Pertemuan antara Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican yang juga Profesor Adjung UMT dengan Timbalan Menteri di Kementerian Kebudayaan dan Agama membincangkan pelbagai isu berkaitan umat Islam khususnya Melayu Champa.

Beliau berharap umat Islam Kemboja perlu bangkit dan terlibat dalam pelbagai isu dan berharap anak-anak Islam dapat mengambil peluang yang ditawarkan oleh Kerajaan dengan mengajar ilmu pengetahuan hingga ke universiti.

YB Asahari berkata, perkara itu akan diteliti dan berusaha untuk mengubah masyarakat Islam khususnya orang Muda terus dapat menyumbang kepada kepentingan masyarakat dan negara.

Mustapha seterusnya memuji usaha usaha YB Asahari untuk memberi tumpuan kepada genarasi muda untuk membentuk suatu generasi yang boleh menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Sektor termasuk ekonomi juga diharap lebih ramai anak-anak merebut peluang yang ditawarkan oleh kerajaan dari segi pendidikan untuk menjadi jurutera, doktor, ahli farmasi dan kewangan yang boleh membantu negara termasuk masyarakat Melayu-Champa.

Dalam pada itu, Mustapha turut mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia di Kemboja, Eldeen Husaini Mohd Hashim membincangkan perkara yang menyentuh ekonomi sosial dan pendidikan melibatkan rakyat Malaysia yang berada di negara itu.