Pra-tempah untuk nikmati naik taraf storan berganda, Instax Mini LiPlay terhad, fon kepala penebat hingar dan hadiah eksklusif lain!
Jenama teknologi global HONOR hari ini secara rasmi melancarkan Siri HONOR 400 yang menampilkan teknologi pengimejan AI generasi baharu, ciri-ciri setaraf flagship, dan ketahanan luar biasa terus di hujung jari anda.
Bermula dari hanya RM1,899 hingga RM2,699, Siri HONOR 400 menawarkan nilai hebat yang menjadikan teknologi canggih lebih mampu milik untuk semua. Sama ada merakam gambar potret menarik, landskap menakjubkan atau aktiviti harian, siri ini bukan sekadar telefon biasa, ia juga studio fotografi peribadi anda yang sedia merakam dunia dari sudut baharu.
Nikmati Hadiah Eksklusif dan Instax Mini LiPlay Terhad PERCUMA dengan Pra-tempahan Sekarang!
Pra-tempah Siri HONOR 400 mulai sekarang hingga 29 Mei 2025 dan dapat hadiah percuma yang eksklusif pada masa terhad. Pelanggan yang membuat pra-tempahan HONOR 400 Pro akan menerima Instax Mini LiPlay PERCUMA (tertakluk kepada ketersediaan) beserta Jaminan Lanjutan 1 Tahun bernilai RM1,097.

Sementara itu, pelanggan yang menempah HONOR 400 akan menerima Fon Kepala Penebat Hingar HONOR CHOICE ACTIVE secara PERCUMA dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun bernilai RM898.
Naik Taraf Sekarang dan Miliki HONOR 400 512GB pada RM1,899!
Lebih menarik, pelanggan yang membeli HONOR 400 dengan konfigurasi 256GB akan menerima naik taraf storan berganda PERCUMA kepada 512GB bernilai RM1,899, sepanjang tempoh pra-tempahan.
Tawaran hebat ini membolehkan pelanggan menyimpan lebih banyak foto, video dan aplikasi. Pra-tempahan Siri HONOR 400 boleh dibuat melalui pelbagai platform termasuk laman sesawang rasmi HONOR, kedai HONOR Experience Store di seluruh negara, Shopee, Lazada, dan pengedar sah Harvey Norman. Senheng, SenQ dan Urban Republic.
Siri HONOR 400 Juga Tersedia Melalui Pra-tempahan dengan Maxis
Siri HONOR 400 juga boleh dipratempah menerusi pelan pascabayar Maxis. HONOR 400 Pro boleh dipratempah dengan bayaran bulanan RM30, manakala versi standard 512GB ditawarkan pada RM25 sebulan.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan pascabayar Siri HONOR 400, layari laman
sesawang rasmi Maxis.
Kamera AI Berkuasa dan Versatil
Untuk memberikan pengalaman fotografi yang luar biasa kepada pengguna, Siri HONOR 400 dilengkapi dengan Kamera Utama Super Sensing 200MP, sensor besar 1/1.4 inci, apertur f/1.9, serta penstabilan dwi OIS+EIS bagi menghasilkan gambar jelas walaupun dalam pencahayaan rendah.
Ia turut disokong Kamera Ultra-Lebar & Makro 12MP untuk merakam pemandangan lebih luas. Sebagai tambahan, HONOR 400 Pro menampilkan Kamera AI Telefoto 50MP dengan sensor Sony IMX856, zum optikal 3x dan OIS, membolehkan tangkapan zum lebih tajam dan terperinci.
Kedua-dua peranti ini dilengkapi Kamera Swafoto Potret 50MP dengan apertur f/2.0, yang dikuasakan oleh algoritma potret canggih HONOR bagi menghasilkan swafoto berkualiti profesional dengan perincian yang tajam dan warna seakan hidup.
Gabungan Pengimejan AI Generasi Baharu dan Spesifikasi Kamera Bertaraf Flagship Pengalaman fotografi Siri HONOR 400 dikuasakan oleh AI HONOR IMAGE ENGINE yang memperkenalkan sistem kamera pintar bagi meningkatkan kualiti fotografi mudah alih.
Ciri AI Super Zoom dalam versi Pro menyokong telefoto yang dikuasakan oleh AIGC dengan kebolehan zum 15x hingga 50x, sesuai untuk merakam pemandangan jauh seperti alam semula jadi atau landskap bandar.
Versi standard pula telefon pintar pertama dalam industri dengan kebolehan zum telefoto 30x menggunakan kamera utama. Bagi menghasilkan imej potret berkualiti studio, Siri HONOR 400 didatangkan dengan AI Portrait Snap yang mengekalkan keperincian dan kejelasan walaupun menangkap pergerakan menggunakan mod potret di waktu siang.
Harcourt Portrait 2.0 pula menawarkan pilihan kreatif kepada pengguna untuk merakam potret dengan kesan cahaya dan bayang, dan bokeh secara artistik. Ciri ini juga menawarkan enam filter Film Simulation, beserta tiga mod Harcourt Studio yang sedia ada.
HONOR 400 Pro juga dilengkapi dengan ciri tambahan AI Enhanced Portrait, untuk menghasilkan potret ultra-definisi tinggi dengan warna sebenar yang menyerlah.
Teknologi AI Image to Video Yang Menerajui Industri
Siri HONOR 400 membolehkan pengguna mengabadikan detik penting secara lebih kreatif melalui alat penyuntingan AI termasuk ciri canggih AI Image to Video yang dibangunkan bersama Google Cloud.
Ciri ini mampu menukar gambar statik menjadi video pendek berdurasi lima saat, sesuai untuk perkongsian di media sosial dan tersedia untuk pengguna Android dan iOS.
Ciri-ciri AI Editing Inovatif Lain
Ciri HD Moving Photo menyimpan tiga saat berharga dalam bentuk gambar bergerak, membolehkan pengguna berkongsi atau menyunting ciapan sinematik di platform sosial. HONOR turut memperkenalkan Moving Photo Collage, ciri yang pertama seumpamanya untuk membolehkan pengguna gabungan 2 hingga 9 gambar bergerak menjadi kisah visual yang dinamik.
Di samping itu, Siri HONOR 400 menyediakan beberapa penyuntingan gambar lanjutan seperti AI Eraser 2.0, AI Erase Passer-by, AI Remove Reflection dan AI Outpainting. Untuk peningkatan kualiti imej, kedua-dua peranti menampilkan AI Upscale, AI Cutout dan AI Face Tune, semua ini menjadikan Siri HONOR 400 alat fotografi mudah alih yang berkuasa.
Bateri Berkuasa dan Prestasi Perkakasan Dipertingkat
Siri HONOR 400 dilengkapi dengan Bateri Silikon-Karbon 6,000mAh yang tahan lebih lama, ideal untuk penggunaan sepanjang hari terutamanya ketika berada di luar rumah sepanjang hari.
Bateri ini mampu menahan suhu serendah -20°C walaupun dengan tahap bateri rendah dan pengguna masih boleh membuat panggilan dan merakam video dalam pelbagai keadaan. Ia juga dibina untuk jangka hayat yang panjang dan kesihatan bateri mamou bertahan sehingga lebih 80% walaupun selepas 4 tahun penggunaan.
Versi Pro dipadankan dengan pengecas berwayar HONOR Wired SuperCharge 100W dan menyokong pengecasan tanpa wayar 50W. Manakala versi standard didatangi dengan pengecas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W.
Dari segi ketahanan, Pro menawarkan perlindungan kalis air dan habuk yang menerima penarafan IP68 dan IP69, memastikan peranti ini dilindungi dengan lebih baik. HONOR 400 juga memiliki perlindungan kalis air dan habuk IP65 yang menawarkan perlindungan komprehensif daripada air dan habuk.
Ini menjadikan siri ini sesuai dibawa untuk pengembaraan luar dan persekitaran yang mencabar. Dari segi prestasi, versi Pro dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3 Mobile Platform untuk pengalaman penggunaan lebih lancar dan berkuasa, sesuai untuk era AI masa kini.
Versi standard pula menggunakan Snapdragon 7 Gen 3 Mobile Platform bersama CPU Turbo X Game Engine, memberikan prestasi grafik dan permainan yang lebih tinggi.
Teknologi Paparan Termaju untuk Pengalaman Menonton Optimum
Siri HONOR 400 menampilkan paparan flagship dengan paparan AMOLED 1.5K yang dipadankan dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan HDR puncak 5,000 nits untuk penglihatan jelas terutamanya ketiba di bawah cahaya matahari.
Ia juga didatangkan dengan teknologi Paparan Keselesaan Mata dengan Pemalapan PWM Bebas Risiko 3840Hz bagi membantu mengurangkan kerlipan skrin dan keletihan mata. Ciri Teknologi Penapis Cahaya Biru pada peringkat perkakasan pula menghindarkan pendedahan kepada cahaya biru berbahaya, dan ciri Pemalapan Dinamik menyelaras kecerahan bagi mengurangkan keletihan mata.
Mod Malam Sirkadia melaraskan suhu warna paparan ke tona lebih hangat pada waktu malam untuk tidur lebih lena, manakala AI Defocus Display pula mengurangkan keletihan dengan menyelaras kandungan dan memaparkan imej secara sedikit di hadapan retina.
Mod Ultra Dark pula memalapkan pencahayaan skrin ke serendah 1.5 nit, memberikan kawalan kecerahan yang tepat untuk pengalaman tontonan malam selesa. Kedua-dua model turut hadir dengan ciri baharu Motion Sickness Relief yang membantu mengurangkan rasa loya atau tidak selesa ketika berada di dalam kenderaan.
Ia mengurangkan rasa pening serta memastikan perjalanan lebih lancar kepada pengguna. Semua inovasi tersebut memberikan pengalaman visual yang imersif kepada pengguna.
AI Berproduktiviti Bertaraf Flagship untuk Bekerja Secara Bijak dan Cekap
Siri HONOR 400 dikuasakan MagicOS 9.0, menampilkan pengalaman pengguna pintar yang diperhebatkan dengan pelbagai ciri pintar yang dikuasakan AI. Unutk kecekapan bekerja, siri ini menampilkan empat ciri AI utama iaitu AI Summary, AI Minutes, AI Format dan AI Correction untuk memudahkan penulisan minit mesyuarat disiapkan secara pintar dan mudah.
AI Translation pula menyokong terjemahan pantas sehingga 14 bahasa, manakala AI Live Translation membolehkan terjemahan masa nyata semasa panggilan telefon antara dua pengguna. Keupayaan canggih ini memastikan fungsi multitugas, produktiviti diperhebat, dan interaksi diperibadikan, menjadikan Siri
HONOR 400 sebagai pilihan menonjol kepada pengguna.
Siri HONOR 400 turut disertakan dengan pembantu AI iaitu Google Gemini. Pengguna boleh berinteraksi dengan Gemini untuk merancang, belajar, menulis dan banyak lagi. Mereka juga boleh menggunakan ciri Gemini Live untuk membincangkan idea, meringkaskan topik rumit, dan berlatih untuk saat-saat penting dengan maklum balas masa sebenar.
Pengguna hanya perlu tekan dan tahan butang kuasa untuk memulakan Gemini Live. Sementara itu, bagi memastikan pengguna dilindungi daripada potensi penipuan deepfake serta keselamatan atas talian, Siri HONOR 400 disepadukan dengan teknologi Pengesanan Deepfake AI yang terbina di dalam peranti.
Siri HONOR 400 juga dilengkapi Magic Portal 2.0 bagi membolehkan pengguna mengakses aplikasi atau perkhidmatan yang diinginkan secara langsung dengan hanya membuat lingkaran objek di skrin menggunakan buku jari. Ciri ini juga menyokong pelbagai keadaan, daripada pengangkutan, pelayaran, beli-belah, tempahan bilik hotel dan produktiviti hinggalah ke hiburan.
Antara aplikasi yang disokong oleh Magic Portal adalah Grab, Trip.com, Waze, Google Maps, Google Image, Google Search, TikTok, Facebook, Instagram dan Xiao Hong Shu.
Harga dan Ketersediaan
Siri HONOR 400 tersedia dalam tiga variasi. HONOR 400 Pro didatangi dengan RAM 24GB RAM (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) dan storan 512GB pada harga RM2,699, dalam warna Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black.
HONOR 400 pula hadir dalam dua konfigurasi iaitu RAM 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) dengan storan 256GB pada harga RM1,899, atau 512GB pada RM2,199. Kedua-duanya tersedia dalam warna Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black.
Siri HONOR 400 akan mula dijual di kedai seluruh negara bermula 30 Mei 2025.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/


































