Seremban kini melangkah ke fasa pertumbuhan baharu, dari sebuah bandar yang tenang kepada destinasi pesat berkembang, sarat dengan infrastruktur moden, perdagangan yang rancak serta jaringan perhubungan yang semakin kukuh.
Pendorong utama inilah yang membuatkan keluarga dan profesional tertarik ke sini, mencari ruang lebih luas, nilai lebih baik, dan akses yang sukar ditandingi Lembah Klang.
Majestic Yu, karya eksklusif Majestic Gen, membawa nafas baharu kepada Seremban sebagai kediaman berstatus hak milik kekal yang dicipta untuk keluarga merentasi generasi.
Sejak pra-pelancaran pada Jun 2025, pembangunan ini mendapat sambutan luar biasa dengan kadar tempahan mencecah 80 peratus, satu pencapaian yang menggambarkan permintaan tinggi terhadap kediaman bertanah yang berkualiti.
Daya tarikannya terserlah apabila keluarga setempat, golongan muda, dan penduduk dari Kuala Lumpur Selatan memilih Seremban sebagai destinasi baharu untuk ruang lebih luas dan nilai yang lebih baik.
“Pencapaian kukuh sejak pra-pelancaran membuktikan bahawa keluarga hari ini bukan sahaja mahukan kediaman yang cantik, malah praktikal dan berbaloi untuk masa depan,” kata Datuk Hoo Kim See, Ketua Pegawai Eksekutif Majestic Gen.
Di sebalik nama Yu, tersirat makna berganda. Berasal daripada Yu yang diinspirasikan oleh Ikan Yu, sementara dalam bahasa Cina, ‘Yu’ merujuk kepada 玉 (jed), simbol kesucian serta nilai berkekalan. Nilai simbolik ini diangkat ke dalam seni bina Majestic Yu, menghasilkan kediaman kontemporari yang bukan sahaja indah, malah praktikal dan berkekalan merentasi generasi.
Majestic Yu menawarkan variasi kediaman yang memenuhi pelbagai segmen. Teres dua tingkat tersedia dalam lot 22’ x 75’ (2,341–2,419 kaki persegi) dan lot 24’ x 75’ (2,517–2,707 kaki persegi).
Untuk yang mahukan ruang lebih luas, rumah berkembar di atas lot 40’ x 85’ kdengan keluasan 2,966 kaki persegi tampil eksklusif dengan pelan lantai lapang dan halaman hadapan yang besar.
Sementara itu, teres setingkat di atas lot 20’ x 65’ berkeluasan 1,089–1,143 kaki persegi menjadi pilihan ideal buat keluarga muda atau pemilik rumah pertama. Teres setingkat
ditawarkan daripada RM751,000, tawaran nilai yang menakjubkan untuk lokasi strategik, saiz tanah serta status hak milik kekalnya.


































