Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung UMT, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan pertemuan dengan Ambasador of the State of Palestin ke Malaysia
TYT Ambasador Walid Abu Ali di Kuala Lumpur, di sini semalam.

Beliau berkata, antara perkara yang dibincangkan ialah pendidikan anak anak Palestin yang ada Malaysia atau di Palestin sendiri yang ada kelayakan perlu diberi peluang melanjutkan pengajian di universiti di negara ini dalam pelbagai bidang mengikut kelayakan mereka.

Menurut Mustapha, cadangan yang diutarakan oleh Ambasador Walid amat baik kerana rakyat Palestin yang ditindas kejam tanpa peri kemanusiaan ini perlu diberi peluang untuk menimba ilmu pengetahuan di negara ini.

“Sekurang-kurangnya mereka dapat mengubah nasib anak-anak muda Palestin kelak dan seterusnya untuk melawan kekejaman Israel yang memerlukan ilmu serta pengetahuan khususnya mereka yang menjadi sasaran adalah kanak kanak dan wanita.

“Israel melihat masa depan negara Palestin yang lebih baik jadi penghapusan ini berlaku secara terang kerana mendapat sokongan Amerika. Jadi untuk melawan kekejaman ini setiap anak-anak Palestin kelak tidak perlu menggunakan batu ..tetapi melawan dengan ilmu,” katanya.

Menurutnya, setakat ini Malaysia antara negara yang lantang bersuara untuk mempertahankan rakyat dan negara Palestin manakala jalan terbaik bagi rakyat Palestin yang memiliki kebolehan serta kelayakan yang sesuai diberi peluang untuk belajar di negara ini menerusi kemudahan pengajian mengikut bidang yang sesuai termasuk kemudahan tempat tinggal seperti asrama.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini