vivo Malaysia secara rasmi melancarkan telefon pintar Flagship ZEISS Portrait terbaharunya, vivo V60, menerusi pelancaran eksklusif dan roadshow vivo V60 Superday di Pulau Pinang, memberikan peminat tempatan akses pertama kepada pengalaman pengimejan berkuasa ZEISS.

Sempena pelancaran ini, vivo menawarkan promosi Superday istimewa di mana pelanggan yang membeli vivo V60 akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,000, termasuk kotak hadiah edisi terhad vivo V60 × POPMART Zsiga dengan setiap pembelian, selagi stok masih ada.

Diskaun tambahan untuk aksesori turut ditawarkan sepanjang acara yang berlangsung selama satu hari sahaja, dan peminat dijemput hadir ke roadshow untuk menjadi antara yang pertama merasai kehebatan potret premium vivo V60.

“Dengan harga di bawah RM2,000, pelanggan berpeluang memiliki telefon pintar flagship berkuasa ZEISS untuk potret,” kata Mark Long, Pengurus Wilayah Utara vivo Malaysia.

“vivo V60 menggabungkan lensa potret ZEISS dengan prestasi pengimejan yang setanding dengan flagship premium, menjadikannya pilihan naik taraf ideal untuk peminat fotografi.

Sempena roadshow vivo V60 Superday di Pulau Pinang, pelanggan yang membeli peranti ini dari tarikh pelancaran hingga 7 September menerima pek hadiah selepas jualan eksklusif bernilai sehingga RM1,000, termasuk kotak hadiah edisi terhad vivo V60 × POPMART Zsiga.

“Sambutan amat menggalakkan, dan kami berbangga dapat membawa pengalaman ini kepada peminat kami di rantau ini.”

Bermula hari ini, vivo V60 boleh didapati pada harga RM1,999 untuk varian 12GB + 256GB dan RM2,299 untuk varian 12GB + 512GB.

Pelanggan juga boleh menikmati tawaran eksklusif dalam talian pada harga RM1,899 untuk varian 8GB + 256GB. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.vivo.com/my

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini