HONOR bakal memperluaskan rangkaian tablet terlarisnya di Malaysia dengan ketibaan HONOR Pad 20 dan HONOR Pad 20 Pro. Menjelang pengumuman jualan rasminya pada 24 Ogos 2026, Siri HONOR Pad 20 diiktiraf platform penstriman drama terkemuka, iQIYI, sebagai Tablet Pilihan Utama untuk pengalaman hiburan mengasyikkan.
Pengiktirafan ini menyerlahkan paparan 3K teraju industri, hayat bateri ultra panjang, serta teknologi keselesaan mata yang canggih.
Buat pertama kali, Siri HONOR Number memperkenalkan model Pro yang tampil dengan Paparan Paperlike pertama HONOR, bagi menyediakan keupayaan dipertingkatkan sesuai untuk hiburan, kerja dan produktiviti harian.
Tablet Pilihan Utama iQIYI untuk Maraton Drama
Siri HONOR Pad 20 direka untuk rakyat Malaysia yang gemar menonton drama, filem dan kandungan hiburan kegemaran mereka secara maraton. Dilengkapi paparan penjagaan mata 3K teraju industri, skrin luas 12.1 inci dan sistem bunyi keliling enam pembesar suara, siri ini memberikan pengalaman sinematik yang mengasyikkan untuk pelbagai kandungan, termasuk drama dan filem China, YouTube serta media sosial.
Sama ada menonton bersendirian di rumah atau bersama keluarga dan rakan-rakan, pengguna boleh menikmati visual yang dipertingkatkan serta pengalaman audio spatial eksklusif bagi kelasnya, menjadikan setiap babak lebih hidup.
Bagi peminat drama, paparan yang besar memudahkan mereka melihat setiap perincian dalam drama popular China seperti Pursuit of Jade dan Overdo lakonan Zhang Ling He, serta episod terkini rancangan kegemaran mereka.
Pengguna juga boleh menikmati pengalaman skrin yang lebih selesa dalam sesi tontonan panjang kerana kedua-dua model standard dan Pro dilengkapi teknologi Keselesaan Mata HONOR canggih.
Teknologi ini direka untuk membantu mengurangkan keletihan mata dan menjadikan penggunaan skrin berpanjangan lebih menyenangkan. Sama ada menonton secara maraton, membaca, belajar atau bekerja, ciri-ciri berikut saling melengkapi untuk memberikan pengalaman tontonan yang lebih selesa:
-
- Chip-Level AI Defocus Eye Protection: Mengurangkan keletihan visual merentasi lebih 2,000 aplikasi dan pelbagai senario tontonan, sekali gus menjadikan penggunaan skrin untuk tempoh yang lebih lama lebih selesa.
- DC Dimming: Meminimumkan kerlipan skrin, khususnya dalam persekitaran yang lebih gelap, untuk pengalaman tontonan yang lebih selesa apabila menonton kandungan pada waktu malam.
- Dynamic Dimming: Melaraskan kecerahan skrin secara automatik berdasarkan keadaan pencahayaan persekitaran bagi membantu mengurangkan ketidakselesaan mata semasa penggunaan berpanjangan.
- AI Circadian Display: Menyesuaikan suhu warna skrin sepanjang hari untuk memberikan pengalaman tontonan yang lebih semula jadi dan selesa.
- Hardware-Level Low Blue Light: Membantu mengurangkan pendedahan kepada cahaya biru sambil mengekalkan visual yang jelas dan menyerlah, sekali gus memberikan keselesaan kepada mata semasa tontonan berpanjangan.
- Motion Sickness Relief Display: Memberikan pengalaman tontonan yang lebih selesa ketika dalam perjalanan dengan membantu mengurangkan ketidakselesaan sebanyak 89% apabila menggunakan tablet semasa dalam perjalanan.
- Paperlike Display (model Pro sahaja): Menghasilkan pengalaman tontonan seakan-akan kertas melalui paparan yang tidak memantul, yang menyingkirkan 99% cahaya ambien, menjadikannya sesuai untuk membaca, mencatat nota, dan sesi kerja yang panjang.
Bateri Besar 10,100mAh untuk Tontonan Sepanjang Hari Tanpa Gangguan
Bagi menyokong sesi hiburan yang lebih panjang, Siri HONOR Pad 20 dilengkapi bateri 10,100mAh, iaitu kapasiti terbesar dalam kelasnya. Bateri yang dicas penuh mampu memberikan masa siap sedia sehingga 71 hari, 9 jam main balik video, atau 7 jam bermain permainan. Ini membolehkan pengguna meluangkan lebih banyak masa untuk menonton, bermain dan melayari kandungan tanpa perlu sentiasa bimbang tentang pengecasan semula.
Pengguna boleh menonton beberapa episod drama kegemaran tanpa henti ketika dalam perjalanan jauh, menikmati sesi permainan yang panjang atau bekerja sepanjang hari tanpa perlu berhenti berulang kali untuk mengecas tablet.
Apabila tiba masa untuk mengecas semula, HONOR Pad 20 menyokong pengecasan pantas berwayar 45W, manakala model Pro menyokong pengecasan pantas berwayar 66W. Ini membolehkan pengguna kembali menikmati hiburan dan meneruskan tugasan harian dengan masa menunggu yang lebih singkat.
Pengalaman Seakan Pawagam dengan Audio Spatial
Siri HONOR Pad 20 memberikan pengalaman hiburan yang mengasyikkan menerusi sistem bunyi enam pembesar suara dan sokongan audio spatial. Filem, drama, muzik dan permainan menjadi lebih hidup dengan bunyi yang lebih kaya dan lebih terperinci.
HONOR Pad 20 Pro mempertingkatkan lagi pengalaman tersebut dengan pensijilan DTS:X Ultra, Hi-Res Audio dan IMAX Enhanced, manakala HONOR Pad 20 standard menyokong pensijilan Hi-Res Audio dan Hi-Res Wireless Audio.
Sama ada menonton drama aksi bersama keluarga atau bermain permainan mudah alih, pengguna boleh menikmati audio yang lebih dinamik secara terus daripada tablet dengan bunyi yang lebih penuh dan menarik.
Prestasi Berkuasa untuk Kerja dan Pembelajaran
Selain hiburan, Siri HONOR Pad 20 dibangunkan untuk menyokong komunikasi, pekerjaan dan pembelajaran harian. Ciri produktiviti AI bertaraf mercu yang diperkenalkan sebelum ini pada tablet mercu HONOR MagicPad 4 kini boleh dinikmati menerusi Siri HONOR Pad 20, sekali gus membawakan alat yang lebih pintar dan cekap kepada lebih ramai pengguna.
Bagi menjana prestasinya, HONOR Pad 20 Pro dilengkapi cip berkuasa Snapdragon 8s Gen 4, manakala HONOR Pad 20 menggunakan Snapdragon 7 Gen 3. Kedua-duanya memberikan prestasi lancar dan boleh dipercayai untuk produktiviti, pelaksanaan pelbagai tugas serta penggunaan harian.
Nantikan pengumuman! Maklumat penuh dan harga Siri HONOR Pad 20 akan diumumkan pada 24 Ogos 2026. Untuk perkembangan terkini, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari https://www.honor.com/my/.





































