Malaysia Airports bekerjasama dengan Maxis untuk mengembangkan rangka kerja transformasi digital untuk operasi Smart Airport.

Ini sebahagian daripada inisitiaf Airports 4.0. oleh Malaysia Aiports yang ingin memanfaatkan Maxis sebagai pengendali telko tunggal untuk menguruskan
perkhidmatan kesalinghubungannya.

Maxis akan menguruskan perkhidmatan dan penyelesaian rangkaian WiFi dan 5G di lapangan terbang utama negara, KL International Airport (KLIA).

Maxis juga akan mengembangkan penyelesaian digital berkemampuan 5G untuk penyewa dan pengumpang lapangan terbang Malaysia Airports pada masa hadapan.

Inisiatif transformasi digital menyeluruh oleh Malaysia Airports ini telahpun bermula sejak 2018. Sejak itu, pengendali kapal terbang tersebut telah meningkatkan usaha untuk meletakkan landasan teknologi yang memungkinkan pelaksanaan inisiatif ini.

“5G akan menjadi pemangkin untuk menghubungkan kita dengan peluang perniagaan dan ekonomi baru. Penggunaan 5G akan memperkuat asas untuk membolehkan teknologi baru dan digitalisasi operasi lapangan terbang kami.

“Ini juga membantu dalam mencipta pengalaman perjalanan baru yang pintar untuk penumpang. Dengan kerjasama ini, kedua pihak akan bersama membuat kes penggunaan dan penyelesaian 5G untuk Smart Travel and Tourism, serta Smart Retail dan Smart Security. Kami berharap perkongsian ini dapat mengubah lapangan terbang kami menjadi Smart Airport,” kata Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata, sementara menunggu ruang udara dibuka sepenuhnya, kami berhasrat untuk memulakan kerja dengan Malaysia Airports untuk meningkatkan pengalaman dan perkhidmatan kesalinghubungan mereka kepada pelawat dan penumpang.

“5G berpotensi tinggi dan memungkinkan pengalaman pelanggan yang lebih baik,
dan kami komited untuk memainkan peranan kami untuk menawarkan inovasi 5G terbaik untuk memberi manfaat kepada orang ramai dan perniagaan di negara ini dengan kepakaran dan sumber kami,” katanya.