Penulis Perancis Sidonie-Gabrielle Colette pernah berkata: “Teman hidup yang sempurna tidak mempunyai lebih daripada empat kaki.”
Petikan kata-kata yang ternyata benar dan diperakui oleh kebanyakan mereka yang merasai keseronokan menjaga haiwan peliharaan.

Hal ini terutamanya dirasai mereka yang menerajui usaha menyelamatkan haiwan khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan berikutan penularan COVID-19.
Antara mereka ialah Christine Chin, Pengerusi Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA), Selangor, dan Catherine Rose Leyow yang merupakan penyelamat haiwan jalanan di Malaysia, sebahagian daripada Rangkaian Pengambilan Haiwan Peliharaan Bebas.
Andy Koh, Pengasas PetFinder.my juga bukan asing dalam bidang ini memandangkan beliau terlibat dalam pembinaan platform kebajikan haiwan yang semakin dikenali di Malaysia.
Bersama Royal Canin Malaysia, jenama terkemuka dalam pemakanan berkhasiat haiwan peliharaan, kempen ‘Pelihara untuk Selamatkan Nyawa’ dilancarkan baru-baru ini untuk menggalakkan orang ramai mendapatkan haiwan peliharaan menerusi Petfinder.my, dan sebagai ganjaran, memperoleh keseronokan, kesetiaan dan kasih sayang daripada anak bulus yang dibela.

“Kami berbesar hati dapat memainkan peranan dalam kempen ini yang mana 150 individu yang mengambil kucing dan anjiing ini masing-masing akan menerima Pek Permulaan ROYAL CANIN® bagi membantu mereka mengalu-alukan kehadiran ahli keluarga baru ke rumah mereka.
Program pemberian ini akan berterusan secara bulanan sehingga Mei, 2021,” kata Dr. Melissa Phoon, Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Saintifik, Royal Canin Malaysia.
Kempen kesedaran ‘Pelihara untuk Selamatkan Nyawa’ berlangsung sehingga 31 Disember, 2020 namun pemberian Pek Permulaan ROYAL CANIN® akan berakhir pada 31 Mei, 2021.
Setiap pek permulaan mengandungi satu beg Makanan Haiwan Peliharaan Royal Canin, bekas makanan, cawan pengukur dan panduan anak anjing/kuciing serta Buku Panduan Pemilikan Haiwan Peliharaan Bertanggungjawab digital yang boleh diperoleh di laman sesawang Royal Canin.

“Pengambilan haiwan tersebut untuk dipelihara memang penting namun kami juga perlu memastikan ia dijaga dengan baik, serta dimandulkan,” kata Chin yang menyatakan SPCA Selangor giat menggalakkan dan menawarkan khidmat pemandulan pada harga berpatutan.
“Saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat yang baik hati dan mempunyai perasaan belas kasihan terhadap hidupan dan haiwan di sekeliling kita.
Sebelum ini SPCA Selangor mempersaksikan ribuan haiwan terbiar. Keadaan itu kian bertambah baik dengan lebih ramai rakyat Malaysia prihatin terhadap haiwan. Namun begitu, saya fikir masih banyak ruang yang boleh diperbaiki,” katanya.
Beliau memuji usaha Royal Canin dan PetFinder yang menjalankan kempen ‘Pelihara untuk Selamatkan Nyawa’ dan usaha Pek Permulaan, serta menyatakan SPCA Selangor memberi sokongan padu dan mereka yang mengambil haiwan peliharaan itu pasti sangat menghargainya.
Leyow, yang mana aktiviti bersama rakan penyelamat bebas yang lain telah menyelamatkan lebih daripada 2,500 kucing dan 3,000 anjing di Malaysia dalam tempoh 14 tahun ini, turut menjelaskan peningkatan dalam pengambilan haiwan peliharaan sepanjang PKP.

PetFinder, menurut Koh , bermula secara kebetulan daripada pengalaman peribadi apabila beliau menyelamatkan seekor anak anjing.
“Saya dapati ramai penyelamat seperti saya yang tidak menemui saluran bersesuaian untuk mencari mereka yang mahu mengambil haiwan berkenaan. Disebabkan penglibatan saya dalam industri teknologi maklumat, saya memulakan inisiatif untuk membina rangkaian yang menghubungkan para penyelamat, pencinta haiwan dan penjaga,” katanya.
“Sebenarnya, Christine. dan SPCA Selangor memainkan peranan besar dalam kejayaan PetFinder kerana kami memperoleh bimbingan dan pengetahuan daripada mereka selama ini.
“PetFinder bertindak sebagai penyedia khidmat mencari jodoh haiwan peliharaan untuk manusia dan begitu juga sebaliknya,” katanya.
Beliau menyatakan, senarai pengambilan haiwan peliharaan agak rendah pada separuh pertama 2020.
Bagaimanapun, pelancaran aplikasi mudah alih PetFinder yang baru dan mesra pengguna, berserta pendedahan dan pelbagai aktiviti untuk menggalakkan kadar pengambilan haiwan telah menyaksikan peningkatan mendadak dalam penyenaraian dan penempatan semula sejak bulan Jun.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program kesedaran ini, sila layari: www.royalcanin.com dan https://PetFinder.my/RoyalCaninStarterPack.






































