REDMAGIC, peneraju global dalam teknologi permainan termaju, dengan bangganya mengumumkan pelancaran global peranti flagship terbarunya: REDMAGIC Astra Gaming Tablet. Dikuasakan oleh cipset canggih Snapdragon 8 Elite,
REDMAGIC Astra tampil dengan reka bentuk badan logam lutsinar premium, cahaya RGB dinamik, dan paparan OLED ultra lancar bersaiz 9.06 inci dengan resolusi 2.4K serta kadar penyegaran 165Hz. Dilengkapi sehingga 24GB RAM dan storan 1TB, bateri berkapasiti 8,200mAh yang menyokong pengecasan pantas, serta ICE Cooling technology yang dipertingkatkan, Astra memberikan prestasi permainan bertaraf tinggi dan keupayaan multitugas yang lancar.
Direka khas untuk gamer tegar dan content creator, REDMAGIC Astra Gaming Tablet menggabungkan kuasa luar biasa, visual yang mengasyikkan, dan kebolehan mudah alih sebenar — menjadikannya teman ideal sepanjang hari.
REDMAGIC Astra Gaming Tablet menampilkan paparan bersaiz 9.06 inci, memberikan keseimbangan sempurna antara prestasi dan kebolehgunaan mudah alih. Lebih besar daripada model standard 7–8 inci, ia menawarkan pengalaman permainan dan multitugas yang lebih imersif, sambil kekal lebih padat dan mesra perjalanan berbanding tablet tradisional bersaiz 10–13 inci.
Saiznya yang ideal menjadikannya pilihan sesuai untuk gamer, pelajar, dan golongan profesional yang memerlukan kuasa tinggi dalam bentuk peranti mudah alih. Ringan dan mudah dikendalikan dengan sebelah tangan, Astra direka khusus untuk gaya hidup aktif dan sentiasa bergerak.






































