Jenama peranti pintar global terkemuka, OPPO, mengumumkan pelancaran global untuk siri telefon pintar flagship terbarunya, Find X9 dan Find X9 Pro.
Siri baharu ini menawarkan pengalaman serba lengkap yang luar biasa, menggabungkan sistem kamera yang dibangunkan bersama Hasselblad, jangka hayat bateri yang revolusioner, prestasi berkuasa tinggi, serta system operasi ColorOS 16 yang pintar dan lancar.
“Siri Find X9 menandakan lonjakan besar dalam keupayaan pengimejan mudah alih, dipacu oleh inovasi peneraju industri terkemuka seperti Telefoto Hasselblad 200MP,” kata Pete Lau, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Produk di OPPO.
“Sebagai peranti flagship generasi baharu OPPO, Siri Find X9 menawarkan peningkatan yang komprehensif dari setiap aspek, menetapkan penanda aras baharu untuk kecemerlangan telefon pintar di peringkat global.”
Ketepatan dalam Setiap Piksel: Sistem Kamera Hasselblad Master Generasi Baharu
Melanjutkan legasi inovasi pengimejan siri Find X, Siri Find X9 memperkenalkan Sistem Kamera Hasselblad Master generasi baharu. Dengan menggabungkan perkakasan tercanggih dengan fotografi pengkomputeran termaju, siri ini mewakili lonjakan besar dalam kualiti imej yang dihasilkan.
Find X9 dilengkapi dengan kamera utama 50MP bertaraf profesional, dengan menggunakan sensor Sony LYT-808 bersaiz 1/1.4 inci dan apertur f/1.6, membolehkan pengambilan cahaya sebanyak 57% lebih banyak untuk menghasillan gambar yang lebih jelas dan tajam.
Ia turut dipadankan dengan kamera ultra-lebar 50MP serba boleh yang dilengkapi dengan autofokus untuk rakaman fotografi makro, serta kamera telefoto periskop 50MP dengan adanya sensor Sony LYT600 bersaiz 1/1.95 inci untuk menawarkan keupayaan zum yang unggul.
Tiga kamera 50MP ini dilengkapi dengan Kamera True Color yang pertama dalam industri. Sensor spektrum khas ini berupaya untuk mengukur cahaya persekitaran dengan
tepat — menghasilkan reproduksi warna yang lebih semula jadi dan jitu, walaupun dalam keadaan pencahayaan yang mencabar.
Ketersediaan OPPO Find X9 dan Find X9 Pro OPPO Find X9 dan Find X9 Pro kini dibuka untuk pra-tempahan bermula sekarang hingga 7 November, dan akan mula dijual secara rasmi di seluruh negara mulai 8 November. Kedua-dua variasi ini hadir dengan konfigurasi 16GB + 512GB.
Find X9 akan dijual pada harga runcit RM3,699, manakala Find X9 Pro dijual pada harga RM4,999 (eksklusif sepanjang tempoh pra-tempahan). Pelanggan yang membuat pra-tempahan siri Find X9 dari sekarang hingga 7 November akan menerima pakej hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,577, yang merangkumi Pengering Rambut Mini Laifen bernilai RM459, Kotak Hadiah Magnet Premium bernilai RM499 atau RM399, serta Jaminan Pelbagai Wilayah selama 1 tahun.
Selain itu, pelanggan yang mendaftar sebagai Ahli Aplikasi My OPPO akan menikmati ganjaran tambahan termasuk Pelan Perlindungan Skrin 1 Tahun bernilai RM399, Set Penjagaan Kulit Perjalanan Kiehl’s bernilai RM170, serta E-Baucar Kiehl’s bernilai RM50.




































