Sejajar dengan visinya untuk menjadi destinasi hiburan dan pentsriman nombor satu Malaysia, Astro telah melancarkan aplikasi beIN SPORTS CONNECT, iQIYI dan TVBAnywhere+ di Ultra Box.

Ini membolehkan pelanggan menstrim lebih banyak acara sukan global secara SIARAN LANGSUNG dan hiburan Asia kegemaran mereka termasuk drama dan filem Korea, Cina dan Hong Kong, kegemaran tempatan serta anime di TV mereka mulai hari ini.

Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif TV, Astro berkata, “Sebagai agregator utama di Malaysia, kami mengalu-alukan beIN SPORTS CONNECT, iQIYI, dan TVBAnywhere+ di Ultra Box kami, menyertai perkhidmatan penstriman global seperti Netflix dan Disney+ Hotstar.

Lebih daripada 600,000 pelanggan Ultra dan Ulti Box boleh menstrim rancangan TV terbesar, kandungan tempatan yang terkenal dan sukan siaran langsung semuanya di tempat yang sama tanpa perlu meninggalkan antara muka Astro, memberikan pengalaman hiburan yang lancar dan menyeronokkan.”

beIN SPORTS CONNECT

Dikenali sebagai Home of Sports, Astro sangat teruja untuk menambah aplikasi beIN SPORTS CONNECT pada Ultra Box untuk peminat sukan yang membawa liga bola sepak Eropah utama seperti UEFA Champions League dan UEFA Europa League secara SIARAN LANGSUNG dan on-demand di samping lebih 3,000 jam acara sukan tenis secara siaran langsung termasuk Piala ATP dan Piala Laver.

Mulai hari ini, pelanggan dengan langganan Sports yang sebahagian daripada Pek TV Astro mereka akan dapat mengakses semua kandungan di beIN SPORTS CONNECT pada skrin TV melalui Ultra Box atau pada aplikasi mudah alih untuk pengalaman tontonan ‘on-the-go’.

iQIYI

Sebagai ‘Home for Asian Entertainment’, iQIYI menawarkan pelbagai drama Cina yang menarik termasuk Love Like the Galaxy, yang dibintangi bakat popular Wu Lei dan Zhao Lusi dan melodrama tempatan eksklusif iQIYI yang dibintangi Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Aidil Aziz, Rampas Cintaku; siri anime Jepun yang terkenal seperti One Piece; serta ikuti drama tempatan terbaik seperti 7 Hari Mencintaiku 3, Kerana Aku Isteri Bidaan dan Cukup Derita Itu.