realme, jenama telefon pintar yang berkembang paling pesat di dunia, hari ini secara rasminya memperkenalkan realme 14T 5G di Malaysia. Peranti ini merupakan model terakhir dalam Siri realme 14 5G, melengkapkan barisan dengan spesifikasi mantap dan reka bentuk yang menawan.

Walaupun hadir sebagai model terakhir, realme 14T 5G sama sekali tidak ketinggalan dari segi prestasi, nilai mahupun reka bentuk. Dengan gaya yang sleek dan moden, realme 14T 5G membawa aura peranti flagship lengkap dengan teknologi terkini serta hayat bateri luar biasa, sekaligus menjadikannya pencabar terhebat dalam segmen harga mampu milik.

Tiada Lagi Lag Semasa Gaming 

realme 14T 5G dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 6300 5G, dengan markah AnTuTu mencecah 460,000 ianya antara yang tertinggi dalam kelasnya. Cipset ini menawarkan peningkatan prestasi GPU sebanyak 50% dan kadar bingkai 13% lebih tinggi berbanding peranti pesaing, sambil menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 11% untuk CPU dan GPU. Pengguna boleh bermain Free Fire pada 60FPS selama 2 jam secara konsisten tanpa sebarang isu seperti frame drop, pengurangan grafik atau overheating.

Gaming Tanpa Henti

realme 14T 5G juga tampil dengan bateri Titan 6000mAh dan teknologi pembungkusan bateri C-Pack eksklusif realme yang membolehkan peningkatan kapasiti sehingga 20% dalam badan yang lebih kompak. Fungsi bypass charging memastikan suhu peranti kekal rendah semasa dicas sambil memanjangkan jangka hayat bateri.

Dengan ketumpatan tenaga 780Wh/L, pengguna boleh bermain Free Fire selama 11.5 jam, menonton video sehingga 17.2 jam, atau menggunakan peranti sehingga 1.2 hari tanpa perlu dicas semula.

Peranti ini turut dilengkapi paparan AMOLED Esports 120Hz dengan kecerahan puncak 2000-nit, memastikan visual kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik. Gabungan PWM + DC Dimming pula memastikan paparan lebih selesa untuk mata, manakala 1500Hz touch sampling rate memberikan kawalan pantas dan responsif dalam permainan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini