Dato’ Lester Tay Kean Boon (Pengerusi World UAV Federation – Malaysia Chapter dan Persatuan Pembangunan UAV Malaysia-MUDA) menyambut para pakar dari 32 negara delegasi termasuk 7,000 syarikat UAV berlesen dari China, media industri, penguatkuasa dalam bidang dron dan bidang penerbangan di seluruh dunia yang menghadiri Sidang Kemuncak UAV Maya (VWUS2021).
Tetamu kehormat yang hadir terdiri dari pelbagai negara termasuk China, Jepun, Greece, Romania, Perancis dan Belgium. Selain itu, wakil pihak berkuasa Malaysia terdiri daripada EASA, CAAM, JUPEM, NACSA, MDEC dan lain-lain.
Sidang kemuncak antarabangsa ini memberi tumpuan kepada perkongsian maklumat dron di dunia, Pelancaran Kerjasama antara Unifly dan Strat Aero Malaysia (SAM) mengenai Sistem Pengurusan Traffic Pesawat Tanpa Pemandu (UTMS) dan Pelancaran Penentuan Lokasi & Identifikasi Pelancaran (BLIP).

Kemunculan Teknologi Dron semakin mengubah cara kita mengkonfigurasi dan mengurus ekosistem udara. Kebelakangan ini, semakin banyak dron dengan teknologi terkini dan pelbagai jenisnya untuk operasi pada ketinggian yang ditetapkan.
Oleh itu, UTMS perlu ditambah dalam Sistem Kawalan Trafik Udara (ATM). Hal ini demikian kerana, UTMS kini menjadi komponen penting untuk membenarkan dron untuk memasuki dan berkongsi ruang udara dengan selamat.
Dato’ Sri Azharuddin Abdul Rahman, Pengerusi SAM dan juga Mantan Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia – CAAM mengumumkan bahawa “SAM merupakan syarikat perkhidmatan dron yang unggul dan kini bekerjasama dengan Unifly dari Belgium, yang terkenal dan terbukti dalam industri perkhidmatan UTMS di pasaran antarabangsa.
Bersama-sama kita akan menghubungkan operator dron dengan pihak penguatkuasa UTMS untuk penyatuan dron ekosistem dengan selamat di ruang udara Malaysia”. Pada masa yang sama, SAM telah melancarkan Unifly BLIP, sebuah alat pengesanan drone berkualiti tinggi yang memberikan ketepatan penjejakan maksimum dengan latensi minima dan komunikasi stabil selepas integrasi dengan perkhidmatan UTMS.
BLIP melaporkan kedudukan dron dengan informasi operator serta memastikan keselamatan ekosistem dron dengan Sistem Pengurusan Trafik Dron (UTMS) yang menggunakan rangkaian selular LTE (Long-Term Evolution) Cat 1.
Kepentingan keselamatan siber juga harus ditekankan bagi bidang pengembangan teknologi yang berkaitan dengan Dron. Pihak NACSA juga perlu menilai cara industri berkenaan untuk pengembangan UTMS secara sistematik untuk dikomersialkan tanpa pengolahan balik kepada fasa awal dalam penerokaan sistem UTMS.

Kerjasama SAM dan Unifly juga akan meneroka konsep operasi drone, keperluan pertukaran data, dan rangka khas untuk membolehkan operasi dron secara jarak jauh (BVLOS) pada ketinggian 400 kaki di atas permukaan tanah (AGL) di ruang udara, dimana perkhidmatan Rangkaian Keselamatan Penerbangan bagi dron tidak disediakan oleh pihak CAAM.
UTMS dan BLIP juga membantu pemprosesan pendaftaran dan permohonan kelulusan permit bagi operasi dron. “Sehubungan itu, SAM dan Unifly berharap pihak berkuasa ATM dan industri dapat menggunakan sistem UTMS ini, bukan sahaja untuk keselamatan dan kecekapan operasi dron, malahan untuk kenderaan udara utama seperti kapal terbang.
Dengan pelaksanaan UTMS dan penggunaan Unifly BLIP, operasi dron dijangka meningkat dengan laju dalam bidang rekreasi dan komersial. Secara tidak langsung, senario ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Malaysia”, dijelaskan oleh Azharuddin.



































