BMW Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi bagi jentera elektrik BMW i7 terbaharu – sedan elektrik tulen yang sulung dan yang dinanti-nantikan ramai dalam kelasnya, memperkayakan lagi barisan kenderaan elektrik premium serba mewah di bawah BMW Group untuk pasaran Malaysia.
Jentera elektrik BMW i7 yang baharu ini hadir dalam varian M Sport dan merupakan antara model terkini yang diperkenalkan oleh pengeluar kenderaan premium ini bagi portfolio BMW 7 Series, di samping varian-varian BMW 750e xDrive terbaharu dan BMW X7 xDrive40i Pure Excellence baharu yang dirungkaikan pada tahun ini.
Tampil dengan 544 kk (400kW) dan jarak operasi sejauh 600 kilometer (WLTP), BMW i7 elektrik terbaharu mempersembahkan bahasa reka bentuk BMW yang terkini – dinamakan “Forwardism”, untuk kelas mewah.
Lampu hadapan kristal BMW Iconic Glow dalam bentuk terbahagi di samping bingkai gril ‘kidney’ yang menonjol dengan iluminasinya mencungkil pesona sedan mewah ini yang
tersendiri, disinambungkan dengan aneka kelengkapan kelas pertama serta ambien yang
bersofistikasi tinggi.
Program pembiayaan dinamik.
Dengan pelan pembiayaan “Straight Line” yang disediakan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW i7 xDrive 60 elektrik baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM8,401.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuh tahun).
Harga jualan bagi BMW i7 xDrive 60 elektrik baharu dengan Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah:
BMW i7 xDrive 60 Elektrik Baharu RM 729,800.00





































