Dalam misinya untuk menyediakan ‘Akses Kewangan Dipermudah’, ShopeePay memangkinkan perkhidmatan kewangan asas melalui kerjasama dengan iFAST Capital Sdn
Bhd (iFAST Capital) untuk memperkenalkan servis pelaburan yang ringkas dan mesra pengguna bagi membantu rakyat Malaysia memulakan perjalanan pelaburan mereka.

Dengan pelancaran ShopeePay Invest dalam aplikasi ShopeePay dan Shopee, pengguna boleh mula melabur dengan mudah dan jelas, dari hanya RM10 tanpa had pelaburan.

Untuk masa terhad, pengguna juga boleh menikmati caj jualan 0% bagi semua pelaburan dana sebagai tawaran pengenalan. Maksudnya, anda boleh mula melabur tanpa sebarang caj tambahan!

Melalui kerjasama dengan iFAST Capital, pengguna ShopeePay Invest kini boleh mengakses peluang pelaburan global melalui 38 dana terpilih. Ini termasuk pasaran antarabangsa dan tempatan, tema sektoral serta pilihan patuh Syariah.

ShopeePay Invest sedang dilancarkan secara berfasa dan akan tersedia untuk semua pengguna pada 29 Oktober 2025.

Bagi meraikan pelancaran ini, ShopeePay memperkenalkan kempen promosi dengan tawaran hadiah seperti iPad Pro, Apple Watch Series 10 dan kredit e-Dompet ShopeePay.

Kelayakan adalah automatik bagi pengguna yang melabur minimum RM500 sebelum 1 Disember 2025 dan mengekalkan pelaburan tersebut sehingga tempoh pegangan
berakhir pada 31 Januari 2026.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini