vivo Malaysia memperkenalkan vivo X200 FE, telefon pintar telefoto bertaraf mercu kompak pertama dalam siri X, menandakan pencapaian baharu dalam membawa pengalaman bertaraf mercu kepada telefon pintar kompak.
Menggabungkan ekspresi warna menyerlah, keupayaan pengimejan hebat, dan prestasi canggih dalam bentuk yang boleh digenggam dalam satu tangan, vivo X200 FE mencabar tanggapan lama bahawa telefon kompak memerlukan pengorbanan dari segi keupayaan.
Dicipta untuk generasi profesional muda dan pencinta kehidupan yang bersemangat, vivo X200 FE memenuhi keperluan mereka untuk kecekapan, kreativiti, dan kebebasan ekspresi.
Kompak tetapi tetap berkuasa, ia memperkasakan kehidupan seharian dengan mudah, penuh tenaga, dan bergaya. vivo X200 FE menampilkan skrin rata 6.31 inci dengan lebar peranti 71.76mm, ketebalan hanya 7.99mm dan berat hanya 186g.
Susunan dalaman komponen yang tepat mencapai pengagihan berat 1:1 yang seimbang, manakala modul kameranya yang minimalis hanya mengambil 9% daripada permukaan belakang.
Direka untuk gaya hidup pantas dan fleksibel, vivo X200 FE memenuhi keperluan pengguna muda yang mahukan telefon pintar premium yang boleh dikendalikan sepenuhnya dalam satu tangan.
vivo Watch GT – Gaya yang Tahan Lama
Turut membuat penampilan sulung bersama vivo X200 FE ialah vivo Watch GT – jam tangan pintar pertama vivo dengan reka bentuk bersegi empat yang menggabungkan gaya dan kepraktisan harian.
Menampilkan skrin melengkung 2.5D yang anggun, badan ringan seberat 33g, serta tombol digital keluli tahan karat yang digilap kemas, vivo Watch GT menawarkan estetik berteknologi tinggi yang elegan dengan kawalan intuitif — hanya putar untuk menukar antara muka atau tekan untuk kembali.
Pengguna boleh memperibadikan gaya mereka dengan pelbagai pilihan muka jam yang sesuai dengan apa jua pakaian atau acara. Bagi yang aktif, ia menyokong enam mod sukan
profesional termasuk badminton, tenis dan pickleball, dengan data penjejakan terperinci seperti jumlah ayunan dan pecahan gaya pukulan.
Dengan jangka hayat bateri sehingga 21 hari – paling lama dalam kelasnya – vivo Watch GT direka untuk menemani anda ke mana sahaja.
Ketersediaan
vivo X200 FE akan ditawarkan pada harga runcit RM3,199. Namun, pelanggan yang membuat pembelian semasa tempoh pra-tempah akan menikmati rebat segera sebanyak RM200 – membolehkan mereka membawa pulang vivo X200 FE pada harga hanya RM2,999!
vivo Watch GT pula akan hadir dalam dua varian warna, Putih Awan dan Hitam Suria, masing-masing pada harga RM549 dan RM499. Rakyat Malaysia boleh membuat pra-tempahan vivo X200 FE bermula hari ini melalui Kedai Konsep vivo, peruncit rasmi, dan platform dalam talian rasmi termasuk E-Store vivo Malaysia, serta kedai rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Sempena pelancaran vivo X200 FE, Kedai Konsep vivo turut menawarkan promosi pra-tempahan bermula sekarang hingga 4 Julai 2025, dengan hadiah percuma dan tawaran eksklusif, termasuk:
1. Hadiah Percuma (bernilai sehingga RM1,856)
○ Set Paddle Pickleball (bernilai RM259)
○ vivo TWS 3e (bernilai RM199)
○ Jaminan Lanjutan 1+1 Tahun
○ Jaminan perlindungan skrin retak selama 1 tahun
2. Pelan Ansuran 0% Faedah tersedia melalui rakan kongsi
○ Nikmati bayaran ansuran sehingga 24 bulan tanpa faedah.
○ Diskaun tambahan 30% melalui promosi PWP (Purchase-With-Purchase) untuk Watch GT dan Watch 3.
3. Tawaran Eksklusif Bank
○ Public Bank: Rebat Segera RM100
○ Affin Bank: Rebat Segera RM100 + 5x Mata Ganjaran AFFIN
4. Pilihan Beli Sekarang, Bayar Kemudian
○ PayLater by Grab: Diskaun RM60 dengan perbelanjaan minimum RM550, pelan ansuran 0% sehingga 4 bulan (Sah hingga 31 Julai sahaja)
5. Promosi Tukar Beli (Trade-in)
○ Bonus tukar beli sebanyak RM200 untuk peranti yang layak
Promosi pra-tempahan ini tersedia di semua Kedai Konsep vivo. Tertakluk kepada terma dan syarat.