Kunjungan hormat Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Dato Mohd Zahari Md Azahar membincangkan pelbagai isu berkaitan NGO dan isu semasa bagi tujuan memajukan negeri Terengganu.

Mustapha yang pernah berkhidmat dalam Kerajaan Negeri Terengganu dari 2009 hingga 2013 selaku Penasihat Ekonomi dan Ketua Eksekutif Terengganu Inc serta syarikat GLC Utama Negeri turut berkongsi pandangan bagi kemajuan negeri.

Beliau yang juga berasal dari negeri itu berkata, negeri itu mempunyai kekayaan alam semulajadi dan hasil bumi selain pantai yang memanjang serta pulau-pulau yang cantik bagi tujuan pelancongan.

Mustapha (kanan) bersama pelajar-pelajar tahfiz dari luar negara di sekolah Tahfiz Binjal Bongkok Bukit Payong, Terengganu

Sementara itu, Dr Mustapha turut mengadakan lawatan ke beberapa tahfiz di Terengganu untuk melihat tahap kebersihan dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang datang dari luar negeri seperti Indonesia, Thailand, Loas, Vietnam dan Kemboja.

Beliau turut menyentuh Pematuhan Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan oleh Kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya berkaitan kebersihan diri sendiri dan tempat tinggal.

“Kita harus terus menjadikan amalan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM dan MKN bagi tujuan memutuskan rangkaian wabak COVID-19,” katanya yang turut menghulurkan sumbangan kepada pelajar-pelajar terbabit yang tidak dapat pulang ke negara asal bagi tempoh yang lama disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir,” katanya.