L’Oréal Malaysia menyahut seruan kerajaan dalam kerjasama industri untuk menangani isu ketidakserasian kemahiran bakat dalam kalangan graduan hari ini dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) selama lima tahun dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV).
Memorendum Persefahaman itu bakal menyaksikan L’Oréal Malaysia dan TVET bekerjasama
bagi memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk 17 kolej vokasional tempatan yang menawarkan pengkhususan dalam bidang kosmetologi.
Kerjasama ini menyasarkan untuk melatih pelajar kosmetologi yang dipersiapkan untuk masa depan keperluan pasaran kerja menerusi latihan dan peningkatan kemahiran, memudah cara pemindahan ilmu pengetahuan, serta menyediakan peluang latihan industri.
L’Oréal Malaysia diasaskan di Kuala Lumpur pada tahun 1995 dan menawarkan produk
berteknologi tinggi paling maju dalam setiap kategori kecantikan. Syarikat itu kini menawarkan pelbagai produk penjagaan diri menerusi 12 jenama ikonik: L’Oréal Paris, L’Oréal Professionnel, Garnier, Maybelline New York, Lancôme, Yves Saint Laurent Beauty, Armani Beauty, Kiehl’s, shu uemura, IT Cosmetics, Kérastase dan La Roche-Posay.

Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Zulkernai Fauzi berkata, “Dengan Kerjasama Awam
Swasta (PPP) yang dinamik antara Kementerian Pendidikan dan L’Oréal Malaysia, kami akan melaksanakan langkah-langkah bagi melengkapkan para guru dan graduan dengan kemahiran terkini dan menguasai kemajuan teknologi terbaru untuk menangani ketidakpadanan kemahiran dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Kami percaya bahawa kerjasama jangka panjang ini akan memberikan manfaat besar kepada pelajar dan guru kosmetologi kami, terutamanya dalam memastikan bahawa mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran yang memenuhi keperluan industri kecantikan.
Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia, Tomas Hruska berkata,“Di L’Oréal, matlamat kami ialah
untuk Mencipta Kecantikan yang Menggerakkan Dunia. Kami percaya bahawa kejayaan
sesebuah syarikat bukan hanya diukur pada prestasi ekonomi sahaja, ini kerana sumbangan dari segi sosial dan alam sekitar juga adalah penting.
Di Malaysia, kami komited untuk mengembangkan perniagaan kami dengan cara yang bertanggungjawab, mampan dan inklusif. Kerjasama kami selama lima tahun dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi bukti komitmen kami dalam membantu komuniti danmemperkasakan industri dengan bakat-bakat yang berkemahiran.”

L’Oréal Fondation: Fondation tersebut menyokong dan memperkasakan wanita untuk membentuk masa depan mereka bagi melakukan perubahan dalam masyarakat.
Beauty for a Better Life melengkapkan wanita-wanita yang kurang bernasib baik dengan kemahiran pendandanan rambut dan kecantikan untuk membantu mengubah nasib hidup mereka, sementara L’Oréal-UNESCO For Women in Science menyokong saintis wanita dengan sumbangan untuk penyelidikan di mana dunia memerlukan sains, dan sains memerlukan wanita.
Teknologi Kecantikan L’Oréal: Dalam dunia yang giat berkembang, semua industri sedang diubah oleh teknologi, di mana perniagaan kecantikan tidak terkecuali. Revolusi kecantikan sudah tiba dan berada di hujung jari kita.
Dari penyelesaian penjagaan kulit berasaskan AI hingga peranti solek peribadi melalui kod-kod kecantikan baru, L’Oréal menerajui teknologi kecantikan yang memacu impak positif pada tahap kolektif dan individu.






































