Keluarga di Malaysia yang sedang mencari susu tepung berkhasiat dan lazat kini bolehlah tersenyum gembira! Lactalis, syarikat tenusu terkemuka dunia berbangga untuk mengumumkan pelancaran PRIDE Family Milk Powder di Malaysia.
PRIDE adalah jenama isi rumah yang dipercayai di Arab Saudi, sejak lebih 25 tahun lamanya, yang membekalkan produk tenusu berkhasiat kepada banyak keluarga. Terkini, di
bawah naungan Lactalis, yang menjadi kegemaran ramai, jenama ini membawakan
kelazatan rasa berkrim serta nutrien penting ke dalam rumah-rumah di Malaysia.
Dihasilkan untuk seisi keluarga, PRIDE Family Milk Powder bukan sekadar berkhasiat – malah ia juga mampu dimiliki dan merupakan pilihan yang sesuai untuk dijadikan minuman
harian. Keenakan rasa lemak berkrim dan formulasinya yang mudah larut, walaupun di
dalam air sejuk, menjadikannya pilihan terbaik sebagai minuman, untuk masakan dan dalam pembuatan kek.
Di Malaysia, kesihatan tulang adalah sesuatu yang semakin membimbangkan di semua peringkat umur. Daripada kanak-kanak yang perlukan asas tulang yang kukuh kepada
golongan dewasa yang ingin mengekalkan gaya hidup aktif, dan untuk kesejahteraan warga
emas, tulang yang kuat adalah amat penting. Namun, masih ramai yang tidak mendapat
nutrisi yang mencukupi:
94% kanak-kanak lelaki dan 97% kanak-kanak perempuan tidak mendapat kalsium harian yang diperlukan.
Kekurangan vitamin D yang semakin serius, terutamanya di kalangan wanita, mengurangkan penyerapan kalsium sehingga 80%
15.3% rakyat Malaysia dan 1 daripada 3 warga emas (32.6%) menderita penyakit
osteoporosis
Di sinilah PRIDE Family Milk Powder memainkan peranannya – solusi yang mampu dimiliki
untuk menyokong tulang yang kuat dan kesejahteraan untuk semua ahli keluarga. Dengan
hanya RM1 secawan, dua cawan sehari (dibantu oleh diet seimbang) dapat memenuhi
pengambilan 700mg – 1000mg kalsium yang disyorkan.




































