HONOR secara rasmi mengumumkan pelancaran HONOR X9d 5G yang serba baharu. Peranti ini padat dengan teknologi terkemuka industri dan dijual pada harga bermula dari hanya RM1,499, mengekalkan harga yang sama seperti model sebelumnya.
Dicipta dengan Ketahanan Tiga Lapisan Inovatif, telefon pintar Pilihan Utama Malaysia ini menawarkan 10 peningkatan berkuasa dari segi ketahanan, jangka hayat bateri, paparan, cipset, audio dan rangkaian, seterusnya menetapkan penanda aras baharu untuk prestasi dan kebolehpercayaan dalam kelasnya.
Dapatkan HONOR Pad X7 Percuma Semasa Tempoh Pra-tempahan!
Lebih menarik, pelanggan yang membuat pra-tempahan HONOR X9d 5G mulai sekarang sehingga 9 Oktober 2025 akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,146, termasuk tablet HONOR Pad X7 dan tiga polisi perlindungan eksklusif terdiri daripada Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, dan Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair.
Dengan tawaran hebat ini, HONOR X9d 5G bukan sahaja membawa peningkatan canggih kepada pengguna bahkan juga nilai yang tiada tandingan, menjadikannya pilihan paling bijak untuk rakyat Malaysia yang mahukan kualiti premium tanpa kompromi.
Pelanggan boleh membuat pra-tempahan HONOR X9d 5G di HONOR Experience Store berhampiran dan laman sesawang HONOR Malaysia. Pra-tempahan juga boleh dibuat melalui kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok. Ia turut tersedia melalui pengedar sah seperti Seng Heng, SenQ, Urban Republic dan Harvey Norman.
Raja Ketahanan dan Prestasi Baharu Bakal Pecahkan Rekod Sekali Lagi
Dengan 10 peningkatan utama merangkumi ketahanan terkemuka industri dan perlindungan hentakan yang canggih, kepada bateri besar dan pengimejan AI terkini, HONOR X9d 5G direka untuk seiring dengan setiap aspek kehidupan sibuk rakyat Malaysia. Berikut adalah peningkatan utama yang menjadikan HONOR X9d 5G pengubah industri sebenar dari segi ketahanan dan prestasi.
Peningkatan Menyeluruh untuk Ketahanan
- Rangka Lebih Teguh untuk Perlindungan Maksimum
Ketahanan sentiasa menjadi DNA siri HONOR X9 dan HONOR X9d 5G membawanya ke tahap yang lebih tinggi. Ia mempunyai kaca tahan pecah ultra-dalam yang diperkukuh dengan Corning® Gorilla® Glass Victus® 2, mencapai kedalaman pengerasan 31% lebih dalam untuk skrin yang lebih kuat dan tahan lasak. Ini bermakna perlindungan yang lebih baik terhadap hentakan dan kejatuhan, menjaga paparan HONOR X9d 5G selamat dalam keadaan sukar. Daripada maklum balas pengguna, HONOR bertukar kepada reka bentuk paparan yang rata pada HONOR X9d 5G, yang meningkatkan lagi ketahanan berbanding skrin melengkung, menjadikan telefon pintar ini lebih mantap dan praktikal untuk kegunaan harian.
- Perlindungan Dalaman dengan Serapan Hentakan Canggih
Pada hari ini, HONOR mentakrifkan semula ketahanan telefon pintar dengan menangani isu kritikal tetapi sering diabaikan: kerosakan dalaman, yang menyumbang 40% daripada semua pembaikan telefon pintar. Kelemahan sebenar bukan hanya pada permukaan, ia adalah apa yang ada di dalam yang lebih penting. Diinspirasikan oleh keselamatan automotif, di mana beg udara melindungi penumpang dan bukannya luaran kereta, HONOR telah membangunkan lapisan bendalir bukan-Newtonian gred aeroangkasa yang pertama dalam industri. Bahan canggih ini kekal lembut semasa penggunaan biasa tetapi serta-merta mengeras apabila berlaku hentakan, memberikan penyerapan kejutan sehingga 300% lebih besar untuk melindungi komponen dalaman yang penting.
Selain itu, HONOR memperkenalkan reka bentuk struktur baharu yang diilhamkan oleh teknologi kalis peluru, menampilkan kerangka penyerapan kejutan 6 lapisan yang dilindungi oleh 8 paten industri. Gabungan inovasi ini memberikan peningkatan perlindungan kejutan keseluruhan sebanyak 112%, menetapkan penanda aras baharu untuk ketahanan yang melindungi peranti dari dalam ke luar.
- Prestasi Kalis Air & Habuk Terbaik Dalam Kelasnya
Ramai pengguna mungkin tidak menyedari bahawa air dan debu mampu memberi ancaman kepada bahagian dalaman telefon pintar. Buat pertama kalinya dalam Siri X, HONOR X9d 5G mencapai rintangan air gred industri IP69K, mengatasi pensijilan IP66 dan IP68 serta melangkaui penarafan IP65M pada model X9c 5G. Ini bermakna peranti ini boleh menahan keadaan ekstrem seperti tenggelam di bawah air pada kedalaman 6 meter, percikan suhu tinggi pada 85°C, pendedahan kepada 18 jenis cecair, dan juga tenggelam selama 30 hari dalam air sedalam 1 meter.
Sebagai tambahan kepada ketahanannya, fungsi Saliran dan Penyingkiran Debu yang inovatif menggunakan getaran untuk mengeluarkan kelembapan dan serpihan daripada port, memastikan telefon bersih dan berfungsi sepenuhnya walaupun selepas terdedah kepada air atau persekitaran berdebu seperti tapak pembinaan atau pantai. Di samping itu, HONOR X9d 5G juga menampilkan ciri AI Heavy Rain Touch dan AI Glove Touch, memastikan skrin kekal responsif dalam keadaan basah atau semasa memakai sarung tangan.
- Jaminan Tambahan untuk Pengalaman Tanpa Risau
Menggabungkan teknologi canggih untuk ciri kali scalar, jatuhan, kerosakan air dan debu, HONOR X9d 5G merupakan telefon pintar pertama yang menerima Pensijilan Prestasi Premium Rintangan Tiga Kali Ganda SGS yang berprestij. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa peranti ini boleh bertahan dalam keadaan yang ekstrem sambil memberikan prestasi dan kebolehpercayaan yang luar biasa. Dengan ketahanan ini, HONOR menawarkan Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun apabila pengguna membeli X9d 5G. Dengan itu, HONOR menjadi jenama telefon pintar pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan ini untuk tumpahan air tidak disengajakan, memastikan pengguna dapat menikmati peranti mereka tanpa perlu risau.
Peningkatan Menyeluruh untuk Prestasi
- Kapasiti Bateri Terbesar dalam Industri
Menyentuh tentang kuasa, siri HONOR X sentiasa menjadi peneraju dalam kapasiti bateri. HONOR X9d 5G menaikkan tarafnya ke tahap yang baharu dengan kapasiti bateri 8300mAh, yang lebih besar berbanding 6600mAh pada model terdahulu. Ini bermakna pengguna boleh menikmati penggunaan sehingga tiga hari penuh dengan hanya sekali cas. Malah, ia masih mempunyai masa siap sedia 7 jam walaupun paras bateri hanya tinggal 2%. Dengan teknologi bateri pintar HONOR, bateri ini dijamin boleh dipercayai sehingga enam tahun.
Walaupun kuasa bateri menurun ke 2%, Mod Penjimatan Kuasa Ultra MagicOS 9.0 membolehkan pengguna membuat panggilan kecemasan selama satu jam, atau bermesej di WhatsApp selama 24 minit. Jangka hayat bateri yang hebat ini membolehkan HONOR X9d 5G menerima anugerah pecah rekod sebagai telefon pintar yang amat berkuasa di pasaran. Dalam mengukuhkan lagi ketahanan peranti ini, ia juga disokong oleh 66W HONOR SuperCharge untuk pengecasan semula yang pantas, dan pengecasan berbalik 7.5W, membolehkannya berfungsi sebagai peranti kuasa mudah alih untuk peranti lain.
- Alat Pengimejan AI Dipertingkatkan
HONOR X9d 5G terus mengujakan dengan Kamera Ultra-Sensing 108MP yang menampilkan sensor 1/1.67 inci untuk menangkap butiran jelas dan nyata dalam apa jua keadaan pencahayaan. Dipertingkatkan dengan penstabilan OIS + EIS, setiap foto dan video menjadi lebih jelas dan stabil. Selain itu, peranti ini juga membawakan pelbagai alat pengimejan AI yang berkuasa termasuk AI Eraser, AI Cutout, AI Outpainting, AI Upscale, dan AI Remove Reflection yang membolehkan pengguna menyempurnakan imej mereka dengan serta-merta. Untuk ekspresi kreatif, peranti ini menyokong Kolaj Foto Bergerak 4K HD dan perkongsian silang platform yang lancar melalui HONOR Connection dengan peranti iOS, menjadikan fotografi dan perkongsian mudah dan menyeronokkan.
- Paparan Terkemuka Industri yang Lebih Baik
HONOR X9d 5G dilengkapi dengan tiga teknologi paparan terbaik dalam kelasnya. Ia mempunyai paparan OLED 6.79 inci yang menakjubkan, memberikan resolusi 1.5K yang jelas, kecerahan puncak 6,000nits yang mengagumkan, dan pemalapan PWM 3,840Hz yang ultra-lancar. Kombinasi ini memastikan visual yang bertenaga dan tontonan yang lancar walaupun dalam persekitaran yang terang. Untuk melindungi mata semasa penggunaan yang berpanjangan, peranti ini menggabungkan pelbagai ciri keselesaan mata seperti Paparan Malam Sirkadia, Paparan Nyahfokus AI, Pemalapan Dinamik, dan perlindungan cahaya biru rendah tahap perkakasan yang mengurangkan ketegangan dan keletihan mata dengan efektif.
- Prestasi Merentas Generasi
Nadi kepada HONOR X9d 5G ialah set cip Snapdragon 6 Gen 4 yang berkuasa. Ia adalah peningkatan ketara berbanding generasi sebelumnya, membolehkan multitugas lebih lancar, permainan lebih pantas, dan kecekapan bateri yang dioptimumkan. Direka untuk jangka hayat yang panjang, peranti ini menjanjikan prestasi tanpa tersekat sehingga enam tahun. Dengan Lightweight OS Engine serba baharu, semua fungsi akan menjadi lebih pantas, aplikasi dilancarkan dua kali lebih cepat, kelajuan respons 71% lebih pantas, dan operasi keseluruhan 90% lebih lancar. Tambahan pula, dengan sistem penyejukan HONOR VC Ice Cooling System, peranti ini kekal sejuk dan mantap walaupun dalam penggunaan yang intensif.
- Sistem Bunyi Lebih Baik
HONOR X9d 5G membawakan audio telefon pintar ke tahap lebih tinggi dengan sistem dwi pembesar suara bass baharu, yang memberikan peningkatan volum sebanyak 400% berbanding model terdahulu. Sama ada bermain, menonton filem, atau membuat panggilan, pengguna kini boleh menikmati kuasa audio yang lebih imersif dan mengasyikkan.
- Rangkaian yang Lebih Berkuasa
Melengkapkan set ciri yang mengagumkan, HONOR X9d 5G memberikan prestasi rangkaian yang dipertingkatkan melalui susun atur antena dioptimumkan yang meningkatkan nisbah antena-ke-bingkai kepada 93.2%. Kejuruteraan hebat di sebalik peningkatan ini menggalakkan kekuatan dan kestabilan isyarat secara signifikan, memastikan sambungan yang lebih pantas dan boleh dipercayai semasa menstrim, bermain, atau bekerja.
Selain itu, peranti ini menyokong akses NFC dengan segera, membolehkan tindakan pantas dan mudah seperti menyentuh untuk masuk atau menambah nilai kad Touch ‘n Go pada bila-bila masa, di mana sahaja, menjadikan tugas harian mudah dan cekap.
Harga, Warna, dan Ketersediaan
HONOR X9d 5G hadir dalam dua varian, iaitu RAM 24GB (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) + storan 256GB storan pada RM1,499, dan storan 512GB pada RM1,699. Kedua-dua varian ini didatangkan dalam pilihan warna Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold, dan Midnight Black. Peranti ini boleh didapati di kedai-kedai seluruh negara mulai 10 Oktober 2025 ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9d 5G, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.







































