Sepuluh tahun selepas ia keluar dari pasaran, pengeluar kereta nasional PROTON kini secara rasmi kembali ke Afrika Selatan.

Pelancaran semula jenama itu berlaku pada acara yang dianjurkan oleh Combined Motor Holdings (CMH), pengedar rasmi Proton, serentak dengan pelancaran tempatan Proton X70 dan Proton X50.

Kedua-dua model tersebut kini boleh didapati dalam model CBU di Nageri Pelangi dan akan disertai oleh Proton Saga kemudiannya pada awal tahun 2023.

Micheal Chew, Senior Manager of Product Marketing, PROTON sharing the unique features of both Proton models with audience

Semasa pelancaran, Jebb McIntosh, Ketua Pegawai Eksekutif CMH berkata, “Apabila jenama Proton terbuka untuk pengedaran, CMH mengambil peluang atas beberapa sebab, terutamanya kerana kami mendapati terdapat jurang dalam pasaran SUV yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

Terdapat banyak jenama mewah yang menjual SUV di Afrika Selatan, tetapi kebanyakannya tidak mampu dimiliki oleh pembeli kereta biasa di sini.”

“Rancangan kami adalah menyediakan 25 pengedar dalam tempoh enam bulan. Sebanyak 17 cawangan pengedar telah pun menjalani latihan jualan dan teknikal. Rangkaian penuh alat ganti juga sudah tersedia di pusat pengedaran kami.

“Ini bermakna pelanggan kami boleh membeli kenderaan ini dengan yakin,” katanya.

Pertumbuhan dalam volum eksport penting bagi rancangan perkembangan PROTON
Jualan eksport kekal sebagai bahagian penting dalam rancangan perniagaan PROTON.

Sedangkan syarikat itu terus menuntut semula bahagian pasaran dalam pasaran automotif Malaysia, ia juga perlu mengeksploitasi potensi yang terpendam dalam pasaran antarabangsa untuk menuju ke arah menjadi jenama automotif terkemuka di rantau ini.

Bagi tahun 2022, jualan eksport pada akhir bulan Ogos berjumlah 4,040 unit, meningkat sebanyak 33.9% berbanding dengan jumlah jualan bagi tahun 2021. Dengan penambahan Afrika Selatan dalam senarai pasaran eksport, syarikat berharap dapat menamatkan tahun ini dengan peratusan pertumbuhan yang lebih tinggi.