Time Home Internet (Time), salah sebuah anak syarikat TIME dotCom Berhad menawarkan pelan Internet yang lebih mudah dengan promosi baharu iaitu Pelan Tanpa Kontrak.
Bermula dari 8 Januari 2026 untuk masa terhad, tawaran ini amat sesuai untuk penyewa, digital nomad atau sesiapa sahaja yang sedang mencari perkhidmatan tanpa terikat dengan mana-mana kontrak.
Pelanggan boleh menikmati Internet dengan kelajuan ultra pantas, tidak perlu wang pendahuluan dan tidak akan dikenakan yuran pembatalan, semuanya dalam satu pakej.
Sememangnya ramai pembekal Internet menawarkan pelan tanpa kontrak, namun pelan yang berada di pasaran biasanya memerlukan bayaran deposit, malah terdapat juga caj tersembunyi atau perjanjian yang mengehadkan fleksibiliti.
Promosi terbaharu bagi Pelan Tanpa Kontrak Time (No Lock-In) ini menyingkirkan kesemua sekatan, memberikan kebebasan sepenuhnya untuk memulakan atau menghentikan perkhidmatan pada bila-bila masa tanpa bayaran pendahuluan atau yuran penalti untuk pembatalan.
Pelanggan boleh memilih antara pelan 600Mbps dengan harga RM139 atau 1Gbps dengan
harga RM199 setiap bulan. Kedua-dua pelan termasuk pemasangan percuma, WiFi 6 penghala (router) dan pemilihan jadual pemasangan yang fleksibel sama ada di hujung minggu atau selepas waktu bekerja, bagi memastikan ianya mudah, dan tidak mengganggu jadual harian pelanggan.
“Di Time, kami memegang pendirian kami yang mudah Iaitu menyediakan Internet yang
berfungsi. Bagi menyokong tujuan ini, kami melancarkan promosi untuk tempoh terhad dengan pelan Tanpa Kontrak di mana ia seiring dengan matlamat kami”, kata Timur Umetayev, Ketua Pegawai Eksekutif Time Home Internet.
“Pelanggan-pelanggan kami tidak sepatutnya dikelirukan dengan pelbagai pakej, syarat
tersembunyi, atau ikatan jangka panjang bagi mendapatkan Internet rumah yang pantas dan boleh dipercayai.
“Dengan menyingkirkan sekatan-sekatan ini, kami menggandakan ketelusan kami dan memberi setiap orang kebebasan untuk memperolehi apa yang pelanggan kami
sedang nikmati, tanpa perlu terikat dengan apa-apa syarat,” katanya.


































