Pada 17 tahun lalu, Tune Talk memulakan perjalanan dengan satu janji yang berani: untuk menjadikan pengalaman kekal berhubung lebih mudah, lebih mampu milik dan lebih berbaloi buat rakyat Malaysia.

Apa yang bermula sebagai sebuah misi untuk menawarkan pengalaman mudah alih yang memberikan nilai sebenar kini telah berkembang menjadi satu gerakan yang diterima oleh jutaan pengguna yang semakin celik digital dan mengharapkan lebih daripada penyedia telekomunikasi mereka.

Sempena meraikan pencapaian ini, satu-satunya telco cloud-native di Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai sambutan terbesarnya setakat ini — Tune Talk Turns 17th Birthday Bash, sebuah sambutan yang menghidupkan janji jenama baharu Kasi Tune.

“Sepanjang 17 tahun lalu, perjalanan kami sentiasa berteraskan usaha untuk memastikan rakyat Malaysia terus berhubung. Bukan sekadar kepada rangkaian, tetapi juga kepada setiap pelanggan dan keluarga yang telah menjadi sebahagian daripada kisah Tune Talk,” kata Gurtaj Singh Padda, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk.

“Kami tidak mahu sekadar mengadakan sebuah acara, sebaliknya kami mahu mencipta satu sambutan yang menghimpunkan orang ramai untuk bersama-sama mencipta kenangan bermakna yang akan kekal dikenang.”

“Birthday Bash ini lebih daripada sekadar sebuah sambutan; ia adalah Kasi Tune yang dihidupkan secara nyata, mencerminkan kedudukan baharu jenama kami sebagai rangkaian yang lebih pintar, lebih pantas dan memberikan lebih nilai,” tambah Jill Yeap, Pengurus Besar Pemasaran, Tune Talk.

“Kasi Tune menggambarkan cara kami berkhidmat kepada rakyat Malaysia setiap hari: dengan memudahkan pilihan, menghubungkan orang ramai kepada pengalaman yang bermakna, serta mencipta nilai lebih besar melalui ganjaran, manfaat gaya hidup dan komuniti. Sambutan ini membuktikan bahawa Kasi Tune bukan sekadar slogan, tetapi satu janji yang boleh dialami sendiri oleh rakyat Malaysia.”

Berlangsung pada 15 dan 16 Ogos 2026 di Open Carpark di Sunway City Kuala Lumpur (bertentangan Sunway Resort Hotel), sambutan selama dua hari ini bakal menjadi sebuah festival meriah yang dipenuhi persembahan muzik secara langsung, pelbagai pilihan makanan serta suasana penuh bertenaga apabila komuniti berkumpul bersama-sama.

Kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung yang memuat turun dan mendaftar melalui aplikasi Tune Talk.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini