Mengapa berpuas hati dengan sedikit sedangkan anda mampu memperoleh lebih? Direka khusus untuk mewujudkan inovasi bermakna dan pengalaman mudah alih yang hebat kepada semua pengguna, Samsung menyediakan teknologi termaju bagi siri kelas pertengahannya tanpa menjejaskan ciri-ciri yang sedia ada.

Galaxy A51 ada sebab tersendiri dengan kemunculannya sebagai telefon pintar Android terlaris di dunia dalam suku pertama 2020 (S1 2020), seperti yang dilaporkan oleh
Strategy Analytics.

Samsung Galaxy A51 & A71

Faktor-faktornya adalah seperti yang berikut:

Besar vs Kecil

Selamat tinggal mata sepet! Merenung skrin yang lebih kecil boleh menyebabkan mata anda berasa tidak selesa. Dengan skrin besar bersaiz 6.5 inci dan paparan Infiniti-O bucu ke bucu, anda boleh menikmati drama Korea kegemaran anda atau bermain “game” dengan selesa menggunakan Galaxy A51.

Disempurnakan dengan paparan Super AMOLED yang tampil dengan PPI 405 dan resolusi 1080 x 2400 (FHD+), Galaxy A51 menawarkan warna yang lebih tajam, lebih terang dan kejelasan yang sangat luar biasa.

4 vs 1

Empat kamera siri teratas, berbanding dengan satu kamera sahaja, semestinya meraih keberhasilan besar. Galaxy A51 direka untuk menyokong anda dengan pelbagai gaya foto yang memenuhi cita rasa anda.

Menampilkan kamera utama 48-megapiksel, kamera Kedalaman 5-megapiksel, kamera Ultra Lebar 12-megapiksel terunggul serta kamera Makro 5-megapiksel dan digabungkan dengan ciri-ciri pintar, Galaxy A51 membolehkan anda merakamkan hampir apa-apa sahaja dalam perincian yang jelas dan skala yang menakjubkan.

Ditambah pula dengan ciri fokus Swafoto, dapatkan swafoto anda yang sangat berkualiti dengan kamera 32-megapiksel.

Tahan Lama vs Hayat Singkat

Apabila anda menghabiskan kebanyakan masa anda di luar, anda pastinya memerlukan telefon yang dapat bertahan lama. Tampilkan keyakinan anda dengan bateri yang lebih besar, yang tidak akan luput dengan cepat semasa anda berada di luar dan melakukan aktiviti yang anda gemari.

Galaxy A51 dilengkapi bateri berkapasiti 4,000 mAh yang memberi anda kuasa untuk menstrim, berkongsi dan bermain. Malah yang lebih menarik lagi ialah, jika bateri anda semakin lemah, anda hanya perlu palamkan dan tingkatkan kuasanya dengan Pengecasan Pantas 15W.

Hakikatnya, era anda mengecas telefon setiap malam dan sepanjang malam telah berakhir.

Luas vs Terhad

Anda tidak lagi akan melihat paparan “Storage Full” atau “Storage Almost Full” pada skrin anda. Hal ini berlaku demikian kerana dengan Galaxy A51, anda boleh memuat turun lebih banyak lagi dan memadamkan sedikit sahaja kandungan kegemaran anda dengan storan dalaman sehingga 128GB.

Malah, anda boleh menambah lebih storan dengan kad microSD 512GB – nampaknya anda bagaikan menerima pulangan yang lebih lumayan atas pelaburan wang anda.

Jika semua faktor di atas dihimpunkan, digabungkan pula dengan harga yang berpatutan; berdasarkan harga pasaran yang disyorkan, iaitu RM1,299 (6GB RAM) atau RM1,399 (8GB RAM), anda akan memperoleh suatu pakej yang luar biasa, yang pastinya membuatkan anda berasa sangat gembira.

Extended! Tawaran dan Ganjaran yang Awesome

Dengan pembelian Galaxy A51 mulai hari ini hingga 31 Julai 2020 di Samsung Experience Store, pengedar rasmi atau kedai-kedai dalam talian yang mengambil bahagian, anda boleh mendapatkan ganjaran eksklusif seperti berikut:

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi rebat bagi pengguna Galaxy A51 hanya terdapat di cawangan-cawangan terpilih yang mengambil bahagian sahaja.