Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dato’ Dr. Mustapha Ahmad Marican telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Chan Hong Jin di pejabat KBS Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, pertemuan itu antara lain membincangkan usaha memperkasa penglibatan belia dan masyarakat dalam bidang kesukanan, terutamanya dalam kalangan pelajar, bagi mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baru sebagai pelapis atlet negara.

“Kejayaan atlet tanah air di pentas antarabangsa telah menjadi inspirasi kepada generasi muda, sekali gus mengharumkan nama negara.

“Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dan mereka yang berbakat disarankan mendaftar dengan persatuan sukan di peringkat daerah dan negeri bagi memudahkan proses pengesanan serta pembangunan bakat,” katanya.

Dato’ Dr. Mustapha turut menyuarakan harapan agar lebih ramai anak muda menjadikan sukan bukan sahaja sebagai aktiviti masa lapang, malah sebagai kerjaya profesional kerana ramai yang telah berjaya membuktikan potensi masing-masing.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini