Direka khas untuk mereka yang suka ekspresi kreativiti olahan sendiri, Galaxy A32 tersedia dengan kamera kuad 64 MP dan skrin 6.4″ FHD+ Super AMOLED

Samsung hari ini telah melancarkan Galaxy A32 baharu, telefon pintar tahap sederahana untuk kerja sehari-hari dan hiburan. Memaparkan kamera kuad 64MP, skrin 6.4” FHD+ Super AMOLED dan bateri besar 5,000mAH.

Galaxy A32 direka untuk para individu yang aktif dengan kegiatan hiburan.

“The all-rounded Samsung Galaxy A32 extends our popular mid-range smartphone portfolio. It is created especially for mobile-native individuals who see the smartphone as integral to their identity, something much bigger than a tool for communication.

On top of being the primary tool for them to connect and socialize with their friends and loved ones, for these people the smartphone has also become an avenue to express their creativity, and the main outlet they turn to for entertainment,” kata Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

Galaxy A32 tersedia dalam empat warna menawan – Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue, dan Awesome Violet.

Ekspresi Kreativiti anda melalui segmen terbaik dalam kamera kuad

Persediaan kamera kuad Galaxy A32 membuka pelbagai peluang untuk para pengguna ekspresi diri melalui foto.

Sebagai permulaan, kamera utama 64MP membolehkan anda untuk menangkap gambar yang terang dan jelas sepanjang hari. Lensa Ultra-Lebar 8MP mempunyai medan pandangan 123-darjah, menambahkan perspektif kepada imej – sesuai untuk menangkap gambar landskap yang tinggi.

Selain itu, lensa Makro 5MP dapat menangkap gambar secara jarak dekat.

Ditambah lagi, kamera Depth 5MP dapat menangkap gambar potret dalam mod Portrait, manakala kamera hadapan 20MP membolehkan anda mengambil swafoto – sesuai untuk dimuat naik dalam sosial media.

Bagi mereka yang mahir dengan penggambaran, Galaxy A32 juga menyediakan mod Hyperlapse, Night mode, Slow-mo, Panorama dan Pro.

Skrin serba canggih sesuai untuk segalanya

Bagi kebanyakan orang, skrin telefon merupakan bahan hiburan sehari-hari – daripada menonton klip video, bermain game video or membuat panggilan video kepada yang tercinta.

Untuk memberikan pengalaman tontonan berkualiti tinggi, Galaxy A32 tersedia dengan skrin 6.4-inch FHD + Super AMOLED Infinity-U Display, dengan kadar segar semula 90Hz dan tahap kecerahan sehingga 800nits (1) walaupun di bawah sinaran matahari.

Di samping itu Eye Comfort Shield (2) menyesuaikan suhu warna paparan secara automatik, berdasarkan corak penggunaan telefon pintar, memberikan peluang kepada pengguna untuk menonton dengan lebih lama di bawah perlindungan.

Ditambah lagi, kadar segar semula yang tinggi juga memberikan pengskrolan yang lebih mudah kepada pengguna apabila mereka ingin menggunakan aplikasi lain.

(1) Jika pencerahan mudah suai di posisi ‘On’ pada pengesetan. Apabila paparan didedahkan melebihi 20,000 lux dicam oleh sensor kecerahan telefon, seperti di bawah suasana sinaran matahari atau lampu sekeliling, kecerahan boleh naik ke 800nits. Tahap
kecerahan yang diukur oleh sensor mungkin berbeza mengikut sudut cahaya
(2) Paparan Galaxy A32 (SM-A325) telah mendapatkan Eye Care Certification oleh SGS berdasarkan keupayaannya untuk mengurangkan efek berbahaya lampu biru. Pensijilan ini boleh didapati di https://www.sgs.com.

Bateri tahan lama selaras dengan activity seharian

Galaxy A32 sedia menemani kegiatan sibuk anda tanpa lelah. Bateri 5,000mAH memberikan kepuasan pada pengguna tidak kira siang atau malam.

Selain itu, penjimat tenaga AI dapat mengesan dan mengubah sifat pengguna telefon supaya bateri dapat tahan lebih lama. Apalagi setelah menggunakan Adaptive Fast Charging dengan 15W, laju sahaja untuk mengecas semula Galaxy A32 sehingga baterinya penuh semula.

Prestasi yang mantap

Prestasi pemproses maju Galaxy A32 tiada tandingannya jika dibandingkan dengan skrin dan teknologi kameranya yang awesome. Pilihan RAM 8GB digandingkan dengan kapasiti memori dalaman 128GB, boleh naik sehingga 1TB.

Ditambah lagi, perisian dalaman Game Booster mengawal prestasi permainan game dan mengubah pengesetan secara automatic termasuk hayat bateri, suhu dan penggunaan memori untuk memberikan pengalaman terbaik apabila bermain game video.

Galaxy A32 menyokong Android 11 dan One UI, supaya para pengguna boleh fokus pada hal penting apabila menggunakan ciri-ciri dalam telefon. Tersedia dengan sensor peragaan ibu jari dan dilindungi oleh platform sekuriti Samsung Knox yang menjaga data peribadi pengguna.

Galaxy A32 tersedia dalam empat warna yang menarik – Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue, dan Awesome Violet.

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A32, sila layari:
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a32-awesome-violet-128gb-sm-a325flvixme