HONOR yang menjadi jenama tablet Android nombor satu di Malaysia selama 12 bulan berturut-turut, bakal meningkatkan prestasi pengguna menyiapkan kerja, mencipta karya dan bermain permainan dalam talian dengan perkenalan dua peranti baharu yang amat dinanti-nantikan iaitu HONOR MagicPad 3 dan HONOR MagicBook Art 14 2025 pada 20 Ogos ini.
Dikenali di peringkat global melalui rangkaian telefon pintarnya, HONOR terus memperluaskan jejak inovasinya melalui ekosistem peranti AI yang semakin berkembang dengan menyediakan peranti yang menghubungkan dan bersepadu lancar dalam kehidupan harian pengguna.
Sejak beberapa tahun lalu, rangkaian tablet HONOR telah mendapat pujian yang meluas dan keluaran flagship tahun ini membawa legasi itu ke tahap lebih tinggi.
HONOR MagicPad 3 – Tablet Flagship Terbaik Tahun Ini
Menjelang pelancaran, HONOR telah memuat naik gambar mengacah MagicPad 3 di media sosial memberikan gambaran reka bentuk yang rapi dan sekata. Ini mencetuskan keterujaan ramai yang menantikan tablet sesuai bagi hiburan, produktiviti, dan permainan dalam talian.

Bukan sekadar peranti mudah alih bagi menonton filem, HONOR MagicPad 3 adalah tablet serba lengkap yang boleh menggantikan komputer riba, berfungsi sebagai studio kreatif dan mengendalikan permainan berprestasi tinggi dengan mudah.
Tablet ini menawarkan Paparan Keselesaan Mata HONOR bersaiz 13.3 inci dengan resolusi 3.2K dan kadar segar semula 165Hz yang tertinggi dalam industri. Ciri-ciri tersebut memberikan visual yang tajam dan gerakan ultra lancar sesuai sama ada untuk suntingan video atau sesi permainan intensif.
Seterusnya, HONOR MagicPad 3 dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8 Gen 3, menerima pensijilan IMAX Enhanced dan dilengkapi lapan pembesar suara sekeliling untuk pengalaman hiburan yang imersif.
Tablet ini didatangkan bersama papan kekunci pad sentuh Bluetooth pintar dan pensel pintar. Dua aksesori tersebut mengubah HONOR MagicPad 3 berfungsi seperti komputer riba untuk menyiapkan kerja. Dipadankan dengan paparan warna sebenar, tablet ini adalah alat sempurna untuk golongan kreatif melakar, menghasilkan karya, dan merealisasikan idea di mana sahaja mereka berada.
HONOR MagicBook Art 14 – Inovasi Bertemu Fesyen
Turut dilancarkan bersama tablet, HONOR MagicBook Art 14 2025 adalah pengganti kepada generasi terdahulu yang telah diiktiraf di peringkat global kerana memperkenalkan kamera magnetik pertama dalam industri, satu inovasi dalam perlindungan privasi pengguna.
Mengekalkan ciri ikonik dalam model 2025 tersebut, komputer riba ini didatangi pemproses yang dinaik taraf untuk prestasi lebih baik. HONOR MagicBook Art 14 2025 merupakan ‘aksesori’ fesyen yang harus dimiliki kerana tampil dengan warna baharu yang diinspirasi oleh ‘Color of the Year 2025’.
Butiran Penuh Diumumkan Pada 20 Ogos Ini
HONOR MagicPad 3 dan HONOR MagicBook Art 14 2025 bakal mendefinisikan semula produktiviti dan hiburan, digayakan dengan inovasi tersendiri HONOR. Nantikan spesifikasi penuh, harga dan ketersediaan yang akan diumumkan pada 20 Ogos 2025. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook HONOR Malaysia rasmi atau kunjungi www.honor.com/my.






































