realme, jenama telefon pintar paling pesat berkembang di dunia, secara rasmi mengumumkan pelancaran realme Note 80 di Malaysia.
Direka bentuk sebagai rakan jangka panjang yang boleh dipercayai, peranti ini meletakkan dirinya sebagai pilihan utama dalam segmen kelas asas atau ‘entry-level’ dengan mengutamakan ketahanan tiada tandingan dan prestasi bateri luar biasa.
Dengan harga RM399, realme Note 80 mengatasi pesaing dengan menawarkan ciri-ciri kukuh disesuaikan bagi pekerja gig Malaysia yang menghadapi rutin bandar yang sibuk serta belia yang ingin memasuki pasaran telefon pintar.
Ketahanan Tiada Tandingan: Perlindungan ArmorShell untuk Ketahanan Alam Nyata
Memimpin dengan ketahanan unggul, realme Note 80 menampilkan Perlindungan ArmorShell, disahkan di bawah MIL-STD-810H untuk ketahanan hentakan tahap tentera. Kejuruteraan canggih ini merangkumi tiga penambahbaikan utama: ketinggian sudut yang dioptimumkan dinaikkan sebanyak 0.23mm untuk perlindungan skrin menyeluruh, kusyen buih dalaman bagi melindungi komponen kritikal, dan panel kaca yang diperkukuh.
Menyediakan peningkatan ketahanan lenturan sebanyak 300% dan ketinggian jatuh maksimum 1.8m, ia memastikan kebolehpercayaan dalam senario harian. Ketahanan IP54 terhadap habuk dan air memberikan peranti ini perlindungan selanjutnya daripada kemasukan cecair, dilengkapi dengan ketepatan sentuhan tangan basah dan penyingkiran air berasaskan bunyi daripada pembesar suara – menjadikannya peranti ideal buat pekerja gig yang menghadapi cuaca lembap di Malaysia.
Nilai Terbaik dengan Hayat Bateri Luar Biasa dan Kapasiti 6,300mAh
Melengkapkan kekukuhannya ialah bateri besar 6,300mAh, menyediakan ketahanan sepanjang hari yang meletakkan realme Note 80 sebagai peneraju segmen kelas asas. Pengguna boleh menikmati sehingga 740 jam siap sedia, 108 jam mainan muzik, 15 jam strim YouTube, 19 jam pada WhatsApp, atau 7 jam permainan seperti Free Fire dengan satu casan tunggal – jauh mengatasi pesaing dalam segmen harga yang sama.
Teknologi Pembaikan Bionik proprietari mengekalkan 80% kesihatan bateri selepas lebih 1000 kitaran cas, menjamin ketahanan 48 bulan walaupun dalam suhu melampau dari -20°C hingga 50°C. Dengan pengecasan pantas 15W dan pengecasan songsang untuk meguasai peranti lain, ia menghapuskan kebimbangan bateri bagi produktiviti tanpa henti, sama ada ketika menghadapi kesesakan lalu lintas atau mengendalikan pelbagai tugas atau aplikasi secara serentak.
Prestasi Berterusan dan AI Pintar: Direka untuk Kecekapan Jangka Panjang
realme Note 80 dikuasakan oleh cipset octa-core T7250 pada proses 12nm, membolehkan ‘multitasking’ lancar dengan 18GB RAM dinamik dan storan 256GB, serta skor AnTuTu melebihi 390,000. Disahkan untuk kelancaran 48 bulan, ia memastikan kelajuan konsisten dari semasa ke semasa.
Sistem kecerdasan buatan NEXT AI, disepadukan ke dalam realme UI pada Android 15, menyediakan pengoptimuman pintar untuk bateri, prestasi, dan interaksi pengguna, meningkatkan pengalaman keseluruhan untuk aplikasi harian Malaysia dan sambungan sosial.
Reka Bentuk Selesa: Diilhamkan oleh Alam Semula Jadi untuk Penggunaan Harian
Diilhamkan oleh unsur semula jadi, realme Note 80 tersedia dalam ‘Glacier Blue’ – menawarkan sentuhan sejuk dan licin seperti ais glasier – dan ‘Storm Black’, dengan tekstur matte halus ibarat padang pasir ditiup angin.
Direka dengan ketebalan ultra-ramping 7.94mm dan hanya 197g, ia dilengkapi Paparan Keselesaan Mata 90Hz berukuran 6.74 inci bersama ‘Real DC-Dimming’ bagi mengurangkan ketegangan mata semasa penggunaan berpanjangan, sesuai ketika melayari berita tempatan serta media sosial.
realme Note 80 kini boleh didapati pada harga RM399 di Kedai Jenama realme rasmi, kedai pengedar sah; serta Kedai Rasmi Shopee, Lazada dan TikTok Shop.




































