HONOR mengejutkan rakyat Malaysia dengan pelancaran empat peranti kelas flagship semua senario baharu yang direka untuk mempertingkatkan gaya hidup digital masa kini.
Menerajui barisan ini ialah tablet generasi baharu HONOR Pad 10, yang menawarkan kecekapan kerja dan kreativiti luar biasa, meneruskan kejayaan Pad 9 yang mendapat sambutan hebat pada 2024. HONOR MagicBook Pro 14 pula, dengan kapasiti bateri 92Wh merupakan satu-satunya komputer riba dari luar China yang menyokong Cross-OS Connectivity, membolehkan pemindahan fail lancar antara peranti Windows, iOS dan Android.
Jenama ini turut memperkenalkan dua jam tangan pintar baharu iaitu HONOR Watch Ultra 5 yang direka dengan Titanium Alloy Case dan kaca Sapphire, menyokong mod Free Diving 40M, menjadikan ia tahan lasak dan sesuai untuk gaya hidup lebih sihat.
Bagi melengkapkan barisan ini, HONOR Band 10 merupakan teman kecergasan yang direka untuk gaya hidup aktif dan terkini.
HONOR Pad 10 — Ketepatan Produktiviti Tablet
HONOR Pad 10 menampilkan paparan 2.5K yang terunggul dalam segmennya, dengan nisbah skrin-ke-badan diluaskan ke 88%, sesuai untuk mereka yang kreatif.
Kadar segar semula dinamik 120Hz memberikan pengalaman menatal yang lancar, animasi yang halus, dan permainan responsif, disokong oleh resolusi 2560×1600 piksel dan gamut warna DCI-P3.
Paparan AI Dynamic menjadikan visual lebih jelas dan mengagumkan, dipertingkatkan lagi dengan AI Ultra Picture Engine untuk keunggulan visual.
Dikenali dengan rekaan yang berpaksikan insan, HONOR terus memberi tumpuan kepada lima ciri perlindungan, melalui Teknologi Perlindungan Mata HONOR dalam HONOR Pad 10.
Ia memberi ketenangan minda untuk penggunaan jangka panjang, serta mengurangkan ketegangan mata semasa menjalani sesi fokus yang intensif.
Bahagian dalam peranti ini dikuasakan oleh prosesor Snapdragon® 7 Gen 3, yang membolehkantablet ini mengendalikan pelbagai tugas, panggilan video dan juga aplikasi suntingan yang berat.
Dengan jangka hayat ultra panjang bateri 10,100mAh yang menerajui industri serta pengecasan pantas HONOR SuperCharge 35W, ia mampu bertahan lama dan dicas semula dengan pantas.
Walaupun mempunyai kapasiti bateri besar, reka bentuknya tetap ringan dan nipis – hanya seberat 525g dan setebal 6.29mm – hasil casis reka bentuk bingkai lentur 270° dan teknologi binaan gred aeroangkasa HONOR.
Tablet ini lasak walaupun berada di dalam beg yang terjatuh, selain nipis dan ringan untuk dibawa ke mana-mana. Direka untuk produktiviti sebenar, HONOR Pad 10 juga didatangkan bersama Papan Kekunci Bluetooth Pintar dan HONOR Pencil dalam satu set, menjadikannya tablet ini seperti riba.
Pengguna boleh menggunakannya untuk mencatat nota semasa bermesyuarat bersama klien, menanda kertas berformat PDF dalam ruang syarahan atau melakar prototaip UI di kafe dengan mudah.
Untuk kali ini, HONOR Pad 10 juga didatangkan dengan fon kepala HONOR CHOICE Active Noise Canceling Headphone agar pengguna dapat menjalankan kerja dan berhibur secara tanpa gangguan.
Peranti moden tidak lengkap tanpa AI, dan HONOR Pad 10 memperkenalkan alat penulisan berasaskan AI yang berkuasa untuk menggalakkan produktiviti dan kreativiti.
Alatan ini membantu pengguna untuk mencipta kandungan, mengembangkan idea, memperkemas dan mengolah semula kandungan, dan juga memeriksa tatabahasa dan ejaan merentasi pelbagai bahasa.
Ini menjadikan tugasan menulis lebih cekap dan berinspirasi. Di samping itu, HONOR Notes mempertingkatkan lagi produktiviti melalui fungsi AI Summary untuk menghasilkan ringkasan, kata kunci dan cadangan pembacaan, manakala fungsi AI Smart Layout bagi memformat secara automatik.
HONOR MagicBook Pro 14 — Kuasa Unggul Bertemu Kesambungan Lancar
HONOR MagicBook Pro 14 tampil dengan bateri Lithium Polymer 92Wh, kapasiti terbesar dalam mana-mana komputer riba 14 inci dan mampu beroperasi sehingga 12 jam tanpa henti.
Ini membolehkan golongan profesional dan pelajar menguruskan tugasan banyak dengan lancar. Pengecasan pantas SuperCharge 100W membolehkan peranti ini dicas sepenuhnya dengan pantas.
Komputer riba ini juga menyokong pengecasan pantas secara songsang, membolehkan pengecasan pantas telefon dan tablet HONOR yang serasi secara serentak.
Selain kuasa, inovasi sebenar HONOR terletak pada saling kesambungan. Sebagai jenama pertama dari China yang menyokong Cross-OS Connectivity, MagicBook Pro 14 membenarkan perkongsian fail antara iOS, Android, dan Windows tanpa memerlukan kabel.
Sebagai contoh, seorang eksekutif pengiklanan boleh memasukkan video yang dirakam menggunakan iPhone ke komputer riba semasa pembentangan. Atau, seorang pelajar menghantar PDF dari iPad kepada rakan yang menggunakan
peranti HONOR tanpa sebarang masalah.
Sungguhpun direka dalam lingkungan produk Semua Senario HONOR, HONOR Share kini memudahkan pertukaran dokumen dan fail media yang lancar antara peranti HONOR dan iPhone.
Paparan Sentuh HONOR Full View Eye Comfort 14.6 inci pada komputer riba ini menawarkan kejelasan yang hebat dengan resolusi 3120×2080 dan kecerahan puncak mencapai 700 unit, memberikan pengalaman dan imeh yang lebih terperinci.
Peranti ini juga mempunyai kadar segar semula 120Hz, gamut warna DCI-P3, dan nisbah skrin-ke-badan 91.5% yang dibina ke dalam rangka bezel ultra-nipis 3.75mm, membolehkan pengguna alami keseronokan menonton hanya dalam satu peranti.
Tambahan pula, ciri-ciri penjagaan mata seperti Pemalapan PWM 4320Hz, Pemalapan Dinamik, Mod E-Book, ditambah pula dengan Persijilan TÜV Rheinland Low Blue Light (Penyelesaian Perkakasan) dan Persijilan Bebas Kerdipan TÜV Rheinland, komputer riba ini jelas dibina untuk waktu kerja yang panjang dan sesi Netflix yang menyeronokkan.
Di bahagian dalaman, pemproses Intel® Core™ Ultra5 225 memberikan 14 teras dan 14 bebenang, melaksanakan perisian reka bentuk, suntingan video resolusi tinggi, dan juga permainan bertaraf tinggi dengan lancar dan mudah.
Mod prestasi 65W boleh diaktifkan untuk rangsangan kuasa tambahan apabila diperlukan, sesuai untuk tugasan pelbagai aplikasi yang memerlukan prestasi
tinggi.
Selain itu, HONOR Workstation diperkenalkan sebagai titik sambungan yang mengintegrasikan alatan HONOR Connect, Global Favorites, HONOR Notes dan HONOR Share, menyelaras kerjasama rentas multi peranti dengan lancar.
Kelancaran aliran tugas tahap tinggi boleh dicapai dengan HONOR Device Clone dan Multi-screen, meningkatkan produktiviti individu di mana sahaja. Direka dengan mementingkan mobiliti, komputer riba ini hanya seberat 1.37kg dan menampilkan reka bentuk Vine-leaf Curves Design dengan casis Double Tangent Arcs kecil untuk rasa pegangan tangan yang lancar dan ergonomik.
HONOR MagicBook Pro 14 yang berkuasa tinggi ini memiliki ketebalan 15.9mm dengan bentuk yang nipis dan bergaya, sedia untuk mendominasi pasaran komputer riba, menggabungkan perkakasan berprestasi tinggi, perisian bersepadu AI, dan sokongan ekosistem rentas platform yang melangkaui batasan OS yang lama.
HONOR Watch 5 Ultra — Jam Tangan Pintar Gaya Mewah Dengan Fungsi Kesihatan
Mengetengahkan rekaan Dome Octagonal, jam tangan pintar HONOR Watch 5 Ultra menonjol kemewahan dan pemantauan kesihatan tercanggih.
Dibuat daripada titanium Gred 5 dan dilindungi oleh Sapphire Crystal, jam tangan ini bukan sahaja kelihatan premium bahkan dibina untuk ketahanan untuk pemakaian harian.
Dengan jangka hayat bateri 15 hari, pengecasan tanpa wayar dan secara songsang, serta reka bentuk oktagon kubah yang menawan, ia sesuai digayakan oleh semua, sama ada untuk ke mesyuarat atau bersantai di pantai, atau ke sebarang majlis.
HONOR Watch 5 Ultra menampilkan paparan skrin AMOLED 1.5 inci dengan kadar segar semula yang tinggi, nisbah bezel-ke-skrin 82.6% dan kadar segar semula sehingga 60Hz.
Ia juga menyokong lebih 10,000 muka jam, termasuk lebih daripada 100 mod sukan, melalui aplikasi HONOR Health. Ia turut menampilkan Mod Free Diving yang inovatif, menyokong selaman sehingga 40 meter dengan amaran keselamatan dan pengesanan oksigen masa sebenar.
Bagi peminat kesihatan, ciri Imbasan Kesihatan Pantas memberikan data ECG, kadar denyutan jantung, oksigen darah, dan tidur secara serta-merta sebagai alat yang sempurna untuk diagnosis awal dan pengesanan rutin.
Laporan kesihatan pagi Healthy Morning Report pula meringkaskan bacaan pada hari sebelumnya, membantu pengguna memulakan setiap hari dengan maklumat dan sedia untuk menghadapi hari yang mendatang.
HONOR Band 10 — Teman Kecergasan Pintar
HONOR Band 10 hadir dalam reka bentuk nipis 8.99mm dengan kemasan lengkungan sudut yang membawakan gaya dan keselesaan. Dibina dengan teknologi Dual NCVM untuk kemasan metalik premium, ia menawarkan pilihan tali yang versatile – daripada nilon ke TOU yang elegan – menjadikannya teman kecergasan pintar untuk aktiviti dan kegunaan harian.
Sungguhpun kompak, ia menyediakan 96 mod senaman yang boleh diakses melalui aplikasi HONOR Health, dengan hasil yang dipacu oleh data. Kekal peka dengan kesihatan anda menggunakan fungsi pemantauan kesihatan seperti Professional Sleep Tracker, 24H Heart Rate Monitor dan kitaran haid Cycle Tracker.
Semua ciri ini dianalisis kepada pandangan daripada laporan kesihatan pagi. Dengan bateri 180mAh, ia mampu bertahan sehingga 14 hari, menjadikannya peranti boleh pakai yang berfungsi tinggi dan kurang penyenggaraan bagi atlet dan penggemar kesihatan kasual.
Semua ini dilengkapi dengan paparan AMOLED 1.57 inci dengan kadar segar semula 60Hz yang lancar.
Harga dan Ketersediaan
HONOR Pad 10 akan dijual di kedai seluruh negara mulai 30 Mei 2025 dalam pilihan warna Cyan dan Gray pada harga RM1,499. Tablet ini didatangi bersama hadiah PERCUMA iaitu Papan Kekunci Bluetooth Pintar, HONOR Pencil dan HONOR CHOICE Active Noise Canceling Headphone bernilai RM1,097.
HONOR MagicBook Pro 14 tersedia untuk pembelian mulai 13 Jun 2025 pada harga RM4,999. Ia memiliki kapasiti memori dan storan 32GB SSD + 1TB ROM dalam pilihan warna putih.
Komputer riba ini juga disertakan dengan hadiah PERCUMA termasuk langganan percuma Microsoft 365 Personal selama setahun (prapasang) dan beg galas HONOR bernilai RM508.
Sementara itu, HONOR Watch 5 Ultra ditawarkan dengan tali Brown Leather Strap, pada harga RM1,099. Manakala HONOR Band 10 berharga RM199 dengan pilihan tali Blue Nylon Strap dan Black TPU Strap.
Kedua-dua peranti ini hanya dijual melalui atas talian secara eksklusif. Pra-tempah HONOR Watch 5 Ultra mulai sekarang sehingga 29 Mei 2025 untuk menikmati RM100 diskaun dan menerima tali jam freediver kalis air percuma.
Bagi HONOR Band 10 pula, pelanggan akan mendapat RM50 diskaun apabila membeli peranti ini semasa pra-tempahan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/.