Pengerusi NGO Antarabangsa, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, anak-anak yatim yang tinggal di kampung perlu di bela kerana mereka kebanyakan tinggal di dibawah jagaan ibu bapa atau ahli keluarga terdekat kerana kematian ibu atau bapa mereka.
“Kebanyakan mereka hidup susah berbanding di negara kita ada pusat penjagaan anak- anak yatim yang teratur termasuk pendidikan. Namun di sini tidak ada jaminan anak-anak yatim mendapat pendidikan terbaik.
“Kebanyakan mereka berhenti sekolah dalam usia yang muda kerana kesempitan hidup yang mereka alami,” katanya ketika mengadakan lawatan ke kampung sempadan Kemboja-Vietnam di sini, semalam.
Katanya, beliau melihat perjuangannya ngin melihat anak-anak yatim tidak ketinggalan dari segi pendidikan dan mereka ini mesti di bela oleh pihak yang ada kemampuan.
“Pendidikan adalah asas kehidupan mereka. Kerana mereka masih lagi jauh untuk melihat masa depan ..semua pihak perlu bantu bagi impian ini anak-anak yatim berjaya selain mengubah nasib anak-anak yatim yang lain menjadi realiti.