Taman seluas 4.42 ekar bernilai RM3 juta menetapkan penanda aras baharu dalam membina komuniti sejahtera dan saling berhubung di Suria Hill.
Sebagai pelopor pembangunan di Bandar Puncak Alam, IJM Land telah lama menjadi tunjang perkembangan progresif dalam transformasi kawasan ini.
Dari pembinaan kediaman pertama hingga pembentukan infrastruktur dan kemudahan utama, IJM Land kekal antara pelabur terawal yang membentuk asas kukuh komuniti setempat sebelum Puncak Alam diiktiraf sebagai salah satu koridor pertumbuhan utama di Lembah Klang.
Meneruskan visi pembentukan komuniti sejahtera, IJM Land memperkenalkan Suria Park
sebagai mercu tanda hijau yang melambangkan komitmen syarikat dalam membina kediaman sambil membentuk perbandaran menyeluruh berasaskan kesejahteraan, keterangkuman dan kelestarian.
Sempena pelancaran tersebut, IJM Land turut menganjurkan Program Penanaman Pokok yang menyatukan penduduk, pemimpin komuniti serta rakan strategik untuk menanam
pokok sebagai simbol pertumbuhan, perpaduan dan kelestarian bagi generasi akan datang.
SANTUARI BERINSPIRASIKAN MENTARI
Direka oleh HODA Design, landskap Suria Park berinspirasikan Suria, simbol tenaga, kehangatan dan pembaharuan dengan pelaburan bernilai RM3 juta di atas tanah seluas 4.42 ekar.
Setiap elemen disusun dengan teliti, daripada pokok renek berwarna-warni hingga pepohon tahan lasak yang mencipta keseimbangan antara keindahan dan keteguhan. Bagi menstabilkan cerun, spesies berakar dalam dipilih bagi mengukuhkan tanah, manakala pokok berbunga memperkayakan suasana dengan warna bermusim yang sentiasa berubah.
Direka dengan pendekatan lestari, taman ini turut menggunakan sistem saliran semula jadi serta bahan mesra alam bagi memastikan kelangsungan dan daya tahan ruang hijau ini untuk komuniti masa depan.
Direka sebagai ruang rekreasi inklusif untuk semua peringkat umur, Suria Park menampilkan pelbagai kemudahan bagi memenuhi gaya hidup aktif dan santai komuniti.
Trek joging sepanjang 400 meter serta laluan mendaki sejauh 250 meter disediakan untuk penggemar aktiviti luar, manakala dua gelanggang serba guna memberi ruang kepada sukan seperti bola keranjang, futsal, badminton, pickleball dan sepak takraw.
Untuk kanak‑kanak, taman papan luncur (skate park) dan dinding panjat (wall climbing) menambah elemen keseronokan, di samping Taman Permainan Kanak‑Kanak Suria yang menjadi tumpuan keluarga.
Bagi pencinta haiwan, Taman Kucing khas turut disediakan, melengkapkan suasana mesra komuniti. Kemudahan seperti stesen kecergasan luar, dua Gazebo Suria, ruang rehat berbumbung serta tempat letak kereta memastikan pengalaman riadah yang selesa, seimbang dan menyeronokkan untuk seisi keluarga.





































