HONOR hari ini melancarkan HONOR X9e Pro yang dinanti-nantikan di Malaysia, sebagai model terbaharu dalam Siri X yang ikonik.

Dengan harga bermula RM1,899, HONOR X9e Pro menetapkan penanda aras baharu untuk Siri X menerusi lima pencapaian No.1 merangkumi ketahanan, rintangan air, bateri, paparan dan pelan perlindungan peranti, di samping menawarkan peningkatan dari segi prestasi, fotografi serta ciri AI baharu.

Bersama HONOR X9e Pro, HONOR turut memperkenalkan barisan AIoT (Artificial Intelligence of Things) baharunya yang terdiri daripada Siri HONOR Pad 20, HONOR Watch 6, HONOR AI Note dan HONOR CHOICE Security Camera. Barisan baharu ini memperluaskan lagi ekosistem HONOR dengan menawarkan pengalaman yang lebih pintar dan saling berhubung untuk urusan kerja, hiburan, kesejahteraan dan kehidupan seharian.

Meraikan Pencapaian Baharu dengan Satu Lagi Pengiktirafan Asia Records

Pelancaran HONOR X9e Pro hadir ketika Siri X meraikan satu lagi pencapaian penting apabila menerima pengiktirafan Asia Records sebagai “Siri Telefon Pintar Kelas Pertengahan Terlaris Selama Tiga Tahun Berturut-turut”, hasil sumbangan HONOR X9a, X9b, X9c dan X9d kepada pencapaian ini.

Pengiktirafan ini mencerminkan perjalanan kukuh Siri X di Malaysia yang terus meningkatkan penanda aras dalam segmen telefon pintar kelas pertengahan sepanjang empat generasi, dengan penguasaan pasaran tertinggi sehingga 77%.

Berbekalkan momentum ini, HONOR X9e Pro meneruskan legasi Siri X dengan peningkatan generasi baharu yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berubah, sekali gus meneruskan kedudukannya sebagai Pilihan Utama Rakyat Malaysia.

No.1 EKSTRIM Ketahanan Lasak

Ketahanan sentiasa menjadi teras Siri X, dengan setiap generasi terus meningkatkan tahap perlindungan dan kebolehpercayaan. HONOR X9e Pro membawa ciri ini ke tahap seterusnya menerusi teknologi HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0 yang baharu, diinspirasikan daripada sistem keselamatan Halo yang digunakan untuk melindungi pelumba Formula 1.

Seni bina pengurusan impaknya yang canggih menggabungkan struktur berbentuk lengkungan, pengukuhan logam berketahanan tinggi serta lekatan pelekat pada keseluruhan permukaan bagi membantu menyerap dan mengalihkan daya hentaman daripada komponen kritikal seperti paparan dan papan utama.

Pelekat PUR tahan ricih menawarkan kira-kira 10 kali ganda rintangan ricih berbanding pelekat belakang konvensional, sekali gus membantu memastikan skrin kekal kukuh ketika terjatuh sambil mengagihkan daya hentaman ke kawasan yang lebih luas.

Dengan teknologi ini, HONOR X9e Pro mampu menahan jatuhan dari ketinggian sehingga 3 meter dan membantu mengurangkan risiko kerosakan skrin sehingga 82%, sekali gus memperoleh Pensijilan 5-Bintang SGS untuk Ketahanan Jatuhan dalam Keadaan Ekstrem.

Ketahanan HONOR X9e Pro turut diuji dalam satu sesi taklimat media baru-baru ini apabila peranti tersebut menjalani beberapa ujian ketahanan mencabar bagi memperlihatkan keupayaannya menahan daya hentaman tinggi, termasuk mengetuk paku ke dalam kayu, menahan hentaman bebola logam yang dilancarkan menggunakan lastik dan ditembak secara langsung menggunakan senapang angin*** dalam keadaan terkawal.

No.1 EKSTRIM Ketahanan Air Ultra Lasak

Melangkaui perlindungan daripada jatuhan dan hentaman, HONOR X9e Pro menawarkan tahap rintangan air tertinggi dalam industri dengan penarafan IP68, IP69 dan IP69K. Peranti ini menampilkan seni bina berbilang ruang yang diinspirasikan daripada kapal selam untuk membantu melindungi komponen dalamannya.

Paparan, bingkai tengah dan penutup belakang membentuk ruang kedap yang berasingan, manakala bukaan utama termasuk butang, pembesar suara, port USB-C dan dulang SIM turut dikedapkan secara berasingan bagi mewujudkan perlindungan air berbilang lapisan.

Ini membolehkan HONOR X9e Pro bertahan pada kedalaman sehingga 10 meter berbanding 1.5 meter pada generasi sebelumnya, sekali gus membolehkannya mencapai kedalaman sehingga tujuh kali ganda berbanding keperluan kedalaman standard IP68. Peningkatan ini turut membolehkan fotografi bawah air, termasuk aktiviti selam bebas pada kedalaman sehingga 10 meter dalam keadaan terkawal.

Bagi memastikan keupayaan rintangan airnya secara menyeluruh, peranti ini telah diuji sehingga 100,000 kitaran rendaman dan berjaya melalui ujian semburan garam berterusan selama 24 jam yang menyimulasikan keadaan pesisir pantai yang ekstrem.

No.1 EKSTRIM Bateri Besar 11,000mAh

Dari segi kuasa, HONOR X9e Pro mendahului sebagai telefon pintar pertama di dunia yang dilengkapi bateri berkapasiti besar 11,000mAh, satu peningkatan ketara berbanding kapasiti 8,300mAh pada generasi sebelumnya.Walaupun mempunyai bateri berkapasiti besar, peranti ini hanya setebal 8.08mm dan seberat 203g. Ini membolehkan pengguna kekal berhubung dan produktif sepanjang hari.

Baterinya mampu menawarkan sehingga 66.8 jam main balik video, manakala satu pengecasan boleh bertahan sehingga tiga hari bagi penggunaan biasa. Apabila perlu dicas semula, 80W HONOR SuperCharge membantu mengecas bateri dengan pantas, manakala pengecasan berbalik berwayar 27W membolehkan HONOR X9e Pro mengecas telefon pintar yang serasi, termasuk peranti iPhone dan Apple.

Pengurusan kuasa berkecekapan tinggi turut menyokong ketahanan bateri sehingga enam tahun untuk prestasi yang konsisten, memberikan pengguna lebih keyakinan terhadap bateri bukan sahaja untuk penggunaan hari ini, malah untuk tahun-tahun akan datang.

No.1 EKSTRIM Paparan Ultra Cerah

HONOR X9e Pro menampilkan paparan paling terang dalam industri dengan tahap kecerahan puncak 10,000 nits, memberikan paparan yang lebih jelas di bawah cahaya matahari terik. Skrin 6.8 inci bersama kadar segar semula 120 Hz memberikan pengalaman lebih lancar ketika menatal media sosial dan menonton video.

Kali ini, HONOR X9e Pro menawarkan rangkaian Eye Comfort Technology yang dipertingkatkan, direka untuk memberikan keselesaan lebih baik ketika penggunaan berpanjangan serta menjaga keselesaan mata pengguna. Ini termasuk AI Defocus Display, Motion Sickness Relief, Circadian Night Display dan DOT Eye Comfort Protection.

No.1 HONOR Rakyat Care+, Pelan Perlindungan Peranti Baharu dengan Perlindungan Berganda

Bagi memberikan lebih ketenangan fikiran kepada pengguna, HONOR memperkenalkan pelan perlindungan baharu HONOR Rakyat Care+, yang menggandakan perlindungan berbanding generasi sebelumnya. Pelan ini merangkumi 730 Hari Penggantian Skrin Retak Depan dan Belakang, 730 Hari Perlindungan Cecair, serta Jaminan Tambahan Satu Tahun, memberikan pengguna perlindungan tambahan selama dua tahun terhadap kerosakan akibat kemalangan tertentu dan kejadian tidak dijangka.

Rakaman Lebih Stabil dan Jelas dengan Penstabilan Imej CIPA 6.0

Ketahanan tidak menjejaskan keupayaan fotografinya. HONOR X9e Pro menampilkan Kamera Utama Ultra-Jelas 108MP dengan penstabilan imej tahap CIPA 6.0 yang baharu, yang sebelum ini diperkenalkan pada HONOR 600 Pro. Ia membantu menghasilkan rakaman yang lebih stabil dan jelas dalam pelbagai situasi, daripada suasana siang dan malam kepada aktiviti luar serta subjek bergerak.

Bagi fotografi bawah air, Underwater Color Tuning membantu mengurangkan tona warna biru dan hijau, sekali gus menghasilkan imej bawah air yang kelihatan lebih semula jadi.

Prestasi Lancar Sehingga 6 Tahun dengan Snapdragon® 6 Gen 5 Mobile Platform yang Dipertingkatkan

HONOR X9e Pro dikuasakan oleh Snapdragon® 6 Gen 5 Mobile Platform, menawarkan prestasi responsif untuk tugasan harian dan hiburan. Selain cipset, peranti ini menggabungkan pengoptimuman perkakasan dan perisian menerusi HONOR Hummingbird Architecture 2.0, yang direka untuk mengekalkan pengalaman penggunaan lancar dan responsif sehingga 72 bulan.

Ciri AI Baharu

HONOR X9e Pro memperkenalkan rangkaian ciri pengimejan berkuasa AI yang direka untuk meningkatkan pengalaman fotografi harian dan ekspresi kreatif. AI Zoom Enhancement membantu memulihkan perincian pada subjek yang jauh, manakala AI Night Enhancement membantu mengekalkan perincian imej dalam keadaan pencahayaan rendah. AI Enhanced Portrait pula memperhalusi rakaman subjek manusia untuk menghasilkan imej potret yang lebih kemas.

Peranti ini turut memperkenalkan AI Moving Photos, dengan ciri-ciri termasuk Motion Trail, Motion Clone dan Slow Motion, memberikan pengguna lebih banyak cara untuk merakam dan menghasilkan kandungan dinamik. Selain itu, AI Image to Video 2.0, yang sebelum ini diperkenalkan pada Siri HONOR 600, membolehkan pengguna mengubah imej statik kepada video menarik serta menyesuaikan kandungan yang dijana menggunakan arahan ringkas.

Bagi penggunaan tanpa perlu memegang peranti sepenuhnya, butang baharu AI Free Grip Call boleh dipaparkan pada kedua-dua sisi skrin, membolehkan pengguna menjawab panggilan menggunakan sebelah tangan.

Direka untuk situasi seperti ketika berjalan atau menunggang, ciri ini memberikan cara yang lebih mudah untuk menjawab panggilan sambil membantu pengguna mengekalkan pegangan yang kukuh pada peranti.

HONOR X9e Pro turut menyokong Instant NFC Access, membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar sebagai kad akses bangunan di lokasi yang menyokong fungsi tersebut.

HONOR Memperluaskan Ekosistem dengan Barisan AIoT Baharu di Malaysia

Selain kedudukan Siri X sebagai No.1 telefon pintar terlaris, tablet HONOR turut mencapai kedudukan No.1 dalam kalangan tablet Android terlaris di pasaran. Buat julung kalinya di Malaysia, HONOR memperkenalkan kedua-dua HONOR Pad 20 dan HONOR Pad 20 Pro.

HONOR Pad 20 Pro menampilkan Paparan 12.1 inci 3K Paper-like Anti-glare dengan kadar segar semula 165Hz, solusi AG dwi-lapisan generasi baharu serta filem optikal yang direka untuk menghasilkan semula pengalaman visual dan sentuhan seperti kertas.

Ia mengurangkan silau sebanyak 50% dan menyingkirkan 99% gangguan cahaya persekitaran. HONOR Pad 20 pula menampilkan Paparan 12.1inci 120Hz 3K Ultra True Color untuk visual yang terang dan kelihatan lebih nyata.

Kedua-dua model turut menawarkan produktiviti setaraf PC pada tablet menerusi PC Mode, dengan antara muka gaya desktop yang biasa digunakan, sokongan berbilang tetingkap dan susun atur skrin pisah yang fleksibel.

Dengan WPS Office bertaraf PC, pengguna boleh mengendalikan dokumen, hamparan, pembentangan dan PDF dengan lebih fleksibel, menggabungkan pengalaman seperti desktop dengan kemudahalihan sebuah tablet.

Dari segi prestasi, HONOR Pad 20 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 8s Gen 4, manakala HONOR Pad 20 menggunakan Snapdragon 7 Gen 3. Kedua-dua model dilengkapi bateri 10,100mAh, menawarkan kuasa yang mencukupi untuk urusan kerja, hiburan dan kegunaan harian.

HONOR Watch 6 menggabungkan reka bentuk nipis dan ringan dengan ciri kesihatan dan kecergasan yang berkuasa, menyokong 120 mod senaman termasuk mod profesional khusus untuk badminton dan bola sepak.

Dengan jangka hayat bateri sehingga 35 hari, ia direka untuk mengikuti rutin harian dan aktiviti senaman pengguna, manakala NFC menawarkan kemudahan tambahan seperti fungsi akses pintu.

HONOR AI Note ialah kad magnetik ultra-nipis yang boleh dilekatkan dengan mudah pada mana-mana telefon pintar HONOR, memberikan pengguna cara mudah dan mudah alih untuk merakam suara, menukar pertuturan kepada teks dalam lebih 130 bahasa, transkripsi audio, pengecaman peta minda, terjemahan AI dan soal jawab pintar.

Sementara itu, HONOR CHOICE Security Camera menampilkan pengimejan ultra-jelas 3MP dan kualiti video 2K dengan keupayaan putaran 360 darjah. Ia turut mempunyai fungsi penjejakan pintar, memberikan liputan menyeluruh kawasan sekeliling sambil mengikuti pergerakan di dalam bilik secara automatik.

Harga dan Ketersediaan

HONOR X9e Pro tersedia dalam empat pilihan warna menawan, iaitu Royal Purple, Reddish Brown, Dawn Gold dan Midnight Black. Varian 256GB ROM dengan 24GB RAM (8GB RAM + 16GB HONOR Turbo RAM) berharga RM1,899, manakala varian 512GB ROM dijual pada harga RM2,399.

Pra-tempahan kini dibuka sehingga 8 Oktober, dengan pelanggan menikmati rebat segera RM100 apabila membuat bayaran penuh. Pelanggan turut boleh menikmati pakej hadiah PERCUMA untuk tempoh terhad bernilai RM1,626, merangkumi HONOR Pad X7 WiFi, Pengganti Skrin Retak Depan dan Belakang 730 Hari, Perlindungan Kerosakan Cecair 730 Hari dan Jaminan Tambahan Satu Tahun.

-tempahan boleh dibuat di semua HONOR Experience Store di seluruh negara, laman web HONOR, kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop, serta pengedar sah.

Siri HONOR Pad 20 hadir bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM898, termasuk papan kekunci pintar Bluetooth dan HONOR Magic-Pencil 4S. HONOR Pad 20 hadir dengan versi USB-C, manakala varian Pro menyokong versi magnetik bagi memudahkan pemasangan dan pengecasan. Peranti ini tersedia dalam konfigurasi berikut:

  • HONOR Pad 20 Pro – 16GB RAM + 256GB ROM, termasuk 8GB HONOR RAM Turbo, berharga RM2,499.
  • HONOR Pad 20 Wi-Fi – 12GB RAM + 256GB ROM, termasuk 6GB HONOR RAM Turbo, berharga RM1,999.
  • HONOR Pad 20 5G – 16GB RAM + 256GB ROM, termasuk 8GB HONOR RAM Turbo, berharga RM2,299.

Pelajar yang layak turut boleh menikmati diskaun pendidikan eksklusif sebanyak 15% untuk Siri HONOR Pad 20, dengan harga serendah RM1,699.15.

HONOR Watch 6 tersedia dalam warna Shadow Black dengan tali Fluoroelastomer pada harga RM699, manakala versi Twilight Brown dengan tali kulit berharga RM799.

HONOR AI Note berharga RM699, manakala HONOR CHOICE Security Camera berharga RM129. Semua produk kini boleh dibeli di HONOR Experience Store, laman web rasmi HONOR serta kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini