Semasa lawatan kerja Setiausaha Agung dan Presiden Vietnam, To Lam, ke Amerika Syarikat, Vietjet bersama syarikat-syarikat kumpulannya, Galaxy Holdings dan Galaxy Telecom, telah menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan Starlink, perkhidmatan internet satelit yang dibangunkan dan dikendalikan oleh SpaceX, bagi menyediakan Wi-Fi berkelajuan tinggi secara percuma kepada penumpang dalam penerbangan Vietjet.

Perjanjian ini menandakan satu pencapaian baharu dalam kerjasama teknologi penerbangan antara Vietnam dan Amerika Syarikat, sekali gus meningkatkan kesalinghubungan bagi penumpang Vietjet di seluruh rangkaiannya, termasuk penerbangan antara Malaysia dan Vietnam.

Pada peringkat awal, Starlink akan dipasang pada 120 pesawat Vietjet, termasuk 100 pesawat Airbus A321/Boeing 737 dan 20 pesawat Airbus A330. Vietjet juga merancang untuk melengkapkan semua pesawat baharu yang diterima pada masa hadapan dengan kemudahan internet berkelajuan tinggi, sekali gus memperluaskan kesalinghubungan di seluruh rangkaian domestik dan antarabangsa Vietjet.

“Dengan sambungan berkelajuan tinggi dan latensi rendah serta liputan di kawasan lautan, wilayah kutub dan kawasan terpencil, Starlink akan membolehkan penumpang bekerja, kekal berhubung, menstrim kandungan hiburan dan mengakses kandungan dalam talian sepanjang perjalanan mereka.

Vietjet menyasarkan agar Wi-Fi berkelajuan tinggi dalam penerbangan tidak lagi dianggap sebagai kemudahan premium, sebaliknya menjadi perkhidmatan digital penting yang boleh diakses secara meluas dalam perjalanan udara.

Dr. Nguyen Thi Phuong Thao, Pengerusi Vietjet berkata, engan Starlink, berada di udara tidak lagi bermakna terputus hubungan. Penumpang Vietjet akan dapat terus berhubung sepanjang perjalanan mereka – sama ada untuk bekerja, menikmati hiburan atau berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan.

“Ini mencerminkan komitmen berterusan Vietjet terhadap inovasi serta aspirasi kami untuk membolehkan lebih ramai orang menikmati teknologi termaju,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini