BMW Motorrad Malaysia mempersembahkan model terbaharu dalam dunia sukan permotoran, BMW M 1000 RR Competition Baharu.

Motosikal berkuasa tinggi yang diluluskan untuk kegunaan di jalan raya ini menggabungkan ketepatan yang tiada tandingan, keunggulan aerodinamik serta kuasa tulen yang direka untuk memberikan keunggulan di jalan raya dan litar lumba.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata: “Sejak awal tahun ini, BMW Motorrad Malaysia terus memacu momentum, menjadikan 2025 sebagai tahun yang amat mengujakan buat para peminat motosikal di seluruh negara.

Daripada model Sports dan Adventure hingga ke model Tour dan Heritage, kami telah memperkenalkan rangkaian luas model yang membangkitkan semangat setiap jenis penunggang.

“Hari ini, dengan pelancaran BMW M 1000 RR Competition Baharu, kami membawa keterujaan tersebut ke tahap lebih tinggi, sekali gus membawakan kecemerlangan sukan permotoran serta kejuruteraan tanpa kompromi terus ke jalan raya dan litar lumba Malaysia.

“BMW M 1000 RR Competition Baharu adalah lambang kesungguhan sebenar,
mewakili kemuncak kejuruteraan BMW Motorrad, warisan perlumbaan, dan visi berani untuk megorak masa hadapan. Bagi penunggang di Malaysia yang mencari kuasa, kelincahan, dan kehadiran yang tiada tandingan, BMW M 1000 RR Competition Baharu adalah jawapan muktamad kepada etos ‘Make Life A Ride’.”

BMW M 1000 RR Competition Baharu direka khusus untuk penunggang yang mendambakan tahap prestasi, ketepatan, dan kawalan tertinggi. Dengan aerodinamik yang dipertingkatkan, kuasa yang lebih hebat, serta teknologi terkini, motosikal ini dibina untuk mendominasi litar mahupun jalan raya.

Harga jualan (di atas jalan, termasuk Program Jaminan Tiga Tahun dan Bantuan Tepi Jalan Tiga Tahun Baharu BMW Motorrad Malaysia, tanpa insuans) untuk BMW M 1000 RR Competition Baharu adalah RM299,500.00.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini