industri automotif.

“Kami ingin berterima kasih kepada pemegang saham, kerajaan, vendor, pengedar, rakan strategik dalam sektor kewangan dan paling utama, para pelanggan kami yang dihargai atas sokongan berterusan mereka,” katanya.

“Kepada semua rakyat Malaysia, kami mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan dan kami akan terus melakukan yang terbaik demi mengatasi jangkaan anda terhadap keupayaan kami,” katanya.

Pos Malaysia Melantik Natalia Ahmed Shukri Navin Sebagai Ketua Pegawai Insan Kumpulan Baharu

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Natalia Ahmed Shukri Navin sebagai Ketua Pegawai Insan Kumpulan baharu berkuatkuasa pada 2 Januari 2025.

Natalia akan melaporkan diri kepada Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Charles Brewer berkata, “Kami amat berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Natalia ke
dalam keluarga Pos Malaysia sebagai anggota Pasukan Pengurusan Kanan kami. Beliau
merupakan seorang pemimpin HR yang cemerlang dengan rekod prestasi yang terbukti dalam membina pasukan berprestasi tinggi dan memacu perubahan organisasi yang berimpak besar.

Pengalaman luas dan kepakaran mendalam beliau dalam bidang sumber manusia, yang
diperoleh di syarikat tempatan dan multinasional, akan memainkan peranan penting dalam
memajukan strategi Insan kami dan membawa ia ke tahap yang lebih tinggi.”

Mengulas mengenai pelantikannya, Natalia berkata, “Saya amat berbangga dapat menyertai sebuah institusi terkemuka di Malaysia dan syarikat logistik seperti Pos Malaysia.

“Saya sangat teruja untuk menyumbang kepada perjalanan transformasi syarikat ini. Budaya Pos Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan tenaga kerja serta komitmennya terhadap perkembangan dan kejayaan pekerja sangat memberi inspirasi kepada saya.

“Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan bagi memupuk dan memperkukuhkan lagi budaya kerja di sini, sambil melaksanakan strategi inovatif yang akan terus memperkasakan pekerja kami untuk mencapai potensi penuh mereka dan memberi impak yang berkekalan.”

Dalam peranan barunya, Natalia akan memberi fokus kepada pengukuhan strategi Insan Pos Malaysia, dengan penekanan terhadap transformasi budaya, pengurusan dan pembangunan bakat, penglibatan pekerja, serta keselamatan.

Sebelum menyertai Pos Malaysia, Natalia berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia di Maxis dari tahun 2019 hingga 2024.

Beliau yang berkelulusan dalam bidang undang-undang, memulakan kerjayanya sebagai Peguam Bela & Peguam Cara di Zaid Ibrahim & Co dalam bidang perhubungan industri dan undang-undang pekerjaan, sebelum berkhidmat dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian.

Natalia kemudian memegang beberapa peranan kepimpinan dalam bidang sumber manusia di organisasi terkemuka di pelbagai sektor, di mana beliau berjaya memacu inisiatif sumber manusia dan usaha transformasi di rantau Asia Pasifik.

Natalia memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Staffordshire.

Samsung Expands ‘AI for All’ Vision at CES 2025 To Bring AI Everyday, Everywhere

Samsung Electronics Co., Ltd. today unveiled its new “AI for All” vision at CES® 2025, with the focus of making AI an “Everyday, Everywhere” experience. Building on a decade of
connected home leadership, Samsung is leveraging the power of AI to bring intelligence to every day, enabling people to experience a more personal, impactful and empowering world.

Jong-Hee (JH) Han, Vice Chairman, CEO and Head of Samsung’s Device eXperience (DX) Division, opened Samsung’s CES 2025 press conference by introducing the company’s roadmap for Home AI, a plan for redefining the meaning of home by providing truly personalized services across all intelligent, connected devices.

This strategy, alongside Samsung’s innovations in AI-powered devices across mobile, home appliances and visual display, is a testament to Samsung’s longstanding commitment to
human-centric innovation and brings the power of AI to everyday experiences to make life better for all.

“I’m proud of how we have introduced new technologies and intelligence to the home, connected key devices and set the standard for the home of the future,” Vice Chairman Han said.

“This year at CES, we are reinforcing our commitment to delivering personalized experiences through our widespread implementation of AI and we will continue this journey of AI leadership in the home and beyond, not just for the next decade, but for the next century.”

Elevating Everyday Experiences With Home AI

Later in the press conference, Jonathan Gabrio, Head of the Connected Experience Center at Samsung Electronics America, expanded on Samsung’s Home AI vision, underscoring the company’s commitment to integrating AI across the entire connected experience to cater to diverse lifestyles.

From single person households to multi-generational families under one roof, Home AI learns from habits and adapts to individual routines for a hyper-personalized smart home experience.

Samsung’s 2025 TVs Are Coming and You Can Be the First to See Them!

Samsung is excited to announce our 1 st Handraiser event for 2025, offering you the chance to be among the first to know about our revolutionary TV lineup!

This is your opportunity to get an exclusive sneak peek at the future of TV technology. Register your interest from 6 January 2025 – 19 January 2025 to give you early access to the latest details and exclusive updates on Samsung’s 2025 TV lineup.

To register your interest, visit: www.samsung.com/my/tvs/ceshandraiser

Reminder: CES 2025 is Coming!
Don’t forget to tune in for the CES 2025 event, happening on 7 January 2025, 6.00AM (Malaysia Time). Catch the premiere of Samsung’s latest TV innovations streamed live on Samsung Malaysia Newsroom for all the exciting updates and announcements!

This is an event you won’t want to miss!

Jom Buy 1 Free 1 at Murni Discovery with Samsung Wallet!

Mamak restaurants have long been the beloved local hangouts where friends and families come together to enjoy delicious food, cheer on local sports teams, and even go on casual dates.

The vibrant local atmosphere, paired with iconic dishes like Maggi Goreng, Nasi Lemak, and refreshing drinks like Teh Tarik and Milo Ais, makes it the ideal spot for both Malaysians and tourists seeking a taste of authentic local culture.

But what makes Mamak restaurants even better? It’s this exclusive deal for selected Galaxy A Series users with Samsung Wallet. From 8 January 2025 to 7 February 2025, enjoy a Buy 1 Free 1 offer on selected items at Murni Discovery when you tap to pay with Samsung Wallet.

So, bring a friend and indulge in your favourite local dishes, like Maggi Goreng and Nasi Goreng Biasa!

Claiming your free meal is easy—just follow these simple steps at your nearest Murni Discovery:
1. Scan the QR code displayed on your dining table at any Murni Discovery outlet in Klang Valley.
2. Download the Buy 1 Free 1 voucher from the Samsung Wallet app.
3. When ordering, show the Murni staff the voucher’s barcode, and the discount will be reflected in your final bill.

Plus, earn up to 40 Samsung Rewards Points with every transaction. Don’t miss out on this amazing offer—grab a friend and treat yourself to a delicious Mamak meal today!

Samsung Wallet doesn’t just simplify payments—it rewards you for every transaction. Earn up to 2,000 points monthly, with each transaction rewarding different amount of points depending on your rewards tier.

Start your year off with great discounts by redeeming vouchers and deals from your favorite merchants, like Domino’s, Tealive, and ZUS Coffee with your Samsung Galaxy A Series and Samsung Wallet. Save up your points for up to three years to get significant rebates on selected Samsung products!

To purchase the Galaxy A16 5G, visit: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a16-5g-gold-256gb-sm-a166pzdixme/buy/

Post Menarik