Eco-Shop Malaysia mengumumkan pelancaran kempen “SYOKPPING GILA-GILA” dengan satu harga di LRT Masjid Jamek hari ini bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 Eco-Shop.
Sempena sambutan ulang tahun itu, Ketua Pegawai Operasi Eco-Shop, Jessica Ng turut memperkenalkan aplikasi Eco-App di mana pelanggan boleh mengumpul mata ganjaran dengan setiap pembelian di Eco-Shop.
Pelanggan yang mendaftar akan menerima 500 mata ganjaran serta-merta, menikmati pelbagai faedah serta kemas kini terkini. Eco-App merupakan salah satu daripada 10 aplikasi beli belah yang popular di Malaysia, dengan keahlian semasa sebanyak 800,000.

“Kami ingin mengumumkan kempen pengguna di Eco-Shop yang sangat menarik iaitu “Syokkping Gila-Gila dengan satu harga,” yang dilancarkan sempena kempen ulangtahun ke-20 EcoShop.
“Cara untuk menyertai adalah sangat mudah. Anda hanya perlu membeli barang sebanyak RM40, imbas kod QR di resit pembelian dan berpeluang untuk memenangi 100,000 eco-coins! Yang menariknya, pemenang boleh memilih hadiah pilihan mereka, seperti kereta, baucar perjalanan, komputer riba, perkakasan elektrik, dan banyak lagi.
“Anda boleh memuat turun Eco-App, terus mendaftar dan menerima 500 mata ganjaran secara percuma. Ahli-ahli Eco-App baru ini boleh menikmati pelbagai kelebihan dan penawaran eksklusif,” katanya.

Beliau berkata, Eco-Shop Malaysia turut mengadakan pameran dan aktiviti Eco-Shop “SYOKPPING GILA-GILA” dari 1 hingga 31 Julai 2023 di LRT Masjid Jamek.
Dua dekad yang lalu, Eco-shop memulakan perjalanan untuk memperjuangkan jenama harian untuk setiap isi rumah di Malaysia dan hari ini, Eco-shop dengan bangganya mempunyai lebih daripada 240 cawangan dengan lebih 10,000 pilihan produk yang ditawarkan oleh Eco-Shop.
“Kempen “SYOKPPING GILA-GILA” dengan Satu Harga mencerminkan komitmen berterusan Eco-shop dan rasa terima kasihnya kepada masyarakat atas sokongan tidak pernah putus terhadap mereka.

“Eco-shop ditubuh oleh Datuk Sri Lee Kar Whatt pada tahun 2003 di Johor. Pada tahun 2013, kami mempunyai 46 cawangan, dan sekarang, pada tahun 2023, sempena ulangtahun ke-20 kami, kami mempunyai lebih daripada 240 cawangan di seluruh negara,” katanya.
Menurutnya, Eco-Shop akan berusaha untuk berkembang dengan mengekalkan harga semasa dan tidak menaikkan harga jualan walaupun berdepan dengan kenaikan harga komoditi global, supaya rakyat Malaysia mampu membeli pelbagai barangan pada harga mampu milik iaitu RM2.40.
Katanya, misi utama Eco-Shop adalah untuk menyediakan barangan rumah pada harga yang paling berpatutan supaya semua rakyat Malaysia mampu untuk membelinya.

Ianya merangkumi beberapa siri acara dan aktiviti yang menarik bertujuan untuk mengetengahkan beberapa produk di bawah jenama Eco-Shop seperti Kreati, Delicies, Excue, Ganso dan Mama.



































