Selaras dengan pengisytiharan berwawasan oleh Duli Yang Maha Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang mengisytiharkan tahun 2025 sebagai Tahun Komuniti, AYS Developers telah mengambil langkah berani sebagai bukti komitmennya terhadap tanggungjawab sosial dan kecemerlangan industri.
Dalam satu inisiatif bersejarah yang dianjurkan melalui kerjasama strategik bersama Dr. Nour El-Serougy, yang terkenal sebagai “Sang Helang Hartanah”, dari Innovation Experts Real Estate Institute – badan latihan hartanah terkemuka di rantau MENA, AYS Developers akan menganjurkan sesi latihan hartanah percuma dan berimpak tinggi pada 31 Mei 2025 di Grand Hyatt Convention Centre, Dubai.
Acara ini juga diadakan dengan kerjasama Al Safi Bank – bank Islam pertama yang ditubuhkan di Astana International Financial Centre (AIFC), yang menawarkan perkhidmatan kewangan patuh Syariah kepada pelanggan-pelanggan antarabangsa.
Bank ini mengkhusus dalam transaksi merentas sempadan, operasi pertukaran mata wang asing, penyelesaian perbankan beretika, serta perkhidmatan kewangan inovatif yang direka khas untuk pelanggan di seluruh dunia.
Dikendalikan oleh En. Spencer Lodge, hos audio siar pemenang anugerah, ahli strategi perniagaan, dan salah seorang daripada 100 Individu Paling Berpengaruh di Dubai, acara yang belum pernah berlaku ini bertujuan untuk memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi Sesi Latihan Hartanah Terbesar di Dunia.
Sesi ini akan membekalkan peserta dengan teknik-teknik lanjutan dalam penjualan projek hartanah atas pelan, kemahiran yang penting dalam pasaran hartanah yang dinamik dan kompetitif masa kini.
Latihan ini akan diketuai oleh Dr. Nour El-Serougy, seorang tokoh global dalam pelaburan hartanah dan pendidikan PropTech (Property Technology). Sebagai Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif HRE Properties & Pensyarah Kanan di Experts Real Estate Institute, Dr. El-Serougy merupakan pemegang Rekod Dunia Guinness dan salah seorang mentor hartanah paling terkenal di rantau ini.
Dengan pengalaman lebih dua dekad di UAE, MENA dan pasaran antarabangsa, beliau telah melatih ribuan profesional dan pelabur, menjadikan dirinya sebagai tenaga pengajar utama di sebalik inisiatif latihan bersejarah ini.
Selepas sesi latihan yang mencipta rekod, acara ini akan diteruskan dengan perbincangan panel yang berimpak tinggi tentang masa depan pelaburan di Kepulauan Dubai. Perbincangan ini akan dipimpin oleh Ismael Al Hammadi, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Al Ruwad Real Estate dan Biznet Consulting, Nazish Khan, Ketua Pegawai Operasi FIDU Properties, Cik Sonia Waters (Ketua Jualan di AYS Developers), serta Dr. Nour El-Serougy.
Acara ini juga akan dihadiri oleh wakil-wakil dari pihak berkuasa kerajaan dan pihak atasan, yang membuktikan komitmen Dubai terhadap inovasi, pendidikan dan pertumbuhan sektor hartanah.
Berlatarbelakangkan Kepulauan Dubai, lokasi ini menjadi melambangkan cita-cita berani dan transformasi berterusan bandar raya ini. Inisiatif ini bukan sekadar meraikan perkongsian ilmu tetapi juga menjadi platform untuk mempamerkan usaha berterusan Dubai dalam menjadi peneraju global dalam bidang hartanah dan inovasi bandar.
Berinspirasikan kata-kata Duli Yang Maha Mulia Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Timbalan Presiden dan Perdana Menteri UAE – ““Kami gemar menjadi nombor satu, dan Dubai sentiasa menjadi nombor satu” – perhimpunan bersejarah ini merupakan bukti komitmen Emiriah Arab Bersatu yang tidak berbelah bagi.untuk menerajui dalam kecemerlangan, inovasi dan pendidikan hartanah.
Yulia Loshchukhina, CEO AYS Developers, berkata: Kami berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada gerakan yang menggabungkan pendidikan, inovasi dan semangat kemasyarakatan.
“Memecahkan rekod dunia bukan sahaja tentang skala; tetapi tentang impak. Kami berbangga kerana dapat menetapkan piawaian global baharu bermula dari Dubai,” katanya.
Mohammed Mousa, Ketua Pegawai Eksekutif Innovation Experts Real Estate Institute menambah, ini bukan sekadar sesi latihan pemecah rekod – tetapi sebuah gerakan untuk mentransformasikan cara profesional hartanah belajar, berkembang dan memimpin.
“Dari Dubai ke seluruh dunia, kami menetapkan penanda aras yang menggabungkan ilmu, kecemerlangan dan wawasan. Saya amat berbesar hati dapat memainkan peranan dalam misi ini di tanah air saya – sebuah bandar yang sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi,” katanya.



































