Telefon pintar flagship terbaharu HONOR Magic8 Pro telah mencetuskan fenomena di seluruh negara sepanjang hujung minggu pertama jualan rasminya.
Pengguna membanjiri HONOR Experience Stores untuk mendapatkan peranti pengimejan flagship bertaraf master ini, sekaligus merasai sendiri kehebatan sistem kamera dan kecanggihan ciri-cirinya.
Kemeriahan jualan tersebut lebih dirasai di HONOR Experience Store IOI City Mall, Putrajaya yang baharu dibuka secara rasmi, menarik kehadiran orang ramai sepanjang hujung minggu.
Kejayaan jualan HONOR Magic8 Pro pada hujung minggu lalu turut didorong oleh komitmen HONOR dalam menawarkan nilai pengguna yang luar biasa. Pakej hadiah eksklusif yang bernilai RM2,190 menjadikan pembelian peranti ini satu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Setiap pembelian hadir bersama HONOR CHOICE Earbuds Clip, rebat segera RM300, serta akses Google AI Pro Higher Access selama tiga bulan. Di samping itu, pembeli turut menerima perlindungan servis komprehensif yang merangkumi Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, dan Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun.
Testimonial Pengguna – Kamera Berkuasa, prestasi hebat dan nilai pengguna
Pengguna telah memuji HONOR Magic8 Pro kerana pengalaman flagship yang mampu menyaingi serta mengatasi jenama flagship yang lain. “Kameranya memang terbaik. Gambar semua jelas dan cantik. Kamera Telefoto Ultra Malam 200MP telefon ini memang hebat, gambar waktu malam terang, jelas dan tidak kabur walaupun zum dari jauh,” kata Amirul Saad.
Seorang lagi pengguna, Eddy Liew, turut meluahkan rasa kagum terhadap komitmen HONOR kepada nilai pengguna, daripada pakej hadiah unik sehinggalah kepada spesifikasi flagship yang menjadikan HONOR Magic8 Pro satu pelaburan yang berbaloi.
“Hadiah percuma dan jaminan yang diberikan amat menguntungkan. Kamera, bateri, ciri AI dan peningkatan prestasi HONOR Magic8 Pro memang berbaloi!” katanya.
Menawarkan Lima Nilai Unik Pengguna Yang Melangkaui Batasan iPhone
HONOR Magic8 Pro menawarkan lima kelebihan utama yang menyelesaikan masalah lazim yang tidak dapat ditangani oleh iPhone. Pertama, Kamera Telefoto Ultra Malam 200MP peranti ini menghasilkan imej jelas dan warna tepat walaupun dalam keadaan pencahayaan yang mencabar.
Kedua, peranti ini memiliki bateri silikon karbon 7,100mAh dengan pengecasan pantas berwayar 100W bagi menawarkan penggunaan sepanjang hari tanpa risau.
Ketiga, HONOR Magic8 Pro menawarkan kesambungan rangkaian yang lebih mantap, direka untuk mengatasi kawasan isyarat lemah dengan lebih stabil. Yang keempat, peranti ini menawarkan teknologi canggih untuk melindungi kesihatan mata ketika penggunaan berpanjangan dengan paparan keselesaan mata sebanyak 6,000nits.
Akhir sekali, peranti ini memiliki penarafan IP69K untuk bertahan dari air dan habuk, dipadankan dengan manfaat jaminan premium yang menyeluruh agar pengguna tidak perlu risau dengan kerosakan dan kos penyelenggaraan.
HONOR Magic8 Pro hadir dalam tiga warna yang menawan, iaitu Sunrise Gold, Sky Cyan dan Black. Ianya tersedia dalam dua konfigurasi: 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) + storan 512GB untuk RM4,599 dan 32GB (termasuk 16GB HONOR Turbo RAM) + storan 1TB untuk RM5,199.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang HONOR di www.honor.com/my/


































