Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) telah mengadakan Program Bantuan Susu bayi di kawasan PKPD (Semporna, Sabah) pada 7 November lalu yang memberi manfaat kepada 125 bayi berusia 3 tahun ke bawah.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, bantuan itu disalurkan melalui wakil pertubuhan iaitu Ustaz Morsid yang terlebih dahulu membeli susu berkenaan di pasaraya sebelum mengagihkan kepada penduduk yang terbabit.

“Alhamdulillah…kami sudah menyampaikan bantuan susu ini kepada keluarga yang memerlukan dan terkesan akibat pelaksanaan PKPB di Sabah.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan melalui kami ..teruskan usaha kita membantu golongan asnaf dan mereka yang terkesan akibat wabak COVID-19 ini.

“Jika anda ingin terus membantu salurkan sumbangan zakat/sedekah/infak/fidyah anda secara bank in atau pemindahan online ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).

“Terima kasih kepada semua pihak yg menghulurkan sumbangan melalui Baitul Hasan ..kami telah menyampaikan amanah kepada mereka yg berhak menerimanya .. ..salurkan sumbangan anda secara bank in @ online transfer ke akaun Bank Islam ..14171 01 000 7586 ( Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur ) hubungi 017-3535 085 ( Ustaz Dino ) / 017-3505 681 ( Pejabat Baitul Hasan ) Semoga ia menjadi amal soleh buat kita ..” Kebajikan Asnaf Keutamaan Kami,” katanya lagi.