realme, jenama telefon pintar paling pantas berkembang di dunia, hari ini memperkenalkan Siri realme 16 Pro secara rasmi di Malaysia. Siri ini memperkukuhkan kedudukan realme sebagai penanda aras dalam segmen pertengahan premium.

Diketuai oleh realme 16 Pro+ dan realme 16 Pro yang serba lengkap serta mampu milik, siri ini membawa kecemerlangan dalam prestasi dan reka bentuk, dengan tumpuan utama kepada fotografi potret mentakrif semula standard industri — khususnya disesuaikan untuk pasaran Malaysia, terutamanya golongan pencipta kandungan dan belia.

200MP Portrait Master: Rakam Setiap Suasana dengan Ketepatan Luar Biasa

Siri realme 16 Pro menobatkan diri sebagai 200MP Portrait Master dalam segmen pertengahan premium. Ia menggabungkan perkakasan pencitraan peringkat andalan dengan perisian pintar untuk mentakrif semula fotografi potret. Kedua-dua model menawarkan alatan profesional yang membolehkan tangkapan tepat bagi setiap mood dan detik. Model 16 Pro+ mendahului dengan peningkatan eksklusif yang meningkatkan lagi ekspresi kreatif.

Faktor paling menarik, realme 16 Pro+ menetapkan penanda aras baharu dengan 200MP LumaColor Camera — satu-satunya dalam segmen ini — serta kanta periskop telephoto 3.5×. Ini membolehkan pengguna “Tangkap Suasana Anda di Setiap Zum”. Disahkan oleh TÜV Rheinland, kamera ini menghasilkan ton kulit semula jadi, kedalaman menakjubkan dan pencahayaan atmosfera yang memukau.

Dilengkapi dengan FullFocal Portrait Lens Kit (1×/1.5×/2×/3.5×/4×) dan ProDepth Bokeh Algorithm, ia mencapai kesan kabur setahap rambut, kedalaman tiga dimensi serta butiran tajam di semua jarak fokus.

Direka khas untuk parti dengan cahaya berwarna-warni dan keramaian meriah, 16 Pro+ menghasilkan gambar kumpulan yang memukau dan potret solo yang menonjol dengan mudah.

Selain itu, 16 Pro+ menyokong zum dekat 7×, tangkapan pentas 10×, sehingga 120× Super Zoom, serta 4K FullFocal HDR Video (1×/2×/3.5×/7×) dengan MainTrack Algorithm. Algoritma ini mengunci subjek bergerak dengan ketepatan tinggi, menghasilkan rakaman profesional yang licin.

Model realme 16 Pro pula berkongsi 200MP LumaColor Camera dan Golden Portrait Lens Kit (1×/1.5×/2×/3.5×/4×) yang sama. Ia menghasilkan kesan kabur setahap rambut, kedalaman tiga dimensi dan potret jelas dengan penukaran jarak fokus bebas, membolehkan pengguna menghasilkan potret semula jadi yang kemas di mana-mana zum.

Untuk menjadikan fotografi lebih bergaya dan kreatif, kedua-dua model dilengkapi ciri perisian termaju. Vibe Master Mode yang pertama seumpamanya menawarkan 21 nada tersuai eksklusif, termasuk 5 gaya potret signature (Lively/Vintage/Fresh/Neon/Vivid).

Ia dipadankan dengan peningkatan ketara pada AI Edit Genie yang menyokong arahan suara dan teks untuk pengeditan lancar. Ciri ini membolehkan penukaran gaya atau latar belakang dengan satu klik sambil mengekalkan konsistensi wajah semula jadi, serta mudah meniru trend media sosial viral.

Exclusive Pre-Order Offers

Siri realme 16 Pro kini boleh didapati di Malaysia dengan realme 16 Pro+ (12GB+512GB) pada harga RM2,299, manakala realme 16 Pro (12GB+256GB) dan realme 16 Pro (12GB+512GB) pada hanya RM1,599 dan RM1,899.

Setiap model boleh didapati menerusi Kedai Jenama realme rasmi, kedai pengedar sah; serta Kedai Rasmi Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Selain itu, pembeli boleh menikmati tarikan pra-tempah dari 26 Mac hingga 10 April 2026.

Dengan deposit serendah RM20, para pembeli boleh mendapatkan peranti terbaharu ini dengan hadiah menarik berjumlah RM897* — termasuk Smart Band percuma, rebat sebanyak RM100, waranti tambahan selama setahun, dan waranti retak skrin selama satu tahun.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini