airasia Super App, syarikat di bawah Capital A (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group) dan CGS-CIMB Securities Sdn. Bhd. (CGS-CIMB Securities) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) pada hari ini untuk bekerjasama mendemokrasikan perdagangan ekuiti dan menjadikan pelaburan lebih mudah diakses dan mampu dimiliki oleh semua orang, terutamanya kepada golongan bukan pelabur.

Inisiatif ini adalah sejajar dengan Pelan Induk Pasaran Modal Ketiga oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang bertujuan untuk memperkasakan pelabur dalam membina masa depan yang lebih baik. Ia ditawarkan melalui nasihat pelaburan yang berkualiti dan keupayaan yang dipertingkatkan dari segi teknologi untuk memenuhi keperluan pelabur yang semakin berkembang.

Sebagai sebuah jenama yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang boleh dipercayai oleh pelanggan di seluruh Asia Tenggara, airasia Super App dan CGS-CIMB Securities akan menggabungkan kekuatan masing-masing untuk menjadikan pelaburan pasaran modal lebih mudah diakses, berpatutan dan inklusif secara digital kepada orang ramai.

Sama seperti airasia yang telah mendemokrasikan perjalanan udara untuk penduduk di Asia Tenggara, kerjasama ini bertujuan untuk membawa pelaburan pasaran modal kepada orang ramai dengan memanfaatkan matlamat pelanggan dan strategi terbaik oleh CGS-CIMB Securities dan Capital A. Sama seperti slogan airasia, visi inisiatif ini adalah “Kini sesiapa pun boleh melabur.”

Ketua Pegawai Teknologi Kewangan airasia Super App, Mohamad Hafidz Mohd Fadzil berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan CGS-CIMB Securities kerana ia sejajar dengan misi kami untuk menawarkan perkhidmatan yang inklusif, berpatutan dan boleh diakses untuk semua. Kami percaya kami dapat menyediakan perkhidmatan kewangan terbaik yang sebelum ini hanya tersedia untuk golongan tertentu dan terhad, seterusnya memenuhi matlamat kami untuk menyediakan perkhidmatan untuk semua golongan.”

Ruzi Rani Ajith, Ketua Pegawai Eksekutif CGS-CIMB Securities berkata, “Kami turut berbesar hati untuk bekerjasama dengan airasia Super App dan memanfaatkan model perkhidmatan pelaburan CGS-CIMB Securities.

Dengan lebih 40 tahun pengalaman di Asia, kami telah berkembang daripada menjadi broker tradisional kepada penyedia penyelesaian kewangan yang dipercayai bukan sahaja untuk pelanggan institusi malah untuk semua.

Dengan tumpuan pada elemen Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) , kami akan mengimbangi kedudukan pasaran dengan menyediakan kursus kewangan supaya sebagai “sesiapa pun boleh melabur” dan melakukannya dengan pengetahuan dan kebijaksanaan. Visi kami adalah untuk mencipta peluang pelaburan kepada semua golongan, dengan platform yang mudah digunakan dan berpatutan.”